You are on page 1of 8

NASIONALISME

Pengertian Nasionalisme

Nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa untuk
menubuhkan negaranya sendiri, menegakkan kedaulatan rakyat dan menuntut kesetiaan individu
kepada negara.
Pada umumnya semangat kebangsaan merujuk kepada ‘perasaan cintakan bangsa dan tanah air’
yang dijelmakan kepada keinginan untuk berjuang membebaskan tanah air daripada penguasaan
kuasa asing menebus maruah bangsa, serta menentukan nasib masa depan sesebuah bangsa dan
negara.

FAKTOR YANG MENDORONG KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME

Faktor Luaran
Faktor yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dapat dibahagikan
kepada dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan juga faktor luaran. Bagi faktor luaran, ianya
merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di luar Tanah Melayu tetapi memberi kesan yang sangat
besar kepada perkembangan semangat nasionalisme orang Melayu di Tanah Melayu. Faktor-faktor
luaran menjadi pemangkin untuk mempercepat kebangkitan semangat nasionalisme orang Melayu.

Antara faktor luaran ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir. Gerakan Pemulihan Islam bermula di
Mesir sejak tahun 1850. Konsep pan-islamisme telah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-
Afghani, seorang pemuda reformis islam timur tengah yang radikal dan revolusioner pada akhir abad
ke 19. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani sendiri dan Syeikh Muhammad Abduh.
Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-
Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905.
Syeikh Muhammad Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut kehendak azan moden,
tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama Islam yang sejati. Ajaran beliau adalah
berdasarkan kepada ajaran Allah dan Rasul seperti yang tercatit di dalam al-Quran dan al-Hadis.
Yang disesuaikan ialah perkara-perkara dan hal-hal takwim serta pentafsiran Islam mengenai sesuatu
pendapat atau hukum di dalam al-Quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap baru, prgresif dan
revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.

Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu


penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Selain itu, gerakan ini turut bermatlamat untuk membebaskan
agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam
yang sebenar.Antara lain ialah memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung
dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan
sosial mengikut al-Quran dan Hadith dan yang terakhir ialah membebaskan negara Islam dari
pengaruh penjajahan Barat. Pada masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke luar negeri,
terutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga yang pergi
menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme di timur tengah itu telah mempengaruhi kedua-
dua kumpulan tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu
berlandaskan agama islam.

Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar Melayu yang
menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang
berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam.
Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam. Tokoh-
tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim
al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau
pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-
Imam.

Faktor kedua ialah Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan kepada tiga gerakan iaitu Gerakan
Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda. Bagi Gerakan Pan-Islam, ianya adalah satu
gerakan untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah.
Gerakan Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan kuno yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh Usman pada tahun 1300. Ulama
Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani ingin menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang
Siam dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang mendapatkan
bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal. Mehemet Kiamil Bey cuba
mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki
dan Jerman berpakat menentang kuasa Berikat.

Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dan segala perkembangan di Turki
mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan peperangan jihad terhadap kuasa Berikat (Amerika
Syarikat, Britain dan Perancis). British cuba menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita
yang sampai ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang-pejuang Pan-Islam.
Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan Nur Alam Syah mempengaruhi dasar
India yang beragama Islam melancarkan dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa
pakatan Jerman-Turki akan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar India
melancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British. Askar-askar India
berjaya membunuh lebih 40 orang British dan hampir berjaya menakluki Singapura.

Bagi gerakan Khilafat pula, pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama.
British cuba menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan
kuasa Turki dan sistem Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh
British. Yang terakhir sekali ialah Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk
yang bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan
di Turki. Turki diisytiharkan sebagai Republik pada tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan.
Abdul Kadir Adabi mengecam gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan
Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan undang-undang Islam dalam
perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari
Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki
Muda.

Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda, iaitu mereka membangkitkan
semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh
orang Yahudi dan Kerajaan Turki memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai
bidang ekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan Kaum Muda di
Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di Tanah Melayu telah menubuhkan
Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 untuk bergiat dalam politik.

Faktor luaran yang ketiga ialah pengaruh dari Jepun.Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai
negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah
memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya
meniru teknologi Barat, sekaligus membuktikan rakyat Asia bijak. Perkara ini telah mewujudkan Ilham
dan keazaman dalam jiwa rakyat Asia. Antara kemenangan Jepun terbesar ialah apabila dapat
mengalahkan Eropah. Kesan daripada kemenangan ini, orang Asia dan Melayu mulai sedar akan
kepentingan pelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjadikanr akyat kuat
menentang penjajah. Dalam masa yang sama, ianya juga memberi kesan kepada pemikiran tokoh-
tokoh awal Tanah Melayu.Dalam peperangan yang berlaku di antara Rusia dengan Jepun (1904-
1905) menyaksikan Jepun telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan
kesedaran kepada orang Asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah sekuat seperti yang
digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak mengira
saiznya, boleh menjadi kuat seperti Jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.

Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telah menghasilkan karya berjudul
'Mataharai Memancar' (The Rising Sun) yang menceritakan sejarah Jepun. Karya ini telah
dialihbahasakan oleh beliau daripada karya Mustafa Kamal dari Turki yang asalnya daripada bahasa
arab. Menurut Za'ba, karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan perasaan
bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini termasuklah kepada pembaca
melayu. Masyarakat melayu mula percaya bahawa dengan adanya teknologi dan pendidikan, mereka
juga boleh menghalau keluar orang British dari Tanah Melayu. Hakikat ini telah disedari oleh golongan
terpelajar di Tanah Melayu. Di antara mereka ialah Syed Sheikh al-Hadi yang mula menggalakkan
orang melayu memajukan diri mereka dalam aspek ekonomi dan sosial, melalui ajaran Islam.
Perkembangan di Jepun mengalahkan kuasa Rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan
bahawa orang melayu juga boleh mempertahankan kepentingan mereka daripada terus di tindas oleh
pihak British. Selain itu, turut timbulnya Gerakan Kesedaran Kebangsaan China. Pada tahun 1911
berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau telah berjaya menumbangkan
kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China. Keadaan ini membangkitkan
kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British.

Faktor luaran yang keempat pula merupakan pengaruh dari Indonesia. Gerakan kemerdekaan
rakyat Indonesia menentang pemerintahan Belanda telah memberi semangat kepada golongan
melayu yang inginkan pembebasan daripada penjajahan British. Beberapa parti politik telah
ditubuhkan ditubuhkan di Indonesia. Antaranya ialah Sarekat Islam. Sarekat Dagang Islam
diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat Dagang Islam ditukar
kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam ialah parti politik yang pertama di Indonesia.
Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus Salim.

Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia supaya menentang penjajah
Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura.
Cawangan Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Penentangan
terhadap British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh Sayid
Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah hingga ke Kemaman. Sayid
Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat
Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru
agama dari Sumatera.

Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi menceritakan
perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi mengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid
menjadi pengarang di akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit akhbar
Sinaran Zaman di Sumatera. Parti politik yang kedua pula ialah Parti Komunis Indonesia (PKI). PKI
diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak
menyertai PKI kerana ajaran komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk
Tan Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka
berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan
Jenin dari Sumatera dapat mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-
an. Yang terakhir sekali ialah   Parti Nasional Indonesia (PNI). PNI diasaskan oleh Sukarno dan
Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka melalui
tulisan, pergerakan sosial dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang
mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah diamalkan
oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. PNI mengamalkan ideology
yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang
tersebar melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang
Melayu. Mereka berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu.
Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk melepaskan diri daripada
kuasa penjajah.

Faktor kelima adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina. Jose Rizal memimpin perjuangan
rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol. Beliau telah menubuhkan Liga Filipina untuk
memajukan orang Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat. Melaului
gerakan ini juga telah member kesedaran kepada openduduk di Tanah Melayu untuk bangkit dari
terus dikuasai oleh kuasa asing.

Faktor terakhir adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan India. Gerakan ini dipimpin oleh Mahatma
Gandhi. Tujuan gerakan ini adalah untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Penduduk
di Tanah Melayu juga turut mempunyai keinginan yang sama iaitu ingin membebaskan diri daripada
penjajahan Brirish. Dengan itu, gerakan ini telah memberi semangat serta kesedaran kepada
penduduk Tanah Melayu untuk terus bangun dari penindasan yang berleluasa di Negara sendiri.

Kesimpulannya, peranan pengaruh luar merupakan faktor penting kebangkitan nasionalisme


Melayu. Akibatnya, timbul persatuan Melayu pada tahap-tahap berlainan. Kemudiannya, Kongres
Melayu Se Malaya diadakan pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di kalangan orang
Melayu. Antara lain ialah usaha persatuan-persatuan Melayu merintis jalan penubuhan UMNO pada
tahun 1946.
Faktor Dalaman

Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di Tanah Melayu dan


memberi pengaruh yang sangat besar dalam membangkitkan dan menyemarakkan semangat
nsionalisme orang Melayu. Antara faktor dalaman ialah agama. Pada penghujung abad ke-19 dan
awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas
hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan
ekonomi dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan
India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa
perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam
bidang tersebut. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam
masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan
sosial.

Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan kepentingan


masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang
berpendidikan Arab memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan
masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke Universiti Al-
Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang mula-mula sekali menyuarakan rasa
tidak puas hati mereka terhadap keadaan ekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka
dari golongan ini hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan terpengaruh
dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini menerima pelajaran dan inspirasi dari
gerakan pemulihan Islam moden dan gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad
ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani.
Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh
Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan
Syeikh Mohammad Salim al-Kalali.

Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada awal abad ke-20, mereka telah
berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan
ajaran agama Islam baru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dan
khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapat tentangan daripada
golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golongan ortodoks ini memusuhi bukan setakat
fahaman baru dalam agama, tetapi juga memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan
dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan dan
penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.

Faktor kedua ialah kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka juga turut menjadi
punca dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orang melayu menjadi penduduk pribumi
tetapi masih tertinggal jauh dalam bidang ekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi Tanah Melayu yang
berasaskan getah dan bijih timah berkembang pesat, tetapi orang mealyu tersisih daripada kegiatan
ekonomi komersial tersebut. Kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai oleh orang Cina dan pedagang-
pedagang Eropah. Banyak ladang getah dan lombong bjih timah dimiliki dan diusahakan oleh orang
Eropah. Manakala orang cina pula menguasai sektor ekonomi di kawasan Bandar seperti menjadi
peniaga.

Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan arab yang tinggal di Negeri-Negeri Selat
terutamanya Singapura. Dalam bidang pendidikan pula, orang Melayu tertinggal jauh kerana system
pendidikan melayu tidak mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan kedudukan orang melayu
dalam bidang ekonomi. Orang melayu mula sedar bahawa mereka perlu mempertahankan hak
mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu mendesak supaya diberi hak yang sama dengan Melayu daripada kerajaan British.
Orang Melayu sedar permintaan orang Cina tersebut akan menggugat kedudukan mereka sebagai
penduduk pribumi. Situasi ini telah menyemarakkan semangat nasionalisme orang melayu untuk
mempertahankan kedudukan mereka di Tanah Melayu.  
Selain itu,faktor ketiga ialah rakyat menderita di negara sendiri akibat dijajah bangsa
asing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan seharian dan penipuan
yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun dan mewujudkan organisasi anti-
Jepun. Maka wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang
belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, pemimpin
organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam menegakkan nasionalisme Melayu
seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka
untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada
pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci
dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka akhirnya memberikan kerjasama kepada
organisasi-organisasi anti-Jepun dengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan
keberkesanan penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam daging
kepada pentadbiran tentera Jepun.

Antara lain, dasar penjajahan Barat juga telah menimbulkan semangat nasionalisme ke dalam jiwa
penduduk Tanah melayu. Ketika penaklukan British ke atas Tanah Melayu, Pihak British telah berpuas
hati dengan kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu.
Pihak british kemudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan yang
merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Usaha mencapai tujuan ini
paling pesat dilakukan di negeri-negeri melayu bersekutu.

Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayu tradisional mendapati diri
mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran.
Tambahan pula, pihak British telah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-
besaran untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh masyarakat
melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk menjelang tahun 1921, dimana daripada
jumlah 1320000 orang penduduk negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu,
495000 orang cina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mula
menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu mulai sedar yang mereka telah ketinggalan dalam
pembangunan ekonomi dan sosial di mana orang bukan melayu menjadi peserta yang kuat. Langkah-
langkah yang di ambil oleh pihak british ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang
melayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi sedikit demi sedikit diambil alih oleh
pihak pendatang dan kaum penjajah.
 
Faktor keempat ialah Bahasa dan kesusasteraan . Melalui faktor bahasa dan
kesusasteraan ini,tulisan Jawi telah diperkenalkan sebagai tulisan rasmi Bahasa Melayu . Pengaruh
Arab turut wujud hasil dari peranan golongan agama dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan
rumi yang diperkenalkan penjajah. Ini sebenarnya membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam
negara sendiri. Antara lain ialah kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu
dan MPSI. Dalam pada itu. bahasa Melayu sebenarnya semakin hilang peranan dalam sistem
pendidikan Inggeris dan Jepun. Ini dapat memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan
Melayu.Bahasa Melayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.

Jika dapat kita perhatikan, perbahasan dalam MMN dan MMP menggunakan Bahasa
Inggeris. Perkara ini pernah dibantah oleh Raja Chulan akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam
bahasa undang-undang dan juga penggunaannya dalam MMN dan MMP kerana wakil Melayu tiidak
faham apakah yang dibahaskan. Semua ini telah menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran
bangsa dan bahasa Melayu. Jadi, gelanggang bagi orang Melayu melahirkan ketidakpuasan melalui
adalah karya sastera. Secara tidak langsung, dapat memperkukuhkan perjuangan orang Melayu
dalam meletakkan taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara
selepas merdeka. Dalam puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari
1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh
bangsa lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung
oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) yang menggesa
orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum (1940) yang menggesa orang Melayu
bersikap berani dan sanggup berkorban.

Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Antaranya ialah
Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi (1925) yang mencadangkan wanita perlu diberi
pendidikan, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh Haji
Muhammad yang mengecam British melalui kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat cinta akan
negara, hidup maju dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji
Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan.Cerpen merupakan cerita
pendek yang mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen menyeru rakyat bekerja untuk kemajuan dan
kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim
Kajai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya
Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar
Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan menentang
penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan
yang hendak disampaikan.

Antara kejayaan orang Melayu dalam bidang sastera pasa masa itu ialah melahirkan
para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66. Penubuhan persatuan yang memperjuangkan
bahasa seperti PASPAM (berjuang bagi menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti
sebelum penjajahan ) turut diwujudkan. Antara kejayaan lain adalah penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka yang berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu dan alat penyatuan
bangsa. Ini dapat menyumbang ke arah pembentukan bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa
Melayu . Dengan itu, Melayu tidak lagi berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar,
Bugis dan lain-lain.

Faktor kelima ialah sistem pendidikan.Terdapat sekolah-sekolah pondok,


madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang disediakan bagi orang melayu.
Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan barat dan selatan tanah melayu
sejak tahun 1880-an lagi. Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik
pandai dikalangan orang melayu. Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang melayu menjadi lebih
pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah Inggeris pula ialah anak-anak
golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang British sebagai pegawai dan pentadbir bawahan
sahaja. Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satu yang
ikhlas, maka tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka surat khabar melayu
telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya 'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan
taman pengetahuan. R. J. Wilkonson selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati
bahawa surat khabar melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap
kemajuan intelek dan material orang melayu. Pendedahan kepada dunia luar melalui surat khabar,
telah membuka mata orang melayu, terutamanya generesai muda terhadap isu-isu yang
mempengaruhi orang melayu.

Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah
mendapat sambutan hebat penduduk tempatan. Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat
mempertahankan nilai-nilai keislaman semasa kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum
imigran. Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan untuk menanan
semangat kebangsaan pada tahap-tahap awal. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila
islam memasuki era reformasi, maka barulah sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka
minda kaum melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di tanah melayu.
Sukatan dan dasar yang tidak selaras membangkitkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap
layanan Inggeris.Kesimpulannya, perkembangan pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah
memainkan peranan penting dalam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.

Selain itu,faktor keenam ialah kemunculan golongan intelektual juga antara


faktor dalaman kebangkitan semangat nasionalisme. Mereka terpengaruh dengan idea-idea dan
falsafah politik demokrasi, liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan dan nasionalisme. Sistem
pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerima
semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang
yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran.
Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik,
Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu
kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan
berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat
digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme .
Antara golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan Dato’ Onn
Jaafar. Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu dan menubuhkan UMNO
bagi menentang Malayan Union. Beliau berjuang melalui akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu
dengan membuat bidasan dan kritikan serta mengadakan rapat umum. Ibrahim Yaakub pula adalah
pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi mencetuskan
ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang Melayu terutama dalam bidang
pendidikan. Ahmad Boestaman adalah pejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun
1939, tetapi tidak menerima sambutan. Beliau memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan
sosio ekonomi serta politik Melayu.

Selain itu Dr. Buhanudin Al-Helmi juga antara golongan intelektual dan merupakan
pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri
Melayu telah didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor).
Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah
Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor. Sistem persekolahan di sekolah itu
mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini
akan sedar akan kelemahan mereka dalam agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha
bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar.

Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat dan beliau perjuangkan hak dan keistimewaan
orang Melayu. Beliau juga mengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu. Di samping itu, Maktab
Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga bertanggungjawab dalam
membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Guru-guru dari MPSI telah menyedari
masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini dan
memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka. 
Graduan MPSI menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada tahun 1923 bagi menggalakkan
pertumbuhan sastera dan membangkitkan semangat nasionalisme .

Seterusnya, faktor ketujuh ialah perkembangan media massa turut memainkan peranan yang
penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Idea nasionalisme lahir melalui surat khabar,
majalah, novel dan rencana. Surat khabar digunakan sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat
melayu terhadap keadaan mereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal
ialah 'pengetahuan bahasa', hasil karya raja Ali Haji yang disusun pada tahun 1858. Karya ini
membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat pengaruh british dan imigran cina, disamping
itu karya ini juga memperihatkan peri pentingnya bahasa melayu dalam budaya masyarakat melayu
seagai alat menyatukan kaum melayu melalui satu identiti bahasa.Sebagai contoh, pada 23 Julai
1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda
yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali
dan Haji Abbass Mohammad Taha. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas
Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh.
Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan. Pengarang yang pertama ialah
Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak
Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta
berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman
dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas, terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis
(1935), Fajar Sarawak dan sebagainya. Selain itu, kemunculan alat pencetak telah mencetuskan
kesedaran kebangsaan melalui penertbitan akbar, majalah & novel. Dalam masa yang sama, muncul
golongan wartawan yang komited dan sedar akan nasib bangsanya. Golongan wartawan telah
membangkitkan isu-isu kemunduran masyarakat Melayu dalam semua aspek seperti sosial,
pendidikan, ekonomi dan politik.

Faktor terakhir adalah perkembangan sistem perhubungan. Sistem perhubungan yang telah
dimajukan oleh pihak British adalah demi kepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya
telah membantu menyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat melayu. Umpamanya,
pada tahun 1910, terdapat lebih daripada 2400km jalanraya terturap. Sistem perhubungan ini dapat
membantu merentasi sikap kekampungan, kedaerahan dan kenegerian. Masyarakat melayu tidak kira
dari daerah atau negeri yang berlainan dapat berhubung di antara satu sama lain. Keadaan ini secara
tidak langsung dapat menyatupadukan penduduk melayu, yang seterusnya mewujudkan identiti
kebangsaan. Idea dan pemikiran pemimpin-pemimpin melayu yang berjiwa kebangsaan tersebar
dengan pantas kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui sistem perhubungan jalan
raya dan jalan keretapi.

Kesimpulannya, faktor-faktor dalaman ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam


membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah Melayu. Contohnya ialah agama, sistem
pendidikan, kesedaran tentang kemunduran orang melayu, bahasa dan kesusasteraan serta
perkembangan media massa, Jadi faktor-faktor inilah antara yang banyak membantu ke arah proses
kemerdekaan rakyat.

You might also like