You are on page 1of 7

Kesan Rumah Hijau

  CikguPA on Sat Aug 08, 2009 6:34 pm

Konsep

Terjadi apabila bahan-bahan pencemar terutamanya karbon dioksida, metana


dan hidrokarbon-hidrokarbon yang lain membentuk satu kubah/lapisan yang
menyelimuti atmosfera. Lapisan bahan pencemar tersebut bertindak
membenarkan bahangan matahari masuk menembusinya tetapi menghalang
pembebasan keluar. Kesannya tenaga haba terperangkap dan berkitar pada
ruang udara yang sama. Ini akan meningkatkan suhu sekitar.

CikguPA

Posts: 339
Join date: 2008-11-26
Age: 42
Location: bbb







Re: Kesan Rumah Hijau


  CikguPA on Sat Aug 08, 2009 7:19 pm

Gas rumah hijau adalah kumpulan gas yang menghalang dan


memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa lepas. Sifat
kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari masuk
menembusinya ke bumi tetapi menghalang pembebasan semula bahangan
bumi ke atmosfera. Kesannya bumi menjadi semakin panas. Contoh gas
rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon
(CFC, metana, nitrigen oksida dan lain-lain.

CikguPA

Posts: 339
Join date: 2008-11-26
Age: 42
Location: bbb







Re: Kesan Rumah Hijau


  CikguPA on Sun Aug 09, 2009 11:14 am

Punca-punca

1. Perindustrian - Industri yang membebaskan CFC dan halon seperti


industri pendingin udara, keluaran foam, aerosol dan kimia.
2. Ujian nuklear - pelancaran peluru berpandu oleh USA dan Rusia
telah mewujudkan lubang ozon di benua Antartika. Kini, saiznya
adalah dua kali ganda benua Eropah.
3. Kenderaan yang menggunakan petrol sebagai bahan bakar
terutamanya di kawasan bandar besar.
4. Penebangan hutan secara berleluasa menyebabkan imbangan gas
karbon dioksida dan oksigen tidak seimbang.
5. Kebakaran hutan, pembakaran terbuka, penggunaan aerosol dan
semburan racun serangga, penggunaan alat pencegah kebakaran
dalam latihan, pengujian atau semasa kebakaran boleh
mengeluarkan halon.

CikguPA

Posts: 339
Join date: 2008-11-26
Age: 42
Location: bbb







Re: Kesan Rumah Hijau


  CikguPA on Sun Aug 09, 2009 11:20
am

Kesan-kesan akibat fenomena rumah hijau

1. Peningkatan suhu secara global- pada skala mikro boleh


menyebabkan kejadia pulau haba.
2. Mengurangkan kelembapan udara- kaeadan kering
menyebabkan wap air kurang dalam atmosfera dan seterusnya
meningkatkan kandungan partikulat terampai(habuk, debu).
3. Mendorong meningkatkan fenomena el-nino.

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi
berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu
malam.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan
hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan
untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.

Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku.
Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air
laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian
bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah
kehilangan nyawa dan kecederaan.

Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah
penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).

Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain
daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan
kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

Mari kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan berlakunya
pemanasan global ini.

Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan

1) JEREBU
Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain
yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu
ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan
manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.

Penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia

2) PENIPISAN LAPISAN OZON

Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas
CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC
dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen.
Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran
ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia
seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.

Suhu bumi akan meningkat

3) KESAN RUMAH HIJAU


Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam
lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba
dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi
semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti
karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.

Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya.

4) PULAU HABA BANDAR

Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu
yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila
pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat
oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera
itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.

Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia.

5) HUJAN ASID

Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi
gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara
membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid.
Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan
mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.

Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang

6) KEMARAU

Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-
tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara.
Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.

Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya
peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang menunjukkan suhu bumi yang
semakin meingkat dengan cepat dari tahun ke tahun.

Trend kenaikan suhu membimbangkan kita terhadap isu pemanasan global

Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara
kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah
tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya peningkatan suhu ini.

You might also like