You are on page 1of 37

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YU YING

JALAN BUKIT GODEK, SEMABOK,


75050 MELAKA

50
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YU YING
JALAN BUKIT GODEK, SEMABOK,
75050 MELAKA

POLISI KE ARAH SALAH LAKU SIFAR

Penyelaras : Pn. Chu Chyun Foong

Ahli Jawatankuasa:

1. En. Zaiyusri Bin Johari

2. Cik Gan Hwa Yong

3. Pn. Yong Sing Chan

4. Pn. Chua Kim Choo

5. Pn. Chang Nyuk Yin

6. En. Gan Poh Thye

7. Pn. Khoo Suat Yan

51
1.0 Gangguan seksual

1.1 Matlamat

 Memastikan semua warga sekolah mengetahui langkah-langkah

pencegahan, menghadapi situasi yang sedang berlaku dan

tatacara tindakan susulan.

1.2 Rasional

 Kebanyakan murid-murid sekolah terdiri daripada kaum

perempuan.

1.3 Polisi

 Memastikan mangsa-mangsa gangguan seksual dapat melaporkan

masalah-masalah mereka dalam keadaan yang selamat dan

rahsia.

1.4 Objektif

 Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral.

 Menjaga kesucian sekolah sebagai institusi pendidikan.

 Menghasilkan penyelesaian yang adil ke atas mangsa gangguan

seksual dan merahsiakannya.

 Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang

melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi.

 Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah.

1.5 Definisi

Gangguan seksual bermaksud percakapan dan perlakuan fizikal

yang tidak disenangi atau diterima seperti:-

52
 Kata, jenaka, simbol, kartun, lukisan, gambar, tulisan dan poster

lucah.

 Mencabul kehormatan seperti meraba, memegang dan menggesel

dengan sengaja.

 Mengemukakan soalan yang terlalu peribadi.

 Mencadangkan atau mengajak melakukan perbuatan lucah atau

seks.

 Memalukan seseorang dari segi seksual.

 Tingkah laku yang tidak menyenangkan dan memalukan.

 Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu.

1.6 Jenis-jenis gangguan seksual

 Gangguan lisan

o Teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik, membunyi dan

menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan.

o Membuat panggilan telefon lucah.

o Mengemukakan soalan yang terlalu peribadi.

o Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu.

 Gangguan dari segi isyarat

o Menjelir lidah, membuat bunyi yang tidak sesuai, menjilat bibir,

memegang serta memakan makanan secara proaktif, isyarat

tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

 Gangguan visual

o Menunjukkan bahan-bahan pornografi.

53
o Melukis lakaran lucah.

o Menulis sesuatu berasaskan seksual.

o Mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.

o Menonton dan mendengar aksi seksual.

 Gangguan psikologi

o Undangan-undangan sosial yang tidak diingini.

o Kekerapan mengajak dan mengadakan temujanji.

o Intimasi fizikal – mempamerkan aksi lucah.

o Memalukan seseorang dari segi seksual.

 Gangguan fizikal

o Sentuhan.

o Tepukan.

o Cubitan.

o Urutan.

o Geselan terhadap tubuh badan yang tidak sesuai.

o Pelukan.

o Ciuman.

o Meraba.

1.7 Contoh-contoh kes berat gangguan seksual

 Rogol / liwat.

 Sumbang-muhirim.

 Mencabul kehormatan.

54
1.8 Panduan pencegahan

 Peranan murid

o Anda hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia.

o Elakan diri daripada terperangkap dalam masalah yang

menggalakkan berlakunya gangguan seksual.

o Jika anda mengalami gangguan seksual dalam apa-apa bentuk

sekalipun anda hendaklah berhubung dengan kaunselor

sekolah. Aduan anda akan dirahsiakan. Kaunselor akan

memberi nasihat dan tunjuk ajar bagi mengatasinya.

o Jika masalah berkenaan tidak boleh diselesaikan anda boleh

berjumpa dengan Pengetua / Guru Besar.

 Peranan ibubapa

o Memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang

sempurna dan mengamalkannya.

o Sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak.

o Sentiasa peka kepada perubahan personaliti dan tingkahlaku

anak-anak.

o Luangkan masa bersama anak-anak untuk mengetahui

perkembangan semasa anak-anak.

55
 Peranan sekolah

o Menganjurkan ceramah kesedaran tentang gangguan seksual

dan langkah-langkah pencegahan kepada guru.

o Peranan guru Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

o Memantapkan peraturan sekolah.

1.9 Panduan menghindari diri daripada gangguan seksual untuk

warga sekolah

 Mengenalpasti jenis-jenis sentuhan.

 Mempunyai pegangan agama yang kuat.

 Mengamalkan nilai-nilai murni.

 Elakkan diri dari terperangkap dalam masalah yang menggalakkan

berlakunya gangguan seksual.

 Elakkan berjalan sendirian di tempat yang sunyi gelap atau dikenali

sebagai kawasan hitam.

 Bawa wisel atau alat yang mengeluarkan bunyi bising sebagai

tambahan kepada usaha untuk menarik perhatian orang ramai.

 Bawa penyembur, payung atau kunci kereta yang bahagian tajam

menghala keluar untuk digunakan sebagai senjata

mempertahankan diri.

 Sentiasa membawa telefon bimbit untuk meminta bantuan apabila

berlaku sebarang kecemasan.

56
 Jangan sesekali menunjukkan sikap pasif kerana statistik seluruh

dunia menunjukkan wanita yang demikian sering menjadi mangsa.

 Jika diserang, cari peluang untuk melepaskan diri dengan

bercakap-cakap, berunding atau berlakon sambil mencari peluang

melepaskan diri.

 Tunjukkan perangai buruk dan menjijikkan seperti terkencing atau

termuntah bagi menimbulkan rasa jijik penyerang.

1.10 Panduan menghindari diri daripada gangguan seksual untuk

murid sekolah rendah

Sekiranya anda mengalami situasi gangguan seksual, anda boleh

memilih salah satu daripada cara-cara di bawah:

 Menjerit sekuat hati.

 Meraung.

 Membawa wisel ke mana sahaja dan meniupnya sekira perlu.

 Jalan secara berkumpulan.

 Jangan melayani orang yang tidak dikenali.

1.11 Panduan menghindari diri daripada gangguan seksual untuk

murid sekolah menengah

 Menjerit.

 Berjalan secara berkumpulan

 Jangan melayani orang yang tidak dikenali.

 Gunakan teknik seni mempertahankan diri, jika tahu.

 Lari ke tempat yang lebih selamat jika mampu.

57
1.12 Tatacara selepas kejadian

Tatacara murid

 Kepada murid-murid lain (Bukan mangsa)

Sekiranya anda menerima atau mengetahui adanya kes-kes

gangguan seksual, anda hendaklah melaporkan kepada pihak

pentadbir atau kaunselor untuk diambil tindakan.

 Murid-murid yang mengalami gangguan seksual

Laporkan kepada unit Pembimbing Rakan Sebaya, guru-guru,

kaunselor, pentadbir atau sesiapa sahaja yang anda percayai untuk

tindakan seterusnya. Sebarang aduan murid akan dirahsiakan.

1.13 Tatacara membuat aduan

 Melapor terus dengan pihak terlibat (rakan, guru-guru tingkatan dan

lain-lain).

 Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai contohnya kaunselor.

 Berjumpa dengan Pengetua / Guru Besar atau wakilnya untuk

memastikan aduan itu disiasat. Jika aduan itu terbukti, hukuman

yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu.

 Mengisi borang aduan untuk tindakan selanjutnya.

1.14 Tatacara guru

 Terima aduan murid dan rahsiakan identiti murid.

 Rujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling sekiranya kes yang

dilaporkan tidak dapat diselesaikan.

58
1.15 Tatacara kaunselor

 Melaporkan kepada Pengetua / Guru Besar jika kes berat.

 Mengenalpasti kesahihan kes tersebut.

 Jika benar, tindakan-tindakan berikut perlu diambil:

o Menyoal mangsa.

o Mengenalpasti pengganggu

o Maklumkan kepada ibubapa.

o Pemeriksaan doktor jika perlu.

1.16 Tindakan terhadap pengganggu

 Tindakan disiplin jika melibatkan murid sekolah.

 Lapor kepada polis jika kes berat dan melibatkan orang luar.

1.17 Tatacara ibubapa

 Berjumpa kaunselor / Pengetua / Guru Besar untuk khidmat nasihat

dan isi borang.

 Jika kes berat dan belum mendapat pemeriksaan doktor, sila ambil

tindakan.

 Membuat keputusan sama ada membuat laporan polis atau tidak.

59
2.0 Gangguan emosi dan rohani

2.1 Matlamat

 Mengetahui langkah-langkah menghindari gangguan emosi,

menghadapi situasi yang sedang berlaku dan tindakan yang perlu

diambil jika situasi telah pun berlaku.

2.2 Rasional

 Membantu murid-murid menghadapi gangguan emosi dan rohani di

sekolah.

 Meningkatkan pencapaian dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Polisi

 Memastikan murid-murid mempunyai kestabilan emosi supaya

menjadi insan yang berfikiran positif kelak.

2.4 Objektif

 Mewujudkan sekolah yang ceria dan damai bagi membantu

kecemerlangan pendidikan.

 Mewujudkan budaya “Sekolah Penyayang” sebagai asas institusi

Masyarakat Penyayang.

 Membangunkan potensi insan secara sepadu dan seimbang

berasaskan pegangan agama.

 Mempertingkatkan ketahanan diri warga sekolah melalui nilai-nilai

murni.

 Mempereratkan hubungan kasih sayang serta mengurangkan

gejala negatif di kalangan warga sekolah.

60
2.5 Definisi

Gangguan emosi dan rohani bermaksud bebas daripada sebarang

masalah dalaman diri yang mengganggu kestabilan emosi dan

rohani.

2.6 Punca-punca menyebabkan gangguan emosi dan rohani

Daripada:-

 Diri sendiri

 Keluarga

 Sekolah

 Rakan-rakan.

 Komuniti sekeliling

 Baka / keturunan

 Alat audio visual / media.

2.7 Tanda-tanda gangguan emosi dan rohani

 Suka menyendiri.

 Panas baran.

 Murung.

 Ponteng kelas / sekolah.

 Kekemasan diri yang tidak sempurna.

 Tidak menyiapkan / membuat kerja sekolah.

 Termenung.

 Penyakit.

61
 Merendah diri.

 Meninggi diri.

2.8 Peranan murid

Untuk memiliki emosi dan rohani yang tenteram dan selamat:

 Anda perlu memahami dan mematuhi ajaran agama.

 Anda perlu berfikiran positif dan menghindari gejala negatif.

 Anda perlu memahami bahawa mental dan rohani yang sihat asas

kecemerlangan pendidikan.

 Patuhi jadual harian kehidupan anda.

 Kasihilah diri orang lain seperti mana anda mengasihi diri sendiri.

 Amalkan gaya hidup yang sihat.

 Tidur dan rehat yang cukup.

 Berfikiran terbuka dan logik.

 Jika anda menghadapi masalah dan gangguan emosi, dapatkan

bimbingan dari rakan sebaya / guru / ibubapa / kaunselor sekolah.

 Libatkan diri secara aktif dalam kegiatan berfaedah.

2.9 Peranan kaunselor

 Kaunselor sekolah merupakan tempat rujukan dan memberi

bimbingan kepada murid.

 Membina emosi dan rohani yang tenteram melalui budaya ilmu.

 Menjadikan diri sebagai contoh dan ikutan yang baik kepada

semua.

 Ikhlas membimbing murid.

62
 Amanah dan bertanggungjawab terhadap rahsia peribadi murid.

 Asas pegangan agama sebagai teras ketahanan diri.

 Sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang

lain.

2.10 Peranan ibubapa

 Peka terhadap perubahan sikap dan tingkahlaku anak seperti

o Selalu mengasingkan diri.

o Muram dan bersedih.

o Memberontak.

o Tidak betah berada di rumah.

o Malas membuat kerja sekolah.

o Bercakap kasar.

 Menyediakan didikan asas agama yang cukup untuk anak-anak

dan keluarga.

 Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk mendampingi anak.

 Bekerjasama dengan kaunselor sekolah, guru dan semua pihak

untuk menyelesaikan masalah anak.

 Menyediakan pemakanan berzat dan seimbang untuk anak.

 Menyediakan peralatan dan keperluan belajar yang mencukupi.

 Mengenali rakan anak-anak.

63
2.11 Langkah-langkah murid untuk mengatasi gangguan emosi dan

rohani.

 Perlu memahami dan mematuhi ajaran agama.

 Perlu berfikiran positif dan jauhi gejala negatif.

 Memahami bahawa mental dan rohani yang sihat asas

kecemerlangan pendidikan.

 Menyediakan dan mematuhi jadual harian kehidupan.

 Mengasihi diri orang lain seperti mana mengasihi diri sendiri.

 Mengamalkan gaya hidup yang sihat.

 Tidur dan rehat yang secukupnya.

 Berfikiran terbuka dan logik.

 Elakkan daripada menonton, membaca dan melihat bahan-bahan

yang boleh menyebabkan gangguan emosi dan rohani.

Contohnya:- aksi ganas, aksi lucah, seram dan sebagainya.

 Jika ada masalah gangguan emosi dapatkan bimbingan dari rakan

sebaya, guru, ibubapa dan kaunselor sekolah.

 Libatkan diri secara aktif dalam kegiatan berfaedah.

2.12 Langkah-langkah guru mengatasi gangguan emosi dan rohani

 Memberi bimbingan kepada murid yang mengalami gangguan

emosi dan rohani.

 Membina emosi dan rohani yang tenteram melalui budaya ilmu.

 ‘Role Model’ kepada murid-murid dalam komuniti.

 Ikhlas membimbing murid.

64
 Guru mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.

 Amanah dan bertanggungjawab terhadap rahsia peribadi murid.

 Asas pegangan agama sebagai teras ketahanan diri.

 Sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang

lain.

 Merampas bahan-bahan yang tidak sesuai yang boleh

menyebabkan gangguan emosi dan rohani.

2.13 Langkah-langkah ibubapa mengatasi gangguan emosi dan

rohani

 Peka terhadap perubahan sikap dan tingkahlaku anak seperti

berikut:

o Selalu mengasingkan diri.

o Muram dan bersedih.

o Memberontak

o Tidak betah berada di rumah.

o Malas membuat kerja sekolah.

o Bercakap kasar.

 Menerapkan didikan asas agama yang sempurna untuk seisi

keluarga.

 Memperuntukkan masa bersama keluarga.

 Bekerjasama dengan pihak sekolah.

65
2.14 Tatacara murid

 Berjumpa dengan orang yang dipercayai.

 Ceritakan masalah yang dihadapi.

 Ikut nasihat orang yang lebih tua (guru, ibu dan bapa).

 Luahkan perasaan anda dalam bentuk:

o Tulisan

o Lisan (menjerit, menyanyi, bercerita)

o Perbuatan (menangis, ketawa dsb)

 Aktiviti riadah.

 Mendengar muzik yang meyenangkan (sentimental).

 Melibatkan diri dalam ko-kurikulum.

 Jangan menyendiri.

 Isi borang aduan untuk tindakan selanjutnya.

2.15 Tatacara guru

 Peka terhadap tingkahlaku murid.

 Menerima aduan dan menumpukan perhatian kepada masalah

yang diceritakan.

 Menenangkan murid yang dalam keadaan stress.

 Memberi nasihat kepada murid berkenaan.

 Jika tidak dapat diselesaikan, rujuk kepada kaunselor.

 Sekiranya kes berat, rujuk kepada pakar psikologi di hospital.

66
2.16 Tatacara ibubapa / komuniti setempat

 Peka terhadap tingkahlaku anak.

 Mendengar masalah yang dihadapi oleh anak.

 Cuba selesaikan masalah yang dihadapi oleh anak.

 Jika perlu, berjumpa dengan kaunselor sekolah / Pengetua.

 Ikut nasihat kaunselor sekolah.

 Jika kaunselor sekolah tidak dapat selesaikan, bawa berjumpa

dengan pakar psikologi di hospital.

67
3.0 Keharmonian kaum di sekolah

5.1 Matlamat

 Memupuk hubungan baik di antara warga sekolah yang terdiri

daripada berbilang kaum, berlainan agama, budaya dan bahasa.

5.2 Rasional

 Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang

mempunyai latar belakang sosiobudaya dan sensitiviti yang

berbeza.

 Wujud kelompok-kelompok komuniti yang berasaskan agama,

kaum dan budaya.

5.3 Polisi

 Mewujudkan iklim sekolah yang harmoni dan kondusif untuk proses

pengajaran dan pembelajaran.

5.4 Objektif

 Mengenal dan memahami perbezaan antara kaum.

 Menghormati perbezaan yang terdapat antara kaum.

 Menjalin kerjasama dan bantu-membantu.

 Mewujudkan satu rupa bangsa yang bersatu padu.

 Menghormati Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

5.5 Definisi

Keharmonian kaum bermaksud membina perasaan hormat-

menghormati, kasih mengasihi, tolong menolong dan

68
persefahaman dalam bentuk percakapan dan perbuatan antara

kaum.

5.6 Peranan murid

 Menghormati Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

 Menghormati kaum yang lain.

 Menyertai secara aktif program integrasi dan perpaduan kaum

sama ada bercorak kurikulum atau ko-kurikulum.

 Berkongsi pengalaman dan perasaan dengan kaunselor sekolah

jika anda merasa didiskriminasikan atau ada elemen perkauman.

 Amalkan budaya ziarah menziarahi antara kaum.

 Anda dikehendaki segera melaporkan sebarang salah laku yang

melibatkan hubungan kaum.

 Jangan sekali-kali bercakap, bertindak, mempamer, berhujah sama

ada melalui lisan tulisan atau yang cuba menonjolkan kebaikan

atau keburukan satu-satu kaum.

5.7 Peranan kaunselor

 Memastikan semua program dan aktiviti sekolah melibatkan

pelbagai kaum.

 Elakkan bercakap, bertindak, mempamer, berhujah melalui lisan

tulisan atau yang sama ada cuba menonjolkan kebaikan /

keburukan satu-satu kaum.

 Jika berlaku sebarang peristiwa yang melibatkan hubungan kaum,

maka hendaklah direkodkan.

69
 Guru hendaklah bersikap adil semasa mendengar dan menilai

pandangan pihak yang bertentangan tanpa rasa prejudis.

 Mengenalpasti isu-isu perkauman secara bijaksana.

 Memberi pemahaman dan penerangan mengenai isu keharmonian

kaum kepada murid baru.

5.8 Peranan ibubapa

 Menyertai aktiviti sosial di kawasan masing-masing.

 Menjadikan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebagai forum dalam

memupuk penyatuan kaum.

 Sentiasa menyemai nilai perpaduan dan kasih sayang sesama

manusia.

5.9 Cara-cara mewujudkan integriti kaum

 Hormat-menghormati anatara satu sama lain dari aspek,

o Agama

o Kebudayaan

o Kepercayaan

o Adat resam

o Bahasa / pertuturan

 Kasih-mengasihi

 Tolong-menolong

 Kunjung-mengunjungi

 Sukan dan permainan

70
 Persatuan dan pertubuhan

 Mengamalkan semangat patriotik

5.10 Bentuk-bentuk program / aktiviti

 Jamuan Malaysia

 Artikel berkaitan dengan perpaduan kaum.

 Pertunjukan kebudayaan

 Perkhemahan

 Hari Ko-kurikulum

 Hari Muhibbah

 Hari Sukan

 Hari Keluarga

 Pertandingan

o Poster

o Sajak

o Syarahan

o Bercerita

o Drama

o Pantun

o Kuiz

o Lagu-lagu Patriotik

o Choral Speaking

71
5.11 Tatacara murid

 Menghormati Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

 Menghormati kaum lain.

 Menyertai secara aktif program intergrasi dan perpaduan kaum

sama ada bercorak kurikulum atau ko-kurikulum.

 Berkongsi pengalaman dan perasaan dengan kaunselor sekolah

jika anda merasa didiskriminasikan atau ada elemen perkauman.

 Amalkan budaya ziarah menziarahi antara kaum.

 Segera laporkan kepada guru sebarang salah laku yang berbau

perkauman.

 Jangan bercakap, menyindir, bertindak, mempamerkan, berhujah

dan menonjolkan kebaikan dan keburukan satu-satu kaum melalui

lisan atau tulisan.

5.12 Tatacara kaunselor

 Memastikan semua murid mengikuti program integriti kaum.

 Jangan bercakap, menyindir, bertindak, mempamerkan, berhujah

dan menonjolkan kebaikan dan keburukan satu-satu kaum melalui

lisan dan tulisan.

 Merekodkan peristiwa yang melibatkan perkauman kaum.

 Bersikap adil semasa mendengar dan menilai pandangan pihak

yang bertentangan tanpa rasa prejudis.

 Mengenalpasti isu-isu perkauman.

72
 Memberi pendedahan keharmonian kaum melalui ceramah,

pengajaran, pembelajaran dan bahan bacaan.

 Jangan mengeluarkan kata-kata / perlakuan yang menggugat

keharmonian kaum.

5.13 Tatacara ibubapa / komuniti

 Menyertai aktiviti sosial di kawasan masing-masing.

 Memupuk penyatuan kaum melalui PIBG.

73
4.0 Membuli

4.1 Matlamat

 Mencegah perbuatan membuli di kalangan murid sekolah.

4.2 Rasional

 Mewujudkan iklim sekolah yang harmoni dan kondusif untuk proses

pengajaran dan pembelajaran.

4.3 Polisi

 Mewujudkan kesedaran di kalangan warga sekolah tentang

keburukan perbuatan membuli.

4.4 Objektif

 Menyebarkan maklumat keburukan perbuatan membuli kepada

murid dan warga sekolah.

 Menimbulkan kesedaran kepada murid dan warga sekolah agar

menghindari perbuatan membuli.

 Memberi panduan kepada mangsa dan pemangsa kejadian untuk

jalan penyelesaian dan tindakan selanjutnya.

 Melahirkan generasi muda yang bebas daripada gejala membuli.

4.5 Definisi

Perbuatan membuli bermaksud percakapan atau perlakuan fizikal

yang tidak disenangi atau tidak diterima

74
4.6 Jenis-jenis perbuatan membuli

 Kata-kata, jenaka, simbol, kartun, lukisan, gambar tulisan.

 Mengejek.

 Peras ugut.

 Mengemukakan soalan yang tidak munasabah.

 Memaksa melakukan sesuatu kerja.

4.7 Punca-punca perbuatan membuli

 Untuk menunjukkan kuasa.

 Pengaruh rakan sebaya

 Memenuhi kehendak dan kepuasan diri sendiri.

 Pengaruh media massa.

4.8 Peranan murid

 Sentiasa berada di dalam kumpulan.

 Mempunyai kesedaran bahawa dirinya terlibat dengan kes buli atau

tidak.

 Peka terhadap tatacara murid sekiranya anda terbabit dengan kes

ini.

 Mempelajari seni mempertahankan diri untuk keselamatan. (jika

perlu)

 Menjauhkan diri daripada bergaul dengan murid yang berisiko

tinggi dan kawasan yang berisiko tinggi.

75
4.9 Peranan guru

 Sentiasa peka terhadap tingkahlaku murid yang mencurigakan.

 Memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid.

 Sering memberi peringatan kepada murid supaya jangan bertindak

secara bersendirian terhadap sebarang gangguan.

 Guru bertugas dan guru berdisiplin sentiasa membuat rondaan dan

memastikan persekitaran sekolah adalah selamat.

4.10 Peranan kaunselor

 Mengenalpasti murid yang berisiko tinggi.

 Membuat sesi dengan murid tersebut.

 Mengambil tindakan selanjutnya.

4.11 Peranan ibubapa

 Memberi didikan asas agama yang mencukupi kepada anak-anak.

 Memperuntukkan masa yang berkualiti untuk mengikuti

perkembangan anak-anak.

 Mengamalkan budaya penyayang.

 Menyediakan peralatan dan keperluan pembelajaran yang

mencukupi untuk mengelakkan anak-anak meminta atau meminjam

daripada rakan-rakan.

 Elakkan daripada menggunakan bahasa kasar dan kesat.

 Mendoakan kejayaan dan kebahagiaan ahli keluarga.

76
4.12 Tatacara murid

 Melaporkan kepada guru sekiranya anda mengalami atau melihat

sebarang bentuk perbuatan membuli.

 Mengisi Borang Aduan.

4.13 Tatacara guru

 Menerima aduan.

 Memastikan kebenaran aduan.

 Menjalankan siasatan yang rapi terhadap kes yang dilaporkan.

 Mengambil tindakan yang wajar, adil untuk kedua-dua belah pihak

yang terlibat dengan memberi nasihat dan bimbingan.

 Merekodkan semua kes yang disiasat.

4.14 Tatacara ibubapa

 Laporkan kes kepada pihak sekolah setelah menerima aduan atau

dari sesiapa yang berkaitan.

 Mengisi borang aduan.

 Jika perlu bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

 Hubungi pihak sekolah untuk memaklumkan tentang anak.

 Buat laporan polis jika perlu.

77
5.0 Peras ugut

5.1 Matlamat

 Memastikan semua warga sekolah mengetahui langkah-langkah

pencegahan, menghadapi situasi yang sedang berlaku dan

tatacara tindakan.

5.2 Rasional

 Peras ugut seringkali berlaku tanpa disedari oleh warga sekolah.

 Ia bukan sahaja berlaku di luar kawasan sekolah malah kini telah

menular ke kawasan sekolah sehingga ke bilik darjah.

5.3 Polisi

 Memastikan mangsa-mangsa peras ugut dapat melaporkan

masalah-msalah mereka dalam keadaan yang selamat dan rahsia.

5.4 Objektif

 Mengenalpasti punca berlakunya peras ugut.

 Membanteras kejadian peras ugut di sekolah.

 Mewujudkan suasana yang selamat di sekolah.

5.5 Definisi

Satu perlakuan memaksa seseorang untuk memberikan sejumlah

wang atau barangan tertentu. Mangsa akan mendapat kesusahan

sekiranya tidak mengikut kehendak pemeras ugut.

78
5.6 Punca-punca peras ugut

 Kurang pendidikan nilai-nilai murni di sekolah.

 Terpengaruh dengan rakan sebaya.

 Mencari keseronokan setelah memanipulasikan seseorang.

 Mendapat kepuasan dengan mendominasikan diri sendiri.

 Kurang berkemampuan dari segi material.

 Tabiat suka membuli.

 Pengaruh melalui media massa,

5.7 Peranan murid

 Patuhi peraturan sekolah.

 Memilih dan berkawan dengan murid-murid yang mengamalkan

nilai murni.

 Sentiasa bergerak dalam kumpulan.

 Mengamalkan budaya penyayang, toleransi dan menghormati

orang lain.

5.8 Peranan guru sekolah

 Rondaan berkala oleh Pengetua / Buru Besar, PK HEM, Guru

Bertugas Harian dan Guru Disiplin.

 Menyebarkan maklumat tentang keburukan peras ugut di

perhimpunan mingguan atau melalui risalah-risalah yang

dipamerkan.

 Mengingatkan murid-murid tatacara dan tindakan yang akan

diambil jika terlibat.

79
5.9 Peranan ibubapa

 Memberi didikan asas agama yang mencukupi kepada anak-anak.

 Memperuntukkan masa yang berkualiti untuk mengikuti

perkembangan anak-anak.

 Mengamalkan budaya penyayang.

 Menyediakan peralatan dan keperluan pembelajaran yang

mencukupi untuk mengelakkan anak-anak meminta atau meminjam

dari rakan-rakan.

 Elakkan daripada menggunakan bahasa kasar dan kesat.

 Mendoakan kejayaan dan kebahagiaan ahli keluarga.

5.10 Tatacara murid

 Murid melaporkan kepada guru sekiranya dia diperas ugut.

 Saksi juga diminta melaporkan pada guru.

 Mengisi borang yang disediakan.

5.11 Tatacara guru

 Menerima aduan.

 Memastikan kebenaran aduan.

 Menjalankan siasatan yang rapi terhadap kes yang dilaporkan.

 Mengambil tindakan yang wajar, adil untuk kedua-dua belah pihak

yang terlibat dengan memberi nasihat dan bimbingan.

 Merekodkan semua kes yang disiasat.

80
5.12 Tatacara ibubapa

 Laporkan kes kepada pihak sekolah setelah menerima aduan atau

dari sesiapa yang berkaitan.

 Mengisi borang aduan.

 Jika perlu bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

 Hubungi pihak sekolah untuk memaklumkan tentang anak.

 Buat laporan polis jika perlu.

81
6.0 Sumbang mahram

6.1 Matlamat

 Membanteras jenayah sumbang mahram dan seterusnya

menstabilkan emosi si mangsa dengan harapan supaya

pencapaian pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan.

6.2 Rasional

 Dalam era menuju kemajuan, tidak semua orang boleh dipercayai,

termasuk ahli keluarga.

 Mangsa sering diugut supaya merahsiakan perkara ini daripada

pengetahuan orang lain.

 Mangsa mengalami gangguan emosi akibat perbuatan ini dan

seterusnya, pengajaran dan pembelajaran terjejas.

6.3 Polisi

 Memastikan mangsa-mangsa sumbang mahram dapat melaporkan

masalah-masalah mereka dalam keadaan yang selamat dan

rahsia.

6.4 Objektif

 Memberi kesedaran kepada warga sekolah amnya dan murid

khasnya tentang jenayah sumbang mahram.

 Menyampaikan maklumat mengenai cara-cara menghindari

jenayah sumbang mahram.

 Memberi celik akal kepada mangsa untuk mengtasi jenayah

sumbang mahram.

82
6.5 Definisi

Sumbang mahram bermaksud perlakuan seksual yang berlaku di

antara sanak saudara dan kaum keluarga seperti:-

 Bapa dan anak perempuannya.

 Ibu dan anak lelakinya.

 Abang dan kakak / adik perempuan.

 Datuk dan cucu perempuan.

 Nenek dan cucu lelaki.

 Bapa saudara dan anak saudara.

 Kakak dan adik lelaki.

6.6 Punca sumbang mahram

 Tiada kepuasan seks.

 Pakaian yang menjolok mata di kalangan anak-anak semasa di

rumah.

 Rumah tidak berbilik / tidak mencukupi bilik.

 Anak tidur bersama ibu atau bapa.

 Tiada kawalan penggunaan video cakera padat dan internet.

 Membaca dan menonton bahan lucah.

 Usapan yang terlalu mesra di antara ahli keluarga.

 Kurang iman.

83
6.7 Langkah keselamatan elak sumbang mahram

 Memakai pakaian sopan walaupun di dalam rumah.

 Elakkan pergaulan terlalu mesra di antara ahli keluarga.

 Pastikan tempat tidur ibubapa, anak lelaki dan anak perempuan

berasingan.

 Mengamalkan nilai-nilai murni dan patuh kepada ajaran agama

masing-masing.

 Menyediakan masa yang berkualiti untuk pasangan dan ahli

keluarga anda demi keutuhan ikatan kekeluargaan.

 Sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak.

 Prihatin dan peka kepada perubahan fizikal dan emosi setiap ahli

keluarga.

 Mengamalkan gaya hidup sihat.

 Jangan tinggalkan anak yang berlainan jantina berdua-duaan di

rumah.

6.8 Tatacara murid

Sekiranya anda mengalami situasi sumbang mahram, anda

mestilah menceritakan dengan segera peristiwa tersebut kepada

salah seorang daripada individu berikut:

 Ibu

 Bapa

 Guru

 Teman rapat

84
 Ahli keluarga yang dipercayai

 Orang yang dipercayai

6.9 Tatacara guru

 Guru hendaklah peka terhadap perubahan tingakahlaku murid.

 Menerima aduan dan merahsiakan identiti murid.

 Merujuk kepada kaunselor atau pihak pentadbir untuk penyelesaian

masalah.

6.10 Tatacara kaunselor

 Menerima aduan / mengisi borang.

 Mengenalpasti kesahihan kes.

 Melaporkan kepada Pengetua.

 Jika benar, tindakan berikut mestilah diambil:

o Menyoal mangsa

o Mengenalpasti pemangsa

o Memaklumkan kepada ibubapa

o Melakukan pemeriksaan doktor.

 Melindungi mangsa jika perlu.

 Tindakan kepada pemangsa – lapor kepada polis.

6.11 Tatacara ibubapa

 Peka terhadap perubahan fizikal dan tingkahlaku anak.

 Jika anak anda mengalaminya, jangan “BERAHSIA”. Laporkan

segera kepada pihak berkuasa seperti melaporkan kepada polis,

85
membuat pemeriksaan doktor dan sebagainya yang difikirkan

perlu.

 Menenangkan emosi anak anda.

 Memberi perlindungan kepada anak anda.

6.12 Peranan ibubapa

 Berilmu, beriman dan mengamalkan ajaran agama masing-masing.

 Memberikan didikan agama yang sempurna kepada ahli kepuarga.

 Mempunyai pengetahuan dan amalan seks yang sihat.

 Memberikan didikan seks asas kepda ahli keluarga.

 Menghindari daripda membaca dan menonton bahan lucah di

rumah.

6.13 Peranan sekolah

 Menganjurkan ceamah.

 Membuat pemantauan terhadap murid yang bermasalah dari

semasa ke semasa.

 Sentiasa mengambil berat kepada murid-murid yang

menumpangkan rumah datuk, nenek dan saudara-mara.

86

You might also like