P. 1
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

|Views: 258|Likes:
Published by Norzulina Nordin

More info:

Published by: Norzulina Nordin on Mar 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/02/2014

pdf

text

original

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DASAR BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA PENGANTAR DALAM

PELAJARAN. PENYATA RAZAK Satu jawatankuasa ditubuhkan pada bulan September pada tahun 1955. Ia bertujuan untuk merangka satu dasar pelajaran kebangsaan yang munasabah dan dapat diterima oleh rakyat persekutuan tanah melayu (Penyata Razak, 1956, m/s 33). 2. Penyata Razak (Jawatankuasa Pelajaran 1956) juga memperakukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. “Oleh itu bahasa melayu mestilah dipelajaridi dalam semua sekolah dan kami cadangkan mengajar bahasa bahasa melayu kepada semua murid itu dijadikan syarat pertolongan yang di beri kerajaan kepada semua sekolah” ( Penyata Razak, 1956, m/s 4 ) 3. Tiga perkara penting yang di sampaikan dalam Penyata Razak. i. ii. iii. Bahasa Malaysia sebagai satu mata pelajaran yang mesti di pelajari. Semua murid di beri peluang belajar bahasa melayu. Semua sekolah yang ingin bantuan kerajaan mesti menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa yang mesti di pelajari. 4. Untuk melaksanakan tujuan ini, kerajaan telah melakukan beberapa langkah iaitu : i. ii. iii. iv. Menubuhkan maktab perguruan bahasa. Murid yang ingin memasuki sekolah menengah di syaratkan mempunyai pengetahuan bahasa Malaysia setaraf darjah III di sekolah melayu. Memberi galakan dan hadiah. Bahasa Malaysia sebagai mata pelajaran penting.

6. Mendirikan dewan bahasa dan pustaka. Sekolah yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di beri nama sekolah umum. . 5.v. sekolah yang menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di beri nama sekolah bukan jenis umum.

Mengeluarkan lebih banyak buku dalam bahasa melayu yang dikarang oleh pakar atau menterjemahkan kepada bahasa melayu ( Penyata Rahman Talib. m/s 30 ). Terdapat beberapa perkarapenting dalam Penyata Rahman Talib. 2. iii. Menggalakkan guru yang berkelayakan belajar bahasa kebangsaan untuk membolehkan mereka mengajar bahasa kebangsaan. m/s 57-58 ) Penyata Rahman Talib telah melangkah setapak lagi kehadapan dengan mencadangkan supaya semua sekolah jenis kebangsaan inggeris menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. 1960. ii. # Ia bertujuan untuk meninggikan taraf bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama ( Penyata Rahman Talib.PENYATA RAHMAN TALIB Penyata Rahman Talib juga dikenali sebagai Penyata Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960. antaranya : i. 1960. . Mewajibkan kelulusan baha melayu sebagai syarat bagi bakal guru pelatih untuk memasuki maktab.

sekolah rendah terbahagi kepada dua bahagian. Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa inggeris manakala bahasa melayu dijadikan sebagai mata . kemudahan untuk mempelajari bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh diadakan sekiranya terdapat lebih permohonan dari ibu bapa. Sekolah rendah kebangsaan. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Sekolah rendah ini mendapat bantuan penuh kerajaan. Sekolah rendah jenis kebangsaan tamil. ii. Sekolah rendah ini menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. namun bahasa inggeris merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib di pelajari. Walaubagaimanapun. SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN Sekolah rendah ini merupakan sekolah rendah bantuan penuh kerajaan. 1. SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN Sekolah rendah ini terbahagi kepada tiga bahagian. iaitu : i.SEKOLAH RENDAH SISTEM SEKOLAH RENDAH SELEPAS PENYATA RAZAK DAN RAHMAN TALIB. Selepas ke dua-dua penyata diluluskan. Sekolah rendah jenis kebangsaan inggeris. Penyata Razak dan Rahman Talib telah diberi penafsiran dalam Akta Pelajaran 1961 dan diluluskan sebagai Akta Parlimen nombor 43 tahun 1961 ( Akta Pelajaran 1961 ). 2. Sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Sekolah rendah jenis kebangsaan. iii. ii. iaitu : i.

Sekiranya terdapat permintaan dari ibu bapa. Bahasa melayu dan bahasa Inggeris merupakan di antara mata pelajaran wajib di sekolah ini. bahasa Cina dan Tamil boleh diajar di sekolah ini. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Sekolah ini mendapat bantuan penuh dari kerajaan untuk kanak-kanak yang berumur antara enam hingga sebelas tahun. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris turut menjadi mata pelajaran wajib di sekolah ini PERUBAHAN SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN INGGERIS KEPADA SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN. 3. Pada tahun 1975 sekolah rendah kebangsaan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar manakala sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa. . ii. Terdapat dua objektif penukaran. Punca berlakunya penukaran adalah disebabkan oleh penukaran bahasa pengantar secara perlahan kepada bahasa Malaysia. Cina. Sekolah ini menggunakan bahasa Cina sebagi bahasa pengantar. 2. 2. Bahasa Tamil merupakan bahasa pengantar bagi sekolah ini. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah ini juga merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan. Manakala pada tahun 1970 semua mata pelajaran telah menggunakan bahaasa melayu sebagai bahasa pengantar kecuali bahasa inggeris dan bahasa ibunda para pelajar. Membentuk satu system pendidikan nasional yang menggunakan sukatan pelajaran yang sama. 4. iaitu : i. 3.pelajaran wajibb bagi sekolah tersebut. Pada tahun 1968 lima mata pelajaran telah menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa wajib. Pelajar di sekolah ini berumur antara enam hingga sebelas tahun.

SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN. . Bahasa pengantar di sekolah ini beransur-ansur bertukar kepada bahasa melayu. SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN Sekolah ini turut mengalami perubahan sebagaimana yang telah berlaku kepada sekolah rendah jenis kebangsaan inggeris. semua pelajaran kecuali bahasa inggeris diajar dengan menggunakan bahasa melayu bagi murid-murid tingkatan satu. Pada tahun 1976. Sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid yang berumur antara 12 hingga 19 tahun belajar selama tujuh tahun dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.Tamil dan Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka. Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Mohd.Madya Dr. Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa melayu.Nik Safiah Karim 1981. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. Dr Nik Safiah Karim 1990. pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar pelajaran. Prof. Khusairi Haji Abdullah 1983. Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. . Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka.BIBLIOGRAFI Prof.

INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU OPSYEN: PPISMP PRASEKOLAH (BM) / PSV / PJ TAJUK: BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR NAMA GURU PELATIH: 1) NOR FARIDAH BINTI NORJAN (890606-06-5720) 2) NORZULINA BINTI NORDIN ( 890626-01-5624 ) NAMA PENSYARAH: EN.ABDULLAH BIN MOHD YASSIN. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->