You are on page 1of 59

TANGGAM KAYU

Apa itu tanggam?


• Tanggam adalah salah satu kaedah untuk
membuat penyambungan dan pemasangan
bahagian-bahagian yang diperbuat daripada
kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun
projek siap dibina.
Kategori Tanggam Kayu
• Tanggam Melebar

• Tanggam Siku

• Tanggam Pemidang

• Tanggam Memanjang
TANGGAM MELEBAR
• Untuk menyambung kepingan papan-papan
kecil untuk dijadikan kepada kepingan papan
yang lebar.
• Digunakan membuat permukaan perabot,
dinding, lantai dan sebagainya.
• Penyambungan dilakukan secara tepi ke tepi.
Jenis-jenis Tanggam Melebar:
• Tanggam glu gesel

• Tanggam penetap

• Tanggam lidah dan lurah

• Tanggam tetingkat
Tanggam Glu Gesel
• Dibuat dengan menyediakan tepi kedua
keping papan secara lurus dan bersegi tepat
dan diglukan.
• Proses dilakukan dengan bantuan apit panjang
bagi memastikan lekatan sempurna.
• Juga dibuat dengan menyambung beberapa
papan jalur supaya menjadi sekeping papan
yang lebar digunakan untuk membuat
permukaan meja, tempat duduk, pintu dan
lain-lain.
• Kayu yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu
dan lebih tebal daripada tebal yang
dikehendaki.
Tanggam Penetap
• Menyerupai tanggam temu tetapi bezanya
ialah papan-papan kecil dipasang penetap
(bukan glu) untuk tambah kekuatan
pegangannya.
• Penetap dipasang dengan menggerudi lubang-
lubang di tepi papan mengikut jarak
ditentukan diglu diapit.
• Panjang penetap berkesan hendaklah tidak
kurang daripada 6 kali diameternya supaya
dapat dimasukkan ke dalam tepi kedua-dua
keping papan.
• Papan yang sesuai tidak kurang daripada 12
mm tebalnya.
Tanggam Lidah dan Lurah
• Lazimnya digunakan dalam pembinaan lantai
papan, pelapisan dinding kayu dan panelan.
• Boleh dibuat sama ada dengan alat-alat
tangan atau mesin.
• Tiap keping papan dibuatkan lidah di satu tepi
dan lurah di tepi yang lain.
• Dipasang dengan diapit dan dipaku serong
bagi papan lantai dan pelapisan dinding.
• Bagi kerja perabot, tanggam ini boleh diglukan
supaya ia lebih tetap dan teguh.
Tanggam Tetingkat
• Tepi kedua-dua papan dibuatkan tingkat dan
dipasang dengan glu dan mengapit.
• Fungsi tingkat ini ialah menambahkan luas
permukaan yang diglukan
TANGGAM SIKU
• Tanggam ini dibuat pada dua permukaan kayu
yang bertemu secara bersudut tepat sama ada
pada penjuru ataupun pada pertengahannya.
• Contohnya ialah seperti dalam pembinaan
kotak, laci dan sebagainya.
Jenis-jenis Tanggam Siku:
• Tanggam Temu
• Tanggam Temu Tetingkat
• Tanggam Temu Tetingkat Lidah Berparit
• Tanggam Rencong Biasa
• Tanggam Bajang Tunggal
• Tanggam Bajang Biasa
• Tanggam Bajang Hujung Litup
Tanggam Temu
• Ia dikenali sebagai tanggam sudut tepi.
• Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu
secara bersudut tepat.
• Boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan.
• Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan
kotak atau peti biasa yang dibuat secara
cepat.
Tanggam Temu Tetingkat
• Ia dikenali sebagai tanggam penjuru hujung litup.
• Hujung salah satu keping kayu dikerat lurus dan
dimasukkan ke dalam tingkat melintang di keping
kayu yang kedua.
• Tetingkat ini menambahkan luas permukaan kayu
yang diglukan serta mengukuhkan kedudukan
apabila dipakukan.
• Seperti tanggam temu, tanggam ini juga
digunakan dalam pembuatan kotak, penjuru
perabot dan laci yang murah buatannya.
Tanggam Tetingkat Lidah Berparit
• Satu daripada hujung keping kayu dibuatkan
lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu
yang kedua pula dibuatkan parit untuk
menerima lidah tersebut.
• Dibandingkan dengan tanggam temu
tetingkat, tanggam ini adalah lebih kuat.
• Digunakan untuk membuat kotak, perabot
dan laci.
TANGGAM PEMIDANG
• Tanggam ini digunakan dalam pembinaan
rangka kayu yang berbentuk pemidang.
• Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya
dari tepi ke tepi.
• Contohnya ialah pada pintu
berpanel,pemidang gambar,meja,kerusi dan
lain lain lagi.
Tanggam Lekap
• Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua hujung
bahagian keping kayu yang akan dilekapkan.
• Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila
dilekapkan permukaannya berkeadaan rata.
• Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu
• 1 tanggam lekap siku atau pepenjuru
• 2 tanggam lekap penjuru rencong
• 3 tanggam lekap T
• 4 tanggam lekap bajang T
• 5 tanggam lekap palang
Tanggam Lekap Siku atau Pepenjuru
• Ia digunakan pada
sudut pemidang yang
kecil .
Tanggam Lekap Siku atau Pepenjuru

½ daripada
tebal kayu
Tanggam Lekap Penjuru Rencong
• Ia digunakan untuk membuat kumai seperti
pada rangka gambar dan sebagainya kerana
pelitupannya dapat melindungi ira hujung
kayu.
Tanggam Lekap Penjuru Rencong
Tanggam Lekap T
• Ia digunakan dalam pembinaan dimana pemidang
lintang bertemu dengan pemidang tegak secara
melintang dihujungnya hujungnya.
Tanggam Lekap T
Tanggam Lekap T (Buntu)
Tanggam Lekap Bajang T
• Ia adalah serupa
dengan lekap T tetapi ia
lebih kuat menahan
tarikan dari sebelah
luar.
Tanggam Lekap Bajang T

pin

soket
Tanggam Lekap Bajang T
Tanggam Lekap Palang
• Ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang.
TANGGAM KEKANG
• Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai
ganti bagi tanggam lubang dan puting.
• Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian,pin
dan soket (cabang).
• Pin dan soket ini dibuat 1/3 daripada tebal
kayu.
• Ada 3 bentuk tanggam kekang yang
digunakan.
Tanggam Kekang T
• Ia digunakan untuk
menggantikan tanggam
lubang dan puting biasa
pada pertemuan kedua-
dua bahagian kayu jauh
dari hujungnya.
Tanggam Kekang Penjuru
• Nama yang lain bagi
tanggam ini ialah
tangam lubang dan
puting terbuka.
• Ia digunakan pada
penjuru pemidang.
Tanggam Kekang Penjuru Rencong
• Cabang tanggam ini direncongkan pada
kedua-dua belah ataupun sebelah sahaja.
• Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih
kuat daripada tanggam lekap rencong
dikhendaki seperti pada pemidang kaca dan
sebagainya.
TANGGAM PENETAP
• Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan
dengan penetap.
• Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam
tepi kayu sedalam 3 kali diameternya.
• Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan
pemidang tegak kerusi dan meja.
• Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabut
yang dihasilkan secara pasangkan sendiri ( knock
down furniture )
Tanggam Lubang dan Puting

• Tanggam ini adalah tanggam yang paling kuat


dalam kategori tanggam pemidang.
• Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk dan
tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai fungsi
yang tertentu.
• Antara bentuk yang biasa digunakan ialah :
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
• Kedua-dua keping kayu yang akan disambungkan hendaklah
sama tebal.
• Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan
pemidang tegak.
• Bahagian puting dikerat pada hujung pemidang lintang dan
tebalnya ialah 1/3 daripada tebal kayu yang berkenaan.
• Lebar puting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya.
• Jika pemidang lintang tersebut terlalu lebar,maka eloklah
dibuat dua puting.
• Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting.
Sambung..

• Seberapa boleh,gunakan saiz pahat yang hampir


dengan saiz lubang apabila menebuk lubang.
• Tanggam ini boleh dipasakkan dengan
menembuskan muka pemidang tegak dan puting
untuk menguatkannya.
• Akan tetapi,kayu yang dipasakkan itu akan
mencacatkan rupa permukaan pemidang tegak
terutamanya jika tanggam ini digunakan untuk
membuat perabut.
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
lubang
1/3 tebal kayu

puting
Tanggam Lubang dan Puting Biasa

penetap
Tanggam Lubang dan Puting Biasa

BAJI
Tanggam Lubang dan Puting Biasa
Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang

• Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang


bertemu dengan pemidang tegak pada hujungnya
seperti pada kaki meja atau kerusi.
• Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal
puting.
• Fungsi janjang ini ialah untuk mengelakkan pemidang
lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh
jika pemidang tegak mengecut.
Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang

janjang
Tanggam Lubang dan Puting Berbahu Tinggi
Rendah

• Sebelah bahu puting dikerat panjang sedikit


untuk menerima tetingkat
Tanggam Lubang dan Puting Berbahu Sebelah

• Tanggam ini digunakan apabila lintang


pemidang lebih nipis daripada kayu pemidang
tegak seperti dalam pembinaan kaki meja
biasa.puting ini cuma mempunyai sebelah
bahu sahaja dan tebalnya ialah ½ tebal kayu
pemidang lintang.
Lain-lain tanggam lubang dan puting
• Tanggam lubang dan puting sanding
Lain-lain tanggam lubang dan puting
• Tanggam lubang dan puting kembar
TANGGAM MEMANJANG
• Digunakan apabila menyambung dua keping
kayu untuk menjadikannya lebih panjang
• Kerja ini biasanya dilakukan dalam pembinaan
bangunan
Jenis-jenis Tanggam Memanjang:
• Tanggam Skaf

• Tanggam Plat Sambut

• Tanggam Sambung Jari

• Tanggam Sambung Lekap


Tanggam Skaf
• Banyak diguna untuk memanjangkan kayu
tutup tiang,gulung –gulung dan gelegar
• Panjang tanggam skaf biasanya ditebuk 2
hingga 2/1/2 kali ukuran lebarnya.
• Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang –
menerima baji lipat dan diperkukuhkan
dengan memasang 3 @ 4 bolt bersama nat
Tanggam Plat Sambut
• Sebagai ganti kepada tanggam skaf, kedua-
dua keping kayu dikerat lurus pada hujungnya
• Disambung bersama 2 keping logam @ plat
kayu di kedua – dua belahnya dengan bolt dan
nat
• Panjang plat biasanya ialah 4 kali lebar kayu
yang berkenaan
Tanggam Sambung Jari
• Biasanya diguna pada kayu bersaiz kecil – kayu
yang diproses dengan mesin
• Panjang sambungan ini ialah 2 kali lebar kayu.
• Sambungan jari biasanya dilekatkan dengan
glu.
• Contoh tanggam ini boleh didapati pada kayu
susur tangan bagi sesebuah tangga.
Tanggam Sambung Lekap
• Pada hujung kedua-dua keping kayu dibuang
separuh tebalnya dan di lekapkan sepanjang 2
kali lebar kayu.
• Tanggam ini diguna dalam pembinaan perabot
– tidak boleh menerima tegangan yang
berlebihan
• Tanggam ini boleh diperkukuhkan dengan bolt
dan nat

You might also like