You are on page 1of 9

PENGENALAN ACARA LARI PECUT

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian
anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat
( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk
membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah
menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas
acara lari pecut adalah seperti berikut :

a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.


b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.
c) Tangan digerakkkan dengan pantas.
d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan.
Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain.
Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin,
permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin
juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat
sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang
membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu
kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan
semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari
yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh
dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk
menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan
keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya
bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya
mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan
latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang

SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah
dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja
serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara
stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter.
Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang
dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian
bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok
permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang
saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza.
Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-
peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan
digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara
permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih
membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil
start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan
dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun
1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan
pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah
diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang
pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan
11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang
dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik
moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood
merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan
dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada
tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama
yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan
masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita
dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan
catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat
masa 48.94 saat pada tahun 1978.

REKOD SUKMA

KUALA TERENGGANU – Atlet tuan rumah, Mohd. Zabidi Ghazali dan Siti Fatima Mohamad dari
Johor merampas gelaran raja dan ratu pecut 100 meter akhir Sukan Malaysia XII.JUARA baru...
Atlet Terengganu, Mohd. Zabidi Ghazali meraikan kejayaannya mengungguli larian 100 meter
lelaki Sukma XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.Mohd. Zabidi dan Siti Fatima yang
merupakan atlet kebangsaan mencatat kepantasan 10.57s saat dan 11.82s.

Pelari pecut Johor, Siti Fatimah Mohamad (kiri) mencecah garisan penamat untuk pingat emas
100 meter wanita di Kuala Terengganu.

Sementara itu, kepantasan larian 11.82s Siti Fatima, memadam rekod kejohanan milik sendiri
yang dicatatnya dalam saringan separuh akhir.

Pingat perak pula dimenangi pelari Pulau Pinang, Nor Jannah Jamaluddin manakala gangsa, Siti
Nurhayati Zulkifli dari Wialayah Persekutuan. 

Mohd. Zabidi pula mencatat masa terbaik peribadi untuk memenangi emas dengan menewaskan
juara bertahan, Mohd. Latif Nyat (10.64s) dari Johor, manakala Daniel Azwan Amar dari Perlis
ketiga (10.82s).

REKOD SUKAN OLIMPIK

Ramai atlet terkemuka dunia termasuk pemegang rekod 100 meter olahraga, Usain Bolt tidak
sabar-sabar menanti ketibaan Sukan Olimpik Beijing yang bakal dirasmikan di Stadium Nasional
atau digelar Sarang Burung. Bolt yang turut digelar ‘The Lightning Bolt’ memegang rekod dunia
100m dengan masa 9.72 saat, bukan sahaja memburu pingat emas acara kegemarannya itu
bahkan berhajat meraih gelaran berganda menerusi 200m.

BOLT dan Powell menjadi taruhan terbaik Jamaica dalam acara 100 meter pada Sukan Olimpik
XXIX di Beijing. 

BEIJING

BEIJING - Pemegang rekod dunia acara 100 meter, Usain Bolt yang tiba di Beijing akan
menyertai dua acara pecut pada Sukan Olimpik XXIX. Meskipun ejen, Norman Peart dan
jurulatihnya, Glen Mills sebelum ini telah mengesahkan bahawa Bolt akan berlumba dalam
acara 100 dan 200 meter di Beijing, namun pelari Jamaica itu dikatakan masih belum membuat
keputusan acara yang akan disertainya nanti. Bolt, 21, berhasrat untuk menjadi pelari
Caribbean pertama yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik sejak Hasely Crawford dari
Trinidad & Tobago melakukannya pada tahun 1976. Bagaimanapun dia turut menjadi pilihan
untuk memenangi pingat emas dalam acara 200m.Bolt mencipta kejutan apabila berjaya
memperbaharui rekod dunia 100m milik rakan senagaranya, Asafa Powell dengan catatan masa
9.72 saat di New York pada 31 Mei lalu. Di Beijing, Bolt bakal berdepan cabaran sengit daripada
Powell dan tiga pelari pecut Amerika Syarikat, Tyson Gay, Walter Dix dan Wallace Spearmon. -
AFP

CHINA

DALIAN, China - Pelari pecut Amerika Syarikat, Tyson Gay memberitahu bahawa dia sudah
bersedia beraksi dalam acara 100 meter pada Sukan Olimpik XXIX selepas hampir pulih daripada
kecederaan hamstring. Gay yang juga juara dunia dijadualkan berentap dengan bekas
pemegang rekod dunia dari Jamaica, Asafa Powell pada Grand Prix di London.
Namun dia terpaksa menarik diri ekoran kecederaan hamstring, sekali gus menyaksikan Powell
memenangi acara tersebut dengan catatan masa 9.94 saat. Pusingan kelayakan acara 100m
akan bermula 15 Ogos 2008 sebelum saingan akhir dijadualkan sehari kemudian. – AP

Usain Bolt adalah nama baru dalam acara lari pecut tetapi lariannya yang cukup pantas amat
mengejutkan banyak pihak dengan mencatat 2 rekod dunia acara 100 meter dan 200 meter
lelaki. Rekod 100 meter sememangnya milik beliau apabila berjaya memecah rekod sebelum ini
. Bolt menjadi manusia pertama yang berjaya memecahkan rekod dunia 100 meter dan 200
meter dalam 1 Olympic dan juga peserta pertama dari Jamaica yang memenangi
emas.Kebanyakan penganalisa sukan berpendapat bahawa Bolt mampu berlari lebih pantas dari
catatan 9:69 saat yang dilakukannya di Sukan Olympic Beijing 2008. Satu lagi rekod yang
dipecahkan oleh Bolt merupakan milik Michael Johnson yang berusia 12 tahun. 

Jamaica menguasai acara pecut tahun ini dengan keempat² emas 100 meter dan 200 meter
lelaki dan wanita disapu bersih oleh mereka.

REKOD SUKAN ASIA

DATUK M Rajamani sudah melalui pelbagai liku kehidupan sebelum berhasil melakarkan
kejayaan cemerlang dalam olahraga terutama lari pecut dan jarak sederhana.

Jika pada era 1960an, M Jegathesan adalah raja olahraga maka Rajamani adalah ratunya
dengan penampilan cukup menakjubkan untuk memukul rantau Asia dan memahatkan diri
antara yang atlit terbaik sezaman.

Dua rekod kebangsaan berjaya diperbaharui, 4x100 m lelaki yang dibarisi Watson Nyambek,
Nazmizan Mohamad, Azmi Ibrahim dan R. Ganeshwaran dapat juga dibanggakan.

Begitu juga dengan pasukan 4x100 m lelaki yang mencatat rekod terbaik 39.83s, memadamkan
rekod lama 40.06s yang dicipta rangkaian pelari Tan Kok Lim, Hamberi Mahat, Ganeshwaran
dan Watson pada Kejohanan Trek dan Padang Asia 1998 di Fukuoka, Jepun.

Azmi hampir mencipta kejutan dalam acara 200 m lelaki sebelum dinafikan oleh kehebatan
Raja Pecut Asia Tenggara, Reanchai Seeharwong.

Menariknya, Azmi menjadi pelari kedua negara yang mencipta masa di bawah 21 saat dalam
acara itu selepas Dr. M. Jegathesan.
Azmi mencatat 20.97s, kurang 0.05 saat untuk menyamai rekod kebangsaan milik Jegathesan
yang dicipta pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico.
KEDUDUKAN PINGAT OLAHRAGA:

Negara E P G J 
MALAYSIA 8 5 9 22 

Pelari wanita Jamaica, Shelly-Ann Fraser membuktikan kehebatannya dalam acara 100m
selepas mencatat masa 10.94s.

REKOD SUKAN ASEAN

Sukan Universiti Asean 2008: Siti Fatimah ratu pecut ungguli acara 100m, bantu olahraga raih
tiga emas hari pertama.

PELARI kebangsaan, Siti Fatimah Mohamad muncul Ratu Pecut Sukan Universiti Asean (SUA)
2008 pada hari pertama acara olahraga yang menyaksikan tiga pingat emas dipungut kontinjen
negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Siti Fatimah yang juga pelari kebangsaan mencatat 11.77 saat.Bagi Siti Fatimah, dia puas hati
dengan catatan yang dilakukannya kerana ia membolehkannya memperbaiki catatan peribadi
terbaiknya � 11.80s di Terbuka MAAU tahun 2008.

Philailak Sakpaserth, atlet wanita pelari 100 meter dari Laos. Beliau mulai mengikuti latihan
lumba lari ketika berumur 11 tahun, menjadi johan acara lari pecut di peringkat belia Laos
ketika berumur 13 tahun, menggondol pingat emas dalam Sukan Kebangsaan Laos ketika
berumur 15 tahun, mewakili tanah airnya menyertai perlumbaan dalam Sukan Olimpik ketika
berumur 17 tahun dan sekali lagi, ketika mencapai 21 tahun tahun ini, akan menyertai Sukan
Olimpik Beijing. 
Kejayaan yang dircapai Philailak Sakpaserth kerana kesungguhan dan usaha gigihnya semasa
menjalani latihan disamping bakat dan perangainya yang suka maju terus. Philailak dilahirkan
dalam satu keluarga yang berlatarbelakang sukan. Ibubapanya ialah bekas atlet profesional
manakala adiknya seorang pemain tennis. Pilihan yang dibuat Philailak sebagai atlet memang
dipengaruhi oleh anggota keluarganya. Ayah Philailak, Sitthixai Sakpaserth merupakan jurulatih
pertama dan sekali gus penyokong kuat bagi Philailak. 

Usain Bolt menang dalam pertandingan lari pecut 100 meter lelaki, dan mencipta rekod dunia
dengan 9.69 saat pada 16 Ogos 2008.
Nazmizan Mohamad pula mengesahkan kehebatan selaku raja pecut negara dengan merangkul
kejuaraan berganda dengan memenangi acara 200m selepas meraih gelaran 100m kelmarin. Dia
mencatat masa 21.27s.

KEPUTUSAN (akhir):

LELAKI:

200m: 1. Nazmizan Mohamad (Ter)21.27s; 2. S. Ravindran (KL) 21.37s; 3. Azmi Ibrahim (Pah)
21.76s
800m: 1. M. Sasi Kumar (NS) 1:54.55s; 2. A. Thiruselvam (Sel) 1:56.88s; 3. K. Gopi (KL) 1:57.60s

WANITA:

200m: 1. Norashikin Abdul Rahman (Prk) 24.77s; 2. Rozana Roslan (Prk) 25.74s; 3. Irnie Hazliza
Ibrahim (Sel) 26.20s
800m: 1. Vally Michael (Mel) 2:17.98s; 2. Flora Gabi (Sab) 2:45.29s

Haslinda pula yang mewakili Desasiswa Fajar Harapan muncul Atlet Wanita Terbaik setelah
mengondol tiga pingat emas menerusi acara individu 100 meter dan lompat jauh selain satu lagi
kilauan emas menerusi acara 4x 100 meter. Selain emas, gadis yang mendapat jolokan ratu
pecut tersebut turut memecahkan rekod kejohanan bagi acara 100 meter yang dicipta pada
tahun 1992 dengan catatan baru 12.5 saat.

ALATAN 

i) Trek larian 400 meter


ii) Blok permulaan
iii) Baton

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan
kaki dan latihan pecutan.

a) Latihan mendorong
- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan
- Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan 
- Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk
mengelakkan diri disentuh
- Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

b) Larian teknik pecut


- Berlari dengan melangkah panjang
- Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut
- Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari menyepak ke belakang.
- Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
- Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan
bergerak dari pinggul ke paras hidung.

c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan


- Melonjak untuk jarak.
- Melangkah panjang ( bounding )
- Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
- Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.
- Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

TEKNIK MULA LARI PECUT

Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.

Gaya Berdiri

i) Persediaan

- peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.
ii) Ke garisan

- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula
tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan
mengimbangkan badan.
- bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
- condongkan badan.
- kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.
Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

iii) 'sedia'

- condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan


- bngkokkan lebih lutut kaki hadapan
- kaki belakang tolak ke tanah.
- badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.

iv) 'Bang' atau 'mula'

- pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

Gaya Dekam

- terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN

i) Fasa permulaan
ii) Fasa larian
a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
iii) Fasa penamat

Fasa Permulaan
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan


1. Gaya peluru
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

2. Gaya sederhana
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Memulakan Larian dengan Blok
- Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :

1. Gaya peluru
- blok permulaan adalah rapat dngan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari
garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2. Gaya sederhana
- gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3. Gaya panjang
- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.

Fasa Pecutan

- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.

Kedudukan tangan
- tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka
dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang garis
mula.

Kedudukan kepala dan leher


- kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan
penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong
ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki


- selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan
pergerakan kuat tangan dan kaki.
- tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan
lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan
diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60
meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut
bertambah dalam fasa ini.

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan

- fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.


- pecutan berlaku pada awal larian
-95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
- Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya aka ditentukan oleh
tahap daya tahan ototnya.

Teknik Larian di selekoh

- Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'.
- Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam untuk memastikan larian
selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa 'centrifugal'.
- tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

Teknik Penamat
- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter
lebih dari jarak lariannya.
- Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke
hadapan.

http://www.training-speed.com/training%20speed.png
[/img]

[img]
http://www.flickr.com/photos/22242734@N02/2663348380/[/img]
[img]
http://www.sport-fitness-advisor.com/im ... aining.jpg[/img]
RUJUKAN

http://images.search.yahoo.com/search/i ... ip=MY&vm=r

http://images.google.com.my/images?hl=e ... afe=active

You might also like