You are on page 1of 12

1.

0 PENDAHULUAN

Mohd Majid Konting (2000:43) menjelaskan bahawa kajian literutur merupakan satu
pengetahuan yang memainkan beberapa peranan yang diperoleh daripada karya-karya berkaitan
dan membolehkan seorang pengkaji menerang dan menjelaskan latar belakang sesuatu masalah.
Hasilnya akan memberikan kepada pengkaji untuk mengenal pasti sejauh mana wujudnya
permasalahan sesuatu bidang yang dikaji itu.

2.0 SOROTAN KAJIAN YANG BERKAITAN

Perkara-perkara yang akan diperkatakan dalam tugasan kajian literatur ini diperoleh dari
beberapa buah karya yang dihaslilkan oleh Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Mohin
Ibrahim, Asraf dan beberapa orang ahli bahasa lainnya. Perkara-perkara yang akan dibincangkan
ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu kajian lepas dan kajian yang berkaitan dengan tajuk.
Kajian lepas mencakupi beberapa kajian-kajian yang dijalankan di Malaysia dan di Brunei.

2.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN

Kajian yang terkandung dalam bahagian literatur yang berkaitan dengan tajuk Penggunaan
Bahasa Melayu Baku dalam Proses Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu itu adalah:

1. Perkaitan Hubungan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dengan Pengajaran dan


Pemelajaran Bahasa Melayu.
2. Fungsi Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa
Melayu.
3. Perkaitan Masalah Ketidakcekapan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dengan Masalah
Sikap Pengguna Bahasa Melayu.

1
4. Punca Masalah Ketidakcekapan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Pengajaran dan
Pemelajaran Bahasa Melayu.

2.1.1. Perkaitan Hubungan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dengan Pengajaran dan
Pemelajaran Bahasa Melayu

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1983), penggunaan Bahasa Melayu Baku itu
memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu kerana ia
harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk
memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu pengetahuan, termasuklah ilmu
pengetahuan Bahasa Melayu. Tambahan lagi, penguasaan Bahasa Melayu Baku itu merangkumi
penguasaan semua aspek kebahasaan, termasuklah aspek sebutan, ejaan, istilah, tatabahasa dan
kosa kata.

Seorang ahli linguistik, Einar Haugen (1980) mendefinisikan bahasa Melayu baku adalah
suatu kelainan bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi.
Keseragaman dalam bentuk bermaksud bahasa Melayu baku itu telah dilakukan pengekodan,
sama ada dari segi ejaan, peristilihan atau tatabahasa. Manakala, maksud keseragaman dalam
fungsi itu pula adalah bahasa Melayu baku itu dapat dijadikan sebagai unsur penyatu (kelainan
bahasa yang digunakan oleh orang dari pelbagai daerah dialek), unsur pemisah (bahasa Melayu
baku memisahkan bentuk bahasa Melayu baku itu daripada dialek-dialek lain) dan pemberi
prestij (bahasa Melayu baku digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu).

2
Seterusnya, Nik Safiah Karim (1989:19) menyatakan bahawa bahasa Melayu Baku
merupakan bahasa yang mempunyai keseragaman dan variasi bahasa yang menjadi norma
penggunaan bahasa Melayu dalam situasi-situasi rasmi, termasuklah dalam proses pengajaran
dan pemelajaran Bahasa Melayu di sekolah yang lebih mengutamakan kepada guru untuk
menggunakan bahasa Melayu Baku ketika melaksanakan proses tersebut.

Manakala Ismail Dahaman (1994) menjelaskan bahawa bahasa Melayu baku ialah bahasa
Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya seperti dari segi ejaan,
tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan.

Menurut Einar Haugen (1980), proses pengajaran dan pemelajaran adalah dua proses
yang berlaku serentak dalam pendidikan yang kedua-duanya menjadi saluran untuk
menyampaikan sesuatu bahan pendidikan. Kegagalan dalam melaksanakan kedua-duanya itu
bererti kegagalan pendidikan seluruhnya.

2.1.2. Fungsi Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Pengajaran dan Pemelajaran
Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1989:21) menyatakan fungsi Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam
proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu itu adalah sebagai bahasa ilmu pengetahuan
yang berfungsi sebagai saluran untuk menyampaikan ilmu dan sekaligus menjadi asas
pembinaan tamadun yang tinggi. Melalui fungsinya ini, bahasa Melayu baku berdiri sama tinggi
dengan bahasa-bahasa moden di negara-negara maju yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa
Jepun, bahasa Jerman, dan bahasa-bahasa lain.

3
Manakala, Asraf (1989:33) ada menjelaskan bahawa bahasa Melayu baku itu berfungsi
sebagai bahasa ilmu pengetahuan dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu
kerana ia layak menjadi bahasa ilmu untuk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya
bangsa. Di samping itu, bahasa Melayu baku adalah bahasa yang menggunakan sistem Bahasa
Melayu yang diteliti dan dijadikan dasar untuk menetapkan hukum-hukum dalam ilmu
tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

2.1.3. Perkaitan Masalah Ketidakcekapan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dengan


Masalah Sikap Pengguna Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1989:24) menjelaskan masalah sikap pengguna Bahasa Melayu dalam
ketidakcekapan penggunaan bahasa Melayu baku itu adalah kerana bentuk bahasa Melayu yang
mereka gunakan itu tidak dalam bentuk baku. Ini mengakibatkan pengguna bahasa Melayu
menuturkannya mengikut sesuka hati mereka. Akhirnya, timbul rasa kurang yakin terhadap
bahasa Melayu dan seterusnya mengurangkan keberkesanan peranan bahasa Melayu itu sebagai
alat yang menyalurkan fikiran dan perasaan seluruh penutur bahasa Melayu.

Selain itu, sesetengah pengguna bahasa Melayu juga menganggap bahasa Melayu yang
baku itu memberikan gambaran seolah-olah bahasa itu tidak sempurna, dan seterusnya tidak
berkemampuan untuk menjadi bahasa moden. Akibatnya, pengguna bahasa Melayu lebih
menekankan penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa
Melayu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) ada menggariskan dalam buku risalah penduan
guru Bahasa Malaysia, bahawa penguasaan bahasa Melayu baku itu berkait rapat dengan
perkembangan diri dari segi mental dan sahsiah seseorang pengguna bahasa Melayu itu.
Lazimnya, jika tahap pemikiran seseorang pengguna bahasa itu di tahap baik dan tinggi tahap

4
kecerdasan pemikirannya, oleh itu baiklah dan tinggilah penggunaan bahasa Melayu bakunya
ketika menjalani proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Namun,
kecemerlangan pengguna bahasa itu dalam penggunaan bahasa Melayu baku juga menghendaki
pendedahan yang luas dan teratur dalam persekitarannya yang bermakna dan merangsangkan
minda sekali gus minat.

2.1.4. Punca Masalah Ketidakcekapan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam


Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu

Mohin Ibrahim (1987:48-54) membuat satu pengenalpastian mengenai masalah


ketidakcekapan penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa
Melayu. Antara puncanya adalah seperti berikut:

i. Kelemahan ketatabahasaan bermula dari peringkat bawah.


ii. Anggapan bahasa Melayu mudah.
iii. Pengaruh media massa.
iv. Guru-guru Sains dan Matematik mengajar Bahasa Melayu.

2.1.4.1 Kelemahan Ketatabahasaan Bermula dari Peringkat Bawah

Menurut IBID (1987:48-54), ramai guru yang mengajar pelajar-pelajar menengah atas
mengeluh apabila membicarakan masalah kelemahan tatabahasa pelajar yang semua kelemahan
pelajar itu bermula dari peringkat bawah, iaitu dari peringkat rendah. Oleh itu, adalah sangat
sukar bagi guru Bahasa Melayu hendak membaiki kesalahan yang terhimpun lama sejak Tahun 1
hinggalah ke peringkat menengah atas.

5
2.1.4.2 Anggapan Bahasa Melayu Mudah

IBID (1987:48-54) menyatakan bahawa banyak pelajar menganggap Bahasa Melayu


Baku itu mudah dan mereka berasakan bahasa Melayu itu bahasa ibunda mereka. Buktinya,
mereka boleh bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu, serta mereka berasakan mereka tahu
selok-belok bahasa Melayu. Walhal, mereka lupa dan tidak mengetahui bahawa bahasa Melayu
yang mereka gunakan seharian itu merupakan dialek Melayu sahaja yang terlalu berbeza dengan
bahasa Melayu Baku.

2.1.4.3 Pengaruh Media Massa

Abdul Hamid Mahmood (1983) mengatakan media massa seperti media cetak dan media
elektronk itu boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam penggunaan bahasa Melayu Baku
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini kerana pelajar menyangka semua yang diterbitkan atau
disiarkan melalui media massa itu adalah betul. Padahal, sesetengah bahasa yang digunakan itu
bercampur-aduk antara dialek Melayu dan bahasa Melayu Baku.

2.1.4.4 Guru-Guru Sains dan Matematik Mengajar Bahasa Melayu

Satu lagi faktor yang dinyatakan oleh Mohin Ibrahim (1987:48-54) adalah guru-guru
Sains dan Matematik diarahkan untuk mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Akibatnya,
menyebabkan pelajar-pelajar tidak cekap berbahasa bahasa Melayu baku dan sudah pasti mutu
dan kesan pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu yang dilakukan oleh guru yang tidak
dilatih khusus itu kurang memuaskan.

6
Selain Mohin Ibrahim, terdapat sekumpulan pengkaji penggunaan bahasa Melayu (1982)
menyatakan satu punca masalah ketidakcekapan penggunaan bahasa Melayu baku dalam
pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu, kerana Bahasa Melayu itu pernah atau sering
mengalami perubahan, terutama sekali dari segi perbendaharaan kata yang menunjukkan
pertembungan dengan pelbagai jenis masyarakat bahasa. Di samping itu, perubahan tersebut
berlaku dengan lebih pesat dan luar biasa, iaitu perubahan dari satu bahasa yang tertekan sifatnya
menjadi satu bahasa yang dinamik, serta dapat bertugas setanding dengan bahasa-bahasa
Inggeris, Perancis, Rusia dan banyak lagi bahasa-bahasa moden lain. Selain itu, perubahan yang
berlaku itu juga dilihat dari dua segi, iaitu perubahan positif dan negatif. Perubahan yang positif
adalah berupa pengembangannya yang membawa agar setanding dengan bahasa-bahasa moden
lain. Manakala, perubahan yang negatif pula ialah perkembangan yang tidak terkawal dan terbit
dari penggunaan bahasa oleh golongan yang sepenuhnya belum begitu menguasai dengan baik
bahasa Melayu baku. Akibatnya, pengguna bahasa tersebut akan mencampuradukkan bahasa
Melayu baku dengan ciri bahasa lain secara tidak bersistem. Tegasnya, perubahan-perubahan itu
lebih membawa kepada penyalahgunaan bahasa.

3.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN

Pengkaji mendapati kajian khusus tentang tajuk Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam
Proses Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu ini telah banyak dijalankan di negara
Malaysia dan beberapa kajian di Brunei. Namun, pengkaji hanya akan memperlihatkan beberapa
kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk dan ia dapat dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu:

i. Kajian di Malaysia
ii. Kajian di Negara Brunei Darussalam

7
3.1 KAJIAN LEPAS DI MALAYSIA

Mohd. Amin (1990) ada menyatakan dalam kajiannya mengikut pendapat Asmah Hj
Omar bahawa bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang diajar dan dipelajari secara formal
di sekolah-sekolah dan digunakan pula dalam kegiatan-kegiatan yang bersifat rasmi oleh pihak
kerajaan dan orang awam. Kajiannya juga memberi dapatan bahawa perkara yang begitu
dipertikaikan oleh masyarakat mengenai penggunaan bahasa Melayu baku ialah dari segi
penyebutan (dialek) dan juga pemilihan kata (perbendaharaan kata) yang sehingga kini banyak
dipengaruhi oleh penggunaan dialek-dialek Melayu. Sebab itulah, pengajaran dan pemelajaran
pelajar di sekolah agak terpengaruh dalam penggunaan bahasa Melayu baku sepenuhnya ketika
bertutur dan menulis.

Sulaiman Masri (1989) juga ada menjelaskan dalam buku kajiannya bahawa penggunaan
bahasa Melayu baku sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa
Melayu itu bertujuan untuk meningkatkan taraf Bahasa Melayu sesuai dengan peranan bahasa itu
sebagai Bahasa Rasmi bagi Brunei Darussalam atau Bahasa Kebangsaan bagi Malaysia. Ia juga
bertujuan supaya bahasa Melayu baku itu setanding dengan bahasa-bahasa moden di dunia.
Tegasnya, masyarakat Melayu itu hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku dalam semua
urusan rasmi, seperti penulisan surat-menyurat, rencana, buku teks, papan tanda, dan lebih-lebih
lagi dalam proses pengajaran dan pemelajaran di sekolah yang merupakan antara tempat
bermulanya mempelajari bahasa Melayu baku.

Satu kajian pernah dijalankan terhadap seorang pelajar (Kementerian Pendidikan


Malaysia, 1990) yang hasil kajian itu menunjukkan bahawa persekitaran pelajar tersebut yang
tidak menggalakkannya untuk mengikut pemelajaran bahasa Melayu baku di sekolah. Ini
disebabkan tiadanya hubungan yang mesra di antara guru dengan pelajar serta keadaan kelas
yang mempunyai suasana pemelajaran yang tidak sesuai. Selain itu, puncanya adalah pelajar
tersebut tidak mempunyai peluang belajar dan mengambil bahagian secara aktif dalam setiap

8
aktiviti pemelajaran bahasa Melayu. Padahal, ia seharusnya didedahkan dan digalakkan untuk
mengambil peranan dan tanggungjawab sebagai ahli dalam kelas.

Antara lain punca ketidakcekapan pelajar itu dalam penggunaan bahasa Melayu baku
adalah kurangnya kemudahan bahan pemelajaran bahasa seperti buku rujukan, bahan cetak, dan
lain-lain lagi supaya ia dapat membaca dan merujuk pelbagai bahan sebagai satu amalan untuk
menimba ilmu pengetahuan. Justeru itu, pelajar itu akan dapat menggunakan bahasa Melayu
baku dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu yang
dilaksanakannya. Namun, puncanya juga datang dari sikap pelajar itu sendiri iaitu sikapnya yang
tidak menghargai dan membanggakan Bahasa Melayu baku, serta tidak ada kesedaran dalam diri
pelajar tersebut tentang betapa pentingnya menguasai Bahasa Melayu baku dengan cekap. Di
samping itu, ia juga tidak cekap berbahasa Melayu baku kerana tidak berani untuk cuba
memperluaskan pengetahuannya dengan membaca buku yang berfaedah dan menghayati sistem
bahasa Melayu baku.

(lihat lampiran)

3.2 KAJIAN LEPAS DI BRUNEI DARUSSALAM

Mohd. Daud (1992) pernah menjalankan satu kajian yang berkaitan dengan tajuk
penguasaan bahasa Melayu baku dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu. Ia
menyatakan bahawa punca masalah penguasaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar itu
datangnya daripada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang keseluruhannya
berkelulusan dari universiti, bukanlah datang daripada guru yang mengikuti kursus atau
mendapat latihan khas untuk mengajar Bahasa Melayu. Di samping itu, ada di antara guru-guru
tersebut dilantik menjadi guru Bahasa Melayu berdasarkan pengalaman mereka mengajar Bahasa
Melayu itu sendiri, dan ada pula yang ditugaskan mengajar Bahasa Melayu hanya semata-mata
untuk mengatasi masalah kekurangan guru. Akibat dari pemilihan seperti ini, pelajarlah yang
menjadi mangsa dalam menghadapi masalah ketidakcekapan penggunaan bahasa Melayu baku
ketika dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu.

9
Selain daripada berpunca dari guru, masalah penggunaan bahasa Melayu baku itu dapat
juga dikenalpasti melalui beberapa sumber. Antaranya berdasarkan keputusan peperiksaan rasmi
yang dikendalikan oleh Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Negara Brunei
Darussalam. Berdasarkan keputusan tersebut, ternyata tidak ramai pelajar yang mencapai tahap
penguasaan bahasa yang tinggi atau cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Sikap dari pengguna bahasa Melayu (pelajar) juga antara punca masalah ketidakcekapan
penggunaan bahasa Melayu baku kerana didapati pelajar kurang inisiatif untuk mendapatkan
bahan-bahan yang bermutu, yang terdapat dalam pelbagai jenis buku, majalah dan surat khabar.
Pendek kata, pelajar kurang membaca bahan-bahan yang ada kaitannya dengan bahasa dan
mereka hanya mengharapkan bahan-bahan yang disediakan oleh guru mereka semata-mata. Oleh
yang demikian, disebabkan bahan yang cukup terbatas itu, pengetahuan mereka tentang bahasa
Melayu baku juga turut terbatas dan akhirnya mereka akan cenderung ke permasalahan
ketidakcekapan dalam penggunaan bahasa Melayu baku ketika menjalankan proses pengajaran
dan pemelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

4.0 KESIMPULAN

Selain guru Bahasa Melayu, guru mata pelajaran lain juga harus mempunyai sikap yang
positif terhadap keperluan meningkatkan kecekapan penggunaan bahasa Melayu dalam
pengajaran mereka. Mereka juga bertanggungjawab untuk meningkat dan meluaskan
penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan dalam kalangan
pelajar mereka. Gurulah yang seharusnya menjadi contoh (role model) pengguna bahasa yang
paling baik bagi pelajar-pelajar. Hasilnya, pelajar akan lebih berkeyakinan dalam penggunaan
bahasa Melayu baku dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu mereka di
sekolah serta mereka akan sering menggunakannya apabila berada di luar kawasan sekolah.

10
RUJUKAN

Buku:
Asraf (1989:28-37). Pembinaan Bahasa Melayu baku sebagai wahana pemikiran untuk
pengembangan budaya bangsa. Dalam Asraf (Editor), Bahasa Melayu Baku: Asas
Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Mohd. Amin (1990). Satu kajian khusus penguasaan Bahasa Malaysia peringkat
sekolah
menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Dahaman (1994). Pedoman sebutan baku Bahasa Melayu. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1982). Laporan jawatankuasa mengkaji penggunaan Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Asas perkaedahan mengajar bahasa Jilid 1 (Siri
risalah panduan guru bahasa Malaysia KBSM). Kuala Lumpur: Percetakan Saufi.
Mohd. Daud bin Taha, Hj. (1992). Masalah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar
Melayu di tingkatan menengah atas negara Brunei Darussalam. Kuala Lumpur:
Univerisiti Pertanian Malaysia.
Mohd. Majid Konting (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohin Ibrahim (1987). Masalah penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan pelajar-pelajar
sekolah menengah atas. Kertas kerja calon Master Sains Pendidikan. Serdang: Universiti
Pertanian Malaysia.
Nik Safiah Karim (1989:16-27). Bahasa Melayu baku ke arah pembinaan Bahasa Kebangsaan
yang sempurna. Dalam Asraf (Editor), Bahasa Melayu Baku: Asas Pembinaan Tamadun.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri (1989). Inilah bahasa baku. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Jurnal dan Akhbar:


Abdul Hamid Mahmood (1983). Kesalahan frasa dan ayat. Dewan Bahasa April 1983, Jilid 27.
Einar Haugen (1980). Krisis pengajaran dan pemelajaran Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa Jun
1980, Jilid 24.

11
LAMPIRAN

Mazli ialah anak ketiga daripada keluarga seramai enam orang adik beradik, yang terdiri
daripada dua lelaki dan empat perempuan. Mazli sekarang dalam tingkatan tiga dan pada akhir
tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Bolehkah dia lulus dalam
peperiksaan itu?
Setiap pagi Mazli berasa berat untuk ke sekolah. Apabila gurunya meminta untuk
memeriksa kerja rumah yang diberi, Mazli sentiasa mengelak. Ia tidak pernah menyiapkan kerja
rumahnya, terutama mata pelajaran Bahasa Melayu. Ia sentiasa dimarahi oleh gurunya kerana
tidak pernah memberi tumpuan kepada pelajarannya.
“Bagaimana hendak siap kerja rumah, aku sering diminta oleh ayah membantu di
kedainya. Di sekolah pula, perpustakaan pula tidak mempunyai buku yang sesuai untuk dibaca
dan buku-buku itu pula sering tidak mencukupi.” Fikir Mazli.
Di rumah ibu bapa Mazli tidak pernah memberi galakan untuk ia terus belajar. Setiap hari
kalau tidak membantu ayahnya di kedai, ia menghabiskan masa dengan mendengar lagu-lagu
rock serta membaca komik dan majalah hiburan berbahasa Inggeris. Gurunya pula tidak
berminat mengajar kerana menganggap pelajarnya malas dan tidak berminat.
Pada akhir tahun, apabila keputusan Sijil Rendah Pelajaran diumumkan, kesemua rakan
sedarjah dengan Mazli tidak mendapat keputusan yang baik. Mazli hanya mendapat P7 dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu.

12

You might also like