You are on page 1of 11

ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

SOALAN: Pilih dua dari kraf tradisional berikut:kraf batik, tenunan,

anyaman atau ukiran. Buat satu penilaian persamaan dan perbezaan


di antara kraf tradisional yang telah anda pilih. Kajian penilaian anda
hendaklah mencangkupi aspak-aspek berikut. Motif, Fungsi, Struktur
atau susunan corak dan falsafah yang terkandung.

Pengenalan

Apabila kita bercakap tentang seni, ramai yang akan berfikir tentang seni
muzik, seni lakonan, seni suara dan seni lukis. Ini adalah kerana bidang-bidang
tersebut selalu didedahkan kepada masyarakat dan menjadi kebiasaan pada generasi
muda dalam mengingati istilah seni. Kita lupa bahawa seni itu itu mempunyai
pelbagai bidang atau cabang tertentu. Antara bidang seni yang biasa lupa pada
generasi masyarakat kita ialah seni kraf tradisional, seni bina dan seni khat. Dalam
bicara kita pada ruangan ini adalah Seni Kraf Tradisional iaitu batik, tenunan,
anyaman atau ukiran. Penilaian kita hanya bertumpu kepada dua bidang sahaja iaitu
Seni Batik dan Seni Ukiran. Sejarah perkembangan batik di negara kita menunjukkan
batik dipelajari dari Jawa dan bermula dari Kota Bahru, Kelantan pada tahun 1914.
Batik diperkenalkan melalui penerapan menggunakan blok kayu dan diikuti dengan
penggunaan blok logam. Pada awalnya penghasilan batik adalah dalam bentuk sarang.
Batik gulung atau batik ela diperkenalkan bagi memperlihatkan ciptaan rupa bentuk
pada awal tahun 70-an. Di Malaysia dua jenis batik yang paling terkenal ialah batik
canting/lukis dan batik blok /terap. Ada satu lagi teknik iaitu batik skrin. Seni Ukiran
ada dua jenis yang terkenal iaitu ukiran kayu dan ukiran logam. Seni ukiran kayu
adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia
terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta
masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini
sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik
pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira
3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam
yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang
ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik

1
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

Sarawak dan masyarakat Orang Asli. Sejarah Ukiran Kayu Melayu Tradisional
Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di
Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah
Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun
dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa
terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja
Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan
menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama
memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-
istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu
paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri
Sembilan. Teknik dan Gaya.Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai
teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan
kemahiran pandai kayu. Dua teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu
ialah ( i ) tebuk terus ( ii ) tebuk timbul. Dalam kedua-dua cabang seni ini, ianya
mempunyai persamaan dan perbezaan tersendiri dari segi motif, fungsi, stuktur
susunan motif dan sebagainya. Dalam penerangan nanti akan dinyatakan secara
terperinci elemen-elemen tersebut dan juga contoh-contoh seni batik dan ukiran kayu.
Seni Ukiran logam bermula dari kepandaian menggunakan bahan logam di zaman
purba. Ini adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang tidak
boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang
diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan
hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis
alat-alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang
dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional,
peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan - barangan lain.

Motif

Apa itu motif dalam seni ? Motif adalah sesuatu yang hendak disampaikan
samada dalam bentuk corak atau rekacipta yang berilhamkan persekitaran suasana
alam serta mesej yang hendak disampaikan. Antara motif tersebut ialah manusia,
haiwan, tumbuhan dan alam yang lebih luas. Motif lain batik dipanggil Motif Organik
dan Motif Geometrik. Dalam bidang batik, corak dan rekaan pencipta banyak berkisar

2
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

motif tumbuhan (flora). Ada juga batik menggunakan motif haiwan serta corak
abstrak bagi batik moden. Batik corak Malaysia lebih kepada alam flora dan fauna.
Ada motif gabungan dan motif isen. Ianya digunakan sebagai latar belakang kain
supaya menghasilakan corak yang lebih menarik. Antara batik Malaysia yang terkenal
dan digemari orang ramai ialah batik kain sutera . Batik kain sutera mempunyai nilai
kualiti bermutu tetapi mempunyai nilai kos yang tinggi. ( Rujuk Rajah A )

Rajah A

Motif Haiwan (Rama-rama)

Motif Bunga

Motif Abstrak

3
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

Motif Ukiran pula juga mempunyai persamaan dengan motif batik. Rekaan dan
corak ukiran yang banyak terdapat di Malaysia ialah motif alam iaitu flora dan fauna.
Sekarang motif berunsurkan Islam seperti ayat al Quran juga terdapat pada ukiran
samada ukiran kayu atau logam. Diantara contoh motif ukiran ada dipaparkan di
bawah. (Rujuk Rajah B).
Rajah B
Motif Jawi (Kaligrafi) Motif Flora Timbul

Motif Bunga (Flora) Motif Manusia (3D)

Dalam motif samada batik dan ukiran, ianya mempunyai banyak persamaannya. motif
alam. (flora dan fauna), haiwan, abstrak , motif organik dan geometrik. Dalam batik,
motif manusia atau orang jarang kelihatan dan sukar untuk mencarinya. Tetapi dalam
seni ukiran motif manusia banyak terutamanya motif budaya, pahlawan dan adat.
Perbezaan bagi motif kedua-dua seni ini batik maupun ukiran tidaklah terlalu jauh. Ini
kerana unsur budaya alam melayu atau nusantara adalah sama. Sekarang unsur motif

4
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

batik Malaysia melalui zaman perubahan selari dengan arus kemodenan. Unsur-uinsur
motif abstrak seperti batik 1 Malaysia mempunyai motif kenegaraan dan perpaduan.

Fungsi-fungsi
Apa itu fungsi ? Di zaman moden, perkembangan seni semakin tidak dapat
dipisahkan dari kehidupan manusia. Seni telah disedari kewujudannya. Sehingga
perkembangan manusia dalam menciptakan dan menggunakan seni semakin dapat
dirasakan. Pada perkembangan seterusnya, manusia telah menciptakan karya seni
yang berdaya saing dalam kehidupan mereka. Bahkan seni menduduki fungsi-fungsi
tertentu dalam kehidupan manusia. Fungsi seni terdapat dalam dua kategori utama
iaitu fungsi individual dan fungsi sosial. Kata lain bagi fungsi juga boleh disebutkan
tujuan kegunaannya. Dalam fungsi individual ianya lebih kepada keinginan dari segi
emosi, fizikal, ekspresi diri, estetik dan kerohanian manakala fungsi sosial pula ialah
lebih kepada kebudayaan bangsa/ karyawan, komunikasi, keagamaan dan pendidikan.
Dalam bidang kraf tradisional iaitu batik terdapat kedua-dua fungsi tersebut. Corak
batik tradisional banyak mempunyai fungsi sosial iaitu kebudayaan sesuatu bangsa.
Corak rekaan menunjukkan seni reka tradisional berunsurkan kebudayaan. Selain itu
fungsi keagamaan turut dicipta dalam agama kuno atau kebudayaan Hindu. Sejarah
batik Malaysia di ambil dari batik Jawa dan corak serta bentuk pada mulanya
menunjukkan fungsi sosial iaitu kebudayaan dan keagamaan. Fungsi kain batik juga
untuk kegunaan pakaian harian, pakaian untuk majlis tertentu, pakaian basahan seperti
kain sarung, kain lilit kepala dan kelubung wanita serta kain cenderamata,perhiasan
diri, kain penutup mayat dana kaian buaian bagi masyarakat melayu. Dalam zaman
reka batik sekarang, ianya telah berubah sejajar dengan peredaran zaman moden.
Fungsi lebih terarah kepada fungsi individual (individu). Banyak reka bentuk yang
dicipta berfungsi melambangkan ekspresi, fizikal atau bentuk, emosi dan estetik.
Rekaan batik bercorak sebegini memang menjadi pilihan orang ramai kerana
penggunaannya melambangkan keperibadian si pemakai. Sekarang kerajaan kita
menetapkan kakitangan kerajaan menggunakan baju batik sekali dalam seminggu dan
ini kita dapat lihat pelbagai corak rekaan batik Malaysia. Banyak corak dan rekaan
menunjukkan fungsi individu seperti estetika, keindahan dan ada juga yang fizikal
serta abstrak. Selera manusia yang pelbagai pada zaman ini menyebabkan elemen-
elemen keperibadian diri seperti fungsi estetika lebih menguasai rekaan selain
daripada jenis kain dan lebih-lebih lagi kain sutera. Rekaan bercorak abstrak juga

5
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

melambangkan atau berfungsi sebagai luahan emosi. Era kemodenan telah


mempengaruhi rekaan corak batik.
Dalam kraf tradisional ukiran pula, mengandungi fungsi individu dan sosial.
Ukiran kayu dan ukiran logam banyak mengambarkan kebudayaan atau keagamaaan.
Fungsi kebudayaan dan keagamaan menjadi minat orang ramai kerana selain daripada
unik ianya menunjukkan keindahan yang tersendiri. Ukiran khat menunjukkan fungsi
keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman dahulu
mengpengaruhi pengukir-pengukir seni ini mengadaptasikannya pada ukiran seperti
pintu-pintu, dinding rumah, dan peralatan perabot serta hiasan dinding. Ukiran
berunsur 3 dimensi pula seperti manusia, haiwan dan tumbuhan juga banyak dibuat
berdasarkan fungsi kebudayaan. Ianya juga digunakan sebagai hiasan rumah, tempat-
tempat perhotelan dan sebagainya. Ukiran logam juga menunjukkan fungsi individu
seperti estetika, emosi, kebudayaan dan keagamaan. Biasa ukiran logam agak mahal
kerana proses pembuatannya sangat sukar serta menelan kos yang tinggi. Terdapat
empat jenis mengukir yang terkenal iaitu ukiran layang, ukiran bunga timbul, ukiran
tebuk tembus dan ukiran larik.

Struktur atau Susunan Motif Corak

Struktur atau susunan corak adalah cara pembuatan rekaan corak. Setiap
rekaan seni kraf tradisional mempunyai susunan yang tertentu bergantung kepada
bentuk reka cipta dan pembuatnya. Ada juga susunan mengikut kehendak pelanggan
yang menempah. Antara susunan bagi motif seni batik ialah berdiri, melintang,
selang-seli, serong, berjalur, menyeluruh, batu-bata dan tompok-tompok atau
bertabur-tabur. Lihat Rajah I
Rajah I ( Batik )

Susunan Berdiri Susunan Menyeluruh Susunan Selan -Seli

6
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

Susunan Melintang Susunan Tompok-tompok Susunan Serong

Susunan struktur dan motif yang pelbagai bagi corak batik telah menambahkan nilai
estetika. Ini sekaligus menggalakkan persaingan perusahaan batik serta warna kontra
yang timbul menambahkan lagi kecantikannya. Walaupun teknik pembuatan batik
yang berlainan seperti canting, blok, skrin dan pelangi, susunan struktur tetap sama
Cuma masa penyiapan yang membezakannya.
Susunan corak motif ukiran pula mempunyai pelbagai teknik. Corak ukiran
kayu tradisional di panggil Awan Larat iaitu reka corak atau ragam hiasan
berdasarkan bentuk motif berikut. Berikut susunan corak motif ukiran:

Susunan Motif Fauna Susunan


motif Kosmos

7
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

Susunan Motif Geometri Susunan Motif Flora

Falsafah

A p a i t u f a l s
mengusahakan atau menutamakan
kebenaran yang umum dan asas. Ia juga
bermaksud berfikiran luas. Sehingga kini,
ahli-ahli falsafah masih belum mencapai
kata sepakat mengenai takrifan falsafah.
Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat
ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah. Bagi
rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs.
Sidi Gazalba:

“Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk


kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara
radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam
menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang
itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh
pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan
dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu
berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya
adalah karya falsafah”.

Persoalan falsafah ataupun masalah falsafah ialah topik yang dibincangkan dalam
bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai isi dalam falsafah. Persoalan falsafah
sentiasanya disifatkan sebagai soalan yang sangat rumit, dan ia memerlukan
pemikiran yang bersungguh-sungguh. Sesuatu soalan itu akan menjadi persoalan
falsafah apabila soalan itu tidak dapat diselasaikan melalui kaedah pengamatan
ataupun kaedah sains. Biasanya, persoalan falsafah akan melibatkan persoalan tentang
konsep, idealogi, dan juga perkara-perkara lain yang abstrak. Contoh persoalan
falsafah adalah seperti di bawah:

8
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

 "Apakah kebenaran?"
 "Apakah Pemikiran?"
 "Apakah ilmu pengetahuan?"
 "Apakah cantik?"
 "Apakah Kehidupan?"

Berbalik kepada Seni Kraf Tradisional Batik dan Ukiran, memang mengandungi
falsafah yang tertentu bagi pereka cipta atau pengkarya dalam bidang tersebut.
Menilai falsafah karya dari seni batik, pengkarya lebih dipengaruhi falsafah
kebudayaan dan alam sekitar. Apakah kebenarannya, pemikirannya, ilmu
pengetahuannya, kecantikkannya dan kehidupannya. Banyak unsur corak dan motif
yang direka mengambarkan falsafah kehidupan adat, budaya,keindahan dalam
kebenaran sesuatu kebudayaan bangsa. Contohnya batik pengaruh lama yang
bermaksud tersirat dan karya mengambarkan realiti tentang sesuatu budaya terutama
batik dari negara Indonesia.. Berpegang kepada falsafah sendiri, para pengkarya dan
pencipta luahkan melalui sudut pandangan tentang kecantikan dan ilham mereka.
Karya batik lama dan moden mempunyai falsafah yang sama Cuma bentuk saja
membezakan rekaan masing. Kalau seseorang itu berpegang kepada falasafah
kebudayaan maka corak dan hasil karyanya menjurus kepada unsur dan manakala
yang berpegang kepada unsur kehidupan, alam sekitar dan keagamaan maka rekaan
corak dan karya mengikut gaya unsur masing-masing. Falsafah seni kraf tradisional
amat luas. Para pencipta seni mempunyai falsafah yang berbeza terutamanya pada
zaman moden. Pada corak yang abstrak atau geometri, falsafah ia berlainan dan lebih
mengambarkan emosi atau khayalan.. Kraf karya batik jarang kita lihat pada corak
berunsurkan falsafah keagamaan. In kerana corak ayat-ayat jawi/Al-Quran atau khat
tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya mengikut ajaran agama Islam tetapi
wujud pada kraf seni ukiran sebagai hiasan kecantikan melalui ukirang pintu,
hiasan,dinding dan sebagainya. Hasil falsafah keagamaan itn adalah pengaruh
daripada temadun Islam yang wujud pada masa dahulu. Falsafah kecintaan terhadap
keindahan dilahirkan melalui corak alam fauna dan flora. Dalam seni ukiran, falsafah
keagamaan mudah didapati. selain karya kehidupan flora dan fauna terutamanya
corak flora banyak dibuat. Pengkarya-pengkarya adalah seorang yang mempunyai
pengetahuan serta bakat semulajadi bersama dengan falsafah yang dipegang oleh
mereka. Degan itu maka wujudlah corak-corak yang tinggi nilai estetikanya. Bagi

9
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

pengemar-pengemar seni ukiran ini, wang bukan menjadi masalah tetapi kerana minat
dan nilai seni yang menjadi keutamaan. Pada masa sekarang golongan kaya akan cuba
mendapatkan karya-karya ukiran yang bermutu serta tinggi nilainya sebagai
melambangkan diri seseorang itu. Tetapi bagi tukang ukir maupun batik, kesenian dan
keindahan yang mereka rekakan berdasarkan falsafah masing-masing.
Kesimpulannya karya-karya ciptaan pengkarya mempunyai nilai-nilai serta
falsafah yang tersendiri. Keinginan dalam menghasilkan karya atau ciptaan baru di
Malaysia masih berterusan sejajar dengan era moden. Hasil kraf tradisional batik dan
seni ukir tidak akan lenyap selagi ada penyambungan nilai daripada rakyat.Tokoh-
tokoh seni ukir negara seperti Tengku Ibrahim B Tengku Wook, Hj Abd Rahman
Long, Ismail Muhammad, Zamari (Tembikar), Hj. Ibrahim Ismail (Tukang Perak) dan
tokoh seni batik iaitu Haji Yusuf B Hj Abdullah dan Wan Mahtar B. Wan Salleh akan
tetap diingat sepanjang zaman.

aljusuci2011- Rujukan Pelajar Seni

Rujukan:

1. Kreatif Cemerlang Pendidikan Seni Visual KBSM.SPM .Cemerlang Publication


Sdn. Bhd. Selangor.
2. http://members.fortunecity.com/senirupa/id30.htm

3. http://kemuningwarisan.blogspot.com/2010/02/motif-motif-seni-ukiran-
melayu.html

4. http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html

10
ALJU SUCI (KRAF TRADISIONAL)

5. http://malaysiana.pnm.my/04/0413ukir_logam.htm

11

You might also like