You are on page 1of 3

Dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) ada diterangkan penggunaan Kaedah

Gabungan Bunyi Kata. Huraian dalam buku ini dipetik daripada esei “Berapakah Kaedah Mengajar
Murid-murid Membaca di Peringkat Awal” oleh Prof. Dr. Isahak Haron dalam majalah Dewan Bahasa
(Julai, 1980). Istilah yang digunakan dalam buku ini ialah “Pendekatan Bunyi Kata”. Istilah lain bagi
kaedah ini ialah Kaedah Fonik. Penjelasan di bawah ini berpandukan buku itu dengan sedikit ubah
suai.

Rasional kaedah ini ialah


1. Sistem ejaan bahasa Melayu sistematik dan fonemik.
2. Kebanyakan suku kata bahasa Melayu jelas dan mudah.
3. Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan kaedah ini telah diketahui maknanya oleh
kebanyakan murid.

Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan
huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu
atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta
faham apa-apa yang dibaca.

Tiap-tiap pelajaran memperkembang lagi kemahiran yang lalu. Guru boleh menggunakan bilangan
pelajaran yang sesuai mengikut keadaan murid-muridnya.

1. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan
pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang
bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa
perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.
2. Kemudian perkenalkan bunyi satu huruf konsonan. Dahulukan konsonan letupan yang dapat
membentuk perkataan yang bermakna seperti konsonan k yang dapat membentuk perkataan
“kaki” dan “kuku” atau konsonan b yang dapat membentuk perkataan “baba” dan “bubu”.
Lakukan latih tubi yang pelbagai agar murid dapat mengingat bunyi konsonan itu.
3. Gabungkan bunyi konsonan itu dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata ka, ki, ku.
Lakukan latih tubi sebutan suku kata ini dengan pelbagai teknik, termasuk teknik nyanyian.
4. Cantumkan suku kata-suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna seperti
ka + ki menjadi “kaki” dan ku + ku menjadi “kuku”.
5. Adakan permainan mencantum huruf menjadi suku kata dan mencantum suku kata menjadi
perkataan. Pelbagaikan jenis permainan agar murid berasa seronok belajar.
6. Sebagai peneguhan, adakan latih tubi menulis huruf, suku kata dan perkataan dengan pelbagai
cara. Pengajaran penulisan hendaklah berdasarkan peringkat-peringkat dan teknik yang betul,
termasuk penggunaan kertas bergaris dan alat tulis yang sesuai.
7. Dalam pelajaran kedua, ulang penggunaan vokal a, i, u dan perkenalkan satu atau dua
konsonan lagi. Gunakan pola pengajaran yang sama, tetapi dengan teknik yang pelbagai, iaitu
huruf g suku kata g perkataan g aktiviti penulisan. Sebagai contoh, suku kata dan perkataan yang
berikut dapat dibaca oleh murid setelah dua konsonan diperkenalkan:
ka ki g kaki
ku ku g kuku
ba ba g baba
bu bu g bubu
ba bi g babi
bi bi g bibi
bu ku g buku
u bi g ubi
i bu g ibu
a bu g abu
8. Buatkan ayat dan latih tubi murid membacanya. Contohnya: ibu baba, ibu abu, bubu abu, kuku
kaki abu.
9. Murid boleh melakukan aktiviti membina perkataan tambahan berdasarkan suku kata yang telah
dipelajari. Dalam pelajaran seterusnya guru dapat mencipta beberapa ayat lagi untuk dibaca
oleh murid. Contohnya: buku abu dan abu buka buku. Jika konsonan s telah diperkenalkan,

1
ayat “abu suka buku” dapat dicipta. Perkataan “abu” dapat digantikan dengan “baba”, “ibu” dan
lain-lain sebagai latih tubi.
10. Seterusnya, di samping mengulang bunyi vokal guru boleh memperkenalkan dua atau tiga
konsonan lagi seperti t, m, d. Ikuti pola penyampaian pelajaran yang lalu. Antara perkataan
yang dibina dan dibaca ialah dada, muda, uda, mata, mama, titi, tadi, madu. Dengan
menggunakan perkataan-perkataan ini dan perkataan yang terdahulu, lebih banyak frasa dan
ayat dapat dibina dan dibaca oleh murid.
11. Dalam pelajaran keenam, suku kata tertutup dapat diperkenalkan. Dengan ini lebih banyak
perkataan dan ayat dapat dibentuk, dibaca dan ditulis.
12. Dalam pelajaran ketujuh, guru boleh memperkenalkan konsonan r, p, n dan melaksanakan
pengajaran seperti pola pengajaran sebelumnya.
13. Dalam pelajaran kelapan guru boleh memperkenalkan bunyi vokal e dan o. Bina suku kata yang
menggunakan vokal o dahulu. Adakan latihan perbezaan bunyi e pepet dengan e taling dengan
pasangan perkataan seperti emak-esok, emas-ekor, beras-besok. Latihan membaca frasa dan
ayat seperti “kotak besar itu di situ”. Pelbagai permainan yang berkaitan dengan huruf, suku
kata dan perkataan diadakan.
14. Pelajaran seterusnya memperkembang kemahiran murid membunyikan huruf lain seperti l, g, h,
f, j, c, y, z, w, q, dan x.
15. Seterusnya perkenalkan bunyi gabungan ng, sy, gh dan ny dalam beberapa pelajaran.
16. Nama huruf diajarkan secara tidak langsung. Penggunaan papan tulis sangat penting. Huruf
besar disisipkan dari semasa ke semasa. Latihan mengeja dilakukan sebagai pengukuhan
setelah murid boleh membaca. Latihan menulis dianggap sebagai pengukuhan.

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 1983. Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Diubah suai.)

Latihan/Kemahiran Berfikir
1. Jika anda pernah menggunakan kaedah ini, ceritakan pengalaman anda itu.
2. Terangkan kelebihan/kekuatan dan kelemahan/keburukan kaedah ini.
3. Semasa di kelas prasekolah murid A diajar dengan kaedah abjad. Pada penggal kedua tahun 1,
selepas diadakan ujian saringan, A terpilih mengikuti program pemulihan khas. Apakah kaedah
bacaan yang akan anda gunakan untuk mengajarkan bacaan kepada A? Huraikan.

2
KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA (FONIK)

Aktiviti Penulisan

Ayat Membaca Ayat

Frasa Membaca Frasa

Perkataan Membatang Perkataan

Suku Kata Membatang Suku Kata

Huruf Menyebut Bunyi (Fonik)

Aktiviti Lisan

Rajah 1: Konsep Umum Kaedah Fonik

Prosedur Kaedah Fonik


SK Giok, Tamparuli, Sabah

Lihat P Huruf a [a]


E

Dengar N Suku Kata na + si


G
U Bentuk/
Faham Perkataan nasi
L Bunyi

A
Sebut Frasa makan nasi
(Baca) N
G

Bentuk A Ayat saya makan nasi


(Tulis) N

Rajah 2: Prosedur Kaedah Fonik

You might also like