You are on page 1of 12

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Oktober 2008
1 jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008

TINGKATAN 4
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan objektif dan 3 soalan subjektif.

2. Jawab semua soalan

3. Buku ini mengandungi dua bahagian soalan iaitu bahagian A dan Bahagian B.
Pada bahagian A, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang
berhuruf A, B , C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan.
Manakala pada bahagian B, jawapan perlu ditulis di dalam buku soalan ini.

4. Kedua-dua helaian jawapan perlu dikepilkan bersama semasa penyerahan kertas


jawapan.

NAMA :______________________________KELAS :_________________

____________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

1
BAHAGIAN A

Jawab Semua soalan di bawah.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan wawasan diri?

A angan-angan yang menjadi kenyataan


B semangat yang ada pada diri
C impian yang telah terlaksana
D pandangan jauh tentang perkembangan masa depan diri sendiri

2. Mei Ling murid cemerlang. Selain cemerlang dalam akademik, dia aktif dalam
aktiviti kokurikulum juga. Dia disenangi oleh rakan dan guru kerana
sikapnya yang rajin, tidak sombong, bertoleransi dan selalu membuat kebaikan.
Mei Ling telah menunjukkan keseimbangan diri dari aspek…

A rohani, intelek dan rohani.


B intelek dan jasmani
C intelek, jasmani, dan rohani
D intelek, jasmani, rohani, dan emosi

3. Namakan institusi yang paling asas untuk membentuk masyarakat yang


berkualiti.

A institusi awam
B institusi keluarga
C institusi pendidikan
D institusi pengajian tinggi

4. Bagaimanakah sesebuah keluarga dapat menyumbang kepada ekonomi negara


secara tidak langsung?

A bekerja secara tetap dan sambilan untuk menambah pendapatan


B menyumbangkan cukai perkhidmatan dan hiburan
C membuat pinjaman kewangan daripada bank
D menjalankan aktiviti perniagaan untuk menyara hidup

5. Apakah faktor-faktor yang menjadi punca remaja terlibat dalam masalah sosial?
I pengaruh media elektronik
II pengaruh rakan sebaya
III ibu bapa bekerja
IV tidak mengamalkan nilai agama

A I, II, dan III


B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

2
6. Pilih pernyataan yang dapat menggambarkan penderaan fizikal.
I Kanak-kanak melakukan senaman fizikal sehingga mengalami sakit otot
II Ibu bapa memukul kanak-kanak hingga mengalami kecederaan serius
III Kanak-kanak dicederakan dengan puntung rokok sebagai amaran agar tidak
berbohong
IV Murid didenda mengemas rumah selama seminggu kerana tidak menyiapkan
kerja sekolah
A I dan IV
B II dan III
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV

7. Yang berikut adalah norma komuniti, kecuali…

A bersalam-salaman ketika bertemu


B menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
C mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam rumah
D menghormati orang yang lebih dewasa dengan panggilan tertentu

8. Pilih kesan daripada pengambilan minuman keras atau arak.


I dapat menjejaskan kesihatan
II tidak dapat berfikir dengan waras
III gagal mengawal diri dengan baik
IV mengakibatkan kemalangan jika memandu

A I dan II
B I dan IV
C I, II, dan IV
D I, II, III, dan IV

Masyarakat Malaysia pada umumnya akan


pulang ke kampung halaman untuk
menyambut hari perayaan masing-masing

9. Nyatakan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia


berdasarkan situasi di atas.
I Kasih sayang
II Bertanggungjawab
III Kesederhanaan
IV Menghormati orang tua

A I dan II
B I dan IV
C I, II, dan IV
D I, II, III, dan IV

3
10. Apakah maksud ucapan “Gong Xi Fa Cai”?

A semoga perayaan ini lebih meriah


B agar kamu mendapat kekayaan
C agar umur kamu dipanjangkan
D semoga ikatan keluarga terus kukuh

11. Yang berikut adalah perkara-perkara yang sunat dilakukan oleh umat Islam
sebelum pergi ke masjid untuk bersembahyang sunat Aidilfitri, kecuali…

A mandi sunat Aidilfitri


B memakai pakaian yang bersih
C memakai baju kurung atau baju Melayu
D menjamah makanan dan minuman

12. Apakah tujuannya penganut agama Hindu membawa kavadi semasa perayaan
Thaipusam?

A menyucikan diri daripada dosa


B membayar nazar kepada Tuhan Murugan
C berniat terhadap sesuatu yang dihajati
D menghilangkan penderitaan

13. Berdasarkan pemahaman anda, apakah yang dimaksudkan dengan


perlembagaan?

A Undang-undang tertinggi yang menjadi asas bagi pemerintahan negara.


B Undang-undang yang ditentukan oleh pihak mahkamah
C Undang-undang yang digunakan untuk menghukum pesalah
D Undang-undang yang digubal berdasarkan kehendak rakyat

14. Manakah antara yang berikut yang berkait dengan fungsi perlembagaan?
I memastikan kerajaan tidak mengalami kerugian dalam pentadbiran kerajaan
II membolehkan rakyat mengetahui hak mereka
III menentukan bidang kuasa di antara badan perundangan, badan kehakiman,
dan badan eksekutif
IV memastikan golongan kaya menghulurkan bantuan kepada golongan miskin

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15. Raja atau sultan adalah ketua agama Islam bagi…

A Wilayah Persekutuan
B Sabah dan Sarawak
C negeri masing-masing
D Melaka dan Pulau Pinang

4
16. Manakah antara yang berikut merupakan perkara yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia?
I Agama
II Bahasa
III Yang di-Pertuan Agong
IV Kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak

A I, II, dan III


B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

17. Apakah yang perlu diberikan oleh majikan kepada pekerjanya sebagai
menghargai jasa dan sumbangan pekerja yang telah meningkatkan pendapatan
syarikat?

A cuti
B gaji
C bonus
D kerja

18. Majikan yang mengambil golongan kurang berupaya sebagai kakitangannya


perlu menyediakan kemudahan yang berikut kepada pekerjanya itu.
I lif
II tandas khas
III laluan kerusi roda
IV tempat letak kereta khas

A I, II, dan III


B I, III, dan IV
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV

19. Peruntukan agama dalam perlembagaan dapat dinyatakan sebagai……


I Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi semua negeri
II Agama Islam dilarang sama sekali untuk disebarkan dalam kalangan penganut
agama lain
III Agama Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan, namun agama lain boleh
diamalkan secara aman
IV Yang di-Pertuan agong diberi kuasa untuk mengawal dan menyekat
Pengembangan agama lain dalam kalangan penganut Islam

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

5
20. Pilih kenyataan yang benar tentang tanggungjawab pengguna terhadap diri sendiri.
I Membuat belanjawan diri
II Membeli secara rasional dan bijak
III Mempunyai kesedaran mengkritik
IV Menjaga alam sekitar dan alam semula jadi

A I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

6
NAMA :___________________________ KELAS : _______________

Arahan : Hitamkan jawapan yang betul.

JAWAPAN BAHAGIAN A

1. 11.
2. 12.
3. 13.
4. 14.
5. 15.

6. 16.
7. 17.
8. 18.
9. 19.
10. 20.

7
BAHAGIAN B

1. Tahap kesedaran kepenggunaan kepada pengguna di negara ini masih rendah.


Maklumat tentang kepenggunaan sering tidak sampai kepada pengguna.
Peranan persatuan-persatuan pengguna juga dianggap belum tersebar luas ke
seluruh negara.

( a ) Pada pendapat anda, siapakah pengguna?

________________________________________________________________

________________________________________________________________
( 2 markah )

( b ) Berikan tiga hak pengguna.

(i) ______________________________________________________

(ii) ______________________________________________________

(iii) ______________________________________________________
( 3 markah )

( c ) Jelaskan dua ciri pengguna yang rasional.

(i) ____________________________________________________

(ii) ____________________________________________________

(iii) ____________________________________________________
( 2 markah )

( d ) Namakan satu persatuan pengguna yang anda tahu.

________________________________________________________________
( 1 markah )

( e ) Nyatakan dua cara jika anda tertipu semasa membeli barang.

(i) ____________________________________________________

(ii) ____________________________________________________
( 2 markah )

8
2. Pelbagai cara telah digunakan untuk membendung rasuah di negara ini kerana
implikasinya amat buruk kepada rakyat dan negara.

( a ) Berikan dua sebab seseorang itu terjebak dengan rasuah.

(i)
_______________________________________________________

(ii)
_______________________________________________________
( 2 markah )

( b ) Nyatakan dua peranan kerajaan dalam membanteras rasuah.

(i) ____________________________________________________

(ii) ____________________________________________________
( 2 markah )

( c ) Namakan akta dan badan yang bertindak membendung rasuah di negara


ini.

________________________________________________________________

________________________________________________________________
( 2 markah )

( d ) Berikan dua pandangan anda tentang individu yang sanggup menerima


rasuah.

(i) ____________________________________________________

(ii) ____________________________________________________
( 2 markah )

( e ) Nyatakan dua kesan rasuah kepada keluarga.

(i) ____________________________________________________

(ii) ____________________________________________________
( 2 markah )

9
‘Semakin maju sesebuah masyarakat itu, semakin bertambah isu dan
masalah sosial yang dihadapi’

3. ( a ) Nyatakan tiga masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

(i) _______________________________________________________

(ii) _______________________________________________________

(iii) _______________________________________________________

( 3 markah )

( b ) Berikan satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial.

___________________________________________________________________

( 1 markah )

( c ) Pilih salah satu gejala sosial yang anda senaraikan di (a) dan huraikan
kesannya kepada masyarakat.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

( 6 markah )

10
Jawapan :

Bahagian A

1. D
2. C
3. B
4. B
5. B
6. B
7. D
8. D
9. C
10. B
11. C
12. B
13. A
14. C
15. C
16. B
17. C
18. C
19. C
20. B

Bahagian B

1. ( a ) Mereka yang menggunakan barang atau perkhidmatan untuk memenuhi


keperluan dan kehendaknya.

( b ) (i) Hak mendapatkan keselamatan


(ii) Hak membuat pilihan
(iii)Hak untuk bersuara

( c ) (i) Boleh membuat aduan jika ditipu oleh pengeluar


(ii) Bijak memilih sebelum membeli barangan

( d ) Persatuan Pengguna Pulau Pinang

( e ) (i) Membuat aduan


(ii) Mendapatkan ganti rugi

2. ( a ) (i) Sikap tamak


(ii) Keadaan terpaksa/ dipaksa

( b ) (i) Kuat kuasakan undang-undang


(ii) Kempen anti rasuah

11
( c ) Akta Pencegahan Rasuah dan BPR ( Badan Pencegah Rasuah )

( d ) (i) Rendah moralnya


(ii) Tidak bermaruah

( e ) (i) Imej keluarga jatuh


(ii) Keluarga disingkirkan dari masyarakat

3. ( a ) (i) Vandalisme
(ii) Gangsterisme
(iii)Pergaulan bebas/ Penderaan / Penyalahgunaan dadah.

( b ) Faktor persekitaran, pengaruh rakan sebaya, kurang didikan agama dll.

( c) - Kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan


- Lahirnya bayi luar nikah
- Kecederaan mental dan fizikal
- Kemerosotan prestasi pelajaran, mutu kerja, disiplin.
- Keruntuhan akhlak
- Mengancam kestabilan dan keamanan negara
- Trauma kepada mangsa, tiada keyakinan diri
- Keruntuhan institusi kekeluargaan

** jawapan yang munasabah mengikut pertimbangan guru boleh diterima.

12

You might also like