Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan
Pentaksiran adalah sesuatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan
khas. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan
maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Seterusnya, bagi
menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru
memerlukan maklumat yang dikumpul melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah
lain. Seterusnya, apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah
dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.
Dalam pendidikan khas, terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru dan
profesional-profesional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid-murid
bermasalah pembelajaran. Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan
perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah yang
dihadapi oleh mereka. Antara keputusan yang perlu dibuat termasuk :
Semua keputusan yang disenaraikan di atas dapat dibuat dengan bijak dan tepat
dengan bantuan maklumat yang telah dikumpul melalui proses pentaksiran dan
penilaian.
Terdapat beberapa istilah yang selalu digunakan oleh para profesional untuk
menjelaskan jenis pentaksiran yang dilakukan. Anda perlu faham apakah yang
dimaksudkan oleh istilah-istilah pentaksiran yang digunakan. Perlu dijelaskan bahawa
satu ujian boleh digolongkan dalam beberapa kategori ujian seperti yang disenaraikan di
bawah, atau satu kategori ujian boleh merangkumi beberapa jenis ujian. Berikut adalah
istilah-istilah bersama maksud amnya yang biasa guru akan temui dalam bacaan.
Istilah Maksud
Ujian standard / ujian Merupakan ujian yang telah siap dibina dan penguji hanya mentadbirkan
formal ujian dengan mengikut arahan dan prosedur yang disediakan. Ujian
tersebut mempunyai skor yang dicapai oleh orang lain (norma) supaya
perbandingan prestasi dapat dibuat.
Ujian tidak formal Ujian yang dibina oleh guru. Ia tidak mempunyai arahan dan prosedur
pentadbiran yang standard.
Ujian individu Ujian yang hanya boleh ditadbirkan kepada seorang murid dalam satu
masa. Contohnya : WISC-III
Ujian berdasarkan Ujian yang dijalankan berdasarkan isi kandungan kurikulum yang
kurikulum digunakan di sekolah.
Ujian formatif Ujian yang dijalankan untuk menguji penguasaan kemahiran oleh murid
semasa sesuatu unit masih sedang diajar oleh guru. Ujian dijalankan
dengan kerap.
Ujian sumatif Ujian yang merumuskan pencapaian murid selepas satu unit pengajaran
telah dilakukan. Biasanya satu gred akan diberikan sebagai tanda tahap
pencapaian murid.
Ujian saringan Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko
menghadapi masalah. Ditadbirkan kepada semua murid, termasuk murid
normal.
Ujian diagnostik Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci
masalah yang dihadapi oleh murid. Selepas ujian diagnostik dijalankan,
jenis dan ciri-ciri masalah yang dihadapi dapat diketahui.
Ujian “speed” Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad.
Ujian “power” Ujian yang memberi masa yang agak lama untuk dihabiskan. Biasanya
item agak sukar sedikit.
Sebagai guru pendidikan khas, anda harus memahami segala aspek yang mendalam
berkaitan dengan murid. Oleh yang demikian, pentaksiran dan penilaian yang selalu
dijalankan oleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan :
Kemahiran kognitif
o Kecerdasan
o Memori
Kemahiran motor
o Motor kasar
o Motor halus
Kemahiran persepsi
o Persepsi visual
o Persepsi auditori
Kemahiran akademik
o Bacaan
o Tulisan
o Matematik
Kemahiran bahasa
o Bahasa eskpresif
o Bahasa reseptif
Tingkah laku
Keadaan sosio-emosi
Maklumat yang dikumpul berkenaan aspek-aspek di atas akan memberi satu gambaran
yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan dan
pengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian, guru boleh merancang satu
program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid.
Seorang guru yang berkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran
untuk mengendali murid di sekolah.
Pengenalan
Guru-guru pendidikan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat
untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-pembelajaran dan
mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran. Tajuk ini
akan menjelaskan pelbagai jenis alat pentaksiran yang boleh digunakan bagi
mengumpul maklumat.
Hasil Pembelajaran
Sampel kerja
o Analisis ralat
o Kualiti kerja
Pengujian
o Ujian rujukan norma
o Ujian rujukan kriteria
o Inventori tidak formal
o Kuiz
o Probe
o Analisis tugasan
Pentaksiran portfolio
Pemerhatian
Senarai semak
Skala pengkadaran
Temubual
Sampel Kerja
- Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-
sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di
sekolah. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru pendidikan khas
perlu membuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan
kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.
Ujian
- Guru pendidikan khas boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan
mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan
pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan
kepada sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya.
- Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah
diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid
- Ujian rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu
ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil
ujian yang sama.
- Kuiz : Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran
telah disampaikan untuk menguji sama ada murid telah
memahami apa yang telah diajar.
- Probe : Kalau seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh
menjalankan sesuatu tugasan atau ujian dalam keadaan
yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang
sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti
memberi penyampaian yang berlainan. Guru telah
sebenarnya menjalankan “probe”.
Pemerhatian
- Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para
profesional atau guru untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah
laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat
beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian.
Temubual
- Guru pendidikan khas boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan
menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid. Kaedah
temubual sesuai digunakan untuk tujuan ini.
Pengenalan
Guru-guru pendidikan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat
untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-pembelajaran dan
mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran. Tajuk ini
akan menjelaskan pelbagai jenis alat pentaksiran yang boleh digunakan bagi
mengumpul maklumat.
Pengujian
o Ujian rujukan norma
o Ujian rujukan kriteria
o Inventori tidak formal
o Kuiz
o Probe
o Analisis tugasan
Pentaksiran portfolio
Pemerhatian
Senarai semak
Skala pengkadaran
Temubual
Sampel Kerja
- Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-
sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di
sekolah. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru pendidikan khas
perlu membuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan
kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.
Ujian
- Guru pendidikan khas boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan
mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan
pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan
kepada sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya.
- Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah
diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid
- Ujian rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu
ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil
ujian yang sama.
- Kuiz : Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran
telah disampaikan untuk menguji sama ada murid telah
memahami apa yang telah diajar.
- Probe : Kalau seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh
menjalankan sesuatu tugasan atau ujian dalam keadaan
yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang
sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti
memberi penyampaian yang berlainan. Guru telah
sebenarnya menjalankan “probe”.
Pemerhatian
- Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para
profesional atau guru untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah
laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat
beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian.
Temubual
- Guru pendidikan khas boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan
menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid. Kaedah
temubual sesuai digunakan untuk tujuan ini.
Pengenalan
Ujian rujukan kriteria merupakan sesuatu ujian yang kerap direka oleh guru pendidikan
khas untuk menilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam satu
tempoh tertentu telah dicapai.
Biasanya kemahiran yang diuji hanya ditujukan kepada satu aspek sahaja. Ujian hanya
akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang
tertentu. Tujuannya ialah untuk menilai sama ada murid telah menguasai kemahiran
tersebut. Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan kriteria
pencapaian, biasanya jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap 70%.
Situasi :
Selepas mengajar perkataan kvkv selama 3 minggu, guru ingin mengetahui sama ada
murid telah menguasai kemahiran yang diajar selama ini. Guru akan menyediakan 10
perkataan kvkv yang pernah diajar untuk menguji murid. Dalam borang catatan, guru
menulis, “Apabila didedahkan kepada 10 patah perkataan kvkv yang pernah diajar,
murid dapat membaca dengan tepat 7 daripada 10 perkataan yang ditunjukkan.”
Seterusnya, guru mula menguji dengan memberi murid satu senarai perkataan yang
mengandungi 10 perkataan kvkv dan murid diminta membaca perkataan secara lisan.
Guru mencatat dalam borangnya sama ada perkataan dapat dibaca atau tidak. Kalau
murid berjaya membaca 7 perkataan atau lebih dengan tepat, guru akan jadikan sebagai
bukti bahawa kemahiran telah dikuasai. Guru boleh mula mengajar kemahiran yang
lain.
Bagi sebilangan besar murid bermasalah pembelajaran, sesuatu tugasan yang diberi
kepada mereka tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Ini disebabkan sebarang
tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri daripada satu siri kemahiran kecil yang perlu
dilakukan dengan jayanya sebelum menguasai tugasan yang diberikan. Murid
bermasalah pembelajaran mungkin hanya boleh melakukan sebahagian daripada
kemahiran kecil tersebut.
Untuk mengajar murid menjalankan sesuatu tugasan dengan jayanya, kemahiran kecil
yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar. Guru perlu mengenal pasti
apakah kemahiran-kemahiran kecil yang terdapat dalam sesuatu tugasan, dan
kemudian menguji kebolehan murid menjalankan tugasan tersebut. Guru akan
mengajar murid kemahiran-kemahiran kecil yang masih tidak dapat dikuasai oleh murid.
Picit tiub ubat gigi untuk mengeluarkan amaun yang wajar di atas berus
Membuka pili air
Berkumur
Menggosokkan gigi dengan cara yang betul
Membersihkan mulut dengan air selepas gigi diberus
Menutup tiub ubat gigi
Menyimpan berus gigi
Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai petunjuk tentang kemahiran
yang masih belum dikuasainya. Murid akan melakukan kerap kesilapan bagi sesuatu
kemahiran yang masih belum dikuasainya. Oleh kerana ini, guru harus mengkaji ralat
yang terdapat dalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus
diajar.
34 65 28 74 48
+26 +28 + 21 + 25 +26
510 813 49 99 614
Kalau guru mengkaji kesilapan di atas yang dilakukan oleh murid, masalah yang
dihadapi murid sebenarnya bukan disebabkan dia tidak boleh menguasai kemahiran
operasi tambah dua digit. Masalah yang dihadapi adalah disebabkan murid masih
belum memahami konsep mengumpul semula. Untuk mengatasi masalah tersebut,
guru perlu mengajar konsep mengumpul semula kepada murid.
Pengenalan
Sebagai seorang guru pendidikan khas, anda perlu menghasilkan borang-borang atau
ujian-ujian yang membolehkan anda mengumpul maklumat dengan mudah. Antara alat
pentaksiran yang digunakan dengan meluas oleh guru-guru ialah inventori tidak formal,
portfolio, senarai semak dan skala pengkadaran. Sekiranya anda telah faham tujuan
dan bentuk alat pentaksiran tersebut, anda boleh mewujudkan sistem penaksiran
tersebut dengan mudah untuk membantu anda dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Inventori tidak formal merupakan ujian yang dibina untuk mengukur setakat mana murid
telah menguasai kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam sukatan yang digunakan
di sekolah. Sekiranya guru ingin membina inventori tidak formal bagi menguji kebolehan
murid dalam operasi tambah dan tolak, guru akan merujuk kepada sukatan Matematik
untuk mengetahui kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam kedua-dua aspek
tersebut. Berdasarkan rujukan yang dibuat item-item ujian akan dibina untuk menguji
murid.
Langkah-langkah untuk membina sesuatu inventori tidak formal adalah seperti berikut :
Tentukan dulu kemahiran dalam sukatan yang anda ingin gunakan untuk
menguji murid, contohnya komputasi, masa dan lain-lain
Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk ujian berdasarkan
umur, darjah dan tahap kebolehan murid
Sediakan item-item ujian bagi setiap bahagian sukatan dengan memberi
tumpuan kepada aspek-aspek penting setiap bahagian
Pastikan bahawa bilangan item yang digunakan adalah dikawal
Susunkan item-item ujian daripada yang paling senang kepada yang paling
susah
2.4.1 Cara Menjalankan Pentaksiran Portfolio
Pentaksiran portfolio merupakan suatu cara pentaksiran yang amat popular digunakan
di kalangan guru. Pentaksiran jenis ini dijalankan secara berterusan. Kelebihan cara
pentaksiran ini ialah sampel-sampel kerja yang disimpan dalam portfolio boleh
menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh murid dengan ketara. Sampel-sampel kerja
tersebut boleh digunakan sebagai bukti pencapaiannya.
Untuk memastikan supaya portfolio tidak menjadi tempat simpanan bagi semua hasil
kerja murid, pembinaan portfolio mesti dirancang dengan teliti oleh guru. Di peringkat
awal, guru perlu merancang apakah yang harus dimasukkan dalam portfolio dan
sediakan satu garis panduan.
A. Senarai semak
Satu senarai deskripsi diberikan dan responden hanya menanda deskripsi yang
dianggap tepat berkaitan murid yang ditaksirkan.
B. Skala pengkadaran
Bentuk skala pengkadaran agak sama dengan senarai semak. Yang
membezakanya ialah senarai semak hanya memerlukan respons Ya-Tidak
manakala bagi skala pengkadaran satu skala persetujuan diberikan dan
responden perlu memilih darjah persetujuannya.
Yang berikut adalah satu contoh senarai semak dan satu contoh skala pengkadaran.
Kesediaan Membaca 1 2 3 4
1. Menunjukkan kemajuan
2. Masih perlu tunjuk kemajuan
3. Tidak tunjuk kemajuan
4. Belum diajar
Rujukan
1. Bos, C.S. & Vaughn, S. (1994). Strategies for teaching students with learning
and behaviro problems. Boston : Allyn & Bacon.
2. Hoy, C. & Gregg, N. (1994). Assessment : the special educator’s role. Pacific
Grove : Brooks/Cole Publishing Company.
5. McLoughlin & Lewis, R.B. (1994). Assessing special students. New York :
Macmillan College Publishing Company.
6. Mercer, C.D. & Mercer, A.R. (1985). Teaching students with learning problems.
Columbus : Charles E. Merrill.
7. Polloway, E.A., Payne, J.S. & Payne, R.A. (1985). Strategies for teaching
retarded and special needs learners. Columbus : Charles E. Merrill.