You are on page 1of 9

Kemahiran Mengeja

Konsep kemahiran mengeja


• Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat
dengan kemahiran membaca perkataan.
• Ejaan adalah proses memilih serta
mengadunkan lambang- lambang untuk
melahirkan perkataan secara lisan dan
bertulis.
• Perkataan yang dipilih untuk pembelajaran ejaan
boleh diambil daripada buku teks, buku kerja, kad
ejaan, lembaran kerja dan yang berkaitan dengan
kemahiran bacaan dan kefahaman.
• Aktiviti ejaan dapat membantu kanak- kanak
meningkatkan dan menghafalkan bunyi perkataan.
• Kemahiran mengaitkan bunyi perkataan dengan
perkataan lain juga mengukuhkan kemahiran
membaca.(Kaedah P1 BM Raminah Hj Sabran,Rahim
Syam)
MASALAH DALAM KEMAHIRAN MENGEJA

• Tidak pasti dengan simbol huruf


• Tidak dapat membezakan huruf-huruf yang
mempunyai bentuk yang hampir sama.
• Sukar untuk membezakan huruf-huruf yang
mempunyai bunyi yang sama.
• Keliru dengan nama-nama yang mempunyai
bentuk hampir sama.
• Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil
kerana bentuknya berubah.
• Gagal menghubungkan bunyi dengan simbol
• Tidak dapat membatangkan suku kata terbuka dan tertutup.
• Keliru dengan bunyi suku kata yang melibatkan e taling dan e
pepet.
• Tidak dapat membunyikan suku kata atau perkataan dengan
betul setelah mengeja.
• Tidak boleh membatang perkataan yang mempunyai banyak
suku kata.
• Keliru dengan perkataan yang mempunyai diftong.
• Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan
• Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk
menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah
terhad.
• Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam
proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan
membaca.
• Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-
masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam
mengenal pasti huruf-huruf seperti;
• m – w                  y –g – j      u – n           m – n
c – e                     p – q           h – n           b – d
• Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan
huruf seperti
• t – h           f – v
CARA MENGATASI MASALAH EJAAN

Kemahiran mengeja biasanya diukur dengan menggunakan tugasan mengeja


perkataan-perkataan tunggal yang terdiri daripada pelbagai tahap kesukaran.

1. Membina perkataan berirama (pangkal, tengah atau hujung)


2. Melengkapkan perkataan.
3. Membina perkataan menggunakan huruf-huruf.
4. Mengajar huruf yang mempunyai bunyi atau bentuk yang hampir sama pada
masa yang berbeza.

Contoh :
b–d
m- n
p –q
Jadual 1: Kesilapan murid semasa mengeja
dan menulis
Gambar diberikan Murid-murid mengeja dan menulis
Baju baja
Tali Lili
Guli Juli
Dadu DaDu, badu
Dagu Bugu
Kuda Duda

You might also like