You are on page 1of 2

REFLEKSI

Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas gajala-


gejala sosial dan masalah yang timbul dikalangan masyarakat kita dari segi punca
atau faktor berlakunya perkara tersebut, implikasi dan pengawalan atau langkah-
langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara daripada terus
berlaku.

Kurang kesedaran sivik, hilang jati diri, tidak ada semangat cintakan negara
adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak mengenal asal
usul bangsa dan tidak ada semangat patriotisme dalam diri mereka.

Dari segi penilaian kami, sudah sekian lama murid atau remaja tidak
didedahkan dan diterapkan dengan nilai-nilai sivik dalam diri mereka secara
langsung. Memang tidak dapat dinafikan nilai-nilai ini memang wujud disekitar
mereka dan boleh ditunjukkan oleh orang yang lebih dewasa kepada mereka.
Namun persoalannya seberapa banyakkah peratusan keberkesanannya itu.
Berdasarkan isu-isu yang telah dikumpulkan maka kami menyimpulkan bahawa
tahap keberkesanan untuk menerapkan amalan nilai-nilai ini daripada sekeliling
adalah rendah.

Setelah selesai membuat kajian , kami membuat perbincangan dalam


kumpulan bagi melengkapkan laporan. Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami
lebih menyedari tentang perlunya satu kurikulum khas untuk mengatasi masalah
ini.Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa ini,
memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan
murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab merekasebagai warganegara.
Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas beretika tinggi, hidup dalam
semangat perpaduan dan berupaya menyelesaika masalah yang dihadapi dengan
bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang
berkeyakinan dan tabah dalam mengatas segala rintangan dan cabaran hidup.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa matapelajaran
sivik dan kewarganegraan adalah sangat penting bagi membina sebuah masyarakat
yang harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu.

You might also like