You are on page 1of 7

Pendahuluan

Lompat jauh merupakan salah satu acara olahraga dimana seseorang atlet
mendarat sejauh yang mampu dari tempat yang dituju.Seseorang atlet lompat jauh
perlu membuat persiapan dari segi kedudukan pusat graviti, kelajuan dan
kedudukan kaki untuk menang dalam acara ini. Matlamat utama bagi pelompat ialah
berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan untuk meletakkan kaki di papan
lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan pada kelajuan.

Teknik dan fasa-fasa lompat jauh

Acara lompat jauh mempunyai tiga teknik lompat jauh yang berbeza. Antara
teknikya ialah teknik lompat jauh gaya layar, teknik lompat jauh gaya gantung,
dan teknik lompat jauh gaya kayuh. Setiap teknik ini mempunyai fasa-fasa lompat
jauh yang berbeza. Antaranya ialah lari landas, lonjakan, layangan dan mendarat.

Teknik Lompat Jauh Gaya Layar

Teknik ini boleh digunakan oleh pelompat jauh yang baru melibatkan diri dalam
acara ini. Dalam teknik ini pelompat perlu mengimbangi badanya dalam keadaan
melunjur semasa fasa layangan.

Fasa Lari Landas

 Lari pecut dengan kelajuan maksimum.


 Lari 21-23 langkah atau 35-45 meter.
 Kawal ketetepan langkah.

Fasa Lonjakan

 Kaki lonjakan dilonjakan dengan kekuatan maksimum


 Ayunkan lulut kaki hadapan ke atas bagi menambah kelajuan menegak.
Fasa Layangan

 Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dan


kehadapan.

Fasa Mendarat

 Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh.


 Ayunkan tangan ke hadapan apabila tumit kaki mencecah tanah.

Teknik Lompat Jauh Gaya Gantung

Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke
atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke hadapan diikuti badan dan
kaki semasa mendarat.

Fasa Lari Landas

 Lari pecut dengan kelajuan maksimum.


 Lari 21-23 langkah atau 35-45 meter.
 Kawal ketetepan langkah.

Fasa Lonjakan

 Lonjak kaki dengan kekuatan yang maksimum


 Angkat lulut kaki hadapan seberapa tinggi yang mampu dan angkat tangan
yang bertentangan ke hadapan.

Fasa Layangan

 Ayunkan tangan ke belakang dan lentikan badan supaya dapat kelihatan


seperti bergantung
 Luruskan kaki.
 Angkat kedua-dua lutut secara serentak bersama dengan ayunan tangan
ke hadapan untuk mendarat.
Fasa Mendarat

 Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke


hadapan.
 Dahulukan tumit untuk mendarat.
 Gerakan tangan ke hadapan dengan pantas

Teknik Lompat Jauh Gaya Kayuh

Teknik ini memerlukan kemahiran yang tinggi kerana peserta seolah-olah berkayuh
satu setengah langkah atau dua setengah di udara fasa layangan sebelum
mendarat.

Fasa lari landas

 Lari pecut dengan kelajuan maksimum.


 Lari 21-23 langkah atau 35-45 meter.
 Kawal ketetepan langkah.

Fasa Lonjakan

 Lonjakan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan


 Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkah 1.

Fasa Layangan

 Ayunkan tangan ke belakang dan lentikan badan supaya dapat kelihatan


seperti bergantung
 Luruskan kaki.
 Angkat kedua-dua lutut secara serentak bersama dengan ayunan tangan
ke hadapan untuk mendarat

Fasa Mendarat

 Bongkokkan badan sedikit dan luruskan badan ke hadapan.


 Lunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan
 Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk
mengimbangi pergerakan badan dan tumit kaki
 .ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

Ansur Maju Lari Landas


 Berpasangan
 A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan
 B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan
kaki lonjak A menapak di papan lonjak.
 Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan,
ubah suai jarak ukuran di tempat permulaan.
 Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan,
anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau dua
langkah.
 Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat
permulaan satu atau dua langkah ke hadapan.
 Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.

Ansur Maju Lonjakkan

Ansur maju 1
Lonjak dari papan lonjakan.
 Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
 Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakkan.
 Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakkan
dan mendarat dengan tumit.
Ansur maju 2

Melonjak dari hujung bangku

 Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.


 Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang
mampu.
 Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
 Mendarat dengan tumit.

Ansur Maju 3

Berlari,melonjakmelepasi kayu atau tali

 Rentangkan seutas tali da atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan
 Lari sejauh lima hingga enam langkah
 Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.

Ansur Maju Layangan dan Mendarat

Ansur maju 1

Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir

 Berlari lima hingga enam langkah, melonjak kaki lonjakan dari papan lonjakan
dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2

Mencecah bola dengan hujung tangan

 Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakkan di kawasan
mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.
 Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakkan.
 Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
 Lunjurkan kaki dan tangan ke hadapan.
 Mendarat dengan tumit.

LAMPIRAN
RUJUKAN
1. www.yahoo.com
2. Buku Teks Pendidikan Jasmani Tingkatan 4

You might also like