You are on page 1of 4

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan
sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan
pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan
tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini
menyebut, “Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya
pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan
pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. “ Perkembangan Pendidikan Khas
mengikut jenis adalah seperti berikut: Pendidikan Masalah Penglihatan
1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan
Gurney – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah
rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah
rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk
mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai
sekolah bertaraf penuh
1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi
tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,
Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya
buku teks dan penyenggaraan alatan braille
Pendidikan Masalah Pendengaran
1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954 Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah),
Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat
Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab
perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk
menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian
pendidikan
1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran
dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan
Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian
Pendidikan
1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian
Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia
Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan
Vokasional dan Teknikal
1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
Program Percantuman/Inklusif
1962 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran
1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di
Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur
1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di
seluruh negara
1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

 Sejarah
Pada bulan Julai 1998, 2 orang guru Pendidikan Khas telah ditempatkan di SMK Bukit Jana,
sebagai persediaan untuk membuka kelas KKBP. Pada tanggal 4 Januari 1999, terciptalah
sejarah sekolah menengah yang pertama di Daerah Larut matang dan Selama yang mewujudkan
Intergrasi Kelas Percantuman Bermasalah Pembelajaran (KKBP). Dengan bilangan guru seramai
3 orang, dan pelajarnya seramai 11 orang KKBP berjalan seperti sekolah-sekolah yanglain. Pada
April 1999, sekolah ini mendapat seorang guru lagi. Jumlah tersebut kekal hingga ke akhir tahun.
Pada tahun 2000 bilangan pelajar bertambah menjadi 19 orang dan bilangan guru seramai 6
orang.
 Falsafah pendidikan Khas
Falsafah pendidikan khas mempunyai matlamat yang sama dengan pendidikan biasa dan
melibuti semua aspek pendidikan . Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kana dengan
keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan,
boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh
menyesuaikan diri dalam masyarakat.
 Misi pendidikan Khas
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar dengan keperluan khas untuk
menjadikan mereka insan yang dapat berdikiri, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan
bakti kepada masyarakat dan negara.
 Objektif Kelas pendidikan Khas

 Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk pelajar-pelajar pendidikan khas


 Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan
khas.
 Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
 Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam pendidikan khas

 Matlamat Penubuhan kelas Pendidikan Khas


Penubuhan kelas khas adalah bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak yang mempunyai
masalah pembelajaran mengamalkan kelaziman seperti juga kanak-kanak biasa.

 Membolehkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat tempat yang sama dalam


pendidikan
 Menempatkan kanak-kanak tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek dari awal.
 Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan
 Menggalakkan penyertaan aktiviti-aktiviti harian yang tidak terhad
 Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang biasa

 Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran


Kementerian Pendidikan. Mendifinasikan Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah
merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal
sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami
boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut.

i. Kebolehan kognitif
ii. Tingkahlaku sosial / Perkembangan Sosial
iii. Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
iv. Penguasaan membaca
v. Kemahiran perkembangan (Developmental skills)
vi. Kemahiran Matematik
vii. Daya penglihatan
viii. Darjah kebolehan pendengaran

 Kurikulum

 Bidang Komunikasi
-Bahasa melayu
-Bahasa Inggeris
-Matematik
 Bidang Sosial dan Persekitaran
 Bidang Kemahiran Hidup
- Pertanian
- bengkel
-Masakan
- Jahitan
 Bidang Rekrasi dan Daya Kreatif
-pendidikan Jasmani
-Pendidikan seni
-Pendidikan Muzik
 Bidang Nilai dan kerohanian
-Pendidikan Agama Islam
-pendidikan Moral

You might also like