P. 1
pengangguran

pengangguran

|Views: 790|Likes:
Published by Hermin Minz

More info:

Published by: Hermin Minz on Mar 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/25/2013

pdf

text

original

ARKIB : 19/06/2010 ( utusan Malaysia on9

)

Kadar pengangguran di Malaysia menurun
KUALA LUMPUR 18 Jun - Kadar pengangguran di Malaysia pada suku pertama tahun ini mengalami penurunan berikutan keadaan ekonomi negara yang semakin stabil. Pengarah Pemasaran Kebangsaan Kelly Services (M) Sdn. Bhd. (Kelly Malaysia), Jeannie Khoo berkata, berdasarkan maklumat yang diterima Kementerian Sumber Manusia, kadar pengangguran menurun kepada 3.6 peratus dalam tempoh berkenaan berbanding 4.5 peratus tahun sebelumnya. ''Seperti mana diketahui, dalam tempoh yang dibandingkan, keadaan tidak berapa baik sehingga menyebabkan berlaku pembuangan kerja untuk mengurangkan operasi tetapi pada tahun ini, peluang pekerja kembali meningkat,'' kata beliau pada sidang akhbar di sini. Beliau berkata demikian selepas majlis pembentangan dan pelancaran Panduan Gaji dan Tinjauan Pekerjaan 2010/11 - Alat untuk Perancangan Tenaga Kerja di sini hari ini. Khoo berkata, peluang ini seharusnya digunakan dengan sebaiknya oleh penganggurterutamanya mereka yang baru menamatkan pengajian mereka di institut pengajian tinggi. ''Kita tidak boleh jangkakan keadaan ekonomi pada masa akan datang tetapi buat masa ini keadaan ekonomi di Malaysia bertambah baik dan peluang ini harus digunakan dengansebaiknya untuk merebut peluang-peluang pekerjaan yang ada," tambah beliau. Sementara itu, Pengarah Urusan Kelly Malaysia, Melissa Norman berkata, para pelajar di pusat pengajian tinggi tidak seharusnya memfokuskan kepada keputusan peperiksaan semata-mata tetapi juga meningkatkan kemahiran diri seperti kebolehan berkomunikasi untuk bersaing mendapatkan pekerjaan nanti. ''Daripada pemerhatian kami, kami mendapati kebanyakan penganggur mempunyai keputusan peperiksaan yang baik tetapi gagal mendapat pekerjaan kerana mereka kekurangan dari aspek kemahiran diri,'' kata beliau.

Pengangguran di Malaysia 3.6 peratus
Harian Metro (16 Disember 2009) KEMENTERIAN Sumber Manusia merancang mewujudkan pusat kaunseling di seluruh negara dalam usaha memberi panduan serta nasihat kepada orang ramai yang sedang mencari kerja mengikut kesesuaian dan minat mereka. Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata buat permulaan, 10 pusat kaunseling akan diwujudkan untuk menempatkan pegawai terlatih. ³Orang ramai yang sedang me ncari kerja boleh berjumpa mereka untuk mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan memilih kerjaya sesuai,´ katanya di Dewan Rakyat di sini, semalam. Beliau menjawab soalan tambahan Teng Boon Soon (BN -Tebrau) mengenai langkah kementerian dalam mendidik pelajar lepasan menengah dan universiti mengenai pemilihan kerjaya pada jangka masa panjang. Sebelum itu, menjawab soalan Teng mengenai kadar pengangguran mengikut sektor ekonomi, kemahiran pekerja dan kumpulan umur, Subramaniam berkata, pengangguran perin gkat kebangsaan pada suku tahun kedua 2009 adalah 3.6 peratus berbanding empat peratus pada suku pertama tahun ini.

Pengangguran kritikal di Malaysia (posted by admin on 21st april 2010) Laman kl-today.com

Datuk Dr. Zainal Aznam dari Majlis Ekonomi Nasional yang ditubuhkan oleh kerajaan barubaru ini melaporkan bahawa kadar pengangguran di dalam negara akan mencapai tahap 6% yang merupakan kadar tertinggi yang dicapai oleh negara sejak 20 tahun lalu. Meskipun ekonomi berasaskan pembuatan sejak setahun lalu menampakkan sedikit pertumbuhan, namun kadar pengangguran ini masih tidak dapat dielakkan. Dengan pemulihan ekonomi dan peluang pekerjaan buruh kasar yang agak murah, banyak negara pelabur asing mula memandang negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, Kemboja dan China untuk dijadikan tempat melabur. Kemasukan pelaburan terus asing atau FDI ke dalam negara-negara ini sejak ekonomi sedunia mulai nampak pulih setahun lepas telah melenyapkan beberapa harapan penggerak dana serantau negara kita di dalam memperolehi modal baru antarabangsa.

Para pelabur luar berasa bimbang dengan situasi dan melabelkan Malaysia sebagai negara tidak selamat memandangkan iklim politiknya tidak stabil dan isu-isu seperti hak sosial, hak maklumat dan kelambatan transformasi proses demokrasi di dalam negara. Meskipun begitu, keadaan huru-hara politik di Thailand kurang memberi impak kepada para pelabur asing untuk membuka perdagangan mereka di sana. Ini adalah kerana kos perniagaan dan kos buruh adalah jauh lebih rendah daripada di Malaysia. Sungguhpun demikian, syarikat-syarikat dari Malaysia pula semakin banyak menceburi usahasama perdagangan dengan negara luar. Syarikat-syarikat Malaysia sanggup menghabiskan lebih banyak wang syarikat untuk melabur di luar negara dengan alasan yang sama iaitu kos buruh yang rendah. Mungkin kerajaan perlu berbuat sesuatu supaya mereka ini pulang membuka kilang-kilang di Malaysia dengan insentif tempatan yang lebih baik bagi mengisi kilang-kilang yang ditinggalkan oleh pelabur asing. Walaupun Malaysia memberikan infrastruktur dan pelepasan duti-duti yang agak menarik, namun keadaan sosial dan politik semasa menggerunkan para pelabur.

Setelah berlakunya keadaan ini, dengan jumlah kadar pengangguran yang hanya mengambil kira sejumlah pekerja yang diberhentikan kerja oleh majikan kerana kemelesetan perniagaan, ia tidak menampakkan betapa lebih meruncingnya keadaan yang berlaku. Kadar berkenaan tidak mengambil kira jumlah graduan yang dikatakan sejak 2 tahun lepas yang masih gagal memperolehi pekerjaan dan juga tidak mencerminkan sejumlah golongan bekerja yang berhenti kerja secara sukarela tetapi gagal mendapat pekerjaan baru. Antara punca utama mengapa ramai graduan yang menganggur adalah kerana percambahan pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan program sijil,diploma dan ijazah sama ada kerajaan dan swasta. Dengan pengambilan kemasukan pelajar yang nampak mudah tidak seperti 15 tahun lalu, ramai mereka yang sekadar lulus SPM tidak menghadapi masalah untuk memperolehi diploma atau pun sijil. Yang membezakan mereka hanyalah sama ada mereka adalah graduan universiti awam ataupun swasta. Jika 12 tahun lalu, untuk insitusi pengajian tinggi kerajaan, negara hanya mempunyai 10 universiti awam tetapi hanya dengan sekelip mata dan 3 tahun berikutnya, jumlah itu bertambah lebih sekali ganda. Bukan itu sahaja, jumlah pengambilan setiap tahun semakin bertambah. Kesan daripada kehadiran graduan graduan ini tidak nampak pada pertengahan tahun 2000an. Ini adalah kerana peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta mampu menerima graduan-graduan ini. Tetapi pada tahun 2007, apabila ekonomi negara dan serantau mengalami kemelesetan, kesan ini mula ternampak dan diakui apabila ramai graduan terbaru sukar mendapat pekerjaan di

saat industri sedang memberhentikan pekerja kerana tiada sumber dan peluang perniagaan. Ada yang menganggap segalanya bermula apabila geraf kelulusan pelajar di dalam keputusan SPM dipermudahkan atau direndahkan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa saban tahun tahap lulus SPM meningkat. Hasilnya lebih ramai pelajar yang diciptakan ¶pintar¶ boleh mengisi ruang kosong kemasukan ke dalam IPT terutamanya IPT-IPT swasta. Sungguhpun begitu, mungkin kerajaan menyedari akan masalah ini. Semasa pentadbiran Pak Lah, banyak peluang berniaga ataupun program keusahawanan diperkenalkan kepada para graduan dan pengganggur terutamanya di dalam bidang pertanian moden dan biotek. Malah, menggalakkan graduan ijazah sarjana muda untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan profesional dengan insentif-insentif yang menarik. Namun, pengenalan ransangan-ransangan berkenaan kurang berhasil kerana golongan graduan muda negara lebih suka memperolehi pengalaman bekerja dan kurang berminat berniaga sendiri. Kegagalan ini lebih menjadi-jadi selepas peralihan kuasa daripada seorang Perdana Menteri kepada Perdana Menteri yang baru apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dibubarkan dan ini telah membantutkan usaha-usaha bersepadu bagi menangani masalah ini. Kesemua fungsi-fungsi kementerian tersebut untuk menggalakkan golongan muda terutamanya golongan bumiputera telah dibahagi-bahagikan di bawah kementerian-kementerian yang berasingan. Oleh itu, usaha gigih dan bersepadu menanganinya tidak dapat dijalankan. Lebih memburukkan lagi apabila lebih banyak IPT swasta diluluskan untuk menawarkan pelbagai program. Jumlah graduan hasil daripada IPT swasta saban tahun meningkat dengan banyak dan ramai beranggapan universiti-universiti dan kolej-kolej swasta dalam tempoh 10 tahun ini laksana industri kilang menghasilkan tenaga kerja yang melebihi daripada permintaan oleh industri pekerjaan. Bagi mereka yang berhenti kerja dan cuba mendapat pekerjaan baru juga turut mengalami masalah ini. Ada penganggur yang berhenti kerja pada 3 tahun lepas tetapi masih gagal sehingga hari ini mendapat pekerjaan tetap meskipun mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam bekerja. Malah ada yang mempunyai ijazah Sarjana atau Master. Oleh kerana pihak majikan tidak mampu membayar permintaan gaji yang tinggi oleh golongan-golongan ini, majikan telah melihat bahawa lebih baik mengambil graduan yang lebih muda dan yang pentingnya dengan gaji yang lebih rendah semata-mata untuk mengurangkan kos operasi. Nasib baiklah situasi berkenaan masih boleh membantu pengangguran di kalangan graduan tetapi golongan pekerja berpengalaman atau mahir terus dipinggirkan semata-mata isu gaji meskipun mereka ini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada industri dengan pengetahuan dan pengalamannya. Sewajarnya, pihak majikan perlu nampak bahawa mereka tidak memerlukan banyak wang untuk melatih graduangraduan muda yang diambil bekerja jika mereka mengrekrut pekerja-pekerja mahir ini. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu menumpukan lebih perhatian untuk mengurangkan kadar pengangguran tidak rasmi yang dihuraikan di atas. Oleh kerana para graduan muda ini adalah antara yang terbabit, pastinya usaha kerajaan untuk mendapatkan mereka pekerjaan adalah satu benda penanda aras atau KPI. Mereka tidak mahu kerajaan terus menyalahkan mereka kerana terlalu memilih pekerjaan. Bagi mereka, mereka tidak memilih tetapi mahukan pekerjaan yang sesuai dengan ilmu yang mereka perolehi. Mereka mahukan kerajaan supaya nampak jika ada graduan muda yang terpaksa memohon

pekerjaan di dalam PDRM sebagai konstabel, ini sudah nampak sangat bahawa kerajaan telah gagal. Mereka mungkin lebih suka memohon pekerjaan di dalam PDRM setidak-tidaknya sebagai Cif Inspektor ataupun ASP supaya ilmu yang dipelajari tidak disia-siakan. Mereka juga percaya jika mereka memenuhi kesemua pekerjaan Konstabel di dalam PDRM, bagaimana pula dengan orang muda yang hanya lulus Diploma, STPM dan SPM? Adakah jawatan yang lebih rendah lagi dari Konstabel untuk ditawarkan kepada mereka ini? Inilah kebingungan sosial yang melanda industri sumber manusia. Kesilapan dan kelemahan pihak kerajaan menangani masalah ini pasti akan membuatkan anak-anak muda yang mengganggur memberontak mahukan perubahan. Perubahan yang mungkin melibatkan pertukaran kerajaa. Cubalah difikir-fikirkan. Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan perkembangan semasa dan selepas pilihanraya kecil di Sibu dan Hulu Selangor baru-baru ini yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Karangan SPM...Langkah-langkah Atasi Pengangguran di Malaysia?

Isu pengangguran menjadi -jadi ketika ekonomi dunia bergolak. Pelbagai langkah harus diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini terutama dalam kalangan belia. Jelaskan langkah -langkah yang konkrit.

Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara ini meningkat dengan begitu ketara sekali sehingga me nimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah penganggur yang tinggi untuk membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi

kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Piha k media massa turut menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup jadi bukti bahawa polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pih ak untuk mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak. Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni men elan bilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hen daklah diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika ke rajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya dan juga mengharungi cabaran kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea -idea baru yang mampu memudahkan ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif. Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan menerusi pameran dan kunjungan rombongan ekonomi ke negara -negara lain. Lawatan sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli -ahli rombongan ini. Kemasukan lebih banyak model asing ke negara ini sudah pasti mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama -sama dengan pakej ekonomi yang sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Hal ini membutkikan bahawa usaha memperkenalkan negara ke mata dunia amat penting terutama jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak hanya sebagai satu lawatan sahaja. Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai perana tersendiri yakni mereka perlu sanggup berkorban ketika negara mengalami masalah kegawatan ekonomi ini. Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya supaya wang itu

bol i t ti i tt j l l ti buang ja ang bol nambahkan jumlah ngangguran. K hi upan mereka ang udah lama hidup mewah perlu dikorbankan demi kemajuan negara p ada masa hadapan kerana jika mereka masih mengaut keuntungan menerusi gaji dan bonus ang tinggi sudah pasti syarikat mereka akan kekurangan sumber kewangan untuk mengharungi zaman kemelesetan ini. Oleh itu, pihak swasta harus juga memikirkan orang lain da tidak n hanya mamu menyelamatkan diri mereka sahaja dalam kegawatan sebegini. anakala pihak indi idu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan uba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar, mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. alah, jika mereka dibuang kerja pun, golongan yang positi seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana f mereka memiliki kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. antaran itu, semua orang harus meli at pendidikan sebagai satu proses jangka masa h panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja. Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang boleh mencetuskan ketidakstabilan jika negara gagal mengawalnya dengan baik berdasarkan pengalaman negara -negara jiran kita terutama Indonesia. Pihak kerajaan bersama -sama swasta perlu menyedari betapa pentingnya sikap bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa yang terdekat ini. anpa kerjasama masalah ekonomi akan terus wujud lalu menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari peluang kerja yang baik terutama golongan muda yang baru sahaja keluar dari sekolah.

Pelan atasi pengangguran
uesday, anuary 9

Oleh

ohamad Sofee azak

KA A pengangguran global sangat membimbangkan banyak negara, termasuk negara maju ketika dunia berhadapan dengan krisis ekonomi kronik yang menyebabkan puluhan ribu hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Biarpun begitu, walaupun masa lah pengangguran negara ini masih dalam keadaan

terkawal, sebagai langkah persediaan, memerlukan kerajaan merangka pelan strategik bagi mengatasi kemungkinan yang boleh berlaku. Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008 -2010 yang dilancarkan bakal menjadi landasan kepada kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menangani masalah pengangguran di negara kita. Pelan itu bertindak sebagai langkah persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan peningkatan dalam kadar pengangguran pada masa hadapan. Pengangguran boleh berlaku kesan langsung krisis ekonomi global, suasana politik tidak stabil, kebergantungan kepada tenaga buruh, teknologi, kepakaran asing dan sebagainya. Mekanisme sistematik dan dinamik menangani masalah pengangguran mampu bertindak balas terhad ap permintaan rendah dalam pasaran buruh di samping menjadi ejen perubahan dalam pasaran tenaga kerja dan mampu meningkatkan daya saing negara dalam pasaran tenaga kerja global. Bajet 200 turut menekankan aspek pembangunan modal insan memandangkan daya tahan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa akan datang banyak bergantung kepada usaha membangunkan tenaga kerja. leh itu, budaya cemerlang di semua peringkat tenaga kerja sama ada sektor awam atau swasta perlu disemai bagi meningkatkan daya saing Malays ia di peringkat global. Inisiatif dan perancangan yang sangat inovatif perlu bagi menjayakan usaha mengurangkan jurang pengangguran di Malaysia. Ini dilakukan dengan menggalakkan penciptaan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada semua peringkat. Di samping itu, rancangan menggalakkan penyesuaian dan mobiliti dalam pasaran pekerjaan sangat perlu bagi memastikan komitmen dan pengekalan sumber tenaga kerja serta menggalakkan pembangunan modal insan dan pembelajaran berterusan.

Pekerja berpengalaman dan berusia sangat penting diberi perhatian serta layanan agar kepakaran dan kemahiran mereka dapat dimaksimumkan dan menjadi aset utama kepada sesebuah organisasi. Usaha mengukuhkan lagi kesamaan gender dalam setiap bidang pekerjaan yang bersesuaian hendaklah dilaksanakan agar tidak wujud rasa tidak puas hati kepada mana-mana individu. Pelan menggalakkan integrasi pasaran buruh bagi golongan kurang bernasib baik serta memastikan setiap kerja dibayar sewajarnya sangat penting dan konsisten. Melihat kepada krisis pengangguran global, termasuk di Amerika Syarikat, China dan lain-lain, kerajaan perlu mempunyai pelan tindakan yang menjadi agenda utama negara dalam menyediakan hala tuju, langkah persediaan bijak dan strategik dalam menetapkan keutamaan serta pelu ang pekerjaan di pasaran buruh negara. Dalam masa sama, kerajaan perlu memastikan kadar pengangguran dapat dikekalkan pada empat peratus tahun lalu dan tahun ini walaupun krisis ekonomi semasa akan memaksa langkah penjimatan majikan. Melalui langkah, persediaan dan pelan yang dirangka, angka itu adalah kadar yang boleh diurus dan diyakini dapat dikekalkan kerajaan. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang dan peluang pekerjaan semakin terbatas, kerajaan bakal berdepan dua cabaran besar ia itu memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dan mengekalkan pekerjaan mereka serta lepasan universiti mempunyai tempat dalam pasaran. Masalah kedua pula mengekalkan aliran kredit bagi memastikan pemilik perniagaan dapat meneruskan operasi perniagaan dengan dana latihan yang diperuntukkan kerajaan. leh itu, masalah pengangguran rakyat diyakini dapat dikurangkan seminimum mungkin pada masa hadapan.

Biarpun begitu, diharapkan kadar pembuangan pekerja kali ini tidak seburuk ketika krisis ekonomi 1 ini. Menurut Keynes, negara yang mempunyai kadar pengangguran empat peratus atau kurang menunjukkan negara itu mencapai guna ten aga penuh. Justeru, bagi memastikan kejayaan itu, kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi dana latihan dalam usaha menyediakan peluang kepada pekerja meningkatkan kemahiran mereka. Pengangguran dikategorikan sebagai tenaga buruh tetapi tidak menyumbang kepada keluaran negara. Pengangguran boleh didefinisikan sebagai tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang aktiviti ekonomi tetapi sedang giat mencari pekerjaan dalam ekonomi. Kadar pengangguran dari tahun 1 pada 1 Pada 1 6 dan 1 6 hingga tahun 2000 adalah turun naik iaitu 7 dan 1 80 -an apabila melalui pelbagai inisiatif, kerajaan dan semua pihak berusaha mengurangkan kadar pengangguran empat peratus ketika

7, kadar pengangguran turun daripada 2.5% kepada 2.4%.

8 pula, kadar pengangguran semakin meningkat kepada 3.2% dan 8 kepada 2. % dalam 2000.

kemudian menurun daripada 3.0% dalam 1

Masalah pengangguran di Malaysia masih rendah b erbanding negara maju. Jerman misalnya, kadar penganggurannya kira -kira 12 peratus, Perancis ( peratus), Amerika Syarikat (5.5 peratus) dan Jepun antara 4 hingga 5 peratus pada 2004. Pengangguran dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan ekonomi dan sosial iaitu terhadap sektor ekonomi ialah berlakunya pengurangan keluaran negara. Taraf hidup rakyat juga menurun memandangkan ia diukur dengan menggunakan pendapatan perkapita. Apabila pendapatan perkapita rendah, taraf hidup penduduk juga rendah.

Untuk itu, antara inisiatif dirancang ialah meningkatkan peranan laman web JobMalaysia menerusi proses penjenamaan semula. Tugas itu diamanahkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang akan mempromosikan laman web berkenaan ke seluruh negara. Masalah pengangguran amat membimbangkan kerana kadar pengangguran tinggi boleh mengurangkan pendapatan negara dan memberi kesan langsung kepada jumlah pungutan cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat. Kerajaan akan kekurangan dana dan sumber pendapatan. Ia akan me lambatkan proses pembangunan negara apabila kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk menjana pertumbuhan ekonomi di samping menambahkan lagi jurang kemiskinan dalam masyarakat. Pengangguran jika tidak dikawal dan ditangani s ecara holistik akan memberi kesan kepada struktur sosial dan budaya yang boleh mewujudkan suasana tidak tenteram dalam keluarga dan masyarakat di samping meningkatkan kejadian antisosial. Ini akibat masalah kewangan daripada pengangguran yang teruk. Penga nggur sanggup merompak, culik, bunuh dan sebagainya untuk mendapatkan wang serta meningkatkan masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri seseorang. leh itu, majikan, persatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan (NG ) dan pihak terbabit perlu terus me mberi maklum balas serta kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi menjayakan pelan menangani masalah pengangguran. Tumpuan utama kerajaan perlu diberikan kepada program pembangunan kemahiran dan latihan, termasuk meningkatkan dan memperbaharui kem ahiran pekerja dari semasa ke semasa. Bagi menggalakkan penciptaan pekerjaan, lebih banyak peluang mesti diwujudkan dalam sektor berasaskan teknologi dan pengetahuan serta bidang yang mampu menawarkan bidang pekerjaan baru seperti bidang keusahawanan, per tanian, pengurusan dan kejuruteraan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), penyelidikan

dan pembangunan (R&D).

(Harian Metro, 13 Januari 208)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->