You are on page 1of 48

Apakah Kaunseling ?

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat .
Dalam proses menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang
profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang
dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya , kebolehan ,
kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka
tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi
hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh
membuat rancangan untuk masa depannya.

Senarai Tugas
BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELIN

Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program
bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang
berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan
dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.

KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

(Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Dalam
konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam
bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan
Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Pertanian Malaysia, dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang
lain).

Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling

1. Inventori Individu Dan Rekod

a.Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar


b.Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan
penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
c.Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan
kaunseling.
d.Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
e.Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi
pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.
f.Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau
berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.

a.Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan


pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster,
hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
b.Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan,
pelajaran, sosial dan peribadi.
c.Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang
permohonan dengan tepat.
d.Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau
tempat pekerjaan lain.
e.Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan
oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
f.Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya
merokok dan inhalen.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

a.Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan


tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri,
vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.
b.Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling
tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu,
misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti
yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.
c.Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV
dan STPM.
d.Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti
mereka.

4. Perkhidmatan Kaunseling

a.Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai:


o Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
o Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
o Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
o Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
o Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk
dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.
b.Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling
boleh mengendalikannya.
c.Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk
mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai,
kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan
menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.

5. Perkhidmatan Penempatan

a.Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat


kerjaya pilihan dan kemampuan.
b.Penempatan pekerjaan:
1. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman
bekerja (jika program seumpama ini diadakan).
2. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam
mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan
susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus
untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).
3. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki
institusi-institusi pekerjaan.

6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen

a.Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling


tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah
dan inhalen.
b.Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan
pemulihan dan rawatan.
c.Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian
atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat
sekolah.

7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan

a.Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi,
kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
b.Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam
mengenai program bimbingan di sekolah.
c.Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
d.Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk
meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
e.Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali
untuk mengawasi kemajuan pelajar.
f.Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti
penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-
kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos

a.Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara


sekolah dengan agensi lain.
b.Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
c.Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan
tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
d.Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi
aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa

a.Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi


kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.
b.Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
c.Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.
d.Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan
pelajar.
e.Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi
pelajar berpunca daripada keluarga.

10. Perkhidmatan Penilaian

a. Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk


membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem
Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.
b.Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi


a.Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan
kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan
kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail,
menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan,
pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah
oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri
dan Kementerian.

GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan
program atau aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini sebagai staf yang menjadi
pembantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling.

Tugas Guru Penolong Bimbingan dan Kaunseling

1. Membantu dalam mengendalikan inventori, individu dan rekod.


2. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.
3. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.
4. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.
5. Membantu dalam perkhidmatan penempatan.
6. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen.
7. Membantu dalam perkhidmatan konsultasi dan rujukan.
8. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.
9. Membantu dalam perkhidmatan penilaian.
10. Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan.
11. Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan
seperti poster, risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video.

PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi


keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan
satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok
pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau
guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling.
Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal
yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap
sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan
membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh
rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan
asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah.
Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya,
Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya
Sokongan.

Tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

1. Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk
mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling.
2. Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan
memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.
3. Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok,
hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Mrujuk, jika perlu, kepada guru
bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka.
4. Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor
atau tutor sebaya.
5. Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan
kaunseling kelompok.
6. Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi,
membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.
7. Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya yang baru.
8. Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan
sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain
yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja.
9. Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekolah

Peringkat : Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah/Rendah

Jawatan : Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (DG3/DG6)

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan


dan Kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah
melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan
pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada
semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan
tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara
optimum.
6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu
secara profesional dan beretika.
7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan
STPM.
9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
10. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan
pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling,
kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan
perkembangan pelajar.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya
secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa
sahaja yang memerlukannya.
18. Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.
19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah
22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti
kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.
Aktiviti
1 Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah.
2 Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan , soal selidik , temu bual dan perbincangan dengan pelajar , guru ,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar .
3 Merancang , mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
4 Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua
pelajar melalui sebarang media yang sesuai .
5 Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk
ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum .
6 Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara
profrsional dan beretika .
7 Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
8 Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan
mata pelajaran elektif untuk peperiksaan UPSR dan Ujian Bulanan
9 Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah , rokok dan alkohol.
10 Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan
pelajaran di Sekolah Menengah terpilih.
11 Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan
konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan
Pencegahan Dadah.
12 Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibu bapa, guru , kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13 Membuat penilaian aktiviti , modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah.
14 Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling.
15 Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
16 Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman
dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah .
17 Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru , kakitangan dan siapa sahaja
yang memerlukannya.
18 Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
19 Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20 Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah
21 Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor-Mentee sekolah.
22 Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium,
Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah Menengah Kebangsaan Zaba
Negeri Sembilan Darul Khusus

Pendahuluan
Matlamat
Objektif
Carta Organisasi
Rancangan Sepanjang Tahun 1999
Bidang dan Tanggungjawab
Kaunselor
Senarai Tugas

PENDAHULUAN

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam


sistem persekolahan kita pada tahun 1960an. Selama ini perkhidmatan ini
lebih menitik beratkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi
perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah -sekolah kursus
pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh
Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas
bimbingan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanan Dasar


Pelajaran(1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan
bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan
dalam Perakuan 79.

`Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di


sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini
hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak
semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja`.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk
memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan
dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah
diperkenalkan, di antaranya ialah:

a. Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri


kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian
Pendidkkan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan.
Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.

b. Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan


kursus khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk
mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.

c. Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia


memperkenalkan Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi
guru-guru bimbingan yang berijazah.

d. Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula


memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan
Kaunseling selama 4 tahun . Keutamaan diberi kepada guru-guru yang
mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kauseling serta
berpengalaman mengajar selama 5 tahun.

e. Mulai tahun 1982 juga , Bahagian Pendidikan guru mula


memperkenalkan Kursus Dalan Cuti(KDC) bagi guru-guru bimbingan
selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa
pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.

f. Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula meperkenalkan


kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah
menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan
Sijil Perguruan Khas Bimbingandan Kaunseling.

g. Mulai tahun 1987 Institut Peguruan Sultan Idris Tanjung Malim


memulakan KUrsus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi
guru-guru bukan siswazah.

h. Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan


Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Kursus ini ialah selama tiga bulan termasuk praktikum.

i. Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling,


Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke
Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah.
Carta Organisasi
Penasihat 1 : Pn Sabarriah bte Shukur (Pengetua)
Penasihat 11: Tn Hj Abdul Kudus b Zainal (Guru Penolong Kanan
1)
Pengerusi : En Isa bin Dahalan (Hal Ehwal Murid)
Penyelaras : Pn Robiah bte Ujang (Kaunselor)
Setiausaha : Pn Nadzrah bte Abdul Rahman (Penolong
Kaunselor)
AJK : Guru Bidang
Guru Disiplin
En Safian b Adam (Guru Agama / Moral )
En Morgan Vadeeveloo ( Guru SLAD)
En Mohd Zain b. Abu ( Guru PRS)
Warden Asrama
Wakil Pekerja

Bidang dan Tanggungjawab Kaunselor


Bagi memastikan bahwa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan
kauseling tercapai kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan
sasaran adalah amat penting . Keberkesanan perkhidmatan akan dapat
mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan
berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah
hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu
dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:-
1. Bidang Akademik
Pelajar diperkenalkan kepada kemahiran-kemahiran belajar, pemilihan mata
pelajaran dan peluang melanjutkan pelajran. Motivasi dan teknik serta strategi
menghadapi peperiksaan juga diberi pendedahan untuk memastikanpelajar cemerlang
dalam peperiksaan. Matlamat bidang ini ialah untuk kecermelangan akademik

1. Pemilihan mata pelajaran elektif


2. Kemahiran Belajar
a. Membaca
b.Mencatat / mengambil nota
c.Pengurusan Masa
d. Pengurusan Diri
e. Mendengar
f. Mengingat
g. Mengulangkaji
h. Menjawab soalan peperiksaan
i. Menghadapi peperiksaa
3. Kemahiran Pengurusan Diri
4. Kemahiran Pengurusan Masa
5. Strategi Menghadapi Peperiksaan
6. Penempatan
1. Penempatan selepas PMR
2. Penempatan selepas SPM/STPM
3. Penempatan ke alam kerjaya

Pengumpulan maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi


Pengajian Tinggi

Kaedah
Bimbingan kelompok, bimbingan individu,kaunseling kelompok, kaunseling
individu, bilblio kaunseling, kursus, bengkel , kem/perkemahan, tayangan video,
taklimat, kolokium,tutor sebaya,mento mentee, pembimbing rakan sebaya

2 Bidang Kerjaya
Bidang ini membolehkan pelajar mengenali diri mereka berasaskan tiga aspek utama
iaitu personality, minat dan nilai. Pelajar akan didedahkan dengan seberapa banyak
maklumat mengenai perkembangan kerjaya. Matlamat Bidang Kerjaya bagi
membolehkan pelajar memahami cara dan kaedah yang betul membuat pemilihan
kerjaya berdasarkan maklumat diri dan maklumat kerjaya yang telah didedahkan.

a. Inventori minat
b. Inventori personaliti
d. Pemilihan matapelajaran elektif
e. Pengumpulan maklumat kerjaya
f. Pendedahan kerjaya
( Peluang latihan kerjaya)
g Penyebaran maklumat.

Kaedah
Bimbingan kelompok, bimbingan individu, lawatan, ceramah, forum, seminar,
tayangan video, pertandingan -pertandingan Buku Skrap Kerjaya dan Poster.

3. Bidang Psikososial & Kesejahteraan mental


Bidang ini memperkenalkan kemahiran untuk membentuk sahsiah cemerlang bagi
menghasilkan pelajar berketrampilan, produktif, seertif dan kental menghadapi
cabaran dan kekurangan serta sentiasa bersyukur. Pelajar juga didedahkan
kemahairan bersosial dengan diri, persekitaran dan masyarakat.

1. Pembentukan sahsiah

a. Mengenal sahsiah diri

b. Membentuk sahsiah cemerlang

c. Penerimaan kendiri

2. Kemahiran psikososial
a. Kemahiran komunikasi

b. Membentuk sifatbtegas diri (asertif)

c. Pengurusan tekanan (Stress)

d. Membentuk rohani

e. Kemahiran pengawalan diri

f. Kemahiran pemikiran kritikal dan analitikal

g. Kefahaman norma dan nilai masyarakat

3. Kemahiran Sosial

a. Kemahiran penyesuaian diri

b. Kemahiran penampilan diri

c. Kemahiran pemikiaran kritikal dan analitikal

d. Kemahiran mengendalikan tekanan (Perasaan / Kewangan / Keluarga / Rakan


Sebaya / Pembelajaran)

e. Kemahiran melindungi diri.

a. Ujian Personaliti
d.Senarai semakan masalah
cMerujuk kad maklumat diri
d.Kemahiran Komumikasi
e Kemahiran Asartif/ Tegas Diri
f. Penyaringan maklumat
g.Pengurusan Tekanan
h. Kemahiran Rohani
i. Kemahiran Membuat Keputusan
j.Kemahiran pengawalan diri
k.Kemahiran Aplikasi
l.Kemahiran Sintesis
m.Kemahiran analisis kritikal
n.Pengekalaan penghargaan kendiri/ Self Esteem
o.Perkembangan keremajaan
p.Pengendalian kendiri
q.Program Orientasi

Kaedah
Bimbingan kerjaya merentas ko-kurikulum, Kokurikulum, PRS, Bimbingan
kelompok, kauseling individu,, bilbil kauseling, forum, kursus, bengkel, seminar, kem
bina insan/ diri, kolokium, rehlah, lawatan, tayangan video, latihan dalam kumpulan,
aktiviti simulasi, kumpulan, perkhemahan ibadah, ceramah- kaunseling keluarga,
PRS.

4. Bidang Keibu-bapaan
Input
a. Komunikasi
b. Perkembangan individu
c. Isu-isu kekeluargaan
i. Kepimpinan
ii. Perkembangan remaja masa kini dan akan datang
iii. Kerukunan dan kesejahteraan keluarga

Kaedah
Ceramah, seminar, forum, bengkel, perkhemahan keluarga/ Hari keluarga/
Lawatan kerumah, kaunseling keluarga, khidmat konsultansi, kursus kemahiran
keibubapaan, buletin keluarga, pameran.

Bidang Pembangunan Diri

Pelajar
Input
a.Kemahiran komunikasi
b.Kemahiran Penyelesaian Masalah
c.Kepimpinan
d.Kemahiran tegas diri
e. Pembimbinga Rakan Sebaya(PRS)
f.Kemahiran Sosial
g.Kemahiran Pemilihan Aktiviti keutamaan.

Kaedah
Kaunseling individu, kaunseling kelompok, latihan dalam kumpulan,lawatan
kerumah, ceramah, bengkel, praktikum PRS.

SENARAI TUGAS
PERINGKAT : Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah Menengah / Rendah
JAWATAN : Pegawai Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah ( DG 3/ DG 6 )

1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


sekolah melalui kejian keperluan soal selidik, temu bual dan perbincangan
dengan pelajar, guru, pengtadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas
pelajar.

3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori


pelajar.

4. Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling


kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviri Bimbingan dan Kaunseling


kelompok dan tunjuk ajar (instruction) yang merangsang perkembangan
pelajar secara optimun.
6. Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling
individu secara profesionbal dan beretika.

7. Merancang , melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar


untuk semua pelajar.

8. Merancang , melaksana , mengawalselia serta menilai progrdam dan


aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti
PMR,SPM ,SPMV dan STPM.

9.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti


pendidikan pencegahan dadah, inhalan,rokok dan alkohol.

10. Merancang, meyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang


melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti


perkhidmatan konsultansi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan
Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan


aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan
agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan
dan perkembangan pelajar.

13. Membuat penilian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan


sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan
profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos


perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15.Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi


menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan
siapa sahaja yang memerlukannya.
18.Menjadi personel perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi
luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum


sekolah.

20.Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perangan Sekolah.

21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar


seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan
sebagainya.

Pengenalan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita
pada tahun 1960. Selama ini perkhidmatan ini lebih menitikberatkan bimbingan kerjaya dan
pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah,
kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah
untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)


menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah
seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.

Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan kerjaya di sekolah hendaklah


dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-
kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja.

Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi kepada guru-
guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa
jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah:

- Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus


pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama
seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga
tahun 1982.

- Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus selama
setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas
Bimbingan dan Kaunseling.

- Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus


Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah

- Mulai tahun 1982 Universiti Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling selama 4 tahun). Keutamaan diberi kepada
guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta
berpengalaman mengajar selama 5 tahun.
- Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus
Dalam cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti
penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan
rancangan tersebut.

- Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus
khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC
dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan
dan Kaunseling.

- Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus
Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan
siswazah.

- Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya


dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama
tiga bulan, termasuk praktikum.

- Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan
Darul Aman, Jitra Kedah.

OBJEKTIF AM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan
diri pelajar dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang selaras
dengan kemampuan dan potensi pelajar.

Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam


perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah,
merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti
sosial yang lain.

Memberi khidmat bersifat pemulihan (remedial) dengan tujuan mengorientasikan


semula pelajar yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar
mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.

Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, WAWASAN 2020 DAN SUMBANGAN


PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
FALSAFAH PENDIDIKAN

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Untuk membina Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan, kita perlu mengambil kira latar belakang
masyarakat, bangsa dan negara tersebut. Kita perlu melihat dari aspek budayanya, sistem
kepercayaannya, latar belakang ekonominya, dan sistem politiknya. Selain itu matlamatnya
hendaklah selari dengan kehendak dan matlamat Falsfah Pendidikan Negara, Falsafah
Pendidikan Negara berbunyi:

"Pendidikan Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara".

WAWASAN 2020

Cabaran Wawasan 2020 dalam konteks Pembangunan Negara adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.
Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup
dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil, dan didukung oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangsa, dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai,
gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenal
melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah
kepada sesiapa, dan dihormati rakyat negara lain.

3. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu


bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh
menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bemoral dan beretika, yang warga negaranya
kukuh dalam nilai agama dan kejiwaaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada
masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya


perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri, kebajikan insan tidak akan
berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang
kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang. Ini adalah masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat
sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi
ekonomi, dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamaik, giat dan
kental.

SUMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting bagi


mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran Wawasan 2020,
dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah lagi. Ini
boleh dicapai melalui perancangan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang
sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan

Bahagian A : Am

1. Setiap ahli hendaklah melibatkan diri dalam perkembangan profesional kaunseling


dengan usaha yang berterusan untuk mempertingkatkan amalan, profesional diharap
perkhidmatan dan penyelidikan dalan bidang ini. Perkembangan profesionalisma diharap
akan berterusan sepanjang kerjaya ahli dan ini hendaklah digambarkan dengan setiap
perkembangan falsafah yang menjelaskan mengapa dan bagaimana ahli berfungsi dalam
hubungan membantu. Para ahli dikehendaki mengumpulkan data tentang keberkesanan
diri dan menggunakan keputusan tersebut sebagai panduan dalam menjalankan profesion
kaunseling.

2. Setiap ahli bertanggungjawab kepada setiap klien (individu) dan institusi yang diberi
perkhidmatan untuk menentukan tahap tingkahlaku profesional ahli adalah tinggi.

3. Semua ahli dikehendaki mangamalkan tingkah laku yang sesuai dengan agama dan adat
yang merupakan asas etika ini. Sekiranya terdapat tingkah laku ahli yang boleh
menimbulkan keraguan, rakan-rakan profesional yang lain mestilah mengambil tindakan
untuk memperbetulkan keadaan tersebut. Tindakan ini sebaik-baiknya, dilakukan dengan
menggunakan saluran PERKAMA.

4. Ahli-ahli tidak dibenarkan sama ada mendakwa atau mengakui kelayakan profesional
yang melebihi dari apa yang diperolehinya dan ahli-ahli yang lain bertanggungjawab
membetulkan pernyalahtafsiran kelayakan yang dibuat oleh orang lain.
5. Dalam hal memberi perkhidmatan profesional, 'ahli dikehendaki menerima hanya
tanggungjawab atau tugas yang ia sendiri mempunyai kelayakan profesional.

6. Apabila ahli-ahli memberi maklumat kepada orang ramai atau rakan-rakan, mereka
hendaklah bertanggungjawab mempastikan bahawa kandungan maklumat itu adalah
benar, tepat dan objektif. Identiti klien hendaklah dirahsiakan
Bahagian B: Perhubungan Kaunseling
Bahagian ini merujuk kepada amalan, peraturan dan cara hubungan kaunseling individu dan
kelompok yang sesuai mengikut agama dan adat.
1. Dalam hubungan kaunseling, ahli harus sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin,
menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi
kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien, ahli harus sedar
dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga
hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.

2. Dalam hubungan kaunseling, ahli harus sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin,
menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi
kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien, ahli harus sedar
dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga
hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.

3. Ahli mestilah menyedari keperluan dan hak klien untuk memilih tajuk perundingan.
Sekiranya pemilihan tidak dapat dibuat, ahli mestilah menolong klien dalam memilih tajuk
perundingan berkenaan.

4. Perhubungan kaunseling dan segala maklumat yang didapati, mestilah dianggap rahsia,
sesuai dengan tanggungjawab ahli sebagai seorang profesional. Rekod perhubungan
kaunseling termasuklah nota temu duga, data ujian, surat menyurat, rakaman-rakaman
kaset dan video dan lain-lain dokumen. Maklumat ini tidak boleh digunakan sebagai
sebahagian daripada rekod agensi atau institusi dimana ahli bekerja, dinyatakan oleh
undang-undang negara.

5. Menggunakan data yang diambil dari perhubungan kaunseling bagi kegunaan latihan dan
kajian, hendaklah terbatas kepada kandungan yang boleh menyembunyi identiti klien. Ahli
hendaklah sentiasa menjaga kerahsiaan identiti klien dengan sebagai-baik mungkin.

6. Sebelum memulakan sebarang perhubungan kaunseling, ahli hendaklah memberitahu


klien akan matlamad, prosedur kerja dan limitasi yang ada serta apa yang diharapkan
akan berlaku semasa proses kaunseling dijalankan. Semua cara yang dicuba bagi
menolong klien hendaklah dinyatakan dengan terang kepada klien serta langkah-langkah
keselamatan yang cermat hendaklah diambil oleh ahli.
Bahagian B : Perhubungan Kaunseling (sambungan)
7. Apabila keadaan klien, mengikut pertimbangan ahli, menunjukkan dengan terang bahawa
diri klien atau orang lain dalam keadaan bahaya, ahli hendaklah menggunakan
kebijaksanaanya mengambil tindakan sendiri dengan adil, atau memaklumkan kepada
pihak yang berkuasa. Perundingan dengan profesional yang lain bolehlah dibuat jika
difikirkan perlu.

8. Sekiranya seseorang individu telah membentuk perhubungan kaunseling dengan seorang


profesional yang lain, ahli tidak bolah mengadakan hubungan kaunseling dengannya
tanpa memberitahu profesional tadi atau memastikan bahawa perhubungan yang pertama
telah ditamatkan.

9. Ahli-ahli boleh memilih untuk berunding dengan profesional lain sebagai pakar perunding
yang berkelayakan mengenai seseorang klien. Dalam usaha memilih pakar perunding ini,
ahli hendaklah tidak menimbulkan apa-apa konflik atau mempengaruhi pakar perunding
untuk menolong klien.

10. Jika ahli merasa tidak mampu utnuk memberikan pertolongan yang profesional kepada
klien, ia haruslah jangan memulakan hubungan kaunseling atau menamatkan secepat
mungkin. Dalam keadaan tadi, ahli mestilah mencadangkan pilihan-pilihan lain yang
sesuai (ahli haruslah mengetahui sumber-sumber rujukan supaya pilihan yang
memuaskan boleh dibuat). Sekiranya terdapat keadaan di mana klien enggan menerima
rujukan yang dicadangkan, ahli tidaklah bertanggungjawab untuk meneruskan hubungan
itu.

11. Dalan keadaan di mana ahli mempunyai pertalian tertentu dengan mereka yang meminta
perkhidmatan, seperti hubungan yang melibatkan pentadbiran dan berunsurkan
penilaian, ia tidak boleh menjadi kaunselor malah ahli hendaklah merujukan kepada
profesional lain, kecuali jika tidak ada pilihan lain yang boleh dibuat.

12. Hubungan tertentu seperti saudara mara, kawan baik, atau hubungan emosi/ seks
dengan klien akan menjejaskan pertimbangan ahli secara profesional dan objektif.
Keadaan ini mestilah dijauhi atau hubungan kaunseling itu hendaklah diputuskan dan
klien dirujuk kepada profesional lain yang layak.
Bahagian B : Perhubungan Kaunseling (sambungan)
13. Ahli hendaklah cuba memberhentikan sesuatu perhubungan kaunseling sekiranya jelas
kepada ahli bahawa klien tidak mendapat apa-apa manfaat daripada perhubungan
tersebut.

14. Dalam masa hubungan kaunseling kelompok, ahli hendaklah bertanggungjawab


mengambil langkah-langkah yang berjaga-jaga bagi melindungi individu daripada
sebarang gangguan fizikal dan atau psikologi hasil daripada interaksi dalam kelompok.

15. Dalam menjalankan kaunseling kelompok, ahli atau kaunselor hendaklah membentuk
norma-norma kerahsiaan mengenai apa yang telah dilahirkan oleh peserta-peserta
dalam kelompok.

16. Ahli digalakan menapis dan menimbang terlebih dahulu peserta-peserta kelompok
terutama jika penekanan kelompok dibuat ke atas kefahaman diri yang boleh membawa
kepada pendedahan sendiri. Ahli perlu sedar tentang perkembangan dan penglibatan
peserta kelompok sepanjang hayat kelompok.

17. Jika sekiranya ahli terlibat dalam pengendalian kaunseling kelompok jangka pendek atau
program latihan seperti kelompok maraton dan lain-lain, ahli bolehlah menentukan
adanya bantuan profesional semasa dan selepas kelompok itu diadakan.

18. Jika sekiranya ahli berada dalam suasana kerja yang menghendaki pengubahsuaian
kenyataan diatas, ahli-ahli hendaklah bertanggungjawab untuk berunding dengan
profesional lain bila perlu untuk mempertimbangkan pilihan yang lebih sempurna.

Bahagian C : Khidmat Persendirian


1. Ahli hendaklah menolong memperkembangkan profesional kaunseling dengan
menggalakkan wujudnya perkhidmatan kaunseling dalam sektor awam dan sektor swasta.

2. Dalam khidmat persendirian, sekiranya ahli mengiklankan perkhidmatan, ia hendaklah


mengiklankan perkhidmatannya itu dengan betul kepada orang ramai, dengan
memberitahu mereka mengenai bentuk perkhidmatannya, kemahirannya, latihan atau
kelulusannya dalam bidang kaunseling serta teknik-teknik yang akan digunakannya dalam
bentuk yang profesional. Ahli-ahli yang mempunyai perasan sebagai pemimpin dalam
organisasi tidak dibenar menggunakan nama organisasi itu dalam iklan-iklan mereka. Ahli-
ahli bolehlah menyenaraikan butiran seperti berikut:
- 2a. Ijazah kelulusan berkaitan yang tertinggi.
- 2b. Jenis dan peringkat sijil/lesen.
- 2c. Jenis atau bentuk perkhidmatan. Maklumat-maklumat ini hendaklah benar, tepat dan
tidak mengelirukan.

3. Ahli-ahli bolehlah bergabung atau berkongsi bersyarikat dengan ahli yang sama atau
mana-mana ahli yang lain dengan syarat masing-masing hendaklah jelas akan kemahiran
bidang mereka.

4. Ahli-ahli dengan sendirinya bertanggungjawab untuk menarik diri daripada hubungan


kaunseling sekiranya terdapat apa-apa pekerjaan yang disertainya bertentangan dengan
peraturan etika ini.

5. Ahli-ahli mestilah patuh kepada undang-undang yang terdapat di sektor swasta atau
persendirian di tempat perkhidmatan ini diadakan.

6. Adalah menyalahi peraturan etika sekiranya ahli menggunakan persatuan yang


dianggotainya untuk mendapatkan klien bagi perkhidmatan persendirian.

Bahagian D : Perkhidmatan Personalia


1. Ahli hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kebolehan profesionalnya.

2. Ahli bolehlah menjalinkan hubungan yang baik dalam bidang pekerjaan dengan penyelia
dan kakitangannya serta memberikan kefahaman mengenai kaunseling khususnya
mengenai kerahsiaan, perbezaan antara bahan awam atau persendirian, tanggungan
kerja dan akauntibiliti.

3. Ahli hendaklah memberitahu kakitangannya tentang matlamat dan rancangannya

4. Ahli hendaklah mencuba untuk memberi perkhidmatan yang terbaik bagi menentukan hak
dan kebajikan orang yang menerima perkhidmatannya terpelihara.

5. Ahli hendaklah memberitahu majikan keadaan-keadaan di mana berkembangan


berlakunya konflik yang boleh merosakkan atau perkara yang akan menyekat
keberkesanan perkhidmatannya.

6. Ahli hendaklah bertanggungjawab dalam perkembangan latihan semasa dalam


perkhidmatan untuk diri dan kakitangannya.

7. Sekiranya ahli terlibat dalam perlantikan mana-mana kakitangan, ahli hendaklah memilih
orang yang berkelayakan serta memberi tanggungjawab yang sesuai dengan kemahiran
dan kebolehan mereka

8. Ahli digalakkan untuk membuat penilaian dan kajian serta mengalakkan ahli lain berbuat
demikian.

Bahagian E : Penyelidikan dan Penerbitan


1. Dalam merancang sesuatu aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan manusia, ahli
(selepas ini disebut juga sebagai 'penyelidik) mestilah sedar dan peka terhadap prinsip
etika kemanusiaan. Ahli juga hendaklah memastikan pernyataan masalah, keadah,
rancangan dan pelaksanaan penyelidikan bersesuaian sepenuhnya dengan etika
tersebut.

2. Tanggungjawab untuk menentukan penyelidikan sesuai dengan etika tertakluk kepada


ketua penyelidik. Penyelidik-penyelidik lain yang memberi kerjasama juga turut
dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang mereka ambil.

3. Dalam membuat kajian ke atas manusia sebagai subjek, penyelidik berkewajipan


menjaga kesejahteraan serta kebajikan sepanjang percubaan dibuat dan penyelidik
mestilah membuat psikologi, fizikal atau kemasyarakatan bagi mereka yang dikaji.

4. Mereka yang dijadikan bahan kajian atau subjek hendaklah diberitahu akan tujuan kajian,
kecuali dengan tidak memberi penerangan atau memberi maklumat yang salah adalah
merupakan kaedah untuk melihat kesan yang dikehendaki dalam penyelidikan itu.
Walaubagaimanapun apabila kajian tamat, pengkaji bertanggungjawab memberitahu atau
membetulkan semula maklumat yang salah yang telah disampaikan kepada subjek.

5. Penyertaan subjek dalam penyelidikan mestilah dilakukan secara sukarela. Penyertaan


yang dipaksa hanya sesuai jika tidak mendatangkan kesan buruk ke atas mereka yang
dikaji, dan hanya boleh dilakukan jika penyertaan begini didapati perlu dalam
penyelidikan.

6. Seorang penyelidik hendaklah berusaha melaporkan hasil kajiannya dan sebarang


kemungkinan kesilapan hendaklah diminimumkan.

7. Bila melaporkan penemuan penyelidikan, hendaklah disebut semua angkubah/faktor dan


keadaan yang diketahui oleh pengkaji yang mungkin telah mempengaruhi hasil kajian
atau interpretasi data.

Bahagian E: Penyelidikan dan Penerbitan (sambungan)


8. Seorang penyelidik mempunyai kewajipan untuk memberitahu semua maklumat
penyelidikan asal kepada mereka yang berkelayakan yang ingin membuat kajian serupa.

9. Dalam menyampaikan maklumat, membantu dalam penyelidikan orang lain, melaporkan


keputusan ataupun semasa memberi laporan asal, perhatian mestilah diberi untuk
merahsiakan identiti subjek yang dikaji,jika persetujuan tidak didapati dari mereka.

10. Dalam menjalan atau melaporkan kajian, seseorang penyelidik mestilah


memperkenalkan dan memberi penghargaan ke atas kajian-kajian yang lalu mengenai
tajuk itu. Ia juga mestilah mematuhi undang-undang hak cipta dan mengikut prinsip
penulisan dalam memberi penghormatan kepada mereka yang harus menerimanya.

11. Sebagai menghargai sumbangan dari pihak lain, sama ada yang diambil atau yang
diterima, seorang penyelidik mestilah menyatakan kerjasama penyelidik-penyelidik lain.
Dalam membuat pernyataan penghargaan, pernyataan dalam bentuk nota kaki atau
dengan apa cara lain yang bersesuaian hendaklah dilakukan.

12. Keputusan yang mencerminkan keburukan ke atas sesuatu institusi, badan


perkhidmatan, rancangan atau mencabar sesuatu pihak tidaklah boleh disorokkan.

13. Jika ahli-ahli bersetuju dengan individu yang lain dalam kajian atau penerbitan, mereka
mestilah menunjukkan tangungjawab untuk bekerjasama dengan memenuhi perjanjian
yang telah dibuat, iaitu dengan membuat kerja dengan tepat dan lengkap terhadap
sebarang keterangan yang dikehendaki.

14. Etika menghendaki penyelidik atau pengarah supaya tidak menghantar penulisan yang
sama atau kandungan yang serupa untuk penerbitan yang serentak di dalam dua jurnal
atau lebih. Sebagai tambahan, tidak boleh sama sekali penulisan yang telah diterbitkan,
digunakan dalam penerbitan lain, sama ada sepenuhnya atau sebahagian, tanpa
pengetahuan atau kebenaran daripada penerbit yang terdahulu

Bahagian F : Perundingan
Perundingan adalah merujuk kepada perhubungan yang sukarela di antara pembantu-
pembantu yang mahir atau profesional dan orang-orang perseorangan, kumpulan atau
pertubuhan sosial yang memerlukan bantuan. Kaunselor atau perunding akan memberi
pertolongan atau perkhidmatan kepada klien dalam menerang dan menyelesaikan kerja-
kerja yang berkaitan dengan masalah atau masalah yang mungkin didapati oleh klien.

1. Ahli yang bertindak sebagai perunding atau kaunselor mestilah mempunyai kesedaran
sendiri yang tinggi terhadap nilai, pengetahuan, kemahiran dan batasan diri serta mahu
melibatkan diri dalam usaha menolong untuk mengubah bentuk hubungan antara
manusia dan organisasi.

2. Mestilah ada persefahaman dan persetujuan di antara ahli yang bertindak sebagai
perunding dengan klien terhadap pengetahuan matlamat serta jangkaan dan cara
penilaian yang dibuat.

3. Ahli mestilah faham atau pasti yang ia atau pertubuhan yang diwakilinya mempunyai
kemampuan, keperluan dan sumber dalam memberi pertolongan yang diperlakukan pada
masa kini yang hadapan.

4. Perhubungan perundingan mestilah yang membolehkan klien mengubahsuai dalan usaha


memupuk ke arah perkembangan sendiri. Ahli mestilah memahami peranannya dalam
membantu klien membuat keputusan supaya jangan timbul pergantungan klien pada masa
hadapan kepada perunding.

5. Ahli tidak dibenar mengambil bayaran persendirian bila berunding dengan orang-orang
yang berhak kepada perkhidmatan ini kerana hubungan mereka dengan majikan atau
institusi
di mana ahli bekerja.

6. Ahli tidak dibenar mengambil bayaran persendirian bila berunding dengan orang-orang
yang berhak kepada perkhidmatan ini kerana hubungan mereka dengan majikan atau
institusi di mana ahli bekerja.

Bahagian G : Latihan
Bahagian ini adalah untuk ahli yang bertanggungajawab dalam bidang latihan. Ahli yang
berfungsi sebagai pelatih mempunyai tanggungjawab yang lebih serta unik dari yang lain.
Antara tanggungjawabnya adalah seperti berikut:

1. Ahli haruslah menerangkan kepada pelajar kehendak program, perkembangan kemahiran


asas dan peluang pekerjaan sebelum pelajar menceburkan diri dalam program itu

2. Ahli yang bertanggungjawab dalam rancangan latihan mesti membentuk rancangan yang
bersepadu antara kajian akademik dan amali.

3. Ahli mestilah membentuk rancangan yang dapat memperkembangkan kemahiran,


pengetahuan, kefahaman diri pelajar, dan jika boleh nyatakan tahap kebolehan mereka
mengikut peringkat sama ada para-profesional atau profesional.

4. Ahli mestilah mengadakan satu program yang melibatkan latihan penyelidikan yang
bersesuaian dengan peringkat atau peranan mereka. Sebagai tambahan, kakitangan ini
mestilah mempelajari bagaimana menilai sendiri keberkesanan program. Latihan
siswazah lebih-lebih lagi di peringat kedoktoran mestilah melibatkan latihan persediaan
untuk penyelidikan yang akan dibuat oleh peserta-peserta program.

5. Ahli melalui penilaian dan pentafsiran yang berterusan ke atas pelajar, mestilah menyedari
akan batasan pelajar itu yang mengkin akan menghalang prestasinya di masa hadapan.
Ahli atau pengajar bukan sahaja cuba menolong pelajar itu mendapatkan bantuan
pemulihan tetapi menapis juga individu-individu yang dikenalpasti oleh ahli pengajar, tidak
berkemampuan kerana kesihatan mental yang kronik mestilah dikeluarkan dari program
latihan.

Bahagian G : Latihan (sambungan)

6. Ahli mestilah menyedarkan pelajar tentang etika dan tanggungjawab terhadap profesional
ini.

7. Program penyediaan mestilah mengalakkan pelajar menghargai perkhidmatan ini kepada


individu dan masyarakat. Dalam hal ini wang mestilah tidak mempengaruhi kualiti/mutu
perkhidmatan yang diberikan. Hal-hal kewangan mestilah dielakkan daripada menguasai
kehendak-kehendak ikhtisas dan kemanusiaan.

8. Ahli digalakkan mempersembahkan secara terperinci berbagai teori supaya pelajar boleh
membuat perbandingan dan mempunyai peluang untuk memilih.

9. Ahli mestilah membantuk polisi yang jelas di dalam institusi pendidikannya berhubung
dengan latihan praktikum dan peranan pelajar serta juga pengajar di dalam latihan
praktikum itu.

10. Ahli yang bertanggungjawab dalam bidang pendidikan mestilah mahir sebagai guru dan
praktisioner.

11. Ahli mestilah mengendalikan program pendidikan yang selaras dengan garis panduan
yang tercatat dalam etika.

Bahagian H : Pengukuran dan Penilaian


Tujuan utama penilaian dalam bidang pendidikan dan psikologi ialah untuk mendapatkan
langkah-langkah yang objektif serta boleh difahami dalam bentuk perbandingan yang
mutlak. Kenyataan berikut merangkumi seluruh interpretasi bagi data ujian dan bukan ujian.
Data ujian hanyalah merupakan salah satu cara bagi mendapatkan maklumat dalam
membimbing ahli memilih sesuatu keputusan dalam proses bimbingan/kaunseling.

1. Ahli mestilah menerangkan dengan khusus maklumat mengenai ujian, sebelum dan
selepas ujian dibuat supaya keputusan ujian itu dapat diterima dalam perspektif yang
betul jika dikaitkan dengan faktor-faktor sosio-ekonomi, bangsa dan budaya dalam
pencapaian ujian itu.

2. Dalam memilih ujian untuk digunakan dalam satu-satu situasi bagi seseorang klien, ahli
harus menimbang dengan teliti mengenai kesahan dan kebolehpercayaan serta
kesesuaian atau ketepatan ujian itu.

3. Ujian yang berlainan memerlukan tahap kelayakan pengendalian yang berbeza dan
interpretasi yang berlainan. Ahli mestilah menyedari had-had kebolehan sendiri dan
menjalankan hanya tugas-tugas yang ia layak sahaja.

4. Tujuan ujian dan kegunaan keputusan hendaklah diberitahu kepada calon-calon sebelum
ujian diberi.

5. Bila membuat kenyataan kepada orang awam mengenai ujian dan pengujian, ahli
mestilah memberi keterangan yang tepat dan mengelak dari membuat dakwaan yang
tidak benar atau tanggapan yang salah.

6. Ujian-ujian mestilah dijalankan dalam keadaan-keadaan yang sama seperti norma. Bila
ujian tidak dijalankan dalam keadaan-keadaan yang lazim atau bila berlakunya sesuatu
tingkahlaku, perkara itu mestilah dicatatkan. Keputusan-kepurusan ujian berkenaan
hendaklah diisytiharkan sebagai tidak sah atau yang boleh meragukan

Bahagian H : Pengukuran dan Penilaian (sambungan)


7. Pencapai yang bererti dari keputuan ujian-ujian yang digunakan oleh kaunselor lazimnya
berdasarkan ketidakbiasaan calon mengenai perkara tertentu yang terdekat dalam ujian
itu, mengajar atau memberitahu bahan-bahan ujian sebelum sesuatu ujian dijalankan
memungkinkan keputusannya tidak sah. Oleh itu pengawasan rapi ujian adalah salah satu
daripada tanggungjawab ahli.

8. Ahli mestilah berhati-hati apabila menginterpretasi sesuatu keputusan dari bahan atau alat
kajian yang tidak lengkap. Tujuan utama penggunaan alat kajian itu mestilah dinyatakan
dengan jelas kepada calon.

9. Keputusan ujian yang diberi kepada majikan atau lain-lain pihak yang berkenaan untuk
tujuan penilaian atau klasifikasi harus diawasi supaya tidak disalah erti atau disalah guna.
Kebajikan calon ujian harus diambilkira sebagai satu kriteria penting dalam apa-apa
pertimbangan.

10. Ahli mestilah berhati-hati apabila membuat penilaian dan menginterpretasi prestasi
mereka yang tidak termasuk di dalam golongan norma semasa alat ujian itu
distandardisasikan. Ahli yang mengguna ujian yang diambil dari luar negeri haruslah
berhati-hati semasa menguna dan menginterpretasi dengan memikirkan budaya
golongan norma yang telah digunakan oleh pencipta ujian dalam proses piawaian.

11. Ahli mestilah berhati-hati supaya tidak mencedok, mengubahsuai dan menggunakan
ujian-ujian yang diterbitkan tanpa menyatakan penghargaan atau mendapat kebenaran
dari penerbit.

Penggunaan Masa
Seorang guru bimbingan dan kaunseling perlu diberi peruntukan waktu mengajar tidak lebih
daripada 12 waktu seminggu untuk membolehkannya menjalankan kegiatan bimbingan dan
kaunseling. Walau bagaimanapun ini bukanlah situasi yang ideal. Sebaik-baiknya setiap
sekolah mempunyai kaunselor sekolah supaya kaunselor dapat menumpukan sepenuh
masa untuk membantu pelajar.

I. Masa maksimum untuk seorang guru bimbingan dan kaunseling dalam seminggu:

a) mengajar = 480 minit


b) bimbingan dan kaunseling = 820 minit

JUMLAH = 1300 minit

Ini adalah berdasarkan 40 minit bagi setiap waktu mata pelajaran. Tugas
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah dijadual dan dicatatkan di
dalam buku rekod mengajar.

II. Penggunaan waktu bimbingan dan kaunseling yang minimum untuk aktiviti-aktiviti
spesifik dalam seminggu:

a) Kaunseling tunjuk ajar/kauseling kelompok dan bimbingan kelompok = 640


minit b) Kaunseling individu/perbincangan kes/kaunseling keluarga = 120 minit
c) Pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling = 60 minit

JUMLAH = 820 minit

Agihan masa yang lebih untuk kaunseling tunjuk ajar, bimbingan dan kaunseling
kelompok adalah untuk membolehkan pelajar ditemui oleh guru bimbingan dengan
lebih kerap dalam masa yang singkat. Dengan itu, usaha untuk menyampaikan
maklumat dan interasi yang tidak formal adalah digalakkan.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, WAWASAN 2020 DAN SUMBANGAN


PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
FALSAFAH PENDIDIKAN

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Untuk membina Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan, kita perlu mengambil kira latar belakang
masyarakat, bangsa dan negara tersebut. Kita perlu melihat dari aspek budayanya, sistem
kepercayaannya, latar belakang ekonominya, dan sistem politiknya. Selain itu matlamatnya
hendaklah selari dengan kehendak dan matlamat Falsfah Pendidikan Negara, Falsafah
Pendidikan Negara berbunyi:

"Pendidikan Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara".

WAWASAN 2020

Cabaran Wawasan 2020 dalam konteks Pembangunan Negara adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.
Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup
dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil, dan didukung oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangsa, dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai,
gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenal
melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah
kepada sesiapa, dan dihormati rakyat negara lain.

3. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu


bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh
menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bemoral dan beretika, yang warga negaranya
kukuh dalam nilai agama dan kejiwaaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada
masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya


perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri, kebajikan insan tidak akan
berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang
kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang. Ini adalah masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat
sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi
ekonomi, dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamaik, giat dan
kental.

SUMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting bagi


mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran Wawasan 2020,
dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah lagi. Ini
boleh dicapai melalui perancangan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang
sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan.

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5.1 Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan
seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran di sekolah. Di mana perlu, khidmat
rujukan kepakaran juga boleh diberikan.

5.2 Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan dan pemulihan yang boleh
disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.

5.3 Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran (instructional


guidance and counseling) dan bimbingan dan kaunseling kelompok. Di mana perlu
diadakan bimbingan dan kaunseling individu.

5.4 Perkhdimatan lebih bersifat terbuka iaitu menggalakkan bimbingan dan kaunseling
terbuka yang melibatkan penyertaan aktif pelajaran melalui bimbingan dan kaunseling
sebaya, dan guru-guru terlatih. Kerahsiaan menjadi konsep yang penting dalam
kaunseling.

5.5 Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai berdisiplin, iaitu input bimbingan dan
kaunseling boleh dan sesuai, disalurkan melalui kurikulum yang ada dan melalui
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan.

5.6 Perkhdimatan bersifat pelbagai modaliti iaitu menekankan sekurang-kurangnya bidang


perkembangan induvidu seperti berikut:
- Agama/moral
- Psikososial/afektif
- Kognitif
- Fizikal/seksual
- Vokasional/kerjaya
Pendekatan yang seimbang merupakan salah satu cara untuk mengadakan
strategi-strategi intervensi berasaskan kepada andaian bahawa tiap-tiap model di atas
berhubung kait antara satu dengan lain. Gabungan atau perubahan pada satu model
membawa kesan kepada lain.

PERSONEL UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH

Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah.

Dicadangkan tiap-tiap sekolah menubuhkan satu jawatankuasa penyelaras aktiviti


bimbingan dan kaunseling seperti yang di bawah:

Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah

Penasihat
(Pengetua dan/ atau Penolong Kanan I)

Naib Pengerusi
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi
(Ketua Bidang)

Setiausaha
(Guru Bimbingan Dan Kaunseling)

Penolong Setiausaha
(Penolong Guru Bimbingan Dan Kaunseling)

Ahli Jawatankuasa
Guru Disiplin
Ketua Bidang
Ketua Panitia Mata Pelajaran
Guru Penyelaras Tingkatan
Guru Asrama
Guru Ko-Kurikulum
Guru Biasiswa
Wakil Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
Wakil Pelajar

(Jawatankuasa ini boleh digabungkan atau bekerjasama dengan Jawatankuasa Bimbingan


Pelajar Sekolah - rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985).

1. Peranan penting yang dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling sekolah ialah
menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokong bantu oleh aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.

2. Objektif Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling ialah


Jawatankuasa ini memastikan semua aktiviti bimbingan dan kaunseling diselaraskan
supaya tidak berlaku tindan-tindih.

3. Fungsi Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling.


3.1 Merancang aktiviti yang tersusun dan tepat kepada sasaran.
3.2 Memupuk semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan semua
aktiviti.
3.3 Memastikan keterlibatan dan sokongan pihak pengurusan.
3.4 Memastikan penggunaan semua sumber dengan maksimum.
3.5 Mendapatkan kerjasama dan sokongan PIBG, agensi-agensi kerajaan dan swasta
dan badan-badan sukarela.
3.6 Membina dan melaksanakan kawal-selia, penilaian dan rekod yang sistematik.
3.7 Menjalankan latihan dalaman kepada semua Staf supaya memahami konsep
bimbingan dan kaunseling.

4. Tugas Guru Lain Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.


4.1 Membantu mengenal pasti pelajar yang berisiko untuk intervensi kaunseling.
4.2 Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar.
4.3 Membantu memberi bimbingan tunjuk ajar.
4.4 Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan, pendidikan pencegahan dadah,
latihan dan maklumat semasa.
4.5 Membantu melaksanakan program dan bimbingan pelajar seperti Pembimbing Rakan
Sebaya, Skim Lencana Anti Dadah, Kem Jaya Diri dan Motivasi.
4.6 Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan
kaunseling.

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Bimbingan dan kaunseling, adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan,
pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap
pelakuan, dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.

2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar. Tiap-tiap pelajar memperoleh
peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau
kepercayaan.

3. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka


memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan,
sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

4. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan
potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk
melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap
perkembangan dirinya.

5. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang
lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta
merancang hidupnya dengan berkesan.

6. Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. Usaha-
usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri,
pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekarang dalam
jangka masa panjang.

7. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahannya dan memberi


fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-
aktiviti perkembangan dan pencegahan.

8. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan


program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir,
guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa, dan pelajar patut bekerjasama
dan saling berunding antara satu dengan lain.

9. Bimbingan dan kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh


mengenai pelajar. Segala maklumat mengenai pelajar adalah perlu untuk membolehkan
guru bimbingan dan kaunseling memahami pelajar secara menyeluruh supaya dapat
memberi bimbingan dan kaunseling yang berkesan.

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING (sambungan)


10. Setiap individu berbeza gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar . Secara amnya
cara belajar seseorang itu berbeza mengikut:

10.1 Orientasi Deria


Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa.

10.2 Gerak Balas (Response)


Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui
pemerhatian sahaja.

10.3 Corak Pemikiran


Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan
tertentu.

11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam


persekitarannya. Misalnya seorang pelajar yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat
dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh itu, bimbingan
dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan, tetapi ini
bergantung kepada nilai, jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan.
Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan untuk membuat
penyesuaian diri.

12. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal
pelajar. Ini bermakna pelajar tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif. Ia harus
dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap , mental dan rohani. Sebarang
aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.

13. Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling.


Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan pelajar.

PENDEKATAN
PENDEKATAN Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan berikut:
Pendekatan Krisis
Pendekatan Pemulihan
Pendekatan Pencegahan
Pendekatan Perkembangan

1. Pendekatan Krisis
Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan
perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan pihak pentadbir sekolah.
Misalnya, pelajar yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan
tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah, atau yang sedang mengalami
peristiwa cemas seperti (kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan
penderaan).

2. Pendekatan Pemulihan
Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti
dari masa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan pelajar mengubah
perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya pelajar ponteng sekolah,
merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi
kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu.

3. Pendekatan Pencegahan
Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan
sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya,
kempen dan pendidikan pencegahan penggunaan dadah, kempen anti merokok, kempen
dan pendidikan pencegahan AIDS, taklimat persediaan menghadapi peperiksaan,
ceramah motivasi atau kem jaya diri.

4. Pendekatan Perkembangan
Pendekatan ini merupakan satu usaha mengenal pasti keperluan pelajar di alam
persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran pengalaman
serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan
kepada pelajar. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum
akademik. Pelajar diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain
sebelum timbul masalah dalam hidup mereka.

Pada hakikatnya keempat-empat pendekatan ini digunakan tetapi adalah disyorkan


pendekatan perkembang lebih diutamakan. Bidang tumpuan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling pendekatan perkembangan (developmental) adalah seperti berikut:

Perkembangan agama dan moral


Perkembangan psikososial
Perkembangan kognitif dan afektif
Perkembangan fizikal dan seksual
Bidang perkembangan vokasional dan kerjaya.

BIDANG TUGAS GURU DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program
bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang
berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan
keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.
KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus).

1. Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus
dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut
Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti PUTRA Malaysia dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain.

2. Inventori Individu Dan Rekod


i. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar.
ii. Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan
penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
iii. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan
kaunseling. iv. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
v. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran
pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.
vi. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau
berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

3. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat


i. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan
pelajaran kepada pelajar misalnya melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari
kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
ii. Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran,
sosial dan peribadi.
iii. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan
dengan tepat.
iv. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat
pekerjaan lain.
v. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh
guru-guru dan anggota masyarakat.
vi. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah AIDS, bahaya merokok
dan inhalen.

4. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Kelompok


i. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk
ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional,
kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral-agama pelajar.
ii. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling
tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu,
misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti
yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.
iii. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan SPM, SPMV dan
STPM
iv. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti
mereka.

5. Perkhidmatan Kaunseling
i. Kaunseling dengan pelajar secara individu kelompok mengenai:
a) Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
b) Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
c) Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
d) Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
e) Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk dan
menggunakan dadah dan bahan inhalen.
ii. Kaunseling keluarga.
Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya.
iii. Kaunseling tunjuk ajar
Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara
berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai kemahiran-kemahiran berkomunikasi,
menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam
penggunaan dadah dan inhalen.

6. Perkhidmatan Penempatan
i. Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurukulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya
pilihan dan kemampuan.
ii. Penempatan pekerjaan,
a) menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja
(jika program seumpama ini diadakan).
b) membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem
memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar
lepasan sekolah vakasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah
vokasional dan teknik).
c) membantu menempatkan pelajar lepasan sekolah menengah untuk memasuki
institusi-institusi pekerjaan.

7. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah Dan Inhalen


i. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk
ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan nilai membenci dadah dan inhalen.
ii. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan
pemulihan dan rawatan.
iii. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada Kementerian atau
Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah.

8. Perkhidmatan Konsultasi Dan Rujukan


i. Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi,
kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
ii. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam
mengenai program bimbingan di sekolah.
iii. Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
iv. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan
prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
v. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk
mengawasi kemajuan pelajar.
vi. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan
dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar
jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

9. Perkhidmatan Penyelarasan Resos


i. Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah
dengan agensi lain.
ii. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
iii. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan
tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
iv. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi
GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan
program atau aktiviti bimbingan di sekolah.

Mereka ini sebagai staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan bimbingan dan
kaunseling.

1. Tugas Guru Penolong Bimbingan Dan Kaunseling


i. Membantu dalam mengendalikan inventori individu dan rekod.
ii. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.
iii. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.
iv. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.
v. Membantu dalam perkhidmatan penempatan.
vi. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen.
vii. Membantu dalam pekhidmatan konsultasi dan rujukan.
viii. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.
ix. Membantu dalam perkhidmatan penilaian.
x. Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan.
xi. Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan,
seperti poster, risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video.

2. Tugas Guru Lain Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.


i. Membantu mengenal pasti pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling.
ii.Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar.
iii. Membantu memberi bimbingan 'tunjuk ajar'
iv. Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan
dan maklumat semasa.
v. Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar.
vi. Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan
kaunseling
KEMUDAHAN FIZIKAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kemudahan fizikal merupakan satu aspek penting untuk menjalankan aktiviti bimbingan dan
kaunseling di sekolah.

Setiap sekolah perlu menyediakan sebuah bilik khas untuk digunakan sebagai pusat aktiviti
dan pusat sumber Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

A. Alat-alat yang perlu diadakan:


1. Kerusi guru dan pelajar
2. Meja guru dan pelajar
3. Rak-rak buku dan risalah
4. Almari berkunci atau peti besi untuk fail dan rekod sulit
5. Bangku panjang untuk pelajar
6. Bangku panjang untuk pelajar
7. Pita rakaman dan kaset
8. Papan putih/ papan kenyataan
9. Set setee
10. Sambungan telefon
11. Tikar atau karpet
12. Projektor slide
13. Komputer
14. Penghawa dingin/ kipas
15. 'Over Head Projector'
16. Papan kenyataan
17. Alat pemusnah kertas
18. Kamera
19. Video kamera

B. Rekod untuk menjalankan kaunseling


1. Kad 001 M
2. Kad kemajuan pelajar
3. Buku temujanji
4. Borang kebenaran keluar dari kelas
5. Rekod peribadi pelajar
6. Borang rekod temuramah

C. Mengadakan ujian atau penilaian untuk peningkatan program bimbingan dan


kaunseling di sekolah.

D. Bahan rujukan seperti buku, risalah dan bahan maklumat.

BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Dalam pendidikan moden, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah amat mustahak.
Untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan ini, maka sebuah bilik khas bimbingan
dan kaunseling hendaklah diadakan.

Bilik bimbingan dan kaunseling perlu diubah suai mengikut keperluan perkhidmatan di
sekolah. Lihat rajah 1 :

A ~ Kaunter Pendaftaran, Ruang Menunggu dan Setor Alat Bimbingan dan


Kaunseling.
B ~ Bilik Resos
C1 & C2 ~ Bilik-Bilik Kaunseling Individu
D ~ Bilik Kaunseling Kelompok

A. Kaunter Pendaftaran
i. Kaunter terletak di tempat strategik untuk mengawal kegiatan-kegiatan di bilik resos,
Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling
1. Inventori Individu Dan Rekod

2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

4. Perkhidmatan Kaunseling

5. Perkhidmatan Penempatan

6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen

7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan

8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos

9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa

10. Perkhidmatan Penilaian

11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi

Pendekatan
Pendekatan Krisis
Pendekatan Pemulihan
Pendekatan Pencegahan
Pendekatan Perkembangan

Bidang
Bidang Akademik

Bidang Kerjaya

Bidang Psikososial & Kesejahteraan mental

Bidang Kemahiran Sosial


Bidang Keibu-bapaan

Bidang Pembangunan Diri

Bidang Disiplin

Bidang Ketagihan (Rokok/Dadah/Bahan Khayal&Memabukkan)

HIV/AIDS

Perkhidmatan / Tugasan

Ceramah, seminar, forum, bengkel, perkhemahan keluarga/ Hari keluarga/


Lawatan kerumah, kaunseling keluarga, khidmat konsultansi, kursus kemahiran
keibubapaan, buletin keluarga, pameran. Bimbingan kerjaya merentas ko-
kurikulum, Kokurikulum, PRS, Bimbingan kelompok, kauseling individu,, bilbil
kauseling, forum, kursus, bengkel, seminar, kem bina insan/ diri, kolokium, rehlah,
lawatan, tayangan video, latihan dalam kumpulan, aktiviti simulasi, kumpulan,
perkhemahan ibadah, ceramah- kaunseling keluarga, PRS. Bimbingan kelompok,
bimbingan individu, lawatan, ceramah, forum, seminar, tayangan video, pertandingan
-pertandingan Buku Skrap Kerjaya dan Poster. Bimbingan kelompok, bimbingan
individu,kaunseling kelompok, kaunseling individu, bilblio kaunseling, kursus, bengkel ,
kem/perkemahan, tayangan video, taklimat, kolokium,tutor sebaya,mento mentee,
pembimbing rakan sebaya

You might also like