You are on page 1of 1

PENGENALAN

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform merupakan salah satu saluran pendidikan


luar bilik darjah yang sangat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk gejala
sosial yang kurang sihat. Perkhemahan merupakan salah satu ilmu yang perlu diketahui
umum agar dapat melatuh kepercayaan kepada diri sendiri dan berani dalam
menghadapi sebarang rintangan dan cabaran. Ianya juga dapat melatih seseorang agar
dapat berdikari dan dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

Perkhemahan ini memberikan pendedahan kepada murid-murid di mana ianya


melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang seimbang di samping melibatkan kerjasama
antara satu sama lain bersesuaian dengan semangat 1 Malaysia.

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2011 ini dianjurkan oleh unit


Kokurikulum sekolah dan diberikan kepercayaan kepada Pergerakan Pengakap sekolah
untuk menguruskannya. Pihak penganjur dan urusetia perkhemahan sentiasa
memandang serius hal-hal berkaitan keselamatan agar perjalanan perkhemahan pada
kali ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Perkhemahan ini juga dapat memberikan peluang kepada pelajar sekolah ini
agar dapat menjadi satu pengalaman yang berharga dan dapat dipraktikkanya di masa
hadapan. Pihak kami berharap agar perkhemahan ini mendapat kerjasama dari semua
pihak yang terlibat bagi memastikan perjalanan perkhemahan pada tahun ini mencapai
sasarannya selaras dengan kehendak dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like