You are on page 1of 9

Orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di

Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di
Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya
kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina
Malaysia agak jarang dipakai di negara ini.

Selain itu,pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka, abad ke-18 di
Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk
kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang,
menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina.
Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang
mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh "tetamu baru".

Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara


bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu
atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama
Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak
bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina
Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan
politik.

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia,


tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan
Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka
dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti
golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat
7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di
Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

Di samping itu, kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China
selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan
mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis
(indentured labour), dikenali sebagai kuli ,"kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang
secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang
Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar
tahun 1949.

.::: Suku dialek :::.

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam
kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Ini
membuktikan bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu
tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Selain itu,orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur


(Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala
Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan
Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat
tersebut.

Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang,
Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam
populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan
Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu
pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di
mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media
bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2
dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang,
Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan
pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak,
iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan
berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina
dalam media Malaysia.

Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang,


kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan
Pontian.

Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia
yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka
kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur,
Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan
semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur
oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa
Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan
formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk
menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis.
Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang
cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.

Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat


Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku
sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.

Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature muka surAT 52


dan 53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957
kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 26% daripada keseluruhan populasi di
Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000, dan
bilangan mereka menurut suku dialek ialah:
m
z
u
F
c
(
o
T
r
K
w
h
s
k
a
H
e
B
in
M
)
d
t Suku dialek
Bangsa China :

Rajah 1 : Suku dialek Bangsa China Sumber : Jabatan Statistik (2001).

Selain itu , Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik
kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah
Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun,
sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi
sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga
dengan kedudukan ini.

Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan


mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina
masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana
kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-
unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka
terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui
perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah
punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai
"Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina
dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat
popular di kalangan remaja.
Kelahiran dalam Etnik Cina

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat
Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas
lahir. Seorang wanita Cina yang mengandung seharusnya memenuhi pantang larang
yang telah ditetapkan demi menjaga keturunan mereka. Terdapat dua peringkat
apabila seorang wanita Cina itu mengandung, yang pertama sewaktu mengandung dan
selepas kelahiran bayi tersebut. Setiap etnik dalam Malaysia mengekalkan unsur-unsur
kebaikan

Sewaktu Mengandung

Seperti yang kita tahu, pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan
oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk
memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran,
kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa
diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.
Kehidupan ibu mengandung ini perlu dikawal setipa masa demi kebaikan ibu
mengandung dan bayi yang dikandung. Dalam masyarakat Cina ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat
Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan
keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya
menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka
dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Perbezaan dalam memilki jantina anak
dapat dilihat di antara etnik-etnik yang ada di Malaysia.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan
diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana
dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu
mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang
memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga
digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Ini sebahagian pantang larang yang perlu
dijaga oleh ibu mengandung agar anak yang dikandungnya sempurna dari segi fizikal
dan pemikiran.

Selain itu, sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan
tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir
semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini
adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Seterusnya,
wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana
bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan,
wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan
mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar
dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada
kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut
wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut
ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut
kelihatan tajam. Pelbagai amalan yang masih dilakukan oleh masyarakat Cina pada
masa kini walaupun kita sekarang berada di zaman teknologi dan canggih kerana ini
merupakan kepercayaan mereka sejak dari dulu lagi.

Selepas Lahir
Berpantang .

Selepas kelahiran merupakan satu ketika yang penting dalam kehidupan seorang
ibu. Antara adat-adat diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi ialah,
wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.
Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini
bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali
pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina.
Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan.
Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang
baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan
mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya.
Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas
kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan
bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan
pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin
disamping menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah
dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah
kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat
kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi
dan pati ayam untuk ibu-ibu. Kepelbagaian dari segi kenduri dalam setiap etnik ,
menggambarkan bahawa kebudayaan merupakan sesuatu yang unik dan menarik.

Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur
rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan
adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu
dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap
kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari tiga perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-
saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama
yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut
perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian
dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Selain itu,nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti
lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Bunyi nama mestilah sedap
didengar. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil
tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Nama yang diberikan patut
mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama mestilah
mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan
mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau
mendapat kesejahteraan. Berbanding dengan masayarakat Melayu yang beragama
Islam, mereka lebih memilih nama-nama Nabi dan nama-nama anak perlu mempunyai
makna yang baik untuk kebaikan anak itu sendiri . Ini bermaksud, nama anak yang
dipanggil itu merupakan satu doa dari orang yang memanggilnya.
Justeru,kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi
kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi
mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab
tertentu.

You might also like