You are on page 1of 4

Pengenalan

Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam
aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat
persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat tersebut
dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.

Sewaktu Mengandung 

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya
dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;

 Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana


sahaja.

 Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana


dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa
melahirkan anak.

 Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak


tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak
akan bernanah.

 Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau
kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

 Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak


berkepala besar.

 Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana


dikhuatiri bayi akan lumpuh.

 Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi


tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

BERSALIN
Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa
menyambut kelahiran bayi.

Pontong

Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan
dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut
digunakan.

Potong Tali Pusat dan Berurut

Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan
dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun
cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan
ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh
bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi.
Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia
dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu.

SELEPAS LAHIR

Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin.

Berpantang

Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam
tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang
kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut
pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan
badan.

Berdiang/Bersalai

Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang
atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan
untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim
digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu
menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang
tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan
bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu,
si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari
kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-
adat ini.

Tanggal Pusat

Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu
ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara
perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut
dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan
bayi sentiasa terpelihara.
Menamakan Bayi

Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru
lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-
kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan
diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama
salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya
supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu.
Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di
atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan
dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang
dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut.
Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat.

Mandi Sungai

Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa bayi itu
berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai.
Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut dengan meriah.
Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini
ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula akan
mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan seorang lagi mengendong
bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh
orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang
yang sempurna dan berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan
menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi
lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang.
Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan.

Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu akan
dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di tengah-tengah
ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram
dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas
upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang
ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli
rumah panjang dengan makanan yang lebih banyak.

Berkhatan

Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan
lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri. Kanak-kanak yang
tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban.

Bagi masyarakat Iban dahulu, usaha bagi si teruna untuk memikat si dara akan dilakukan pada malam
hari melalui amalan yang dipanggil Ngayap (Sandin,1980:69).amalan ngayap ini dilaksanakan bagi
membolehkan si teruna dan si dara untuk berkenalan dan meluahkan isi hati kepada pasangan masing-
masing,walaupun amalan ngayap dibenarkan ,namun ngayap seharusnya dilakukan dengan adap sopan
santun yang berlandaskan adat dan pegangan hidup bermasyarakat kaum iban itu sendiri bagi
mengelakan salah sangka dan fitnah yang boleh mencemarkan nilai budaya masyarakat iban.
Mengikut Adat, seseorang teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga malam berturut,jika
kunjungan berterusan ,ibu- bapa si gadis mempunyai hak untuk menentukan dan bertanya kepada si
teruna samada si teruna serius di dalam usahanya untuk memikat atau tidak, jika didapati si teruna tidak
jujur dan hanya ingin berfoya-foya maka kunjunganya haruslah dihentikan dengan segera . Dan jika si
teruna serius dan bercadang untuk mengawini si Gadis, maka si teruna dinasihatkan supaya
memberitahu ibubapanya tentang hasratnya untuk datang meminang si gadis.sekiranya si teruna masih
berkunjung tanpa membuat keputusan maka ibubapa si gadis berhak menangkap si teruna dan
menguruskan perkahwinan pasangan yang berkernaan dan kemudian merujuk perkara tersebut kepada
Tuai Rumah(Ketua Kaum) dan penduduk rumah panjang yang berkenaan.

Pada masa kini tradisi dan amalan ngayap tidak lagi diamalkan di dalam arus pembangunan dan cara
hidup yang lebih bersifat kemodenan,justeru itu perjumpaan si teruna dan dara dijalankan semasa maljlis
keramaian,seperti gawai,pergaulan di sekolah, di institusi pengajian tinggi,atau di tempat kerja pasangan
masing-masing.namun demikian ngayap adalah sebahagian kecil daripada budaya warisan iban, untuk
mengelakan budaya ini dari disalahgunakan oleh generasi baru, maka amalan ini harus dihadkan untuk
orang iban sahaja,sekiranya terdapat pelanggaran adap atau campurtangan kaum lain di dalam amalan
ini, maka undang-undang boleh diambil seperti yang termaktup dalam Seksyen 132 Adat Iban,1993.

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada
jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka
mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerahLundu di barat dan Limbang di timur laut,
tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri
Aman, Sarikei, Sibu,Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah
panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi
mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup
yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan
berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban
pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih
mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
[Sarawak mempunyai 112 jenis suku dayak]

You might also like