You are on page 1of 4

Abdul Rahman Talib (1916 - 18 Oktober 1968) ialah seorang Menteri Malaysia yang

telah berkhidmat dalam empat kementerian selama lapan tahun sejak kemerdekaan
antara tahun 1957 dan 1965. Bagaimanapun, adalah dalam bidang pendidikan bahawa
beliau mencapai kemasyhuran ketika beliau menerbitkan laporan yang dikenali sebagai
Laporan Abdul Rahman Talib untuk memperbaiki sistem pendidikan Tanah Melayu dan
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pada tahun 1962, Abdul Rahman dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor
Undang-undang oleh Universiti Malaya.
Laporan Abdul Rahman Talib (1960)

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang
terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan
yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-

 Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa


pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.
 Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa
di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas
 Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga
mahir
 Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan
kerohanian sebagai teras.

Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali
dengan Laporan Rahman Talib ialah:

 Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

· Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

· Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.

· Murid naik darjah secara otomatik

· Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.

· Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah
Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka
jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga,
Sains Pertanian dan Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di
Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan
pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan
pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-
ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan
Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan
Rahman Talib.
Laporan Rahman Talib, 1960
 
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji
semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu
sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji
Talib. Beberapa syor telah dikemukakan:
 

1.         Bahasa kebangsaan

a.         Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah,


sekolah menengah   
            dan institusi pengajian tinggi.

b.         Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.

c.         Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah
menengah.

2.         Kelas peralihan

Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin
bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

3.         Kenaikan automatik

a.         Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah 
            bantuan kerajaan.
b.         Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6
tahun sekolah
            rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
c.         Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa
pengantarnya.

4.         Matapelajaran akhlak

a.         Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.

b.         Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.

 
Akta Pelajaran, 1961
 

Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
Melalui akta ini:

a.         Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran
sekolah.

b.         Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah


menengah sampai    

            institusi pengajian tinggi.

c.         Umur minimum meninggalkan sekolah – 15 tahun.

You might also like