You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT UNIT BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN 2 TAMAN KERAMAT


JALAN ENGGANG TIMUR 1
54200 SELANGOR D.E.

Tarikh : 28.08.2008

Hari : Khamis

Masa : 1.00 tengahari

Tempat : Bilik Tayang

Kehadiran : 1. En Mohd Isa bin Abd Rashid ( GPK Kokurikulum )


2. En Hisham bin Hassan ( Penyelaras Unit Beruniform )
3. Pn Hjh. Siti Jumaijah bt Sarmo ( Setiausaha )
4. En Mohd Shukri bin Yahya - TKRS
5. Pn Azrul Naemi bt Mokhtar - Tunas Puteri
6. Pn Suzanawati bt Tambi - PBSM
7. En Mohd Nazri bin Shamsudin - Pengakap
8. Pn Nor Hayati bt Jaffar - Puteri Islam
Agenda

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua unit beruniform kerana sudi
hadir.
1.2 Memaklumkan mesyuarat bertujuan untuk membincangkan tentang program
perkhemahan yang akan dijalankan pada sesi 2008.

2. Ucapan En Isa bin Abdul Rashid ( GPK Kokurikulum )


2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
2.2 Memaklumkan bahawa aktiviti perkhemahan penting kepada murid-murid di mana
murid perlu menyertai sekurang-kurangnya sekali semasa mereka di sekolah
rendah.
2.3 Meminta guru-guru menggalakkan murid-murid bagi menyertai aktiviti luar
sekolah.

3. Ucapan En Hisham bin Hassan ( Penyelaras Unit Beruniform )


3.1 Memaklumkan akan mengadakan Perkhemahan Dalaman Unit Beruniform sesi
2008 pada 24, 25 dan 26 Oktober 2008.
3.2 Meminta persetujuan daripada ahli mesyuarat berkenaan tarikh tersebut dan semua
ahli bersetuju sebulat suara.
3.3 Membentangkan kertas cadangan perkhemahan.
3.4 Meminta pandangan tentang sumbangan penyertaan murid yang ditetapkan iaitu
RM 25.00 dan semua ahli mesyuarat bersetuju.
3.5 Meminta pandangan ahli mesyuarat tentang penambahbaikan tentang kertas
cadangan perkhemahan tersebut.
3.6 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan kertas cadangan tersebut.
4. Hal-hal Lain
4.1 Pn Suzanawati menyarankan supaya keutamaan diberikan kepada murid-murid
Tahun 4 kerana ini merupakan pengalaman pertama dalam diri mereka.
4.2 En Mohd Shukri meminta supaya sumbangan penyertaan tidaklah terlalu tinggi
bagi menggalakkan murid menyertai perkhemahan.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 02.15 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………... …………………………………
( Pn Hjh Siti Jumaijah bt Sarmo ) ( En Mohd Isa bin Abdul Rashid )
Setiausah Perkhemahan GPK Kokurikulum
SK 2 Taman Keramat SK 2 Taman Keramat

You might also like