You are on page 1of 2

** Siri Sirah Sahabat

*Saidina Ali Karamallahuwajahah*

Part Iv

Setelah wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke tangan


Saiyidina Uthman Bin Affa'dan .a. Namun begitu Saiyidina Ali .a. tetap memberikan
persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah Uthman .a. sekalipun dirinya juga
bercita-cita agar terpilih sebagai Khalifah.

Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang berlebih-lebihan terhadap kaum


kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan Saiyidina Ali .a. dalam beberapa hal berubah
terhadap Khalifah. Bahkan sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat
keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang menyebabkan
setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali .a. menuduh Saiyidina Ali .a. terlibat
dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Bin Affan .a. Padahal yang sebenarnya Saiyidina
Ali .a. sama sekali tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah
Uthman .a. Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat terhadap keselamatan
Khalifah.

Ketika rumah Khalifah Uthman .a. dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali .a. segera
mengirim puteranya Saiyidina Hasan .a. supaya menjaga keselamatan Khalifah. Tetapi
ketika Saiyidina Hasan Bin Ali .a. datang ke rumahnya untuk menawarkan bantuan, Khalifah
Uthman .a. menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala
Saiyidina Ali .a. mendengar khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman .a. beliau telah
memukul anaknya Hasan .a. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya
kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saiyidina Uthman .a. 

Saiyidina Ali .a. akhirnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan
Khalifah Uthman .a. sedang ketika itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah S.A.W.
sudah berselerak di pelusok kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di
Madinah hanya sebahagian kecil sahaja. 

Setelah jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali .a. cuba bertindak
untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan oleh Rasulullah
S.A.W., Khalifah Abu Bakar .a. dan Khalifah Umar Al Khattab .a. Tetapi keadaan masyarakat
dan ummat sudah jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan
yang diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali .a. untuk membawa
kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman Rasulullah dan Saiyidina Abu
Bakar .a. dan Umar .a. telah menghadapi rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati
dengan Saiyidina Uthman .a. yang menuduhnya bentanggungjawab dalam peristiwa
pembunuhan itu. 

Disebabkan adanya golongan yang keras rnenentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu


Sufyandan pembantunya Amru Bin Al As maka terjadilah satu perbalahan yang sengit
antara dua golongan itu. Satu pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan
pertumpahan darah di antara sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui
Saiyidina Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah serta menuntut baginda mengenakan hukuman
terhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman .a.
Sedang Saiyidina Ali .a. pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah sebagai gabenor
Syam dan juga tokoh-tokoh yang pernah dilantik oleh Khalifah Uthman .a. atas dasar
kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang berpanjangan antara pihak
Khalifah Ali .a. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang terdiri dari
penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu
Talib akhirnya telah mati terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij.

~Kata-kata Hikmah Darinya~

“ Harga diri sesorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk
memperbaiki dirinya.. sukar untuk menjadi yang terbaik tetapi ia tidak
mustahil jika kita mampu lakukan yang lebih baik.. jadi tiada masa
untuk kita mengalah”

*****
*Ada empat situasi kebaikan tertentu yang paling berat untuk dilakukan
iaitu :

1. Memaafkan ketika marah.

2. Berderma ketika dalam keadaan sulit.

3. Menjaga diri dari dosa (iffah) ketika sendirian.

4. Menyampaikan kebenaran kepada orang yang ditakuti atau


diharapkan.

* bacaan lanjut :- http://dakwah.info/bekal-dakwah/ikhlas-penyelamat-kegelinciran/

** Messeges Collection from http://www.facebook.com/group.php?gid=392510820053

You might also like