You are on page 1of 8

BAB 1

PENGENALAN

Tulisan jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu
dipertahan dan dipelihara.Pada satu ketika dulu,tulisan jawi menjadi antara medium
bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara.Selain sebagai medium
pemyampaian ilmu,tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian
seperti jual beli,undang-undang,politik dan perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan
surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi,penemuan batu-batu
bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu,Kanun Undang-Undang Negeri
seperti Hukum 44 di Kedah,Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang
dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama 1.

Tulisan jawi merupakan warisan peradaban Melayu yang telah diadaptasi


daripada abjad-abjad Arab dan disesuaikan dengan sebutan di dalam bahasa
Melayu.Hasilnya,tulisan jawi berkembang pesat di alam Melayu selaras dengan
perkembangan agama Islam dan seterusnya menjadi satu alat merakamkan segala
aktiviti pentadbiran,keagamaan,kesusasteraan, dan sebagainya.Sejarah tulisan jawi
telah hampir 700 tahun lamanya bertapak di hati orang-orang Melayu.Dalam dua abad
kebelakangan ini tulisan jawi sudah berkembang pesat seiring dengan perkembangan
agama Islam dan bangsa Melayu. Walau bagaimanapun , zaman kegemilaaaangan
tulisan Jawi di Kepulauan Melayu tidak kekal lama.Hal ini kerana, selepas kedatangan
penjajah Eropah ke Tanah Melayu mereka mula menubuhkan sekolah-sekolah Melayu
dengan memperkenalkan tulisan rumi. 2

1
. Hj Ahmad Fauzi Hj Murad,Ahmad Tarmizi Talib ( 1997 )Tamadun Islam,penerbit Universiti Putra
Malaysia Serdang.
2
. Harun Aminurashid (1996),Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu,Singapura: Pustaka Melayu
Malaysia Press Limited, hal 154.
Pada awal kemerdekaan Tanah Melayu,tulisan Jawi masih lagi banyak digunakan
oleh orang Melayu sama ada untuk urusan harian mahupun untuk proses pembelajaran
dan pengajaran.Ianya masih digunakan di sekolah-sekolah dan majority orang Melayu
menguasai tulisan tersebut. Namun dengan perubahan masa dan dasar-dasar yang
diperkenalkan oleh kerajaan yang memerintah, penguasaan tulisan jawi dalam kalangan
orang Melayu terutamanya generasi muda makin terhakis.Mata pelajaran jawi hanya
menjadi mata pelajaran sampingan dan hanya para pelajar aliran agama sahaja yang
menggunakannya.Itupun dalam mata pelajaran yang berkait dengan agama Islam sahaja.
Keadaan ini telah menyebabkan kemahiran Jawi dalam kalangan orang Melayu Islam
kian terpinggir.

Ekoran daripada itu,tulisan Jawi mulai tergugat dan tidak mendapat perhatian
serta penggunaan yang sewajarnya dalam kalangan masyarakat.Selain itu punca-punca
kemalapannya juga adalah disebabkan oleh kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam
sistem ejaan tulisan Jawi itu sendiri yang dilihat mempunyai kekurangan dari sudut
huruf-huruf saksi atau vokal bagi melambangkan bunyi bahasa Melayu.Tetapi jika
diteliti hanya 60 patah perkataan sahaja yang terdapat kelemahan itupun adalah
bertujuan untuk mengekalkan dan memelihara warisan lama. 3

Kebelakangan ini,kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan


jawi agak berkurangan.Sebagai bukti,Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan
sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri.Namun
begitu,tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian
besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus diterbitkan namun bukan
lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan bersama Utusan
Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi
digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan satu ketika
Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan
tulisan jawi semakin hilang daripada masyarakat Melayu di Malaysia.

Namun begitu tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan
pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan
Islam dalam tulisan Jawi.Selain daripada itu,usaha bekas Perdana Menteri yang kelima
3
. Hamdan Haji Abdul Rahman ( 1984)”.Tulisan Jawi dan Perananya di Dalam Kebudayaan Melayu”,
( Bengkel Islam,Bahasa Persuratan Melayu,25 Mac 1984) hal 13.
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah
rendah bermula pada tahun 2005 seolah-olah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi
menyerlahkan semula kegemilangan tulisan jawi pada satu ketika dahulu.

Selain dari itu,kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang disusun secara teratur
oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun.Wujudnya
Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi
usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi.Diharapkan dengan usaha jitu
daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu
medium penyampaian ilmu pengetahuan.

Justeru itu,bagi memastikan warisan tulisan ini tidak terkubur,suatu usaha


yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan
tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata
nusantara.Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru,perlu ada kajian yang
mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan menghilangkan
minat untuk belajar tulisan jawi.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa Pendidikan Islam diajar


melalui pelbagai cara dengan menggunakan buku-buku atau teks yang ditulis dalam
tulisan jawi. Tulisan Jawi ialah hasil daripada pengubahsuaian dan penambahan huruf-
huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran.Salah satu perkara yang berkaitan dengan agama Islam
yang dipelajari oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah ialah tulisan jawi.Ianya
merupakan aspek kompenan yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan
Islam.Aspek asas Jawi membolehkan murid-murid mengecam dan membunyikan huruf
Jawi iaitu pergerakan mata dan tangan mengikut bentuk huruf jawi serta membaca
sukukata dan perkataan mudah.Melalui tulisan Jawi juga penerapan nilai-nilai Islam
dapat diperteguhkan.Hal ini disebabkan tulisan Jawi merupakan pendekatan yang
paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan
masyarakat selaras dengan kehendak ‘ Falsafah Pendidikan Negara’.
Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-kraf yang lain.Sebagai suatu
hasil kraf dan seni,kemahiran menulis mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul di
peringkat awal lagi.Oleh itu menulis jawi memerlukan latihan dan bimbingan yang
bersistematik.Faktor-faktor di atas akan menentukan kebolehan dan keupayaan murid-
murid menulis Jawi.Peringkat menulis Jawi sama seperti menulis Rumi yang
mempunyai perbezaan dari segi arah tulisan dan bentuk serta kaedah menyambungkan
huruf menjadi suku kata atau perkataan.Pengajaran menulis memerlukan perancangan
dan ketelitian yang rapi. ( Hamdan Abdul Rahman ,1999 )

Di sinilah peranan guru amat penting di dalam memberi penekanan latihan dan
latihtubi serta tumpuan kepada psikomotor.Sementara teori mentalisme lebih sesuai
diajukan kepada murid-murid yang mempunyai daya kemahiran mengenal dan
mengecam huruf-huruf Jawi.Guru seharusnya dapat menyesuaikan kaedah dan
pendekatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi berdasarkan
kebolehan murid-murid dan tidak mengelirukan murid dengan kaedah tulisan
Jawi.Kekerapan latihan menulis yang terancang akan membantu murid-murid
menguasai kemahiran menulis Jawi dengan baik.Guru haruslah menyediakan lembaran
kerja dan pendekatan serta teknik yang pelbagai dan menyeronokkan untuk memberi
tumpuan dan perhatian yang lebih terhadap penguasaan kemahiran menulis jawi.

Ketika pengkaji mengajar pelajaran jawi, pengkaji mempamerkan carta


perkataan suku kata terbuka di papan hitam,Murid-murid membaca carta tersebut secara
kelas dan kumpulan.Murid-murid mengikut bacaan guru.Ketika membaca,semua murid
mengikut bacaan tersebut dengan tekun, pengkaji mendapati beberapa orang murid
hanya menggerakkan-gerakkan mulutnya sahaja tetapi tidak menyebutnya dengan betul.

Setelah diselidiki didapati seramai sepuluh orang murid gagal membaca carta
tersebut.Ini kerana mereka tidak dapat membunyikan suku kata dari perkataan
tersebut.Pengkaji memberikan latih tubi kepada murid-murid tersebut tetapi masih
gagal. Pengkaji berpendapat mereka ini lemah dalam penguasaan kemahiran membaca
dan menulis jawi. Jika murid seperti ini tidak diberikan perhatian sudah tentulah mereka
ini berterusan tidak dapat membaca dan menulis jawi .Justeru itu pengkaji ingin
membuat kajian mengenai perkara ini agar murid –murid ini tidak berterusan
berkeadaan seperti demikian.
1.2 PERSOALAN KAJIAN

1,2,1 Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku dalam kalangan
murid murid tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat.Kajian ini akan
cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran menulis jawi daripada beberapa sudut
yang berbeza.Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara
kemahiran dan penguasaan murid di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan
sosioekonomi setempat.Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina akan
cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan.

1.2.2. Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar dalam
fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan murid dalam sesuatu
matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau
minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa murid berada di tahap
lebih bawah lagi.Justeru dengan menggunakan instrumen temubual dan soal
selidik,kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik
bagaimana membina minat dan kecenderungan dalam sesuatu matapelajaran khususnya
tulisan jawi dan pendidikan Islam secara keseluruhannya.

1.2.3 Kajian ini juga untuk mengetahui apakah bentuk-bentuk huruf yang tidak dapat
dikuasai oleh murid.

Justeru itu pada akhir kajian ini kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan
persoalan kajian yang diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini
dilaksanakan

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Umum:

Untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis jawi murid tahun tiga di samping
meningkatkan kemahiran membaca jawi.

1.3.2 Khusus:

Pengkaji berharap melalui kajian ini pengkaji akan dapat:


a. Mengenalpasti punca kelemahan atau kesukaran murid-murid menguasai
kemahiran menulis jawi
b. Mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai yang boleh membantu murid-
murid menguasai kemahiran ini.
c. Mengenalpasti bentuk huruf-huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai dan ditulis
dengan baik oleh murid-murid.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab.Antaranya ialah:

1.4.1 Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaranya


latarbelakang murid dan keluarga dan pencapaian semasa murid.Ini
memudahkan guru-guru pendidikan Islam untuk lebih memahami
masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi
masalah tersebut.

1.4.2 Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah,sederhana


dan baik.Bagi murid yang lemah data sedia ada dapat membantu guru
bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap murid apabila
berada di dalam kelas pemulihan dan di Kem Celik Jawi manakala bagi
murid yang tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru
untuk membuat aktiviti tambahan dan pengayaan yang sesuai dengan
aras pencapaian murid tersebut.
1.4.3 Dapat mengenalpasti bagaimana kecenderungan murid terhadap tulisan
jawi.Ini amat penting supaya aktiviti Jawi boleh disemarakkan dengan
memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap
tulisan jawi.

1.4.4 Dapat merungkai hubungan antara prestasi murid dengan latarbelakang


sosiobudaya dan sosioekonomi,perkaitan antara prestasi cemerdengan
guru yang baik dan merungkai hubungan dan perkaitan antara minat dan
kecenderungan murid dengan prestasi semasa murid.

1.5 BATASAN KAJIAN


Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan murid terhadap kemahiran menulis
jawi dalam kalangan murid tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat
kerana mudah bagi pengkaji membuat kajian untuk mendapatkan maklumat kerana
dalam mata pelajaran pendidikan Islam termasuk Jawi kesemua kelas telah di ajar oleh
pengkaji .Pengkaji akan menjalankan kajian .kemahiran menulis huruf tunggal,menulis
sukukata terbuka dan tertutup,kemahiran membina dan menulis perkataan yang terdiri
daripada suku kata terbuka dan tertutup.Kajian ini berfokuskan murid-murid yang
lemah menulis jawi di dalam setiap kelas yang bilangannya seramai 20 orang .Kesemua
murid ini diwajibkan memasuki kelas pemulihan jawi yang diadakan sama ada dalam
waktu pengajaran atau diluar waktu pengajaran.Kesemua murid-murid ini akan di nilai
tahap penguasaan mereka dengan menggunakan borang penilaian kemahiran Kem
Pemulihan Jawi.

1.5.1 Strategi Perlaksanaan

a. Aktiviti ini di laksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

b. Aktiviiti ini ditekankan dalam kelas pemulihan jawi di sekolah.

c. Semua murid akan di bahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan


mengandungi lima orang ahli.

d. Semua murid akan disediakan Rekod Kemajuan yang dijadikan sebagai laporan
prestasi individu.

You might also like