You are on page 1of 15

1.

PENGERTIAN HADITH MAUDU

Dari segi istilah, hadis Mauduk ialah sebuah hadis rekaan yang diriwayatkan oleh seorang
pendusta serta mendakwa bahawa hadis tersebut datang dari Rasulullah s.a.w, sama ada ianya
hasil rekaannya sendiri atau beliau menukil perkataan orang lain.Contohnya ialah hadis (

. ):Ertinya :Perut adalah tempat bagi segala penyakit dan pencegahan adalah asas bagi segala
rawatan.Sebenarnya ia merupakan satu kenyataan sesetrengah pakar perubatan di zaman
silam,sedangkan prawinya mendakwa ia diucapkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri sebaliknya
kajian yang dijalankan oleh ulama hadis menunjukkan ia bukan hadis.(Ibrahim Dasuqi 1971, 48.)

Tindakan memelsukan hadis tidak harus dilakukan oleh seseorang Muslim kerana ia
merupakan satu kesalahan yang amat besar di sisi agama.Menurut Jamhur Ulama: Perbuatan
tersebut adalah sebesar-besar dosa di sisi Allah s.w.t. manakala sebahagian ulama lain pula
menghukum kafir keatas orang yang memalsukan hadis.Diantara mereka yang member fatwa
tersebut ialah Imam al-Juwaini yang menyatakan:Adalah menjadi kafir boring sengaja
berbohong keatas Rasulullah s.a.w.(al- suyuti ,1959 1: 284 ) Syekh Muhammad Ahmad Syakir
juga menyokong pendapat ai-Juwaini yang mengatakan orang yang memalsukan hadis adalah
kafir. (Muhammad Syakir t.th, 79)

Sehubungan ini adalah haram bagi seseorang meriwayatkan hadis Mauduk, sama ada
ditulis di dalam kitab atau disebut dalam percakapan melainkan apabila disertakan debgan
penjelasan tentang kepalsuannya, kerana penjelasan tersebut akan menghilangkan kekeliruan
pembaca atau pendengar tentang kedudukannya sama ada hadith sahih atau spalsu. (Dr.Abdul
wahab Faid 1980, 2:6)

Rasulullah s.a.w melarang keras kepada sesiapa yang melainkan pendustaan keatasnya.
Ini dpat difaham daripada sabdanya ( )

Maksudnya: sesiapa yang berdusta keatasku secara sengaja maka dia hendaklah bersedia
mengambil tempat duduknya didalam neraka (Muslim t.t, 1:6)
2. SEBAB BERLAKU HADIS MAUDUK

a) Tujuan Merosakkan Akidah Umat Islam

Peranan dan usaha untuk menyelewengkan akidah umat Islam dilakukan oleh golongan Zindik
zahirnya sahaja, tetapi pada batin mereka membenci dan mengingkarinya. Usaha tersebut
dijalankan berterusan bagi mencemarkan ajaran Islam menyebar berbagai pembohongan dan
cerita karut yang mereka dakwa ianya daripada ajaran Islam. Tujuan disebaliknya ialah untuk
menimbulkan fitnah agama dikalangan orang mukmin serta mewujudkan suasana tidak
tenteram difikirkan mereka, disamping memporak perandakan perpaduan yang sedia terjalin.
Contohnya ialah sepertimana golongan ini menciptakan hadis Mauduk yang mengandungi
unsur-unsur penyelewengan dan kurafat, kemudian mereka mendakwa ia adalah hadis
Rasulullah yang sebenar, dengan harapan hadis Mauduk tersebut akan mendapat tempat
dikalangan orang Islam dan disanjungi sebagai hadis Rasulullah s.a.w.
TOKOH-TOKOH PEMBUAT HADITH MAUDUK

i. Abdul Karim bin Abi al-Arja.

Beliau mati dibunuh pada zaman pemerintahan khalifah al-Mahdi. Menurut Ibnu
Adi: Sebelum dibunuh, Abdul Karim mengaku pernah mencipta banyak hadis palsu,
dimana pengakuannya adalah seperti berikut: Saya telah menciptakan bagi kamu
sebanyak empat ratus ribu hadis Mauduk. Padanya saya menharamkan perkara yang
halal dan menghalalkan perkara yang haram. (Al-Suyuti 1959,186)

ii. Bayan bin Sam al-Nahdi

Beliau muncul di Iraq pada abad kedua Hijrah dan mendakwa ketuhanan Ali bin
Abi Talib – Karamalluh wajhah – Ini merupakan suatu dakwaan palsu yang
dilakukannya, kemudiannya beliau mati dibunuh oleh Khalid bin Abdullsh al-Qasri
(Ahmad Muhammad Syakir t.th 84)

iii. Muhammad bin Said al-Shami al- Maslub

Menurut Ahmad bin Hambal: Beliau mati dibunuh oleh Abu Jaafar al-
Mansor,semua hadisnya adalah mauduk. (Ahmad Muhammad Syakir t.th, 84)
Kesimpulanya golongan Zindik ini banyak mencipta hadis Mauduk dengan tujuan

untuk merosakan kepercayaan Umat Islam. Sehubungan ini, al-Uqaili telah

meriwayatkan dengan sanadnya kepada Hamad bin Zaid katanya: Golongan Zindik

telah memalsukan hadis keatas Rasulullah sebanyak empat belas ribu hadis. (Al-

Suyuti 1959,186) tetapi Allah s.w.t telah mentakdirkan kemunculan ulama

hadis bagi menjaga akidah umat ini daripada diselewengkan oleh golongan Zindik tersebut.
Mereka memainkan peranan amat besar dalam uasaha mengkaji hadis-hadis Mauduk serta
menjelaskan kepada umat Islam secara terperinci tentang kepalsuan hadis-hadis tersebut.

b) Untuk mendekati pemerintahan

Terdapat setengah ulama al-Suu( ) menciptakan hadis Muduk hanya semata-mata ingin
mendapatkan tempat disisi pemerintahan atau habuan duniawi mencapaikan matlamat
tersebut. Contohnya ialah tindakan pemalsuan yang dilakukan oleh Ghayyas bin Ibrahim ketika
beliau datang menemui khalifah al-Mahdi al-Abbasi, kebetulan pada ketika itu terdapat seekor
burung merpati berada dihadapnnya, dan al-Mahdi memang seorang yang suka dan berminat
kepada burung merpati. Lalu Ghayyas terus menciptakan sebuah hadis Mauduk seperti berikut:

Maksudnya:

Tidak ada perlumbaan melainkan pada binatang unta atau kuda atau pemanahan
atau yang mempunyai sayap.

Dalam hadis tersebut beliau menambah perkataan ( ) yang bermaksud binatang yang
mempunyai sayap. Dengan ini al-Mahdi terus bangun dan berkata kepadannya: Aku bersaksi
bahawa engkau telah berdusta keatas Rasulullah s.a.w. Kemudian beliau memerintah supaya
burung merpati tersebut disembelih serta menolak hadis palsu yang direkacipta Ghayyas. (Al-
Suyuti 1959, 187. Ahmad Syakir t.th 86.)
c) Kejahilan tentang agama serta niat baik

Terdapat sebahagian daripada golongan al-Zuhad, Al-Ubbad dan al-Juhala telah memalsukan
hadis-hadis yang berkaitan dengan “ al-Targhib Wa al-Tarhib” Pada sangkaannya, mereka telah
melakukan suatu kerja yang baik dan berfaedah serta diterima oleh Allah s.w.t. ingatan bahawa
ianya termasuk di dalam “al-Waid” yang disebut oleh Rasulullah dalam hadis berikut:

Lalu mereka menjawab nasihat tersebut debgan mengatakan: ( ).


Ertinya: Kami tidak berdusta keatasnya. Kami hanya berdusta untuknya.

Di antara mereka yang mengharuskan tindakan memalsukan hadis dalam bidang al-Targhib Wa
al-Tahib ialah golongan al-Karamiyyah yang berdalilkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan
melalui Badu turuq al-Hadis ( ) iaitu lafaz
( )

Manakala sebahagian mereka pula membuat tafsiran tentang hadis ( ) yang


bermaksud pembohongan tersebut ialah dengan mengatakan Nabi Muhammad adalah seorang
yang gila atau seorang ahli syair. (al-Suyuti 1959, 185) Berdasarkan pendapat tersebut didapati
golongan al-Juhal telah banyak memalsukan hadis yang berkaitan dengan ( )
bagi tujuan menggalakan manusia membaca al-Quran serta memberi tumpuan sepenuh
kepadanya. Pada mereka tindakan tersebut dilakukan ialah kerana mereka melihat ramai orang
Islam pada ketika itu telah mengabaikan al-Quran dan memberi tumpuan kepada ilmu-ilmu lain.
Oleh itu, mereka memalsukan hadis mengenai Fadail al-Quran hanya bertujuan supaya orang
ramai member sepenuh tumpuan kepada al-Quran dengan membaca dan menghayati isi
kandungannya.

Walau pun begitu tindakan golongan al-Juhala ini member kesan buruk ke atas sebahagian
kitab ilmu-ilmu Islam, kerana didapati sebahagian ulama yang tidak mempunyai kepakaran
dalam bidang hadis bertindak mengumpul hadis-hadis Mauduk yang berkaitan dengan al-
Targhib Wa al-Tarhib dan memasukannya ke dalam kitab karangan mereka. Dalam hal ini, Imam
al-Suyuti menegaskan bahawa pendapat yang mengharuskan pemalsuan hadis dalam bidang al-
Targhib Wa al-Tarhib adalah merupakan pendapat yang bercanggah dengan pegangan Jamhur
Ulama yang muktabar. (al-Suyuti, 1959,185

e) Taksub kepada bangsa dan tempat

3) Contoh hadis Mauduk dalam Tafsir

Bidang tafsir mempunyai ruang yang luas untuk menjadikan hadis Mauduk tumbuh subur,
pencipta hadis Mauduk menjalankan kegiatannya dengan penuh minat. Pada setengah
keadaan, mereka memalsukan hadis yang berkaitan dengan Asbab al-Nuzul, dan seterusnya
mentafsirkan ayat al-Quran berdasarkan seba b nuzul tersebut serta mengikut kepentingan
hawa nafsu mereka.

Kadangkala mereka memalsukan hadis bagi mentafsirkan sesetengah ayat Quran dengan tujuan
untuk menyokong mazhab tertentu. Ada setengah pula memalsukan hadis bagi tujuan
menyempitkan makna al-Quara. Contohnya seperti apa yang dilakukan oleh golongan
Batiniyyah yang cuba mentafsirkan al-Quran hanya berdasarkan tafsiran Ramzi semata-mata
dan mereka berdalikan dengan hadis-hadis Mauduk yang dicipta.

Diantara contoh hadis Mauduk dalam tafsir al-Quran adalah seperti berikut:

a. Kisah al-Gharaniq

Kisah tersebut berdasarkan tafsiran ayat 52, surah al-Haj iaitu firman Allah:

Sesetengah ahli tafsir membawa riwayat hadis palsu yang berkaitan sebab turun ayat tersebut.
Periwayatannya adalah seperti berikut:

“Setelah diturunkan surah (al-Najmi) kepada Nabi Muhammad s.a.w., lalu baginda
membacanya kepada orang ramai dan didengar bersama oleh golongan mushrikin. Setelah
bacaan tersebut sampai kepada ayat: ( )
maka syaitan mengambil kesempatan mencampak dua jumlah perkataan lagi dalam baca Rasul
s.a.w. tersebut iaitu: ( ) Oleh kerana itu, orang-
orang mushrikin semuanya bergembira kerana baginda Rasul menyebut tuhan mereka dengan
kebaikan dan kepujian, seterusnya ketika Baginda tunduk sujud diakhir surah maka mereka juga
turut sujud bersamanya.

Menurut riwayat itu lagi bahawa berita tersebut dikalangan orang ramai sehingga sampai ke
negara Habsyah, di samping itu kebanyakan orang islam yang behijrah ke Habsyah pulang
semula ke Mekah setelah peristiwa tersebut, dimana mereka menyangka bahawa orang
musyrikin Mekah telah memeluk agama Islam.(Ibnu Kathir 3:229,Al-Alusi 17:176)

Ramai dikalangan ulama menyatakan bahawa riwayat tersebut adalah merupakan riwayat yang
direkacipta tanpa mempunyai sumber asal yang sah dan ianya hasil pemalsuan yang dilakukan
oleh golongan Zindak dan musuh-musuh Islam. Menurut Imam Al-Alusi, golongan ulama yang
Muhaqqiqin telah mengingkari kisah tersebut. Al-Bayhaqi menyatakan: kisah ini tidak thabit
dari segi naqal. Manakala Al-Qadhi Iyad menyatakan: sudah memadai untuk menunjukkan
tentang kelemahan kisah ini, dimana ianya tidak ditakrijkan oleh seorang pun dari kalangan ahli
sihhah dan juga tidak pernah diriwayatkan perawi yang siqah melalui sanad yang sahih. (Al-
Alusi 17:177)

Jika dikatakan nabi bertutur dengan perkataan tersebut disebabkan oleh godaan dan hasutan
syaitan maka akan timbul daripadanya beberapa persoalan. Diantaranya: (Al-Alusi 17:177)

i. Syaitan dapat menguasai nabi s.a.w sedangkan pada hakikatynya baginda adalah

maksum daripada dikuasai oleh syaitan, lebih-lebih lagi pada hal yang berkaitan dengan
urusan al-wahyu, dan menyampaikannya. Firman Allah:

ii. Nabi s.a.w menokok tambah didalam Al-Quran sesuatu perkataan yang bukan daripada
Al-Quran. Hal ini adalah mustahil bagi baginda untuk berbuat demikian kerana
kemaksumannya.
iii. Ketika bertutur dengan perkataan tersebut maka nabi mengitiqad sepertimana

yang diitiqadkan oleh orang musyrikin dengan memuji dan mengagungkan tuhan-tuhan
mereka melalui perkataan-perkataan tersebut. Maka tindakan ini akan membawa kepada
kekufuran dan ianya mustahil pada hak nabi s.a.w.

iv. Adalah menjadi kesamaran kepada Nabi s.a.w. apa yang dicampakan kepadanya

oleh syaitan dengan apa yang disampaikan oleh malaikat. Dan ini menunjukan bahawa
baginda s.a.w. tidak mempunyai Basirah tentang apa yang diwahyukan kepadanya.
Disamping itu juga menunjukkan keharusan syaitan menyerupai rupa malaikat, sehingga
mengelirukan baginda s.a.w. yang maksum.

Ibn aitiyyah meragui tentang kesahihan riwayat, dimana beliau menyatakan: Hadis yang
disebut padanya “al-Gharaniq al-Ula hanya terdapat di dalam kitab-kitab tafsir dan
seumpamanya sedangkan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim tidak memasukkannya ke
dalam kitab sahih mereka. (al-Qurtubi 12:81)

Di antara ulama semasa yang secara tegas menolak hadis tersebut ialah al-Sheikh
Nasiruddin al-Bani, beliau mengarang sebuah kitab bagi menyatakan secara khusus tentang
kepalsuan hadis tersebut dan diberi nama kitab ini

(Abd.Wahab Faid 1980, 2 : 51)


b. Kisah Zainab bt.Jahsyin

Firman Allah:

(al-Azhab:37)

Ketika mentafsirkan ayat ini, didapati sesetengah Ahli tafsir membawa riwayat palsu yang
berkaitan dengan Zainab binti Jahsyin r.a., di mana riwayatnya adalah seperti berikut:

Pada suatu hari rasulullah s.a.w. pergi ke rumah Zaid bin Harithah untuk menziarahinya

tetapi beliau tidak ada di rumah, bahkan isterinya Zainab bt. Jahshin sahaja berada di

rumah. Ketika memandang kea rah Zainab, baginda rasa kagum dengan kecantikan dan

kehebatannya dan terus mencintainya. Kemudian baginda pulang, sambil berkata:

. Periwayat-periwayat hadis ini menyangka bahawa kisah inilah yang

dimaksudkan dengan firman Allah:

Sesungguhnya Rasulullah menyembunyikan dalam hati tentang kecintaannya

kepada Zainab pada masa tersebut, tetapi Allah s.w.t. menzahirkannya melalui

perkahwinan baginda dengan Zainab selepas itu.

Pada hakikatnya riwayat tersebut tidak mempunyai sumber asal dan juga tidak mempunyai
sanad. Para ulama Islam yang muktabar telah menghukum ianya merupakan suatu riwayat yang
palsu. Kenyataan mereka adalah seperti berikut:

i. Imam al-Alusi telah menyebut makna yang sebenar bagi ayat(


)
Yang bermaksud: Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada nabi Muhammad bahawa
Zainab akan diceraikan oleh Zaid dan seterusnya dia akan dikahwini oleh baginda
selepas itu. Menurut al-Alusi lagi: Maksud inilah yang difahami oleh ahli tafsir yang
muhaqqiqin seperti al-Zuhri, Bakr bin al-Ala, al-Qusyairi, al-Qadi Abi Bakar Ibn al-
Arabi dan lain-lain. Oleh itu kisah yang disebut oleh al-Qassas berhubung dengan
ayat tersebut merupakan kisah palsu dan tidak boleh diterima. Diantaranya ialah
riwayat yang ditakrhijkan Ibnu Saad dan al-Hakim daripada Muhammad bin Yahya
bin Hibban bahawa Nabi s.a.w. datang ke rumah Zaid dan didapati beliau tidak ada
di rumah, lalu isterinya Zainab mempersilakan baginda masuk ke rumah tetapi
baginda enggan berbuat demikian, dan terus berpaling sambil mengucapkan
perkataan yang tidak dapat difahami oleh Zainab selain daripada perkataan (
) Selepas itu Zaid pulang ke rumah dan diberitahu oleh Zainab tentang peristiwa
yang berlaku. Lalu Zaid menemui Rasulullah dan berkata kepadanya: Saya diberitahu
bahawa engkau, Ya Rasulullah telah datang ke rumah saya. Barangkali Zainab kagum
dengan engkau, oleh itu saya ingin menceraikannya. Lalu Rasulullah berkata
kepadanya: Jangan ceraikan isteri engkau itu dan bertakwalah kepada Allah. Selepas
itu, Zaid tidak lagi berminat dengan Zainab, dan akhirnya berlaku perceraian
diantara keduanya. (Al-Alusi, 22:24,25)

ii. Imam al-Qurtubi juga menolak riwayat tersebut dan menyatakan bahawa isi
kandungannya tetap menyentu kesucian peribadi Rasulullah. Menurut al-Qurtubi
lagi: Kisah yang diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w mencintai Zainab isteri Zaid hanya
boleh dikatakan kisah tersebut datang daripada seorang yang jahil tentang
kemaksuman baginda daripada melakukan perkara tersebut. (Al-Qurtubi 14 : 191)

iii. Menurut Ibnu Kathir: Riwayat tersebut tidak sahih dan tidak boleh diterima. Dalam
mentafsirkan ayat berkenaan beliau menyatakan:
Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim menyebut beberapa Athar daripada ulama salaf,
kami ingin memalingkan daripadanya kerana Athar tersebut tidak sahih, maka
dengan itu kami tidak meriwayatkannya. (Ibnu Kathir t.th 3: 491)

Kesimpulannya: Riwayat yang berkaitan Zainab binti Jahsin ini merupakan suatu riwayat yang
diada-adakan dan tidak mempunyai sumber asal yang sah. Ianya adalah hasil usaha yang
dilakukan oleh golongan al-Zanadiqah dan al-Mulahidah. Tujuan mereka untuk menimbulkan
keraguan tentang peribadi Rasulullah s.a.w., serta menanamkan syak wasangka manusia
terhadap risalahnya. Di samping itu, digambarkan Rasulullah sebagai seorang lelaki yang kuat
nafsu, yang dikuasai dirinya oleh kelazatan fizikal. (Dr. Abd. Wahab 1980,2 : 75). Akan tetapi,
apakah mereka tidak mengetahui bahawa Rasulullah seorang yang bersifat maksum dan
mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji. Jauh sekali daripada melakukan perkara mungkar
dan terlarang.
c. Hadis-Hadis Mauduk Tentang Kelebihan al-Quran

Sesetengah manusia berusaha untuk memalsukan hadis tentang kelebihan al-Quran. Secara
pembohongan mereka menisbah hadis tersebut kepada Rasulullah dan yakin melalui tindakan
tersebut mereka dapat mendampingkan diri kepada Allah s.w.t. serta menyangka bahawa
usaha mereka itu merupakan suatu yang baik dan terpuji. Alasan yang diberi ialah kerana
melihat manusia mengabaikan al-Quran, dan terlalu sibuk dengan mengkaji kitab al-Fiqh dan
kitab al-Maghazi. Mereka memalsukan hadis tentang Fadhail al-Quran dengan tujuan
menggalakan manusia membaca al-Quran. Ini merupakan satu gambaran tentang golongan al-
Juhhal yang memalsukan hadis dengan niat yang baik, akan tetapi perbuatan mereka ini tidak
akan dimaafkan kerana mereka bertanggungjawab melakukan pembohongan keatas Rasulullah.

Diantara mereka yang masyhur memalsukan hadis tentang kelebihan al-Quran ialah Abu Asmah
Nuh bin Abi Maryam. Sesungguhnya al-Hakimt telah meriwayatkan dengan sanadnya hingga
kepada Abi Ammar al-Maruzi bahawa ditanyakan kepada Abu Asmah: Daripada mana demikian
itu, daripada Akrimah, daripada Ibnu Abbas tentang kelebihan al-Quran, surah demi surah,
sedangkan ianya tidak ada dikalangan sahabat-sahabat Akrimah ini? Lalu beliau menjawab
dengan katanya: Sesungguhnya Aku telah melihat manusia berpaling daripada al-Quran dan
mereka sibuk dengan mempelajari fiqh Abu Hanifah dan Maghazi Ibnu Ishak. Oleh kerana itu
aku ciptakan hadis palsu tentang kelebihan al-Quran. (al-Suyuti 1959, 184)

Contoh hadis Mauduk tentang kelebihan al-Quran (Dr.Abd. Wahab 1980, 2:60) adalah seperti
berikut:

Maksudnya:

Sesiapa yang membaca surah al-Tin nescaya Allah memberikan kepadanya dua perkara iaitu
kesihatan dan keyakinan, selama mana ia berada di alam dunia ini. Dan apabila ia mati nescaya
Allah menganugerahkan kepadanya ganjaran sebanyak bilangan mereka yang membaca surah
tersebut.
Banyak buku-buku agama yang beraliran sufi, kisah-kisah para Nabi, Tafsir Al-Quran, kitab-kitab
mengenai Targhib dan Tarhib yang memuatkan Hadis-hadis Mauduk itu. Di antara kitab-kitab
tersebut yang di kenalpasti oleh para ulama Hadis banyak mengandungi Hadis-hadis Mauduk
itu ialah:

(1) Qashashul-Anbia karangan Ath-Thalabi


(2) Kitab-kitab karangan Al-Hakim At-Tarmizi
(3) Durnatun-Nashihin oleh Al Khubawi
(4) Kitab-kitab Abu Jamrah
(5) Kitab-kitab karangan Al-waqidi
(6) Washaya Imam Ali r.a
(7) Tanbihul-Ghafilin dan Qurnatul-Uyun wa Mafarrihul Qalbil-Mahzun karangan Aba Al-
Laith As-Samarqandi
(8) Kitab Tafsir Ibnu Abbas dari riwayat Al-Kalbi, As-Suddi dan Muqatil
(9) Nuzhatul-Majalis wa Muntakhab in-Nafais karangan As-Safari

(10)Al-Arba un Al-Wudaniah

(11)Kitab Al-Arus oleh Abu Al-Fadhl Jafar bin Muhammad bin Ali

(12)Kitab Fadhlul-Ilmi oleh Syarafuddin Al-Balkhi

(13)Kitab mengenai keutamaan akal, dan lain-lain lagi.


5.4 KESIMPULAN

Terdapat hadis Mauduk di dalam sesetengah kitab tafsir. Ianya diciptakan dengan berbagai
matlamat dan tujuan. Diantaranya ialah hadis palsu tersebut diciptakan kerana bertujuan untuk
menarik minat orang ramai supaya banyak melakukan ibadah kepada Allah s.a.w. khususnya
membaca al-Quran dengan menjanjikan ganjaran yang besar. Dalam hal ini, walau apa niat
sekalipun maka seseorang itu tidak harus bertindak memalsukan hadis kerana ianya merupakan
suatu perbuatan yang terkutuk dan dilarang dalam Islam. Sebenarnya, untuk mengenal yang
mana satu hadis Mauduk (palsu) bukan suatu perkara yang mudah, Hanya Ahli Hadis yang
benar-benar pakar dalam ilmu matan(lafaz) hadis serta perawi hadis. Ulama telah membukukan
hadis-hadis Mauduk di dalam kitab. Cara mudah untuk mengetahui satu-satu hadis itu sama
ada ianya benar-benar hadis ataupun bukan hadis dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis
Mauduk. Antara kitab-kitab hadis Mauduk ialah:

i. Kitab Al-Mauduk’uat oleh Ibnu Al-Jauzi.


ii. Al-masnu’fi makrifatil hadis Al-Mauduk oleh Imam Al-Qari.
iii. Al-Laali’ul al-Mauduk’ah fil Ahaadith al Mauduk’ah oleh As-Sayuti.
RUJUKAN

AL-Alusi, Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud. t.th., Ruh al-ma’ani. Beirut: Idarah al-Tiba’ah al-
Muniriyyah.

Dr. Abdul Wahab Faid. 1980. al-Dakhil Fi Tafsir al-Quran al-Karim. Al-Qahirah: Matba’ah al-
Hadarah al-Arabiyyah.

Ibrahim Dasuqi al-Shawawi. T.th. Mustolah al-Hadis. Al-Qahirah: Sharikat al Tiba’ah al-
Fanniyyah al-Muttahidah.

Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir. t.t. Tafsir al-Quran al-Azim. Al-Qahirah: Maktabah Dar al-Turath.

Dr.Mustafa al-Sibai. 1961. al-Sunnah Wamakanatuha Fi al-Tashri al-Islami. Al-Qahirah:


Maktabah Dar al-Urubah.

Ibrahim Dasuqi al –Shahawi. T.th. Mustolah al-hadis. Al-Qhirah : al- Tiba’ah al-Fanniyyah al-
Muktabah Dar al-Urubah.

Al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad. 1976. al-Jami Li Ahkam al-Quran. Al-Qahirah:
Dar al-Kutub al-Arabiyyah.

Al-Shaukani, Muhammad bin Ali. 1960. al-Fawaid al-Majmuah Fi al-Akadith al-Maudu’at. Al-
Qahirah: Matba’ah al-Sunnah al-Muhammadiyyah.

Al-Suyuti, Jalal al-Din Abd. Rahman. 1959. Tadrib al-Rawi. Al-Madinah al-Munawwarah:
Al-Maktabah al-Ilmiyyah.

You might also like