P. 1
Akhlak Dalam Islam

Akhlak Dalam Islam

|Views: 75|Likes:
Published by taqin_islam3911

More info:

Published by: taqin_islam3911 on Feb 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/14/2013

pdf

text

original

AKHLAK DALAM ISLAM

((‫بسم الله الحمن الرحيم‬ 1. PENGENALAN
Manusia adalah makhluk Allah S.W.T yang teristimewa yang memiliki tabiat dan mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian inilah yang menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam akhlak. Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam pembangunan manusia. Setiap tamadun umat manusia dari dahulu sehingga kini ianya terbina dari asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun kemanusiaan, iaitu asas yang membina tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai persepsinya yang tersendiri dan memiliki asas akhlaknya dan asas tamadunnya yang tersendiri.

2. MAKSUD AKHLAK
Dari sudut bahasa : Ianya membawa maksud tabiat dan perangai. Manakala dari sudut istilah ulamak : Sepertimana yang ditakrifkan oleh Al- Ghazali : "Akhlak adalah suatu ibarat mengenai unsur yang konkrit di dalam diri yang dengannya melahirkan tingkah laku secara spontan." Oleh itu, akhlak boleh disimpulkan dengan makna ianya sebagai suatu himpunan ma'ani dan sifat-sifat yang bertapak kukuh di dalam diri, dan ianya menjadi neraca bagi manusia dalam baik buruk sesuatu amalan dan perbuatan tersebut.

3. KEPENTINGAN AKHLAK
31. Akhlak mencorak tingkah laku.
Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan

Akhlak adalah cermin keimanan seseorang.2 Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan. ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada keelokan akarnya. Oleh itu. Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan. Sebagaimana menurut AlGhazali : "Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya". 3. 3.kehidupan seseorang. Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. kesahihan dalam pertimbangan ini bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang dipegangnya. bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya. Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Contohnya kepercayaan Hindu yang membelakangkan etika akhlak mengakibatkan umatnya tiada . Dengan erti kata lain.4 Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.3 Akhlak mencerminkan keimanan.A. Faktor membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Akhlak adalah sebagai mercu tanda. Sabda Rasulullah S.(1) 3. iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah.W : ‫أكمل المؤمنين أحسنهم خلقا‬ Maksudnya : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.

Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini.T dan hari kebangkitanNya serta risalah yang dibawa oleh para rasul bersama wahyu yang .Insaniah Al . Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah.(3) Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan walaupun di saatsaat kritikal seperti dalam medan peperangan.1 Ianya bermaksud segala sifat asas yang telah sedia ada bersama kewujudan insan tersebut serta mencakupi sifat-sifat yang melayakkan mereka untuk mencapai kejayaan di dunia ini. jatuh satu persatu 3. (2) kerana mengkesampingkan nilai-nilai akhlak. Tidak kira sama ada ianya diarahtujukan kepada matlamat yang sahih atau sebaliknya.(4) Secara kesimpulannya. dan sama ada dalam kontek insan tersebut beriman kepada Allah S. di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.1 Al . Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya. ( Akhlak Asasi Manusia) 4. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan.(5) 4 .Asasiah. sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai "tongkat perubahan". dapatlah kita nyatakan bahawa akhlaklah merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia.W. Ini adalah kerana sebagai mangkin perubahan.bertamadun seperti berlakunya perhambaan diri kepada hawa nafsu. PEMBAHAGIAN AKHLAK 4.Akhlak Al .1. Begitu juga tamadun barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain. Ini kerana krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.5 Akhlak adalah mangkin perubahan Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat.

menepati akan janji. Dipandang pada sudut kemasyarakatan pula.2 Maka di antara sifat-sifat yang asasiah yang membolehkan seseorang insan tersebut mengecapi kejayaan di muka bumi ini ialah seperti : mempunyai kekuatan dan keazaman yang kuat dalam sesuatu perkara. Aspek ini juga disebut oleh Iman Syahid "Bahawa pembentukan ummah. amanah. nasyat dalam setiap bidang.1. bersih bersama pemikiran yang sentiasa sihat.1. pendidikan bangsa." 4. 4. mempunyai sifat yang wasotiah dan juga jiwa yang suci.telah diturunkan. thiqah di dunia ini dan hati yang terbuka.3. merealisasikan cita-cita dan memperjuangkan prinsip memerlukan sesuatu ummah atau kumpulan yang berusaha menyeru kepadanya maka perlulah di sana mempunyai kekuatan jiwa yang hebat. seterusnya menguasai dirinya apabila berada dalam situasi yang menyentuh a'watif dan perasaan dirinya serta juga mampu menarik perhatian orang ramai ke arah apa yang dia hajati. setiap individunya mestilah memiliki visi bersama yang lebih diutamakan daripada kepentingan peribadi. berkemampuan dalam menentukan sesuatu maukif yang berbeza berdasarkan kepada keadaan dan situasi yang juga berbeza." Seterusnya beliau menyambung: "Maka setiap bangsa sama ada pemimpin atau duatnya yang kehilangan empat sifat ini ia adalah bangsa yang sia-sia dan lemah yang tidak mampu sampai kepada cita-cita. Maka bagi membina masyarakat yang tersusun perlu juga ada padanya segala bentuk sifat yang terpuji dan mulia seperti perkara yang menjadikan insan tersebut sopansantun. Inilah sifat-sifat yang telah difahami oleh kebanyakan umat dan jemaah yang mana seolah-olah dijadikan bahan revolusi dan kebangkitan insaniah dan ummah. begitu juga berkemampuan dalam mentadbir sesuatu perkara bertepatan dengan zuruf mahupun keadaan. bersedia untuk berkorban dalam apa jua keadaan ke arah mentahkikkan tujuan tersebut. ataupun insan tersebut beriman kepada perkara-perkara yang tersebut. ihsas tentang mas'uliah yang tertaklif ke atas dirinya. . sabar dan thabat serta mempunyai daya ketahanan diri yang kuat dalam memikul setiap perkara yang besar lagi berat. mempunyai jiwa yang berani. malah merupakan modal-modal yang amat berharga bagi kemanusiaan tersebut. masyarakat yang ingin maju. menampilkan diri dalam sesuatu bidang.

Keistimewaan dan juga muhimmah yang ada pada akhlak Al. Akhlak Al-Islamiah dijadikan obor dan memandu akhlak Al-Asasiah tersebut kepada kedudukan yang betul dan kepada landasan yang lurus. maka apabila dikaitkan dengan suasana sekelilingnya sudah tentu akan membawanya ke arah kebaikan dan petunjuk yang benar. Maka.2 AL.Islamiah meletakkan akhlak asasi manusia pada paksi dan fungsinya yang sebenar serta mengarahkannya kepada kebaikan.4.2.W : ‫انما بعثت لتمم مكارم الخلق‬ 4.A.1. Maka. Ianya terungkap ketika datangnya Islam.ISLAMIAH Akhlak Al.AKHLAK AL. Sebagaimana sabda Rasulullah S.Islamaiah mempunyai pertautan yang erat dengan akhlak Al-Insaniah AlAsasiah malah akhlak inilah yang merupakan pelengkap bagi akhlak Al-Asasiah dan juga penyempurna serta mempertingkatkannya.Islamiah : i) Akhlak Al. Islam sentiasa memberikan motivasi kepada akhlak Al-Asasiah ke arah kebaikan dan yang hak. akan tetapi sekiranya pedang tersebut berada di tangan seorang mujahid yang berjuang fi sabilillah maka ianya merupakan satu alat yang amat baik malah ianya menjadikan suatu yang hak. kita tidak boleh menghukum kepada sesuatu akhlak tersebut baik ataupun bagus dengan berdasarkan wujudnya akhlak tersebut di sisi seseorang tertentu. ataupun kumpulan tertentu. Bolehlah diumpamakan sebagai pedang yang tajam yang dijadikan alat oleh perompak untuk melakukan kezaliman tanpa belas apabila senjata tersebut berada di tangannya. tetapi baik dan bagusnya adalah berdasarkan akhlak tersebut digunakan ke arah yang lurus dan betul mengikut landasan syarak. Ini jika dilihat di sisi akhlak asasi manusia pada persepsinya yang awal boleh diarahkan kepada mana-mana arah sama ada yang baik atau sebaliknya secara serentak. Begitu juga dalam segala keadaan yang seharusnya kepada dakwah Islam ke arah at-tauhid dan tidak ada di situ segala maksud dan tujuan yang sebalik setiap usaha manusia kecuali hanyalah semata-mata mengharapkan keredhaan .

ianya dipratikkan dalam ruang lingkup yang sempit. ummah ataupun negara sahaja yang hanya berdasarkan ianya boleh dan tidak boleh ataupun sesuai dan tidak sesuai.. Maka dengan itu. sehingga mereka yang dilihat sebagai seorang yang sabar hanya mampu bertahan di dalam medan perang dan sanggup bergelumang dengan darah namun sebaliknya terkulai layu di hadapan tuntutan hawa nafsu. Seterusnya mengembangkan pratikalnya ke dalam hayah dan kehidupan insani sehingga mencapai ke tahap yang maksima dan agung.. kita akan dapati natijahnya bahawa akhlak Al-Asasiah yang telah disebutkan tadi akan menuju ke arah yang lurus.QUR'AN DAN AS.2.SUNNAH. Inilah prinsip yang diingini oleh Islam yang menghendaki setiap muslim berdiri teguh di jalan yang benar. Ini jelas di dalam beberapa ayat. 5. CONTOH-CONTOH AKHLAK YANG SEBAGAIMANA DISEBUT DI DALAM AL. contohnya : . Seterusnya.. Memperkemaskan dan memperkukuhkan akhlak Al-Asasiah sebagai tunjang di satu tahap..W.T.W. Begitulah juga akhlak-akhlak asasi yang lain.Di sisi bukan Islam ia direalisasikan pada tahap yang sangat terhad.. Contohnya : Sabar.T.. 4. keturunan. manakala segala kekuatan yang terlahir dari akhlak tersebut tidak akan diekploitasikan dan dilaksanakan kecuali hanya ke arah meninggikan kalimah Al-Hak. perlulah menentukan segalanya di ufuk pemikirannya dan amalannya berdasarkan garis panduan yang telah disediakan oleh Allah S.Qur'an : Al-Qur'an menyentuh sudut-sudut akhlak secara terperinci.1 Akhlak di dalam Al. sedangkan Islam merangkumkan ke semua akhlak dan membinanya di atas asas yang betul lalu memperluaskan daerah kemungkaran. Ini dapat mengelakkan daripada ianya digunakan ke arah kepentingan diri. Tetapi di sisi Islam di samping mempraktikkan kesabaran ia juga memperluaskan perlaksanaan dalam setiap aspek kehidupan.Allah S. 5.2. Bukan sekadar menggunakan kesabaran bagi menghadapi cabaran dan bencana sahaja bahkan ianya juga terhadap segala sesuatu yang meminggirkan manusia dan tersisir daripada jalan yang benar.

2 Ikhlas tanpa ada unsur riak : ،‫سئل رسول الله عن الرجل يقاتل شجاعة ويقاتل حميةويقاتل رياء‬ ‫واى ذلك فى سبيل الله‬ ‫فقال رسول الله : من قاتل لتكون كلمة الله هى العايا‬ ‫.2 Akhlak di dalam As. Akhlak baginda adalah Al-Qur'an...فهو فى سبيل الله‬ 5. ول تجعل في قلوبنا غل للذين امنوا ربنا انك رؤوف رحيم‬ 5..3 Tidak berdengki : ‫والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولخواننا الذين سبقون‬ ‫باليمان‬ ‫.3 Waspada : ..1.1.2...2... Sehingga dipuji oleh Allah S. Oleh itu.1 Hak.. يآئيها الذين امنون اصبروا وصابروا ورابطوا‬ 5.1..W. sebagai orang yang memiliki akhlak yang tinggi.1.T..2 Bersabar : ‫.5. Contoh hadis : 5.Sunnah Rasulullah adalah sebagai contoh praktikal kepada Akhlak Islam.. Sunnah juga menjelaskan sudut-sudut akhlak secara terperinci dalam masyarakat Islam.hak muslim dan larangan dari melakukan akhlak yang keji : ‫. ل تحاسدوا ول تناجسوا ول تناغضوا ول تدابروا .الى أخر ألحديث‬ 5..1 Menunaikan janji : ‫وأوفو با لعهد ان العهد كا ن مسؤول‬ 5.

A. KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM Akhlak berada di tahap yang tinggi dalam Islam.‫ل يلدغ المؤمن من حجر مرتين‬ 5.4 Sopan : ‫قال رسول الله : لشجع عبد القيس : ان فيك خضلتان يحبهما الله له‬ ‫ورسوله الحلم والناة‬ 6.Din ini dita'rifkan dengan akhlak yang baik. Sebagaimana di dalam hadis : ‫إنما بعثت لتمم مكارم الخلق‬ 6.W pernah ditanya tentang mukmin yang paling afdhal imannya lalu baginda menjawab : ‫أحسنهم خلقا‬ .A.3 Akhlak juga disebut oleh Rasulullah S.4 Mukmin yang berbeza-beza keimanan dan di antara yang paling afdhal di kalangan mereka ialah yang paling baik akhlaknya. Bahkan ia adalah binaan asasi dalam Islam bersama syariat dan aqidah.A.1 Tujuan Ar-risalah dikaitkan dengan pembentukan akhlak. Sebagaimana disebut di dalam hadis yang mursal bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.W dan bertanya tentang diri ini. Rasulullah S.W sebagai pemberat timbangan di hari akhirat : ‫أثقل ما يوضع في الميزان يوم القيامة تقوى الله وحسن الخلق‬ 6.A.2 Ad. 6.W menjawab : ‫حسن الخلق‬ 6. Lalu baginda S.2.

W.W. Ia mencakupi setiap juzuk dalam kehidupan seharian manusia. samada pergaulan. dan tidak ada di sana sedikitpun kecacatan dan kekurangan.2 Syumul. mengenai seorang wanita yang menunaikan solat dan berpuasa tetapi menyakiti jirannya dengan kata-katanya.AKHLAK AL. ‫وانك لعل خلق عظيم‬ 7. Bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah S.T. Islam menjadikan matlamatnya adalah mencari keredhaan Allah S.A.A.T sebagai asas dalam kehidupan manusia.T. Sehubungan itu.W.ISLAMIAH.1 Rabbani .W.5 Orang yang paling hampir dan dikasihi kepada Rasulullah S. sendiri mengakui dan memuji kebaikan Rasulullah S. Di antaranya : 7. akhlak tidak harus menggunakan wasilah-wasilah yang keji dan buruk semata-mata untuk mencapai seseuatu matlamat yang baik.7 Rasulullah S. 7. Lalu baginda menjawab : ‫لخير فيها هى من أهل النار‬ 6. Akhlak Al-Islamiah mempunyai banyak keistimewaannya yang tersendiri.6 Akhlak adalah syarat yang asasi untuk masuk ke dalam syurga dan jatuh dari api neraka. Asas ini menjadikan akhlak manusia tetap ampuh dan tidak berubah-ubah mengikut peredaran zaman. KEISTIMEWAAN AL.W.W di hari akhirat adalah orang yang paling baik akhlaknya.A. Rasulullah bersabda : ‫ان أحبكم اي وأقربكم مني مجلسا يوم القيامة أحسنكم أخلقا‬ 6.W. Tidak cukup dengan hanya solat dan puasa. kekeluargaan. agar dikurniakan dengan akhlak yamg baik dan Allah S. memohon kepada Allah S. Tiada suatu sudut pun yang tidak disentuh oleh akhlak Islam.A. .6.

Sebagai contoh . Walau bagaimanapun. sebagaimana sifat tubuh badan yang tidak boleh diubah ? Ataupun adakah akhlak mampu dibentuk dan dicanaikan ke arah yang baik ? Ulamak berselisih pendapat mengenai perkara asas ini.. Adakah akhlak merupakan sesuatu perkara yang beku yang tidak mampu diubah..PEMBENTUKAN AKHLAK.Sebagaimana di dalam hadis al-Asyaj Abdul Qais. kebanyakannya menegaskan bahawa akhlak boleh dibentuk. 7." (6) Walau bagaimanapun.asas pembentukan akhlak. Di samping mereka menolak unsur-unsur mungkar yang terdapat dalam masyarakat.3 Praktikal (amali). Perbezaan yang berlaku dalam menilai dan membentuk akhlak di antara suatu zaman atau sesuatu bangsa dan masyarakat bergantung kepada tasawwur atau asas . adalah tidak dinafikan bahawa sebahagian manusia dikurniakan dengan sifat yang tertentu yang membentuk identiti mereka. mengapa Rasulullah S. pecah amanah dan sebagainya. 8. Islam tidak memandang akhlak sebagai urusan peribadi tetapi Islam meletakkan akhlak antara yang disuruh dan akan dikenakan balasan kepada sesiapa yang meninggalkannya.W ada menyebut : "Perbaikilah akhlak kamu. 7.A. Islam menuntut manusia agar membangunkan sistem yang berlandaskan syariat Islam dan akhlak dalam masyarakat mereka.a : "Merubah akhlak adalah perkara yang mungkin.4 Balasan . sifat kecerdikan atau kelembutan. politik dan termasuklah dalam medan peperangan. 8." Sekiranya tidak. Menurut Al-Ghazali r.1 Asas. saksi palsu..kemasyarakatan. Sebagai contoh.

2 Dalam pada itu.T yang Maha Esa. 8. Begitulah seterusnya.W. Kedua-duanya sudah cukup untuk menerangkan cara hidup muslim yang sebenar dengan akhlak yang terperinci dalam setiap aspek kehidupan. tasawwur manusia yang jelas tentang tuhannya dan matlamat kejadiannya akan membina neraca yang sebenar mengenai akhlak yang mesti mereka amalkan.1. Islam meletakkan rujukan yang bersifat kekal iaitu Al- Qur'an dan As-Sunnah yang menerangkan asas-asas akhlak. 8. EMPAT MARATIB AKHLAK . 9. Keempat-empat unsur tersebut disusun menurut keutamaan." 9. iaitu Iman. yang berteraskan keimanan kepada Allah S.T dan kepada balasan akhirat nanti.1. Menerangkan mana yang baik dan mana yang tidak baik.tasawwur tersebut : 8. Kepincangan kepada iman akan mengakibatkan kepincangan kepada Islam. Iman sebagai asasnya kemudian diikuti Islam yang membina takwa dan akhirnya ihsan.W. takwa dan ihsan yang secara serentak.yang ada pada mereka. dan Ihsan.1. "Akhlak Islam menurut kaca mata Al-Qur'an dan As-Sunnah terbina berdasarkan kepada empat maratib.1 Iman. asas yang membentuk berbeza kerana ianya diasaskan oleh tasawwur-tasawwur yang tertentu.3 Ketakutan kepada Allah S. Takwa. . Apakah hubungan manusia dengan Tuhannya? Apakah mereka akan dipertanggungkan di hadapannya? Apakah matlamat kewujudan mereka? Maka. Antara tasawwur. 8. Bagi masyarakat Islam.4 Aqidah iman dan hari akhirat.1.1 Tasawwur manusia dengan penciptanya.

Tetapi adakah cukup sekadar pengakuan ?.W.W. Keadaan dalaman inilah yang akan menjadikan peka terhadap setiap tingkah lakunya.Iman adalah asas kehidupan Islam. Adalah tidak harus keadaan ini hanya timbul dan nampak pada sudut. kehidupan Islam yang sempurna mestilah dibina di atas iman yang syumul yang mencakupi seluruh aspek hayah yang tertanam kukuh ke akar umbinya. Maka dari itu.T. Dengan melaksanakan ketakwaan pada satu sudut dan sebaliknya meninggalkannya pada sudut yang lain pula. Perasaan kasih inilah yang menggerakkannya untuk melakukan amal semata-mata kerana keredhaan Allah S.T dan rasulNya. menyerah jiwa dan mengorbankan nyawa dan harta. Perasaan ini akan melahirkan sikap taat kepada setiap arahan dan takut sekiranya ia melanggar dan melampaui batas-batas Allah S.3 Takwa Taqwa adalah keadaan dalaman yang timbul disebabkan perasaan takut kepada Allah S.T sehingga ia menampakkan kesannya dalam kehidupan. . 9.4 Ihsan Ihsan pada hakikatnya adalah suatu ibarat kepada seseorang yang larut dalam Islam dengan hubungan kepada Allah S.W.W. Tidak dinafikan bahawa pengiktirafan iman merupakan prasyarat yang utama untuk seseorang itu diterima sebagai muslim. kejujuran yang asli. 9. Islam sebenarnya adalah merupakan cernaan iman ke dalam amal.2 Islam . Maka akan lahir darinya kehidupan Islam yang amali dan pratikal dengan akhlak dan muamalatnya. Kasih yang kental.W. Perasaan ini akan menguasai jiwa raganya.T. yang mana adakah ianya bertepatan kasihnya kepada Allah S. Apabila tunjang iman telah bertapak kukuh maka tersergamlah sebuah binaan Islam. Sehingga jelas terukir dalam setiap aspek kehidupannya.sudut yang tertentu sahaja.T. 9.

30% sahaja.W. Islam.Sifat Ihsan ini akan membawa mereka mencapai darjat yang paling tinggi dalam Islam. kejujuran serta jiwa dan harta mereka segala-galanya kerana Allah S. dapatlah kita gambarkan bahawa akhlak dalam Islam merupakan antara asas binaan Islam yang jitu. Takwa dan Ihsan. Ianya bukanlah sesuatu yang berasingan. adalah tidak benar sekiranya akhlak Islam hanya dipratikkan pada sudut yang tertentu dan meninggalkan di sudut yang lain. Nyata. Seterusnya nilai-nilai akhlak Islam tidak sepatutnya diambil kerana semata-mata hanya untuk mencapai tujuan keduniaan. Badai yang melanda ummah Islam yang terlalu kuat sehingga menenggelamkan ciri-ciri Islam. Maka. 10. Sebaliknya meninggalkan asas akhlak yang lebih besar. Penyelesaian yang bersifat tempelan dan .T. Oleh itu. tidak hairanlah apabila kedapatan di sana mereka yang melaksanakan dan memperjuangkan Islam dalam kehidupannya dianggap pelik dan ketinggalan zaman. Ia berjalan selari dengan setiap tingkah laku dan amalan yang keluar dari manusia.W. akhlak dan material maka sesungguhnya akhlak memberikan sumbangan sebanyak 70% . Tidak cukup dengan melakukan amalan-amalan yang pinggir bahkan mereka menyerahkan kasih.T." (8) Firman Allah S. Jahiliah jauh menonjol memadamkan obor syiar Islam. Malah akhlak Islamiah memainkan peranan yang amat penting dalam hayah manusia yang mana apabila bertembung dalam satu keadaan antara dua kekuatan. iaitu Iman yang kental.90 % sedangkan kekuatan maddiah hanyalah menyumbangkan 10% . : 9) ‫)ان يكن منكم عشرون صا برون يغلبون مأتين‬ Manakala tasawwur akhlak dalam Islam meliputi seluruh aspek kehidupan. PENUTUP Dari penjelasan di atas. Terutamanya ketika arus jahiliah sedang melanda ummah Islam di kala ini. krisis yang melanda ummah Islam hari ini adalah kerana mereka tidak melaksanakan akhlak Al-Islamiah yang sebenar.

asas Akhlak Islamiah dalam harakah Islamiah hal. Apakah derita dunia akibat keruntuhan muslimin Hal . hal .Maududi.sandaran hanyalah memburukkan keadaan. hal 20 5 Abu A’la al. Seterusnya.Nabawi.Anfal ayat . Mahmud Hamdi Zaqzuq. 4668 Lohat Aunul Ma’bud Jld hal 286 Abu Hasan Ali Al. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA.T. Mukadimah Ilmu Akhlak. MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. hal . sebagai resolusinya.Banna .70 Yusof al-Qardhwi. rujukan yang sama. hal 3 2 1 2 Abu Hasan. 30 7 Al.65 Dibentangkan : Ustaz Amiruddin Abd Malik Tarikh : 26/01/1995 HAK CIPTA TERPELIHARA ® TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN.210 3 Abu A’la al.Maududi. . Berusaha menyelamatkannya dalam diri dan mencernakan dalam setiap tindakan dan tingkah laku. Tarbiah Islamiah dalam madrasah Hassan al. hal.Hasan An.W. 39 6 Abu A’la al-Maududi.19 4 Dr. Asas-asas akhlak bagi harakah Islamiah. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. sehingga terpadamnya fitnah jahiliah dan semuanya kembali kepada pengabdian diri kepada Allah S. Abu Amirah Cairo 95 NOTA KAKI 1 Hadis dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitab Sunnah : Bab 15. Fenomena ini adalah jauh lebih buruk lagi sekiranya para dua't gagal meleburkan asas-asas akhlak Islamiah ini ke dalam diri dan jiwa mereka! Justeru. Asas. akhlak ini disebarkan ke seluruh umat dunia. hendaklah umat Islam terutamanya para dua't perlulah kembali menilai akhlak Al-Islamiah yang sejati.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->