You are on page 1of 24

Falsafah pendidikan sangat penting dalam membantu pembentukan personaliti

seorang guru.

Falsafah pendidikan memberikan perspektif makro untuk sistem dan bidang

pendidikan, kerana setiap komponen tidak dilihat secara berasingan tetapi ditinjau di

segipertalian di antara komponen-komponen yang membentuk kesuluruhan (Sufean

Hussin,2004). Justeru itu, sekiranya sistem pendidikan tidak mencapai apa yang

telah digariskan dalam hasrat pendidikan, maka falsafah pendidikan mampu

dijadikan sebagai perspektif mikro bagi mengkaji sebarang halangan dan masalah

bagi membetulkan sesuatu atau beberapa komponen tersebut.

Profesion bermaksud pekerjaan yang memerlukan didikan yang tinggi dan

latihan yang khusus seperti dalam bidang perubatan, senibina dan perguruan.

Profesionalisme pula dapat ditakrifkan sebagai “tingkah laku, kemahiran atau kualiti

yang dapat menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan

standard yang tinggi yang boleh diharapkan daripada ahli sesuatu profesion itu”.

Manakala keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya)

sebagai guru (Kamus Pelajar, 1997). Dari pandangan sebagai seorang guru, amalan

dan pemikiran profesionalisme keguruan adalah sangat berkaitan dengan Falsafah

Pendidikan Guru (FPG) kerana falsafah tersebut dijadikan sebagai garis panduan ke

arah pembentukan seorang guru yang bersedia menjunjung aspirasi negara dalam

usaha membentuk masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin.

Falsafah pendidikan guru adalah bersifat realisme-pragmatisme kerana lebih

menekankan aspek modenisasi individu dan budaya hidup masyarakat. Maka boleh

disimpulkan bahawa falsafah pendidikan guru tidak menghayati fahaman pemikiran

dan aspirasi dalam falsafah pendidikan negara kerana gagasan tanggapan falsafah
pendidikan guru tidak memegang teras yang sama. Falsafah pendididikan guru lebih

bersifat realistik dan praktis dalam konteks pembangunan masyarakat (Sufean

Hussin, 2004).

Secara umumnya, pemikiran bermaksud ”cara atau hal memikirkan sesuatu”

manakala amalan pula bermaksud ”perbuatan yang baik-baik atau perbuatan yang

biasa dilakukan” (Kamus Pelajar, 1997). Pemikiran dan amalan profesionalisme

keguruan membawa maksud cara berfikir serta perbuatan yang biasa dilakukan oleh

seseorang guru sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Profesion

perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang

penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion

perguruan merupakan profesion paling utama dalam proses penyerapan ilmu

pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Di dalam era globalisasi sekarang,

peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah

memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa

sehingga ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan

Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysiadalam

Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).

Guru merupakan penggerak utama dalam pembentukan modal insan yang

telah digariskan dalam aspirasi membina negara bangsa seperti yang telah

disampaikan oleh Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom dalam ucapannya

semasa PersidanganKebangsaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

iaitu, “Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan, Kerajaan telah memperkenalkan

rangka kerja pelaksanaan baru yang dinamakan Misi Nasional dengan tujuan

menjamin pencapaian wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15tahun

akan datang iaitu satu jangka masa yang tidak panjang. Lima teras utama Misi
Nasional ini adalah meningkatkan ekonomi dalam rantaiannilai lebih tinggi,

meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara disamping memupuk

minda kelas pertama, menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang

berterusan secara membina dan produktif, meningkatkan tahap dan kemampanan

kualiti hidup, dan mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.”

Justeru itu, dapat kita lihat dengan sangat jelas di sini bahawa Misi Nasional

sangatmemberi penekanan kepada pembangunan modal insan sebagai pendekatan

utama bagi melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Peranan pendidikan

adalah amat penting dalam menjayakan kelima-lima teras Misi Nasional terutama

sekali Teras 2 dan Teras 3. Justeru kerana itu, PIPP telah menggariskan

Pembangunan Modal Insan sebagai teraskedua

Pemikiran Profesional Guru

Yang Berhormat Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia,

dalam ucapannya pada perhimpunan bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) bertarikh 3 April 2006 menyatakan bahawa salah satu dasar yang telah

ditetapkan oleh KPM untuk dilaksanakan dalam RMK9 ialah Memartabatkan

Profesion Keguruan. Sebagai penjana masyarakat berilmu dan bertamadun,

martabat guru sememangnya wajar untuk ditingkatkan ke tahap yang tinggi

berbanding profesion lain. Usaha kerajaan ke arah itu bukanlah sesuatu yang baru

dalam pendidikan negara.Apa yang dilakukanoleh kerajaan dalam RMK9 itu

merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha pemimpin terdahulu dengan

beberapa penambahbaikan dan peruntukan yang lebih jelas sesuai dengan

keperluannya yang semakin mendesak dalam era globalisasi yang menuntut guru

agar berperanan dengan lebih luas lagi.


Menurut Dr. Jamil Adimin (2006), profesion keguruan dapat ditingkatkan

martabatnya melalui proses pentaksiran. Istilah profesion keguruan (teaching

profession) bermaksud bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pemindahan dan

pembinaan ilmu,seni, kemahiran dan nilai kepada seseorang dengan cara kuliah,

tunjuk ajar, teladan,nasihat, indoktrinasi, amali, bekerja bersama, berhujah dan

berdiskusi sehingga terpahat diminda, pekerti dan perlakuan orang itu terhadap

perkara yang dikehendaki (Pendidik, 2006). Pengertian ini jelas menunjukkan

bahawa profesion keguruan bukan sekadar pekerjaan yang berkaitan dengan proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tertentu sahaja. Sebaliknya,

profesion keguruan adalah lebih luas dan mencabar berbanding profesion lain.

Seorang guru seharusnya sedar bahawa apa yang perlu mereka bina dalam

diri para pelajar bukan semata-mata ilmu, pengetahuan dan kemahiran dalam

sesuatu bidang malahan nilai, pekerti mulia, jati diri sebuah negara bertamadun dan

keupayaan mental, fizikal, spiritual dan sosial. Menurut Shimon Peres, Perdana

Menteri Israel, pendidikan moden hendaklah mengajar murid-murid tiga perkara iaitu

pembelajaran berterusan;bekerja dengan orang yang berbeza-beza tetapi boleh

hidup; dan membangun serta menyumbang dalam keadaan yang serba berubah

(Jamil Adimin, 2006). Sekiranya inilah yang dituntut oleh pendidikan moden,

profesion keguruan nyata jauh lebih luas daripada sekadar memenuhi objektif,

matlamat dan kandungan kurikulum kebangsaan seperti yang tercatat dalam Ministry

of Education Malaysia (1982).

Tanggungjawab mengkaji semula makna, skop, tujuan dan keberkesanan

profesion keguruan pastinya terletak di bahu pemimpin pendidikan dan pembuat

polisi sesebuah negara. Walaubagaimanapun, guru yang mencintai profesion

keguruan pasti ingin agar kehadirannya dalam masyarakat dan sistem pendidikan di
negara ini membawa makna. Justeru itu, guru juga dituntut untuk sama-sama berfikir

bagaimana profesion keguruan dapat diberi erti yang lebih luas daripada yang sedia

ada. Proses memartabatkan profesion perguruan bukan suatu proses yang mudah

tetapi memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dalam masyarakat.

Proses ini bukan sahaja merupakan keperluan tempatan (local trend) malahan juga

merupakan kecenderungan global (global trend). Keperluan tempatan dalam hal ini

dapat dilihat daripada wawasan negara untuk mencapai negara maju menjelang

tahun 2020 dengan sembilan cabaran di mana sebahagian besarnya boleh dipacu

melalui sistem pendidikan.

Selain itu, keperluan tempatan untuk memartabatkan profesion keguruan

juga boleh dilihat dari aspek pengajaran, pentaksiran dan pembelajaran yang

memerlukan perubahan selaras dengan kehendak masyarakat majmuk yang rata-

ratanya mahukan pendidikan kebangsaan yang berkualiti setaraf dengan standard

antarabangsa.Hal ini dapat dilihat dalam masyarakat sekarang di mana banyaknya

sekolah dan institusi swasta yang menawarkan pendidikan bermutu untuk menarik

masuk lebih ramai anak-anak tempatan dan antarabangsa. Manakala

kecenderungan antarabangsa mutakhir ini juga ke arah meletakkan profesion

keguruan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Sebagai contoh,

kedudukan guru bersama polis dan jururawat adalah sama di mana golongan ini

merupakan penerima gaji yang tinggi mengatasi profesion lain dalam perkhidmatan

awam mereka. Dalam hal ini, Malaysia tidak ketinggalan dalam usaha menawarkan

banyak insentif dalam bentuk kenaikan pangkat, skim gaji yang menarik dan

imbuhan gaji.

Profesion keguruan merupakan profesion yang amat penting, dipandang

tinggi dan berperanan penting dalam masyarakat. Dengan kedudukan dan peranan
yang penting itu, jangkaan masyarakat terhadap guru juga amat tinggi. Apabila

sedikit kesilapan yang dilakukan oleh guru, perkara tersebut akan dipandang sangat

serius atau besar implikasinya oleh masyarakat. Hal ini menyebabkan cabaran

profesion keguruan juga amat besar. Pandangan dan jangkaan masyarakat terhadap

guru berubah-ubah mengikut tahap umur, latar belakang, sosio-ekonomi dan budaya

seseorang. Sebagai contoh, apabila ditanya kepada pelajar sekolah menengah,

mereka akan menjawab, ” Saya suka guru yang wangi” dan ”Saya suka guru yang

berpakaian kemas”. Oleh itu, jelaslah ditunjukkan di sini bahawa guru sering

dipandang dan diambil teladan oleh murid malahan mereka juga sering memandang

tinggi terhadap guru terutamanya guru yang sering mengambil berat terhadap diri

mereka. Selain itu, banyak kajian lain yang telah dilakukan berhubung jangkaan

umum terhadap ciri-ciri guru yang baik antaranya ialah guru yang baik mestilah

mempunyai minat yang mendalam (enthusiasm), sentiasa bersedia, suka berjenaka

(humour), adil (fairness), mampu melayan murid secara individu dan memeriksa

kerja murid tanpa bertangguh.

Tugas mendidik bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh dianggap

remeh oleh guru mahupun masyarakat. Hal ini demikian kerana, pelbagai cabaran

dan masalah dihadapi oleh guru mutakhir ini, lebih-lebih lagi dalam era ledakan

informasi dan globalisasi. Hal ini sekaligus menuntut guru agar lebih peka dengan

segala perubahan yang berlaku disekelilingnya dan juga di luar lingkungannya.

Tuntutan ke atas guru untuk melaksanakan dan mengambil tanggungjawab tidak

terhad kepada proses pengajaran, pembelajaran danpentaksiran dalam bilik darjah

semata-mata. Sebaliknya, guru diberi amanah dan tanggungjawab untuk memupuk

individu murid sebagai modal insan cemerlang yang mampu menjadi aset kepada

pembangunan dan kemajuan negara. Perkara ini sekaligus menuntut guru


mempertingkatkan tahap profesionalisme mereka dalam mengenal pasti masalah,

mengumpul maklumat, menganalisis dan menilai maklumat sebelum dapat

menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Menyimpul hasrat Dato’ Seri Hishammuddin melalui empat strategi utama

beliau untuk memartabatkan profesion keguruan, iaitu melalui penekanan terhadap

aspek pemilihan guru, usaha pemantapan karier keguruan, usaha penambahbaikan

persekitaran kerja guru dan akhir sekali usaha meningkatkan rasa bangga dan

keyakinan diri guru serta mengembalikan penghormatan masyarakat terhadap

profesion keguruan. Dato’ SeriHishammuddin sangat menekankan kepentingan

untuk memilih calon guru yang bukansahaja mempunyai kecemerlangan akademik

dan sahsiah, malah memiliki ciri keguruan,mempunyai kesungguhan untuk menjadi

seorang guru, bangga dengan profesion tersebut serta meyakini kebolehan diri untuk

memikul amanah mendidik generasi muda.

Selain itu, beliau turut menekankan agar bakal guru mempunyai penglibatan

dalam aktiviti kokurikulum sesuai dengan penekanan negara terhadap pendidikan

yang holistik. Mutakhir ini, kerajaan telah mengambil satu langkah bijak dengan

mengetatkan lagi syarat-syarat pengambilan calon guru untuk mengikuti program

pengajian agar kualiti guru terjamin. Hal ini sememangnya perlu kerana masyarakat

sememangnya mahu orang yang berjiwa guru dan benar-benar berminat menjadi

guru dipilih, bukan mereka yang memilih profesion ini sebagai pilihan terakhir akibat

tidak layak untuk mengikuti kursus lain yang diminati. Sehubungan dengan itu,

kewibawaan profesion perguruan akan dapat dipertahankan pada tahap yang tinggi.

Walaubagaimanapun, tata laku ’sumbang’ guru sering kali dipaparkan di

media massa hari ini. Profesion keguruan dikatakan semakin tenat dan amat
membimbangkan. Guru dikatakan sedang menghadapi tekanan tugas yang amat

berat.

Sering kali didedahkan dalam media massa bahawa guru tidak cergas, guru

merokok, guru kerap datang lewat ke sekolah dan guru yang suka mengambil

kesempatan terhadap murid sama ada merogol atau mencabul pelajar mereka.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam dunia perguruan kerana guru

seharusnya menjadi contoh terbaik kepada para pelajarnya. Justeru itu, langkah

mengetatkan lagi syarat-syarat pengambilan untuk menjadi guru dengan mewajibkan

mereka menghadapi ujian personaliti serta menghadiri temu duga adalah suatu

langkah bijak yang harus dilestarikan supaya profesion ini tidak dipandang rendah

oleh masyarakat.

Guru merupakan penggerak dan penyebar kurikulum. Kurikulum merupakan

nadi utama pendidikan. Kurikulum merangkumi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di

sekolah bertujuan mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Dalam konteks

Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengariskan aspek penting

membimbing pembelajaran pelajar ke arah memaksimakan potensi diri masing-

masing. Kurikulum juga dilihat sebagai hasrat, pelan atau preskripsi mengenai ‘apa’

diingini berlaku di sekolah. Dalam bentuk pemahaman yang mudah, kurikulum

menghubungkan antara hasrat dengan realiti (SallehAbd. Rashid, 2003).

Faktor utama yang menjadi penentu kepada penyebaran kurikulum ialah

ideologi atau pengetahuan penyebar (guru). Ideologi boleh difahami sebagai premis

nilai tentang perkara-perkara yang membawa kepada penggubalan pendidikan. Ini

mencerminkan tentang perkara yang bernilai atau bermanfaat dipelajari oleh pelajar

di sekolah. Dua konsep penting yang berkaitan dengan ideologi ialah nilai dan

kepercayaan. Urutan daripada ini ialah bagaimana guru menyebarkan kurikulum


yang dihasratkan ini bersulam dengan ideologi iaitu nilai dan kepercayaan yang

tersedia dalam pemikiran para guru itusendiri.

Kepercayaan diri guru merupakan satu set tingkah laku yang merancang dan

memandu jenis-jenis tingkah laku guru kerana tingkah laku mengesahkan

kepercayaan diri. Maka, pegangan kepercayaan dan nilai guru mempengaruhi

pengajaran guru berdasarkan pemikiran yang difikirkan akan memberi manfaat

kepada pelajar. Orientasi nilai kepercayaan ini mempengaruhi pengajaran guru

terhadap pelajarnya di dalam kelas. Sikap guru terhadap kurikulum dan pengajaran

menentukan kejayaan atau kegagalan penyebaran sesuatu kurikulum. Pegangan

sikap akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan guru sama ada

kurikulum dianjurkan bakal terlaksana atau tidak. Guru perlu mempunyai lokus

kawalan diri yang positif terhadap kurikulum dan pengajaran kerana guru ini akan

berinisiatif tinggi dan berperanan sebagai ‘pengusaha’ terbaik dalam

menterjemahkan pengajaran untuk menyebarkan kurikulum.

Secara umumnya, terdapat tiga jenis kurikulum iaitu kurikulum yang

dihasratkan, kurikulum yang beroperasi dan kurikulum yang dipelajari. Kurikulum

yang dihasratkan adalah bersifat ideologi manakala kurikulum yang beroperasi

adalah meliputi kemahiran dan nilai yang cuba diterapkan. Manakala, kurikulum yang

dipelajari ialah perkara yang diperoleh hasil daripada kurikulum yang beroperasi.

Dalam hal ini, ternyata bahawa kurikulum yang beroperasi sangat berpengaruh

terhadap kurikulum yang lain. Guru telah diberi mandat yang bertindak sebagai

’jurutera’ untuk membina dan membentuk pemikiran pelajar hasil daripada pancaran

pemikiran profesional guru itu sendiri.


Walaubagaimanapun, sejauh manakah tahap profesionalisme guru dalam

mengoperasikan kurikulum? Terdapat empat elemen profesionalisme profesion yang

besar iaitu persediaan profesional, sikap profesional, pembangunan kerjaya

profesional dan pemikiran yang profesional. Pemikiran merupakan proses dalaman

mental yang dapat difahami melalui perlakuan seseorang. Pemikiran guru

merupakan faktor penting dalam menentukan variasi pendidikan dan sangat

berpengaruh dalam menghasilkan suasana semasa sesi pembelajaran.

Perkara ini melibatkan bagaimana seseorang guru itu mengumpul,

mengorganisasi, menginterprestasi dan menilai maklumat sebelum disebarkan.

MenurutProf. Dr. Madya Salleh Abdul Rashid (2003), semasa aktiviti ini, kraf seorang

guru, pengetahuan profesional, kemahiran ‘in-action’ dan refleksi banyak digunakan.

Aktiviti ini merupakan resipi terpenting kepada peranan guru bagi menentukan ‘apa’

yang difikir gurudengan ‘apa’ yang dilaksanakan serta memahami penerimaan dan

penolakan kurikulum terhadap pelajar. Pengukuran tentang pemikiran guru ini boleh

dikesan hasil interaksi tiga perlakuan utama yang saling mempengaruhi antara satu

dengan yang lain, iaitu tingkah laku guru, tingkah laku pelajar dan pencapaian pelajar

(Salleh Abd. Rashid, 2003).

Amalan Profesional Guru

Amalan profesionalisme keguruan melibatkan usaha, pengajaran dan cara sesuatu

pengajaran disampaikan oleh guru. Seorang guru yang profesional mempunyai nilai,

norma dan etika perkhidmatan yang profesional berdasarkan kepada tonggak dua

belas iaitu menghargai masa, ketekunan, keseronokan bekerja, kesederhanaan,

ketinggian peribadi, sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas,

kebijaksaanaan, kesabaran, meningkatkan bakat serta mencipta sesuatu yang baru

(INTAN, 1992).
Setiap guru seharusnya mempunyai sikap menghargai masa supaya setiap

pekerjaan mahupun perancangan yang sudah direncanakan dapat disiapkan dengan

sebaiknya serta mencapai objektif yang sebenar kerana masa yang berlalu tidak

akanberulang lagi. Walau bagaimanapun, pengajaran yang ingin disampaikan

kepada pelajar seharusnya bukan sekadar untuk memenuhi silibus yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah. Sebaliknya, guru perlu menyampaikannya dengan

niat untuk menyebarkan ilmu kepada pelajar supaya pelajaran mudah diterima dan

difahami oleh pelajar.

Di samping itu, seseorang guru seharusnya memiliki sifat tekun dan

bersederhana dalam melakukan sesuatu.Bersederhana dalam konteks ini bukanlah

bermaksud guru tersebut adalah lemah tetapi kesederhanaan tersebut mampu

menjadi aset yang paling berharga sekiranya ditambah dengan ketekunan dalam

melakukan sebarang kerja.Selain itu, guru juga perlu mempunyai kesabaran dan

kebijaksanaan yang tinggi kerana guru pada zaman kini menghadapi situasi yang

lebih sukar berbanding guru pada zaman dahulu. Hal ini demikian kerana,

kebanyakan pelajar sekarang sudah pandai melawan dan tidak menghormati guru.

Justeru itu, guru perlulah bijak dalam menghadapi pelajar yang nakal dan suka

melawan dengan penuh berhemah dan bersabar. Sabar adalah senjata yang sangat

penting dalam situasi ini supaya profesion sebagai seorang guru tidak tercalar dan

tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W

telah bersabda, ”Sabar itu adalah sebahagian daripada iman”. Oleh itu, amatlah

perlu bagi seseorang guru supaya mempunyai sifat sabar kerana sifat tersebut

merupakan cermin sikapnya terhadap pelajar dan masyarakat.

Selain itu, guru yang baik dan profesional sentiasa mengamalkan sikap baik

hati dan tidak berat sebelah terhadap para pelajar. Pelajar-pelajar tidak dibeza-
bezakan sama ada cemerlang atau lemah dalam kurikulum mahupun kokurikulum.

Malahan, guru tersebut sentiasa mempunyai sifat terbuka dan berfikir untuk kebaikan

para pelajarnya serta mampu menjadi teladan yang terbaik di hadapan mereka. Guru

yang profesional juga akan menjalankan kewajipannya dengan ikhlas serta sentiasa

mempunyai idea yang bernas dan baru supaya pembelajaran yang ingin

disampaikan kepada para pelajarnya lebih berkesan dan mampu dipraktikkan oleh

mereka dan bukan secara sambil lewa seperti ’melepaskanbatuk di tangga’.

Seperti mana profesion lain, profesion perguruan juga memerlukan

perancangan dan pengurusan sumber tenaga yang kemas, tersusun dan sistematik

sama ada dari segi perancangan mahupun pelaksanaannya. Bagi menghasilkan

tenaga dan sumber yang berkualiti, sudah tentu profesion perguruan perlu

mengambil kira beberapa aspek penting dalam perancangan tenaga dan sumbernya

yang merangkumi empat kategori iaitu perancangan strategik, penentuan kualiti

perkhidmatan, penentuan kualiti proses dan penentuan kualiti tenaga manusia (Dr.

Mohd. Rais, 1991). Walaubagaimanapun, selain daripada empat aspek penting

tersebut, terdapat beberapa cara atau pendekatan yang boleh digunakan untuk

meningkatkan produktiviti guru seperti melalui penggunaan senarai semakan kualiti

untuk menilai kesedaran setiap anggota sesebuah organisasi berkenaan terhadap

asas-asas kualiti dan pengurusannya.

Kepuasan kerja merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang

guru. Kepuasan kerja melibatkan interaksi antara pekerja dengan pekerjaannya di

samping keadaan emosi yang menyeronokkan hasil daripada tafsiran seseorang

terhadap pekerjaannya sebagai menyenangkan dan berjaya (Rorzali Salleh, 1999).

Kepuasaan bekerja sangat penting supaya seseorang guru menjalankan

pekerjaannya dengan ikhlas sama ada dalam kerja-kerja menyediakan bahan


pengajaran atau pengurusan bilik darjah. Menurut Mahatma Gandhi, ”Work done

spontaneously and joyfully is never oppressive” yang bermaksud pekerjaan yang

dilakukan secara spontan danp enuh kegembiraan tidak akan mendatangkan

keletihan. Justeru itu, perasaan ini amat perlu diterapkan dalam diri setiap guru agar

mereka dapat membiasakan diri dalam melaksanakan tanggungjawab yang

diberikan.

Guru yang berkesan dan kaya dengan pengalaman seharusnya

menganggap ketidakupayaan seseorang murid sebagai ’peluang’ kepada diri sendiri

untuk mempraktikkan segala bidang ilmu yang telah dipelajari semasa di institusi

pendidikan atau di universiti. Salah satu bidang ilmu dalam pedagogi yang diajarkan

kepada guru-guru ialah amalan reflektif. Amalan reflektifberbeza dengan amalan

refleksif. Hakikat ini harus diperjelas kerana amalan reflektif melibatkan pemikiran

yang mendalam dan penilaian yang kritis sedangkan refleksif hanya tindakan

spontan dan semula jadi hasil daripada reaksi kepada sesuatu kejadian.

Melalui amalan reflektif, seorang guru bukan sahaja dapat memanfaatkannya

untuk membantu murid-muridnya meminati pelajaran, malah mengelakkan mereka

daripada keciciran ilmu dalam kalangan murid sehingga menyebabkan mereka tidak

lagi mahu bersaing dengan rakan-rakan yang lebih cemerlang dan sentiasa berasa

rendah diri yang lama-kelamaan akan menyebabkan mereka menjadi kelompok

murid yang gagal atau lemah dalam pelajaran. Guru reflektif pastinya tidak akan

mengabaikan potensi muridnya sebaliknya membantu muridnya membuat refleksi

agar situasi ’menang-menang’ dapat diperoleh. Sekiranya situasi ini dapat

diwujudkan, prestasi sesebuah sekolah dapat ditingkatkan.

Tugas mendidik atau ’memanusiakan manusia’ bukanlah kerja mudah kerana

mengajar turut dianggap sebagai ’seni’. Justeru, guru-guru seharusnya bersedia


menerima segala cabaran di sekolah dan menghadapinya sebagai pengalaman

berharga dan seterusnya memperoleh kepuasan diri. Menurut Combs (1982),

”Learning always involve two things, exposure to new information or experience and

the personal discovery of what it means. Any information will affect a person’s

behavior only in the degree to which he or she has discovered personal meaning of

that information”. Oleh itu, tidak menjadi rahsia lagi, kepuasan bekerja ialah

perencah kecemerlangan.Justeru, dalam konteks perguruan, amalan reflektif

haruslah disebarluaskan, dimanfaatkan dan dipraktikkan oleh guru-guru kerana

keberkesanannya tidak diragui lagi, malahan amalan reflektif wajib diajarkan kepada

guru-guru pelatih sebagai persediaan apabiladitempatkan di sekolah-sekolah nanti.

12

Di antara ciri-ciri guru reflektif ialah sentiasa berfikir tentang tujuan, isi

kandungandan tindakan dalam konteks pengajaran, sentiasa mempelajari dan

memahami sesuatu yang baharu hasil daripada pengalaman yang pernah dilalui,

berusaha memperbetul sebarang kesilapan dan perlakuan semasa merancang dan

melaksanakan pengajarannya, boleh menghubung kait apa-apa yang dipelajari atau

dialami dengan tugas dan kehidupan harian, sentiasa melihat sesuatu isu atau

masalah dari pelbagai perspektif agar penyelesaian terbaik dapat dibuat dengan

lebih sistematik serta sentiasa mempelajari daripada apa yang telah dilakukan agar

memberi makna kepadanya dalam konteks peribadi, profesion, masyarakat dan

negara.

Manakala, amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan

profesional. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang

mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan

oleh Dewey (1933) menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa
membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi

memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan

untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan

(Boon Pong Ying, 2003). Amalan refleksi mampu memberi peluang kepada guru

untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri.

Dengan ini, guru dapat membaiki diri serta mengubah cara pembelajaran mereka

supaya pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan lebih efektif dan

berkesan.

Walaubagaimanapun, kedua-dua reflektif dan refleksi ke atas tindakan dapat

membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya kerana kedua-dua

aspek ini adalah sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan

kerana kedua-dua aspek ini adalah saling bertindak serta mempunyai hubungan dan

kesinambungan dalam mengekalkan serta membentuk peribadi profesional dalam

diri setiap guru.

Syarat-syarat dan Kepentingan Profesionalisme

“As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t

be teaching – because education is a constant process of change. Every single time

you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it, and new

human being emerges.” (Leo Buscaglia)

Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai

penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak kehidupan

mereka. Guru sering diibaratkan sebagai lilin yang mampu memberikan sinar dalam

kehidupan pelajar di samping membantu mencorak kehidupan mereka. Namun,

sebagai guru, kita seharusnya peka terhadap perubahan yang berlaku dalam

pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang


yang menyampaikan sesuatu yang baik,positif, kreatif atau membina kepada

seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa

melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang

ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990). Seorang guru sangat berperanan besar

dalam merealisasikan perlaksanaan kurikulum di sekolah.

Sebagai seorang guru, terdapat beberapa elemen penting profesionalisme

keguruan yang memerlukan penghayatan sebagai syarat dalam melaksanakan

kurikulum di sekolah. Elemen-elemen ini boleh dikesan terjemahan daripada

kepercayaan, nilai dan sikap guru sewaktu menyebarkan kurikulum dalam

pengajaran dibilik darjah. Hal ini disahkan lagi tertakluk kepada kekangan dan

peluang yang tersedia semasa guru-guru ini berusaha menterjemah kurikulum di bilik

darjah. Ternyata guru-guru masa kini perlu mempunyai secukupnya elemen dan

kefahaman tentang profesionalisme keguruan terhadap kurikulum dan pengajaran di

bilik darjah. Hal ini bertujuan agar kekangan dapat dikurangkan dan peluang dapat

digunakan bagi memaksimakanpengajaran, mengembangkan potensi insan

sekaligus meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu sendiri (Salleh Abdul

Rashid, 2003).

Fenomena hari ini jelas menunjukkan bahawa pelbagai institusi awam dan

swasta sama ada di dalam mahupun di luar negara, telah melahirkan ’lambakan’

guru saban tahun ke dalam pasaran. Namun, persoalannya sekarang, adakah

lambakan guru yang dihasilkan tersebut mampu mendokong aspirasi negara dalam

usaha untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sama

ada dari segi jasmani, emosi, rohani mahupun intelek? Adakah guru-guru yang

dipasarkan ini benar-benar bersedia mengharungi profesion ini? Persoalan ini perlu

dijawab sendiri oleh individu yang baka lbergelar guru kerana profesion perguruan
hari ini sangat memerlukan tahap profesional yang tinggi untuk memastikan

seseorang guru itu benar-benar berwibawa. Pencapaian yang cemerlang bagi

seseorang guru tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur tahap profesionalnya.

Justeru itu, adalah perlu bagi seseorang guru itu supaya sentiasa bersedia dan

mempersiapkan diri menghadapi profesion yang mencabar ini dengan baik.

Menurut Prof. Dr. Madya Salleh Abdul Rashid (2003) lagi, beliau menyatakan

bahawa adalah sangat penting pada hari ini untuk melahirkan tenaga kerja yang

mempunyai keupayaan pemikiran yang kritikal dan bereflektif tinggi supaya ahli

profesional yang bebas dari kongkongan dan cara ’tradisi’ dalam mengidentifikasi

serta menyelesaikan masalah dapat dilahirkan. Beliau turut mengemukakan

pendapat dalam penulisannya bahawa terdapat dua komponen penting dalam

pemikiran diri iaitu keupayaan untuk membezakan antara membuat refleksi secara

sedar dengan pengenalan antara nilai yang berbeza. Dua komponen tersebut

mampu membantu guru dalam membuat refleksi yang adil dan seimbang dengan

mudah tanpa mengutamakan kepentingan pemikiran sendiri. Oleh itu, pemikiran guru

mampu mempengaruhi dan menentukan sejauh mana kurikulum yang dihasratkan

dapat dilaksana kerana perkara ini adalah berkaitan dengan kepercayaan, pemikiran,

pertimbangan, pengetahuan dan keputusan guru. Selain itu, pelbagai interaksi yang

berlaku dalam proses pelaksanaan kurikulum tersebut akan menjelaskan jurang

yang wujud jangkaan sebenar guru terhadap pelajar dan amalan pengajaran yang

sebenar.

Memahami pemikiran guru mampu meningkatkan kefahaman tentang

penerimaan dan penolakan guru terhadap sesuatu inovasi dan menggambarkan

kesediaan guru dalam mengadaptasi kurikulum dalam persekitaran pendidikan yang

wujud di sekitar guru. Hal ini sekaligus mampu membaiki serta meningkatkan lagi
tahap profesionalisme keguruan. Pengajaran yang disampaikan oleh guru dengan

hanya berdasarkan kefahaman konsep guru semata-mata adalah sangat

’merbahaya’ dan seringkali mendapat kegagalan atau penerimaan yang ’songsang’

oleh penerima. Oleh itu, penyebaran ilmu kurikulum melalui pemikiran guru harus

cuba menghampiri konteks keperluan konsep pengajaran dan pembelajaran yang

mampu mewujudkan hasrat paradigma progresif, khususnya mengenai apa yang

dihasratkan dengan ruang lingkup pemikiran guru tentang pendidikan, konsep teori

dan amalan serta organisasi sekolah dengan masyarakat.

Individu yang terlibat dalam sesuatu profesion seharusnya bersikap

profesional dalam setiap hal yang berkaitan profesionnya. Individu tersebut

seharusnya bijak mengasingkan perkara yang tidak berkaitan daripada profesionnya

supaya perkara tersebut tidak akan mengganggu gugat tahap profesionalismenya.

Profesionalisme sangat penting dalam setiap profesion terutamanya profesion

keguruan kerana profesion ini sering dipandang dan dinilai oleh masyarakat. Selain

itu, tahap profesionalisme seseorang guru sangat berkait rapat dengan mutu

pendidikan dari beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajarannya

sebagai contoh, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajarnya malahan,

pendekatan yang digunakan juga mampu mempengaruhi tingkah laku, tahap

penerimaan dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran.

Di samping itu, menurut Sufean Hussin (2004), mutu pendidikan negara juga

berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran

secukupnya yang turut mampu mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan

pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan juga adalah berhubung

dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.

Keberkesanan dalam profesion perguruan adalah berkait rapat dengan keupayaan


dan usaha guru yang gigih bagi menyempurnakan terhadap pelajar, sekolah serta

masyarakat. Di antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana

berkesannya penggunaan sesuatu sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan

kaedah pengajaran, bagaimana mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan

kondusif dalam bilik darjah serta penerapan nilai-nilai murni dikalangan pelajar.

Mutu perguruan pada pandangan masyarakat adalah berbeza-beza mengikut

tempat dan suasana. Teori dan praktis perguruan haruslah seimbang dengan

dengan pengetahuan-pengetahuan sampingan yang sesuai untuk bakal guru seperti

kepimpinan, pentadbiran pelajaran, sukan dan aktiviti kemasyarakatan yang perlu

dititik beratkan. Seorang guru yang profesional menjalankan tugas dan

tanggungjawabnya bukan secara rutin, sebaliknya setiap situasi atau masalah baru

diselesaikan dengan cara yang tersendiri.

Etika Profesional Guru

Etika adalah suatu konsep yang sangat penting dalam kehidupan  dan semua

jenis profesion, khususnya perguruan kerana etika mengandungi nilai dan makna

untuk sesuatu profesion. Fungsi etika ialah untuk mengembangkan faktor manusia

dan kemanusiaan dalam setiap bidang kehidupan.Daripada perspektif falsafah, etika

biasanya dikaitkan dengan nilai, moral dan estetika (Tajul Ariffin Noordin, 2007).

Berdasarkan pengertian di atas, guru yang beretika akan sentiasa mengamalkan

tingkah laku yang baik, mematuhi peraturan kerja dan menjalani kehidupan dengan

budaya hidup yang sihat dan harmoni. Manakala, menurut Sufean Hussin (2004),

peraturan ialah etika peradaban dalam bertingkah laku. Peraturan yang diinstitusikan

dan yang didaulatkan menjadi undang-undang, sementara yang lain menjadi adat

istiadat atau norma implisit tetapi diketahui oleh sebilangan besar ahli masyarakat.
Individu yang tidak mematuhi norma atau melanggar peraturan yang ditetapkan

biasanya dikenakan hukuman agar tingkah lakunya normatif (Sufean Hussin, 2004).

Dari perspektif Islam pula, etika bermaksud tingkah laku berasaskan Al-Quran

dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Oleh itu, maksud etika profesional di sini ialah

semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan

disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek

yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku

profesion dalam masyarakat.

Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kekuatan dalaman

untuk pembinaan etika keguruan boleh dimulakan dengan kekuatan potensi rohani

yangmembawa maksud potensi rohani dihayati dalam potensi intelek, emosi dan

jasmani. Kekuatan dalaman boleh ditingkatkan menerusi peningkatan kepercayaan

kepada Tuhan yang merupakan antara ciri fitrah insaniah (Tajul Ariffin Noordin,

2007). Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan memberi kekuatan kepada

guru dalam melaksanakan tugasnya sebagai ibadah atas prinsip ehsan. Kekuatan

dalaman ini dapat memurnikan lagi etika keguruan ke arah melahirkan perkhidmatan

yang berkualiti kerana apabila potensi rohani ditambah dengan amalan etika

keguruan, perkhidmatan keguruan akan menjadi lebih berkualiti. Perkara inilah yang

dihasratkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010.

Semua ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan

kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Perkara ini menjadi lebih penting dan kritikal

dalam kehidupan pada era globalisasi kini. Hal ini bermaksud, kehidupan yang terlalu

bersifat materialistik, teknologi, kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan

keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh

membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan


pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akanmembina intelek yang sihat,

emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera.Keharmoniandan keseimbangan

potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan

kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah

dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat

membangunkan insan.

Di antara matlamat pendidikan pada masa kini ialah untuk mendidik pelajar

supaya memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya, hari ini kita

berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku

ganas dan jenayah disekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara seperti ini

boleh berlaku? Sebagai jawapannya, mungkin kerana kita gagal membina konsep

fitrah atau adalah tabii pelajar tersebut menjadi liar dan ganas sehingga mereka

memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika perkara seperti ini terus dibiarkan,

tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke

alam dewasa dan kehidupan. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru untuk memastikan

suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah

atau tabii pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan

membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali lagi, tugas ini

hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan

pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.

Penutup

Jatuh bangun institusi sosial seperti sekolah terletak di tangan guru, bukannya

orang lain. Di tangan warga pendidiklah tergenggam segala permasalahan

pendidikan sejak sekian lama, dan di pundak guru jugalah disandarkan harapan

untuk mewarnakan dunia pendidikan. Bagi mencapai agenda negara, pendidikan


menjadi wahana utama. Pelajar disemua peringkat perlu dididik dengan sempurna.

Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam

usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan

terbilang seperti kata Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi ketika melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 di

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajayapada 16 Januari 2007:

“Di tangan warga pendidik hari ini kita serahkan untuk melahirkan

generasicemerlang, yakni generasi celik minda dan mempunyai kekuatan mental

bagimenghadapi cabaran lebih kompetitif pada masa depan....” (Berita Harian, 17

Januari 2007). Seorang guru juga haruslah mempunyai ciri-ciri personal, ciri

interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual yang baik, berkemahiran dalam

pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan

teori kepada amalan dan mengamalkanpembelajaran ilmu sepanjang hayat.

Walaubagaimanapun, tanggungjawab mendidik bukan terletak di pundak guru

semata-mata sebaliknya setiap individu masyarakat perlu memainkan peranan

masing-masing supaya pembinaan negara bangsa lebih sistematik dan mencapai

objektifnya. Justeru, dalam usaha untuk mencapai wawasan membina negara

bangsa, semua pihak harus bersatu padu dan bekerjasama.

Dalam perkara ini, Falsafah Pendidikan Guru (rujuk lampiran) merupakan

garis panduan utama yang boleh dijadikan rujukan oleh guru sebagai satu kod etika

yang mampu memberikan pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan yang

mantap dan stabil. Oleh itu, setiap guru seharusnya mempunyai kesedaran serta

semangat yang tinggi bagi memartabatkan profesion perguruan pada tahap yang

tinggi dan sepatutnya di matamasyarakat.Sebagai konklusinya, pendidikan


memainkan peranan yang sangat pentingdalam melahirkan pelajar dengan ciri-ciri

individu dan masyarakat bangsa Malaysia.

Bibliografi

Abdullah Ahmad Badawi (2007, Januari 17).Berfikir di Luar Kotak. Berita Harian.

Boon Pong Ying (2003).Amalan Reflektif ke Arah Peningkatan Profesionalisme Diri

Guru. Diperoleh pada Januari 27, 2009 daripada http://72.14.235.132/search?

q=cache:7Gv43mBmIA0J:apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/

article11.pdf+pemikiran+dan+amalan+profesionalisme+keguruan&hl=en&ct=clnk&cd

=3&gl=my&client=firefox-a

Combs, A.W. (1982).A Personal Approach to Teaching Beliefs That Make a

Difference.

Boston:Allyn and Bacon.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1997).Kamus Pelajar (Cetakan Ketiga Belas). Kuala

Lumpur:Konsortium Dewan Edar (M) Sdn. Bhd.

Hamid Fahmy Zarkasyi (1990).Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamil Adimin (2006) .Memartabatkan Profesion Keguruan Melalui Pentaksiran.

Pendidik, 22.

Mohd. Rais bin Abdul Karim (1991).Pengurusan Tenaga dan Sumber dalam

Meningkatkan Produktiviti Guru. Dalam Jurnal Pengurusan Pendidikan 1(6),

10-18.

Rorzali Salleh (1999). Kepuasan Kerja di Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan.

Dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPDA, 2(12), 23-36.

Salleh Abd. Rashid (2003).Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum dan

Pengajaran. Diperoleh pada Januari 27, 2009 daripada http://72.14.235.132/search?


q=cache:m27PBaXE1aEJ:www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/s

allehUMSkk.pdf+pemikiran+dan+amalan+profesionalisme+keguruan&hl=en&ct=clnk

&cd=1&gl=my&client=firefox-a

Sufean Hussin (2004).Sejarah, Sistem & Falsafah Pendidikan di Malaysia (Edisi

Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tajul Ariffin Noordin (2007, Disember).Etika Keguruan dari Perspektif Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.Pendidik, 60.

Tonggak Dua Belas (1992).Kuala Lumpur:Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia

(INTAN).

Ucapan Utama Seminar “Memartabatkan Profesion Keguruan dalam

Mengangkasakan

Aspirasi Negara Bangsa” (2008).Diperoleh pada Januari 27, 2009 daripada

http://72.14.235.132/search?

q=cache:7EeyvhB6C9oJ:www.ipti.edu.my/pipp/P2_Aspirasi%2520Membina

%2520Negara%2520Bangsa/Kertas%2520kerja

%2520utana_seminarPIPP180508.doc+profesion+keguruan+dalam+pembinaan+ne

gara+bangsa&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my&client=firefox-a

http://www.scribd.com/doc/21800245/esei-edu

You might also like