P. 1
ucapan hari guru

ucapan hari guru

|Views: 179|Likes:

More info:

Published by: Siti Radhiah Shamsudin on Mar 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2013

pdf

text

original

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

1

1.0

PENGENALAN Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa 1.1 Definisi dan Konsep keguruan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru. . Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri. Di sini maksud Etika membawa maksud : 1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) 2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

2

3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. 4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. 1.2 Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional 1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. 2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. 1.3 Etika Perguruan Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Kepentingan Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

3

lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan negara bangsa.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

4

1.4

Konsep Negara bangsa

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut: “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta

menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompokkelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Menurut

kamus

dewan

edisi

ketiga

pembinaan

bermaksud

pembangunan, negara bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan dan bangsa pula bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Oleh itu, pembinaan negara bangsa bermaksud pembangunan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara. Negara berbilang kaum dan agama pula bermaksud sesebuah kerajaan yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa dan kepercayaan. Manakala perkongsian nilai memberi maksud hidup bersama-sama dalam suatu sifat ketinggian pemikiran kemasyarakatan. merujuk kepada Semangat patriotisme pula perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

5

Keseluruhannya, frasa tersebut bermaksud pembangunan sesebuah masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa, hidup bersama-sama dalam suatu ketinggian sifat serta perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air bagi memajukan negara Malaysia yang tercinta. Teras strategik PIPP yang pertama ialah membina Negara Bangsa. Dalam usaha itu, kementerian berhasrat untuk membangunkan warganegara daripada awal persekolahan dengan ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Glokal di sini adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini. Masyarakat Glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah Masyarakat yang berakar nasional dan berakal internasional. Jelas sekali teras strategik PIPP yang pertama adalah usaha menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dan sayangkan tanah air. Pembinaan negara bangsa adalah satu elemen amat penting dalam kejayaan negara. Fokus kementerian dalam membina negara bangsa mencakupi usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Akhir sekali ialah memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan. Ternyata semua tanggungjawab bagi mencapai kejayaan objektif PIPP yang pertama ini tergalas di bahu seorang guru. Tentunya guru-guru perlu mempunyai semangat yang luar biasa di samping mempunyai ciri-ciri dalaman keperibadian yang unggul sebelum mendidik keperibadian anak murid bagi pembinaan negara bangsa.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

6

Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun kedua ke arah mencapai wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu ingin mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan kebudayaan. Malaysia juga berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat (1991), berhasrat menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilainilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. Justeru, dalam usaha untuk mencapai wawasan membina negara bangsa semua pihak harus bersatu padu dan bekerjasama. ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar dengan ciri-

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

7

2.0

Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan etika agama dan nilai. Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘ first and foremost’ dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

8

2.1

Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai

Hari ini masalah nilai menjadi krisis sejagat dan global. Tanpa bimbingan dan asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin sekolah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al –Quran dan As-sunnah. Terlalu banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam ilmu wahyu. Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal, maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan agama dan wahyu. Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan, maka tugas itu akan menjadi mudah dan memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan. 2.2 Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku

Antara matlamat pendidikan ialah untuk mendidik pelajar supaya memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

9

berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan, tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan. Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. 2.3 Pemantapan akidah teras perubahan dan kemajuan

Fitrah atau tabii manusia sentiasa inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. Justeru, matlamat pendidikan ialah untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan sikap yang baik dan positif. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, kita terlalu bersifat akademik, mekanistik dan materialistik sehingga kadang kala melahirkan pelajar yang begitu jauh daripada pencipta. Lama kelamaan akan tiba keadaan kepercayaan kepada Tuhan semakin luntur. Dengan perkataan lain akidah hendaklah selari dengan peningkatan pendidikan. Sebenarnya kita memerlukan pendidikan bersepadu iaitu di samping peningkatan dalam kecemerlangan pendidikan,pemantapan akidah perlu berlaku pada masa yang sama. Hasrat ini hanya dapat dilaksanakan menerusi peranan hakiki guru. Maksudnya etika keguruan ( tugas hakiki guru ) menuntut guru memantapkan akidah pelajar selari dengan peningkatan pencapaian kecemerlangan akademik.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

10

2.4

Pembangunan insan asas kualiti hidup Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia

dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap. Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yang dianugerah Allah SWT. Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya ia akan berminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga yang akan digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru yang mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

11

3.0

Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional. Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa, pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ). Seorang ahli akademik , Monique Jerome Forget, pernah menulis dalam artikelnya Investing in Human Capital ( Policy Options ) mengenai peri pentingnya modal insan sebagai elemen teras pembangunan negara kerana kegagalan menjana modal insan boleh merencatkan banyak lagi potensi pertumbuhan yang mampu dicapai sesebuah negara. Dengan perkataan lain, hidup mati sesebuah negara sememangnya bergantung kepada modal insannya. Sejauh mana kejayaan kita membina generasi yang berminda kritis, berjiwa penyelidikan dan pembangunan, berani mencuba sesuatu yang baru, kreatif dan inovatif serta memiliki kualiti peribadi yang unggul menjadi faktor penentu sama ada negara mampu bersaing dengan negara lain atau tidak. Tanpa modal insan yang mantap

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

12

lagi padu, bukan saja bangsa menjadi mundur, malah sesebuah tamadun mungkin mengalami kemerosotan daya saing yang total. Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti disarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik . Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-besaran dalam bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada negara dalam jangka panjang. Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan. Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin sempurna jika tidak ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu, konsep pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian. Dalam kata lain, seorang guru itu haruslah memiliki nilai dan etika keguruan yang selaras dan menjurus kepada nilai-nilai keagamaan yang teguh dalam proses pembinaan negara bangsa . Memandangkan bidang pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan bertaraf dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri pendidik yang terbaik yang dapat membantu proses pembinaan negara bangsa yang cemerlang. Seorang guru juga haruslah mempunyai ciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

13

yang baik, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat (Abd. Rahim, 2005). Kesemua ciri ini amat penting bagi melayakkan seseorang menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan berketrampilan bagi menjayakan proses pembinaan negara bangsa. 3.1 Ciri-ciri kualiti diri seorang guru dalam proses pembinaan negara bangsa personal merujuk kepada kualiti diri seperti sahsiah, tingkah laku, kekemasan, keceriaan, ketrampilan diri, kematangan, kewibawaan guru dan sebagainya. Guru-guru mestilah sentiasa berpakaian kemas, sopan, berwajah manis, ceria, mesra, berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku yang baik bukan sahaja di sekolah bahkan di mana sahaja mereka berada. Mahu atau tidak, guru sentiasa menjadi tatapan dan perhatian umum dari hujung kaki hingga ke hujung rambutnya. Apa saja yang dipakai, diperkatakan, dilakukan atau ke mana saja guru pergi, mereka tetap akan menjadi perhatian masyarakat. Guru juga menjadi role model kepada murid-murid. Konsep kepimpinan melalui teladan sering dikaitkan dengan profesion perguruan. Ini bermakna guru-guru perlu menunjukkan teladan yang baik dan boleh dicontohi serta bebas daripada sifat-sifat yang tidak baik. Ciri-ciri personal yang ditunjukkan oleh para guru akan menjadi ikutan yang baik kepada pelajar masyarakat. Selain itu, para guru juga mestilah mempunyai ciri-ciri interpersonal yang baik. Ciri-ciri interpersonal merujuk kepada kemahiran berhubung, berkomunikasi, menangani masalah, menyesuaikan diri dan sebagainya. Guru-guru perlu mengelakkan komunikasi sehala sehingga pelajar berasa bosan terhadap pengajarannya. Guru tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga tidak mengambil peduli sama ada pengajarannya dapat diterima atau tidak oleh pelajar dan mengambil sikap endah tidak endah terhadap tahap kefahaman dan penerimaan mereka. Seorang guru yang dan dipandang tinggi oleh

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

14

baik akan cuba mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajarnya, sama ada meminta pendapat atau bertanyakan soalan yang berkaitan. Guru juga harus peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya. Jika ada yang berangan atau mengantuk, guru perlulah mengajukan soalan atau meminta pandangan daripada pelajar tersebut. Guru perlu memanggil nama pelajar dengan baik,mengucapkan terima kasih di atas jawapan dan pendapat yang diberi. Bukan itu sahaja, para guru juga perlu menunjukkan sifat prihatin dan menghormati para pelajarnya dan tidak sesekali mengherdik atau menghina pelajar yang dianggap nakal di hadapan kawan-kawan mereka. Seorang guru memang perlu bersikap tegas untuk mengawal murid-muridnya, namun janganlah memarahi pelajar dengan kata-kata kesat atau membebel sehingga berjam-jam lamanya. Perlu diingat bahawa tenaga yang dikeluarkan daripada katakata yang kesat hanya akan memberikan impak yang lebih negative berbanding positif, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi (Nur Faizah,2006). Ciri yang seterusnya ialah ciri profesional. Ciri profesionalisme keguruan merangkumi kemahiran mengajar, kecekapan dan kewibawaan seorang guru, pengetahuan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru perlu menunjukkan kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang guru juga mereka bebas membuat keputusan namun ia perlulah mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Membuat keputusan yang rasional adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru-guru bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar dan masyarakatnya. Pendekatan ini memerlukan kesabaran, pengetahuan dan kemahiran yang dipupuk dari masa ke semasa dan guru juga haruslah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan, tetapi sentiasa belajar dari kesilapan (Nur Faizah,2006). Selain itu, guru-guru juga mestilah memiliki ciri intelektual di mana ciri ini dapat menunjukkan kebolehan akademik, minat terhadap hal-hal

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

15

intelektual, bijak merancang dan sebagainya. Guru perlu menjadikan suka membaca sebagai satu amalan dan sentiasa memastikan diri mereka mempunyai pemikiran yang segar, berkembang dan kesungguhan kendiri dengan minda yang sihat dan terbuka serta melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang menyeluruh (Khairulniza, 2007). Pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajar boleh diperbaiki melalui proses pembacaan. Ia juga dapat mengelakkan guru kekeringan idea ketika menyampaikan ilmu kepada murid. Ilmu yang meluas amat diperlukan oleh pelajar untuk perkembangan minda dan pemikirannya supaya sentiasa bersikap terbuka dan positif. Seterusnya ialah guru mestilah berkemahiran dalam pengurusan. Selain daripada mengajar, para guru sepatutnya mempunyai kemahiran merancang, sebagainya. Dalam pengurusan berkualiti, penekanan haruslah ditumpukan kepada kualiti pengetahuan yang dapat membina dan membentuk pelajar mengembangkan potensi mereka untuk mencapai perubahan dan kemajuan. Guru-guru juga perlu menguasai kemahiran dalam pengurusan murid dan tingkah lakunya. Hal ini kerana banyak tugas yang perlu dilakukan oleh guru di sekolah nanti seperti mengurus murid, disiplin, rekod dan profil murid, mengurus bilik darjah, pengetahuan kaunseling, menjalankan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya. Ciri lain yang perlu ada pada setiap guru ialah kreatif dan inovatif. Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru mengadaptasikan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka sebagai guru yang cemerlang dan disukai pelajar. Guru yang mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi guru yang tidak efektif dan tidak sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada masa berorganisasi, pemantauan, pengurusan kualiti dan

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

16

kini. Guru-guru juga perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan lagi diri guru dengan para pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Ciri yang ketujuh ialah menguasai ilmu pedagogi. Ilmu pedagogi meliputi pengetahuan tentang pendidikan dan teori serta amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran mikro dan latihan mengajar yang lebih komprehensif bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru untuk melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan cara, kaedah, teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika guru masih menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah tidak mustahil sekiranya masalah malas belajar, ponteng sekolah, kurang minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan (Mohd Izranuddin, 2006). Ciri yang kelapan ialah mengaplikasikan teori kepada amalan. Ia menunjukkan kecekapan seseorang guru untuk mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari kepada amalan. Potensi yang ada pada guru haruslah digunakan sepenuhnya. Teori yang diperolehi dan dipelajari di dalam kuliah serta ilmu yang didapati melalui kursus dalam perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar penyelidikan dan sebagainya harus dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar iaitu di bilik darjah secara kreatif dan inovatif (Mohd Izranuddin, 2006). Pengetahuan ini juga akan dapat membantu para guru menyelesaikan masalah pembelajaran dan membentuk seseorang guru menjadi lebih berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka. Ciri yang terakhir ialah pembelajaran sepanjang hayat. Profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu memerlukan guru memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

17

pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil usaha menambahbaikan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat memperbaiki banyak kelemahan dan menambah “resepi” dalam pengajarannya agar lebih baik dan menarik.

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

18

4.0

KESIMPULAN Pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan Negara Bangsa

terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal pelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi. Usaha perlu diteruskan untuk memperkukuh perkongsian nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum etnik di sekolah. Di sinilah peranan dan tanggungjawab guru memainkan peranan. Walau bagaimana pun, semua usaha ke arah membina bangsa perlu perancangan yang teliti dan berterusan. Kesimpulannya, Pembinaan Negara Bangsa menjadi semakin penting dalam era globalisasi ini.Tun Dr. Mahathir Mohamad, (1991) menyatakan …membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa ini mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. Dalam era ini, maklumat, modal serta manusia, sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara mengalir secara bebas dan pantas. Oleh itu, usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak sangat diperlukan bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai seperti ucapan Yang Amat Berhomat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (1999)…kita mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukkan minda dalam jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai. Oleh itu, menyedari hakikat ini sebagai seorang pendidik di sebuah institusi pendidikan saya juga memainkan peranan yang penting untuk melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi. Saya berusaha

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

19

untuk menghasilkan sumber manusia yang mampu berfikir secara global dan bertindak secara local untuk kepentingan negara dan bangsa. Justeru, pelajar dapat menjadikan nilai budaya Malaysia sebagai asas kepada kemajuan negara dan bangsa, serta dapat berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai, dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa seperti dalam ucapan Yang Amat berhormat Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO (2005), warga glokal yang kita hasratkan ialah warga yang berakar nasional dan berakal internasional, maksudnya di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita berpaksi di kota dan desa, namun akal kita menerjah ke serata dunia. Warga glokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran Agama yang suci. Dimensi baru kita menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing bangsa untuk menjadi antara yang terbaik di pentas dunia. contoh, menjadi jenama antarabangsa. menjana warga glokal seterusnya. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme, berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dab beradab serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa perlu difahami dan diamalkan sepenuhnya. Pendidikan merupakan pemangkin kepada Pembinaan Negara Bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal perkembangan pelajar. Oleh itu, saya akan sentiasa berusaha bagi memastikan Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di kalangan pelajar, pelajar dapat bergaul dengan rakan-rakan lagu yang negara pelbagai ku dan kaum Jalur dengan harmoni, serta sentiasa sentiasa menghormati Gemilang Kita semakin bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai Kejayaan inilah menjadi asas untuk

mempertahankan negara di samping meningkatkan imej negara, melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan, serta mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka. Diharapkan nilai-nilai yang telah ditanam dan dipupuk di peringkat sekolah ini akan terus diamalkan oleh pelajar apabila

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

20

mereka meninggalkan alam persekolahan. BIBLIOGRAFI

Secara tidak langsung wawasan

membina negara bangsa dengan sendirinya akan tercapai. 1. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2. Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010 edisi pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Dr. Tajul Ariffin Noordin (2008) “Penghayatan komponen paradigma pendidikan bersepadu” Pendidik Bil 44 (Jan 2008 ), . Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor 4. Badrunsham Dahalan (2008) “Guru mesti mampu imbangi kehendak masyarakat, tanggungjawab” Pendidik Bil 51/Ogos 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor. 5. MALAYSIA, Buku Rasmi Tahunan 2004, Jabatan Penerangan Malaysia. 6. Merealisasikan Misi Nasional, Temu Bual Eksklusif "Di Sebalik Rancangan Malaysia Ke-9" Bersama Y.A.B Perdana Menteri (2006), Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd. 7. Pelan Integrasi National (2006), Institut Integriti Malaysia. 8. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) “Rancangan Malaysia Ke 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 -2010). Putrajaya. 9. Mohd. Fuad Razali (2008) “6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP” Pendidik Bil 44/Jan 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor. 10. Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) “Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara” Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. 11. Penyunting: Mohd. Tap b. Salleh (1993). Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kuala Lumpur, Malaysia.
http://www.scibd.com/doc/296829/Pn. Salma www.ppdhl.net/
PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________

21

www.ppl.upm.edu.my www.kelab-umno.com/ www.muftiselangor.gov.my/

PNBM/ IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->