You are on page 1of 5

Kerja Paip

Sistem Bekalan Air Di Rumah

A = Paip perhubungan
B = Meter air
C = Kunci Paip
D = Paip Perkhidmatan
E = Tangki Simpanan Air
F = Paip Limpah
G = Paip Cuci
H = Mangkuk Tandas
I = Tab mandian
J = Paip Agihan
K = Pili
L = Paip Perkhidmatan
M = Sinki

Sistem bekalan air dirumah terbahagi kepada sistem terus dan sistem tidak terus
Bagi sistem tidak terus, air di bekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke kelengkapan perpaipan seperti sink
cuci, tandas dan bilik air
Bagi sistem tidak terus pula, air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air sebelum diagihkan
ke semua kelengkapan perpaipan di rumah

Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip

Fungsi paip dalam sistem bekalan air di rumah

a) Paip perhubungan ? menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air
b) Paip perkhidmatan ? menyalurkan bekalan air dari meter air terus ke tangki simpanan air ke pili dapur
c) Paip agihan ? mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan lain, seperti sink cuci, bilik
air dan tandas
d) Paip limpah ? menyalurkan air keluar dari tangki simpanan jika injap bebola rosak
e) Paip cuci ? menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air semasa pembersihan dijalankan

Tangki simpanan air diperbuat daripada kepingan besi galvanic, gentian kaca dan poli
Jenis paip ialah paip besi bergalvani (BG), paip PVC (polyvinyl chloride) dan paip poli
 
Penyambungan paip dilakukan untuk meyambung batang paip secara lurus atau untuk menukar arah batang paip
Antara jenis penyambung paip samada PVC. BG atau poli ialah soket, siku , tee, putting dan penyuai
Bahan pemasangan paip digunakan bersama penyambung paip untuk mengukuhkan sambungan dan mengelakkan kebocoran
Bahan pemasangan paip ialah pita poly tetra fluoro ethylene (PTFE), glu paip PVC serta sleeve dan gelang getah untuk paip poli

Jenis dan Kelengkapan Paip

Alatan tangan dalam kerja paip ialah pita pengukur, gergaji besi, pemotong paip beroda, ragum paip yoke, perengkuh paip,
pemotong paip PVC dan paip poli, kikir? bulat, kikir rata , sepana boleh laras dan playar cengkam seribu

Tangki simbah berfungsi menakung air untuk mencuci mangkuk tandas secara simbah
Terdapat dua jenis tangki simbah iaitu tangki simbah aras tinggi dan tangki simbah aras rendah
Pili terletak di hujung batang paip dan berfungsi mengawal pengaliran air keluar
Pili terbahagi kepada dua jenis iaitu berbibir dan bertiang
Sesendal pada pelompat mesti diganti jika air masih menitis selepas pili ditutup
 

Kerja Penyengaraan

Kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada perangkap S, perangkap P dan perangkap botol untuk membersihkan perangkap
Perangkap berfungsi menghalang bau busuk daripada masuk kerumah
Kedap ialah bahgaian perangkap yang sentiasa dipenuhi air
Cara mudah untuk membersihkan perangkap adalah dengan menggunakan pelocok
 

Penyenggaraan Perangkap
 
Praktis 4 : Nama ______________________________ Tingkatan __________________ Tarikh ___________

 
 

You might also like