You are on page 1of 26

 Terkenal dengan teori-teori tugas perkembangan manusia yang

dikemukakan dalam buku yang bertajuk “HUMAN


DEVELOPMENT AND EDUCATION”.
 Dalam teori tersebut beliau menghuraikan tugas-tugas
perkembangan manusia berdasarkan persekitaran sosiobudaya
terutama yang berkaitan perkembangan jasmani & fizikal
seseorang.
 Sesuatu tingkah laku akan diulangi dengan sukarela apabila
seseorang itu berjaya melakukan tugas tersebut dengan
sempurna dan menimbulkan kepuasan kepadanya.
 Apabila kegagalan sudah di tempuhi,walaupun untuk kali
pertama,tingkah laku itu tidak akan diulangi lagi kerana perasaan
kecewa akan menguasai diri seseorang.
 Dikenali sebagai Teori Kematangan Biologi yang dikemukakan
berdasarkan beberapa prinsip.Antaranya kanak-kanak adalah
individu yang unik yang berbeza daripada kanak-kanak yang
lain.Keunikan & perkembangan ini ditentukan oleh faktor baka
daripada ibubapanya.
 Selain itu faktor kematangan juga akan mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak .
 Gesell juga mengatakan terdapatnya perkembangan kanak-kanak
yang berbeza mengikut peringkat-peringkat tertentu.Setiap
peringkat mempunyai ciri yang khusus yang membezakan peringkat
tersebut dengan peringkat yang lain.
 Namun begitu,kanak-kanak pada kebiasaannya akan mengalami
masalah koordinasi apabila berada pada tahap peralihan antara
suatu peringkat ke suatu peringkat yang lain.Oleh itu kanak-kanak
berkecenderungan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil
semasa peralahan tersebut.
 Teori perkembangan Erikson berdasarkan
pemahaman berlakunya konflik pada setiap peringkat
perkembangan yang tertentu.
 Konflik ini berlaku kerana terdapat unsur positif dan
negatif dalam setiap perkembangan.Konflik yang
berlaku mendorong penyesuaian psikologikal secara
berterusan.
 Setiap konflik yang berlaku pada peringkat-peringkat
tertentu mempunyai ciri-ciri yang khusus.
 Teori ini dikenali sebagai Teori Perkembangan Emosi-
Fizikal erikson.Peringkat ini bermula daripada
peringkat bayi hingga ke tua.
 Dikenali sebagai konflik kepercayaan lawan
ketidakpercayaan.Rasa kepercayaan mengikut Erikson
dibina secara berperingkat-peringkat.Titik permulaan
adalah pada tahun pertama.
 Apabila sesuatu keperluan kanak-kanak tidak dipenuhi
maka akan berputik rasa ketidakpercayaan yang akan
diterjemahkan dengan perlakuan atau tingkah laku
yang negatif.
 Kanak-kanak yang melalui peringkat ini,berkeinginan
mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan
dengan aktiviti seharian.
 Mereka berusaha menunjukkan dan membuktikan mereka
boleh membuat sesuatu yang mereka ingini dengan kebolehan
dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain.
 Pada masa yang sama,mereka akan berasa malu pada diri
sendiri atupun terhadap masyarakat sekeliling apabila tidak
diberi kuasa yang perlu ada pada mereka.
 Konflik yang berlaku dikenali sebagai konflik autonomi lawan
malu/ragu.
 Dikenali sebagai konflik inisiatif lawan serba salah.
 Antara ciri perkembangan emosi yang berlaku pada
peringkat ini ialah kanak-kanak akan cepat belajar
sesuatu pemgetahuan baru sama ada secara langsung
atau tidak langsung.
 Oleh itu,kanak-kanak pada peringkat ini amat peka
kepada fakta-fakta yang tepat atau fakta-fakta yang
salah.
 Sebaliknya,mereka akan berasa serba salah apabila
diketawakan ketika melakukan sesuatu yang salah
atau memberi jawapan yang menyimpang.
 Kesannya mereka akan membina dengan sendirinya
sikap negatif apabila mereka berasa serba salah.
 Berkeinginan terhadap sesuatu dan menguasainya adalah
sebahagian daripada matlamat kehidupan seharian.Kanak-
kanak jaga mempunyai keinginan membuktikan kejayaan
dalam sebarang bidang yang diminatinya.
 Pada peringkat ini,mereka sebenarnya sudah menguasai
sebarang kemahiran asas yang diperlukan bagi
mengendalikan tubuh badan mereka.Begitu juga kemahiran
asas dalam aktiviti bersosial.
 Kanak-kanak amat memerlukan kepelbagaian bentuk
peneguhan positif sebagai perangsang bagi membuktikan
kejayaan mereka.
 Konflik emosi ini dikenali sebagai konflik kerajinan lawan
rendah diri.
 Dikenali sebagai konflik identiti lawan kekeliruan
identiti.
 Remaja akan berusaha memahami dan menilai diri
sendiri serta berkecenderungan berdepan dengan
situasi-situasi yang bertentangan dengan identitinya.
 Kesannya,mereka akan mengalami krisis identiti.Krisis
identiti juga akan berlaku kerana para remaja begitu
sensitif dengan perubahan fizikal badan.
 Tubuh badan mereka adalah sebahagian daripada
unsur yang membentuk imej kendiri seseorang
remaja.
 Keseluruhannya,remaja akan membentuk konsep
kendiri yang positif dan negatif.
 Mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang
semulajadi.Kekuatan tenaga dalaman yang sudah terbina dalam
diri kanak-kanak adalah hasil daripada unsur biologi yang lebih
dikenali sebagai libido.
 Libido yang terpendam dalam diri kanak-kanak ini akan
mendorong tingkah laku seperti mengingat,berfikir,dan
bertindak.Secara keseluruhannya peranan libido boleh dilihat
daripada 3 aspek berikut:
1)Naluri libido
2)Naluri kematian
3)Naluri kehidupan
 Naluri libido merujuk kepada kenikmatan yang berkaitan yang
berkaitan dengan seks.Konsep ini muncul dalam diri seseorang
sejak dari bayi lagi.
 Naluri libido berkembang dan mempunyai peringkat dan ciri yang
khusus.Setiap peringkat mempunyai peranan yang tertentu dan
berkaitan dengan peringkat –peringkat yang lain.
 Keseluruhan proses perkembangan dikenali sebagai
perkembangan psiko seksual.
Peringkat Id

 Merupakan “gudang simpanan” segala bentuk dorongan atau


tanaga dalaman.
 Sifat primitif adalah ciri penting peringkat ini.
 Segala dorongan dan tenaga ini diarahkan kepada matlamat untuk
memperoleh keseronokan dan kenikmatan.
 Bagi memperoleh keseronokan dan kenikmatan ini,seorang itu
tidak mempedulikan segala rintangan yang akan dihadapinya.
 Dari segi praktiknya,bagi mencapai keseronokan dan kenikmatan
ini bukan sesuatu yang terlalu mudah diperoleh.Id terpaksa
berhadapan dengan ego dan super ego yang mempunyai prinsip
yang berbeza dengan Id.
 Ego dan super ego akan sentiasa menjadi halangan utama
Id.Kesan kepada halangan tersebut ialah akan berlakunya
ketidakseimbangan dalam diri seseorang.
Peringkat Ego

•Ego sebenarnya berkembang daripada Id.Kemahuan-kamahuan Id


bertukar menjadi ego akibat daripada pengaruh-pengaruh langsung
dari dunia realistik.
•Ego diresapi kenyataan-kenyataan kehidupan yang sebenarnya.
•Desakan dan dorongan id ditrima oleh ego,namun bentuk desakan
dan dorongan tersebut diubah dalam bentuk yang lain supaya
bersesuaian dengan kehendak masyarakat sekeliling.
•Pada dasarnya,fungsi-fungsi ego adalah seperti berikut:
a)Berfikir secara rasional.
b)Mengatur desakan
c)Menahan dorongan
d)mengatur tingkah laku @ aktiviti yang berlandaskan tujuan.
e)Mengeksploitasi emosi
Peringkat Super Ego
•Interaksi Id dan super ego adalah lebih tegas daripada
interaksi Id dan ego.Pada peringkat ini,banyak mekanisme
pertahanan diri tidak lagi berfungsi dengan sempurna’
•Super ego diwarnai dengan norma-norma,moral dan nilai
susila setempat.Nilai-nilai masyarakat setempat akan
membentuk lingkungan sosial yang akan menjadi jentera
penghalang utama kepada Id.
•Berdasarkan interaksi antara Id,ego & super ego,Freud
memperincikan interaksi tersebut dalam bentuk
perkembangan psikoseksual.
•Perkembangan psikoseksual merujuk kepada pertumbuhan
dan perkembangan fisiologi pada bahagian-bahagian
tertentu tubuh badan kanak-kanak.
Tahap Huraian
Tahap oral (0 – 1 tahun) •Tahap asas perkembangan psikoseksual
manusia.seseorang bayi memperoleh segala
bentuk kepuasan dan kenikmatan melalui
daerah mulut.
•Melalui daerah mulut seseorang bayi itu akan
memperoleh makanan atau susu.
•Pemberian itu akan menghilangkan desakan
dorongan untuk sementara.
Tahap aral (1 – 3 tahun) •Tahap kedua perkembangan psikoseksual
seseorang individu.
•Daerah kepuasan tidak lagi berpusat di mulut
tetapi berubah ke daerah anus.
•Kegiatan penting daerah anus adalah
membuang air besar.
•Apabila kanak-kanak dapat membuang najisnya
mengikut cara yang ada padanya maka kanak-
kanak tersebut akan memperoleh kepuasan
yang optimum.
Tahap falik (4 – 6 tahun) •Kanak-kanak mula mendapat keseronokan
daripada organ kejantinaan.
•Kanak-kanak sudah dapat membandingkan
perbezaan oatonomi antara jantina lelaki dan
permpuan.
•Perbezaan tersebut dikaitkan dengan
kegiatan seks.

Tahap laten (6 – 12 tahun) •Tahap ini memperlihatkan pengaruh rakan


sebaya dalam pembentukan personaliti
kanak-kanak.
•Kasih sayang tidak lagi berpusat kepada ibu
bapa kerana kasih sayang kanak-kankak ini
dikongsi kepada ahli kkeluarga yang lain.
•Sifat kelelakian dalam kalangan kanak-kanak
lelaki akan di kuatkan dengan proses
sosialisasi di antara mereka dengan kanak-
kanak lelaki yang lain.
•Kanak-kanak perempuan pula menguatkan sifat
kewanitaan mereka dengan cara yang sama dengan
kanak-kanak lelaki tadi.
•Mereka bersosialisasi dengan kanak-kanak yang
sejantina dengan mereka.
•Pengalaman baru bersama rakan sebaya
membolehkan mereka “menenangkan”pada tahap
ini.

Tahap genital (12 •Para remaja mula menunjukkan minat mereka


tahun ke atas) terhadap rakan-rakan yang berlainan jantina.
•Sebagai kesan kepada sosialisasi tersebut mereka
tertarik dengan isu-isu yang berkaitan dengan dunia
remaja seperti isu ‘dating’,kerjaya masa depan,dan
perkahwinan.
•Pada masa ini,kalenjar-kalenjar kelamin sudah
mula berfungsi dan boleh mendorong kepada
kegiatan seks yang sebenarnya.
•Perasaan cinta sudah wujud.

You might also like