You are on page 1of 4

Teks Forum Remaja

Penderaan kanak-kanak,punca-punca dan cara mengatasi


Forum Remaja maksud penderaan kanak-kanak dan punca-punca (Panel 1)
Forum Remaja cara –cara mengatasi penderaan kanak-kanak dan pihak yang terlibat (Panel 2)

FORUM REMAJA penderaan kanak-kanak,punca dan cara mengatasinya


1. Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu wassalaamu
‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam
1 Malaysia.

Warga dewan sekalian,


Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat
kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Nur Hasmira Hasbullah
pada pagi/petang yang berbahagia ini.
Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada
hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah penderaan kanak-kanak dalam kalangan
masyarakat boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak.
Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai
dengan tajuk forum kita pada kali ini penderaan kanak-kanak,punca dan cara
mengatasi.Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai salah satu
langkah untuk membendung permasalahan ini.
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan
dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan
sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini.

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari _______________________


yang merupakan __________________________ Apa khabar saudari?
Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?
Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga.
Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung
saudari/saudara____________________________, jawatan. Selamat datang saudari.
Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara
_________________. Selamat datang juga buat saudara.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah
sebenarnya konsep penderaan kanak-kanak dan puncanya.
Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional
persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual
kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Pada pendapat saya, penderaan kanak-kanak ialah satu insiden dimana kanak-kanak didera dari
segi fizikal,mental dan emosi.biasanya masalah ini berlaku kerana beberapa sebab tertentu.Kanak
–kanak merupakan anugerah Tuhan yang telah diberikan kepada setiap ibu bapa,dan sebagai ibu
bapa,mereka hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah ini sebaik yang
mungkin,dalam permasalahan ini,kanak-kanak merupakan mangsa yang mendapat peratusan
yang tinggi dalam kes penderaan.Antara kesan-kesan dari segi fizikal ini ialah kesan lebam,dari
segi mental pula,kanak-kanak ini lebih suka menyendiri dan tidak suka bergaul manakala dari segi
emosi pula kanak-kanak ini murung dan kerap menangis secara tiba-tiba.
2.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi.
Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa penderaan kanak bukan sahaja dapat
dikesan melalui kesannya terhadap fizikal,malahan membabitkan emosi dan mental. Justeru, saya
ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua, apakah punca
kepada masalah penderaan kanak-kanak ini?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bismillah.. Baiklah
sebenarnya, taraf hidup yang rendah,biasanya kita akan lihat dimana keluarga yang miskin
mempunyai anak-anak yang ramai,justeru itu banyak masalah yang timbul, dengan jumlah ahli
keluarga yang ramai dan keadaan rumah yang sempit, ini menimbulkan suasana yang tidak selesa.
lagi-lagi dengan karenah anak-anak kecil yang nakal ini menyebabkan ibu bapa tertekan dan
mengambil tindakan untuk meredakan tekanan mereka dengan melakukan penderaan terhadap anak-
anak mereka. Kita perlu segera menanganinya “sebelum keadaan menjadi lebih kritikal bak kata
pepatah “sebelum nasi menjadi bubur”. Punca yang keduanya ialah sikap ibu bapa yang terlalu sibuk
mengejar kemewahan yang menyebabkan masalah pengabaian terhadap anak-anak,secara tidak
langsung kanak-kanak ini didera secara emosi dan mereka mengalami kekeliruan identiti dan disini
tiadanya hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa.Seterusnya,masalah keretakan rumah
tangga juga merupakan punca permasalahan ini,iaitu apabila pertelingkahan berlaku antara suami
dan isteri berlaku,mereka akan melepaskan geram keatas kanak-kanak tersebut,ini kerana mereka
beranggapan bahwa kanak-kanak ini lemah dan tidak mampu untuk melawan.jadi kanak-kanak
merupakan satu alat untuk melepaskan geram.

3.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi.
Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak punca penderaan
kanak yang boleh diimplementasikan untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak ini.
Forum diteruskan lagi kepada panel kita yang pertama bagaimanakah cara untuk membendung
masalah ini dari terus berlaku?dipersilakan
Panel pertama : Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara
dalam majlis forum ini. Untuk menjawab persoalan ini, umum sedia maklum, isu-isu berkaitan
dengan penderaan kanak-kanak sering diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus media
massa. Buktinya, pada 5 Ogos 2007, berita penangkapan kanak-kanak berumur 12 tahun yang
dituduh terlibat dalam kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30 tahun berulangkali
secara bergilir-gilir telah disiarkan di Buletin 1.30.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah peranan ibu bapa dalam
menjaga hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak,dimana ibu bapa merupakan
orang yang paling dekat dalam mengenali sikap anak-anaknya.bak kata pepatah bapa borek anak
rintik dan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,pepatah lama ini jelas menunjukkan
hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak.seterusnya, gejala ini dapat dibendung melalui
peranan kerajaan menggunakan beberapa cara antaranya ialah dengan mengadakan program
keluarga sakinah iaitu dimana dalam program ini sifat kasih sayang dipupuk dalam diri
peserta.Akhir sekali antara cara untuk mengatasinya ialah pihak sekolah juga perlu mengadakan
program –program berbentuk agama bagi menambahkan lagi pengetahuan ibu bapa mengenai
cara menjaga anak menurut perspektif islam,misalnya melalui cerita luqman hakim yang
memberikan tips dalam menjana anak yang soleh.
Masyarakat juga boleh bertindak sebagai guru sekiranya wujud kerencatan dalam kelompok
sosialnya. Hakikatnya, semua orang bertindak sebagai guru dalam kehidupannya. Guru dalam
konsep ini lebih kepada tugas ingat-mengingati, saling mencerna pemikiran melalui pengalaman,
mendidik dan mendisiplinkan diri sendiri dan orang lain serta mengajar sesuatu yang berlaku
dalam hidup dengan penerimaan yang baik. Maka pendapat saya tidak lain dan tidak bukan
adalah tanggungjawab didikan tidak kiralah daripada ibu bapa, guru, masyarakat, media massa
dan semua yang terlibat adalah bertanggungjawab dalam membendung pemasalahan ini. Seperti
kata-kata sahabat Rasulullah SAW tentang penilaian baik masyarakat ( muslimin ) adalah baik
pada Allah SWT dan sebaliknya jika penilaian buruk maka buruklah bagi Allah SWT.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita kerana sudi hadir dan
sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ”
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum
berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun
mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).
Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu perkara
yang patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung
kemelut ini daripada terus menjadi barah.

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi:
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya
yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya
daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahu’alam.
Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

You might also like