You are on page 1of 11

RAS,ETNIK,KAUM,DAN

BANGSA
MASYARAKAT
Definisi :

Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat


sebagai “satu kumpulan manusia” yang
berhubung secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara kolektif dan
merasakan bahawa mereka adalah hidup
bersama. Terdapat perhubungan terus menerus
di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal
selama berabad-abad.
• Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup
saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam
mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran
dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain
serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.
CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT

a) Berkelompok;
b) Berbudaya;
c) Mengalami perubahan;
d) Berinteraksi (dalaman & dgn pihak
luar);
e) Mempunyai kepimpinan; dan
f) Mempunyai aturan sosialnya (susun
lapis,
kelas,status dan kasta)
DEFINISI ETNIK/KAUM
i. Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaituethnos yang bermaknaorang.
Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciribudayanya.
Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya
satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa
disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlakuyang sama.

ii. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola
keluarga,pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan
ekonomidan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,
Melanau, danpelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya
bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul
dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil
ganjil,berada ditahap rendah atau tidak bermoral.
RAS
 Konsep/Definisi Ras:
Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari
segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal
tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi
ke generasi cth: Mongoloid, Negroid dan Austroloid.
Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan
secara
Berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza.
Di
Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali
dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-
tukarsehingga
maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina
dan
India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras
dalam
kehidupan seharian.
Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok
sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif
berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti
warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri
yg paling ketara untuk membezakan kumpulan
manusia ialah warna kulit.

Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg


menganggap diri dan / atau dianggap oleh
kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok
mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak
dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2 atau
kebolehan moral & intelek mereka.
SUKU
 Definisi suku:
Kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa
(cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik
seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)
BANGSA
 Konsep/Definisi bangsa:
i. Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk
berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada
ii. Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia
yg terikat oleh rasa taksub bersama & lebih rela
bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan
rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin oleh
kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah
& agama.
iii. Bangsa Malaysia sbg “bangsa idaman” yg kita
kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan
hubungan etnik yg harmonis.
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA AHLI KUMPULAN:
 AMIRA ASHIKIN BINTI ISNI
 AZIMAHTUL NADIAH BT UMORUDDIN

 A’TIF AMANINA BT SULAIMAN

 NURUL SYUHADA BT MAT SAT

 NUR HIDAYAH BINTI HAINAN

 PISMP PENDIDIKAN KHAS 3 JAN 2009

PENSYARAH PEMBIMBING :
 PN.HALIMATUSS’ADIAH BT SALLEH

You might also like