You are on page 1of 14

FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
Pendahuluan

Guru dari sudut kacamata Islam bermaksud murabbi,muallim, muaddib, ustaz,


mudarris, mursyid atau ulama. Semua istilah-istilah yang digunakan berasal dari Bahasa
Arab dan pada dasarnya istilah-istilah tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu
memberi pengajaran atau pendidikan. Guru ialah segolongan orang yang menjalankan
tugas ikhtisas sebagai pendidik dan pemimpin. Mereka boleh mencorakkan masa depan
masyarakat dan dapat menentukan untung nasib sesebuah bangsa. (Ahmad Mohd Salleh.
2003).

Guru adalah golongan yang berperanan memberi pendidikan kepada anak-anak


dan masyarakat. Guru bertanggungjawab membentuk generasi yang beriman, berilmu
pengetahuan , berketerampilan ,berwawasan dan berakhlak mulia. Guru mendidik pelajar
supaya menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jadi, guru mesti
dihormati kerana jasa mereka tidak akan terhitung oleh kita. Pelbagai cara boleh
dipraktikkan untuk menghargai jasa guru yang tidak pernah jemu-jemu mencurahkan
bakti tanpa mengenal erti jemu.

Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Sikap menghormati guru
adalah amalan mulia dan sangat dituntut. Oleh itu sewajarnyalah guru diberi
penghormatan yang tinggi, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Bermaksud: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan
(Allah meninggikan) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan
kamu) beberapa darjat."

(Surah Al-Mujaadah, ayat 11)

_____________________________________________________________________1
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
Soalan 1.

Tiga Fadhilat Mengapa Kita Perlu Menghormati Guru

Islam memandang tinggi terhadap kedudukan dan peranan seorang guru. Allah
menjanjikan kelebihan kepada sesiapa yang memuliakan dan menghormati guru. Oleh
kerana itu setiap pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru. Berikut adalah
tiga fadhilat mengapa kita perlu menghormati guru :

1.1 Mendapat Keberkatan Ilmu

Sebagai seorang pelajar, mereka mestilah berusaha mendapatkan keberkatan ilmu


agar mereka benar-benar mampu memperolehi kejayaan, kebahagiaan, kekuatan,
kecemerlangan dan keredaan Allah S.W.T. Islam sangat mementingkan keberkatan dan
kebahagiaan dalam kehidupan kerana hanya dengan keberkatan datangnya ketenangan,
kejayaan dan kebahagiaan sebenar di dunia dan di akhirat. Sesuai dengan Firman Allah
s.w.t
       
   

Maksudnya : “ dan sekiranya penduduk negeri (manusia) beriman dan bertaqwa


nescaya kami buka pintu keberkatan dari langit dan bumi “ Surah Al-A`araf:96

Rasulullah saw pernah mendoakan Abu Sulaiman dan Ummu Sulaim dengan doa ;

‫بارك هللا لكما‬ maksudnya “ semoga Allah memberkati kamu berdua”

Di dalam doa qunut antaranya ; ‫أعطيت‬ ‫وبارك لنا فيما‬


“dan berkatilah keatas kami ( Ya Allah ) segala apa yang Engkau berikan”

_____________________________________________________________________2
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
Jelaslah kepada kita, betapa keberkatan pada ilmu itu perlu ada jika kita mahu
ilmu yang sempurna yang boleh memberikan manfaat dan kebahagiaan pada diri,
keluarga dan masyarakat. Keberkatan ilmu yang dicurahkan oleh seorang guru amat besar
maknanya dalam kehidupan setiap manusia. Keredhaan dan keberkatan terhadap ilmu itu,
mampu mengubah kehidupan setiap anak didiknya

1.2 Membentuk Peribadi dan Akhlak Mulia

Guru adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam pendidikan dan
pengajaran, kerana gurulah yang akan bertanggungjawab dalam membentuk peribadi
seorang murid. Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan bukanlah satu jaminan bahawa
mereka adalah tergolong dalam pelajar yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta
menjadi contoh teladan yang baik .

Diriwayatkan oleh Imam At Thabrani, bahwa Rasulullah ( SAW) bersabda:

“Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketenangan dan sikap hormat serta
tawadhuklah kepada orang yang mengajarimu.”

Hadis nabi yang diriwayat oleh Ibnu Abbas bermaksud :

" Ibnu Abbas ra. berkata," Ketika aku menuntut ilmu,aku merendah diri,sehingga
ketika orang lain menuntut ilmu dariku,aku merasa di hormati & dimuliakan.

Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Tidak termasuk golongan kami; orang yang tidak menghormati yang lebih tua, tidak
menyayangi yang lebih muda, dan tidak mengetahui hak seorang ulama”

Sewajarnyalah setiap pelajar mencontohi para ulama salaf dalam menjaga tingkah
laku, sopan santun serta akhlak terhadap guru, tidak kira siapapun gurunya itu,
sungguhpun lebih muda ataupun lebih rendah darjat daripadanya. Bersifat rendah diri,

_____________________________________________________________________3
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
baik sangka dalam menuntut ilmu serta menghormati guru merupakan satu kemuliaan
yang perlu dijaga agar memiliki ilmu yang penuh keberkatan yang seterusnya dapat
melahirkan generasi yang cemerlang akhlak dan peribadinya.

1.3 Memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat

Guru ialah insan mulia dan tinggi kedudukannya. Betapa besarnya jasa guru
membimbing pelajar tanpa penat dan jemu. Kegigihannya menyampaikan ilmu dan
mendidik pelajarnya dengan penuh keikhlasan. Selayaknya kita perlu menghormatinya
dan mengenang jasa mereka. Sesungguhnya dengan menghormati guru kita akan
memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat .

Ilmu adalah kunci kejayaan dunia dan akhirat. Dalam satu hadis , Rasulullah
SAW bersabda :

“Siapa yang berkehendakkan kejayaan dunia, hendaklah mereka mencari


ilmunya. Siapa yang berkehendakkan kejayaan akhirat, hendaklah mereka mencari
ilmunya, tetapi siapa yang berkehendakkan kejayaan di dunia dan akhirat, hendaklah
mereka mencari ilmu dunia dan akhirat”.

Firman Allah SWT dalam surah Az-Zumar ayat 9

Maksudnya : “adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang


tidak mengetahui?”

Guru memiliki satu kemuliaan yang perlu diberi penghormatan yang tinggi.
Sebagai orang berilmu, Allah menjanjikan satu kedudukan yang tinggi dan Allah
menggandingkan orang berilmu dengan malaikat .
Sebagaimana firmanNya, di dalam surah Ali Imran, ayat 18 :.

_____________________________________________________________________4
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________

         


         
Maksudnya :
Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah),
yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu[188] (juga
menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak
disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah bermaksud :

〃 Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak
menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan
bau syurga pada hari kiamat〃.

Kesimpulan

Menjadi satu tuntutan kepada setiap pelajar agar mereka menyanjung dan
memberi penghormatan yang tertinggi buat insan yang bernama guru. Tanpa guru
siapalah kita. Tanpa guru kita berada di dalam kegelapan Justeru itu, kejayaan yang
diimpikan oleh sebagai seorang pelajar ini tidak akan tercapai kecuali dengan menjaga
peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru,
pewaris para nabi. Kita hendaklah menghormati guru dan meletakkan mereka setaraf
dengan para ilmuan serta ahli profesional yang lain, sesuai dengan pendekatan Islam
Hadhari bagi melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Soalan 2 :
Konsep Set Induksi

_____________________________________________________________________5
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
Set induksi merupakan tindakan atau aktiviti yang bertujuan untuk
memperkenalkan sesuatu. Dalam pengajaran, set induksi ialah tindakan-tindakan atau
penyataan guru yang bertujuan untuk menghubungkan pengalaman murid dengan
objektif dalam sesuatu pelajaran. Set induksi merupakan satu proses yang diperkenalkan
pada peringkat permulaan pelajaran dengan tujuan menarik perhatian serta mendorong
murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Set induksi bertujuan untuk mendapatkan perhatian serta membangkitkan minat


murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan serta meletakkan murid dalam keadaan
bersedia menerima pelajaran yang akan disampaikan oleh guru.Seterusnya set induksi
juga akan dapat merangsang minat murid untuk melibatkan diri serta menyertai pelajaran
dengan lebih tekun dan bersemangat

Set Induksi Adab Menghormati Guru

1. Guru memaparkan perisian Ms powerpoint . Slid yang kedua mempamerkan


gambar guru yang sedang mengajar. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan
dengan gambar tersebut.
2. Guru meminta pelajar agar meneliti slide gambar serta menghayati lirik lagu
yang diperdengarkan . Seterusnya guru memperdengarkan nasyid yang bertajuk '
Guruku ' .
3. Setelah tamat nasyid tersebut guru menyoal intipati nasyid tersebut dengan tajuk
pengajaran yang ingin disampaikan
4. Guru meminta pandangan pelajar dengan bertanya,
”Apakah pandangan kamu tentang lagu yang ustazah perdengarkan tadi?”. Setelah
pelajar memberi maklum balas, guru tidak terus memberi jawapan yang sebenar,
sebaliknya guru meminta pelajar fokus akan topik pada hari ini.
5. Guru memperkenalkan tajuk akan dipelajari iaitu Adab Menghormati Guru .
Soalan 3
Langkah-langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas dengan
menggunakan kaedah lakonan dengan melakonkan adab-adab menghormati guru.

_____________________________________________________________________6
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________

3.1 Langkah Sebelum Pengajaran

1. Guru menentukan Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai iaitu :


Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
Aras 1: Murid menyatakan pengertian guru
Aras 2 : Murid menyebut adab-adab menghormati guru dan adab yang tidak baik
Aras 3 : Murid dapat membezakan adab-adab yang baik dan adab tidak baik
terhadap guru.

2. Guru menentukan kaedah yang akan digunakan dalam pengajaran tersebut seperti
elemen bersoal jawab, sumbangsaran dan penerangan.

3. Guru menentukan aktiviti pengukuhan yang digunakan iaitu menyediakan


lembaran kerja.

4. Guru menyediakan peralatan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai contohnya


Laptop, LCD, perisian power point dan Kad-kad situasi atau dialog.

3.2 Langkah Semasa Pengajaran

1. Guru mengadakan satu set Induksi yang menarik seperti memperdengarkan lagu
nasyid guru, sajak atau memaparkan gambar-gambar sesuai dengan tajuk iaitu
adab-adab menghormati guru.

2. Guru memilih empat orang untuk memegang watak seorang guru dan tiga orang
murid. Mereka dikehendaki melakonkan watak cara- cara menghormati guru dan
perlakuan tidak beradab.

_____________________________________________________________________7
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
3. Guru memberikan arahan yang jelas tentang watak yang akan dibawakan oleh
mereka. Kemudian guru mengedarkan kad arahan/dialog berkaitan dengan situasi
dan peranan yang perlu dilakonkan oleh mereka.

4. Guru memberi tugasan kepada murid lain yang tidak mengambil bahagian.
Mereka diminta memerhati dan mencatat perlakuan beradab dan perlakuan tidak
beradab .

3.3 Langkah Selepas Pengajaran

1. Guru berbincang dengan murid tentang hasil lakonan rakan-rakan mereka.

2. Murid-murid diminta membentangkan hasil lakonan rakan –rakan mereka tentang


perlakuan beradab dan perlakuan tidak beradab . Guru memberikan peneguhan
positif seperti tepuk tangan atau mengucapkan `bagus` setiap jawapan yang betul
yang diberikan oleh murid.

3. Sebagai rumusan guru membuat kesimpulan dan murid-murid diminta menyebut


semula perlakuan beradab dan perlakuan tidak beradab .

4. Sebagai pengukuhan guru mengedarkan lembaran kerja. Guru menerangkan


tindakan yang perlu dilakukan dan meminta murid menyiapkan di rumah.

Soalan 4.

_____________________________________________________________________8
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
Pada pendapat anda, bagaimanakah Rasulullah SAW berperanan sebagai guru
dalam mendidik dan menyampaikan risalah dakwah kepada sahabatnya serta
masyarakat arab seluruhnya.

Di dalam Al Quran ada menyebut peranan nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul
dan utusan yang dilantik oleh Allah S.W.T. Sebagai seorang guru dan pendidik , baginda
mengajar dan mendidik umat manusia supaya mencapai keredhaan Allah di dunia dan di
akhirat. Firman Allah S.W.T :
         
  
Maksudnya : Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul-Nya, jika kamu berpaling
Sesungguhnya kewajiban Rasul kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan
terang.
Surah At Taghaabun ayat 12

Pada pendapat saya peranan Rasulullah SAW sebagai guru dalam mendidik serta
berdakwah terhadap para sahabat dan umatnya tidak ternilai sekali . Rasulullah S.A.W
merupakan pendidik, yang terbaik dan teragung. Sebagaimana sabda Rasulullah s.aw
yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah:

Ertinya: Sesungguhnya aku diutus sebagai seorang guru.

Peranan Rasulullah S.A.W sebagai seorang guru dalam menyampaikan risalah


dakwah adalah seperti berikut :

Menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai Sumber Pengajaran.

Rasulullah s.a.w adalah pendidik yang teragung. Baginda menjadikan Al Quran


dan Hadis sebagai sumber pengajaran kepada umatnya . Baginda akan menyampaikan
setiap kali wahyu turun kepada keluarga, para sahabat dan masyarakat arab amnya.
Firman Allah s.w.t :

_____________________________________________________________________9
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
          
Maksudnya : Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa
Nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan .
(Surah Al Najm ayat 3-4)

Allah S.W.T berfirman :

            
            
  

Maksudnya : " Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari
Rabb kamu. Dan jika kamu tidak mengerjakannya maka tidaklah kamu menyampaikan
risalahNya. Allah memelihara kamu daripada manusia, sesungguhnya Allah tidak
memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir".

( Surah Al-Maidah: ayat 67 )

Sehubungan dengan itu, baginda telah memiliki satu sumber pengajaran yang
lengkap yang amat sesuai untuk mendidik manusia rabbani kerana ia ditentukan oleh
Yang maha Bijaksana. Rasulullah SAW berjaya membentuk manusia menjadi ‘sebagai
Abid di malam hari, dan pejuang Allah di siang hari’ Seperti dimaklumi, pendekatan
yang digunakan oleh Rasulullah ialah Pembinaan Insan. Sebab tanpa pembinaan insan
iaitu iman dan akhlak, pembinaan material akan melahirkan masyarakat yang tempang
dan pincang. Keadilan, keamanan dan kebahagiaan hidup masyarakat akan hilang.
Justeru itu, sumber utama ambilan Rasulullah untuk mendidik jiwa dan rohani manusia
ialah dengan Al Quran dan Hadis. Sebab Allah yang mencipta manusia, maka Allah
jugalah yang tahu bagaimana untuk membaiki dan mendidik hati-hati manusia.

Qudwah Hasanah

_____________________________________________________________________10
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
Selain daripada itu, pendidikan Rasulullah s.a.w juga ditonjolkan menerusi “
Qudwah Hasanah ” iaitu ikutan yang baik atau contoh teladan yang baik. Melalui
pengajaran secara tidak langsung ini, segala apa yang dituturkan, perbuatan yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w akan diamalkan secara bersungguh-sungguh serta
mencontohi segala perbuatan nabi . Muhammad s.a.w. akan terus menjadi model manusia
yang kamil kepada sesiapa yang ingin hidup bahagia dan mulia dari segi diri, keluarga
dan suasana persekitarannya.

Firman Allah Taala :


           
     

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat. (Al-Ahzab: 21)

Rasulullah s.a.w sebagai seorang guru telah berjaya mengubah sikap dan
tingkahlaku para sahabat yang sebelumnya bersifat jahiliah kepada akhlak yang
mahmudah. Amalan Islam yang adil, berakhlak dan sesuai dengan fitrah manusia yang
mereka amalkan membuatkan orang ramai tertarik sehingga mendorong mereka masuk
Islam serta turut sama membangunkan cara hidup Islam. Mereka telah menjadikan
Rasulullah sebagai contoh ikutan dan Qudwah Hasanah dalam menjalani kehidupan
berlandaskan syariat dan tuntutan hidup cara Islam yang diredhai oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW telah membuktikan tentang praktikalnya Al-Quran, sekaligus


memberi contoh tentang cara hidup Islam yang diperintahkan oleh Allah SWT. Sikap dan
akhlak baginda itu dicontohi dan dikuti oleh para sahabat. Mereka pelajari di kala
Rasulullah bersama-sama mereka. Sembahyang berjemaah, makan sedulang, tidur
sebantal. Duduk tidak pernah tinggi daripada sahabat, pakaian tidak berbeza dengan
sahabat. Baginda bercakap, berbincang dan bermesra bahkan bergurau dengan sahabat.
Dengan kebenaran dan keindahan Islam yang begitu menarik hati, yang kelihatan pada

_____________________________________________________________________11
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
diri Rasulullah, sahabat-sahabat berlumba-lumba untuk mencontohi Rasulullah dalam apa
juga yang baginda lakukan. Rasulullah benar-benar satu idola yang dicintai, dikagumi,
dirindui dan dicontohi setiap perilakunya.Malahan melahirkan murid-murid yang begitu
tinggi nilai iman dan ilmunya.

Mewujudkan Pusat-pusat Pendidikan

Dalam usaha Rasulullah s.a.w mengajar, mendidik dan menyebarkan ajaran


Islam , baginda telah mengambil langkah awal iaitu dengan mewujudkan pusat-pusat
pendidikan agar pengajaran dapat disampaikan dengan lebih teratur dan berkesan .
Pertamanya baginda menjadikan rumah sebagai pusat pendidikan . Sejak awal kerasulan
baginda lagi, rumahnya menjadi tempat pengajaran kepada pengikutnya serta kaum
kerabatnya. Firman Allah SWT dalam surah Asy- Syu’ara ayat 214 yang bermaksud :
“ Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatnu yang terdekat”

Pada awal perkembangan islam, Rasulullah s.a.w telah menjadikan rumah al-
Arqam bin Abi al-Arqam sebagai pusat pengajaran dan pertemuan baginda dengan para
sahabat untuk menyampaikan ajaran kepada kaum muslimin. Ketika itu pengajaran
dilakukan secara sembunyi-sembunyi memandangkan Islam pada ketika itu, tidak
mempunyai tapak kuasa dan sering ditindas oleh kaum Quraisy.

Baginda juga menjadikan Bukit Safa sebagai tempat menyampaikan seruan


secara terbuka setelah turunnya wahyu yang memerintahkan supaya menyampaikan
seruan seruan secara terang-terangan .Tempat tersebut sering menjadi tumpuan orang
Quraisy untuk berkumpul. Kesempatan ini diambil oleh baginda untuk menyeru mereka
agar beriman kepada Allah.

Institusi masjid juga merupakan pusat pengajaran islam. Di antara masjid yang
terkenal ialah Masjid Quba`dan Masjid Nabawi. Umat islam mengambil peluang ini
mendalami pengajaran nabi dengan berkesan dan sempurna. Di samping itu juga , mereka
turut menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pengajaran islam. Maka pengajaran

_____________________________________________________________________12
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
Rasulullah menjadi terkenal dan menarik lebih ramai orang-orang arab datang ke masjid
untuk mendalami ilmu islam ini.

4.4 Menggunakan Kepelbagaian Kaedah Pengajaran.

Peranan Rasulullah S.A.W sebagai seorang guru ialah baginda menggunakan


pelbagai kaedah pengajaran dalam usaha menyampaikan dakwah baginda. Di antara
kaedah pengajaran yang digunakan oleh baginda antaranya ialah kaedah halaqah, kaedah
khutbah, kaedah hafazan, kaedah kuliah, dan sebagainya.

Menerusi kaedah halaqah contohnya, Rasulullah S.A.W menggunakan masjid


sebagai medan baginda menyampaikan ilmu . Setiap kali selepas solat berjemaah,
baginda bersama-sama para Muslimin duduk bersila bersama-sama secara separuh
bulatan mengelilingi baginda. Pengajaran yang disampaikan oleh baginda dibuat secara
sistem kuliah atau syarahan. Ini bermakna berlakunya interaksi dua hala antara baginda
dengan pelajarnya. Sikap keguruan nabi yang penuh keikhlasan dan kasih sayang yang
ditunjukkan dalam pengajaran baginda ,menyebabkan orang-orang Arab, ramai yang
tertarik untuk memeluk agama islam.

Pengajaran kaedah khutbah adalah antara yang sering digunakan oleh baginda.
Dalam Hujjatul Wida` baginda telah menyampaikan khutbah di Arafah, Mina, Perigi
Ghadir dan di Uhud. Dalam Khutbah tersebut sarat dengan pesanan dan pengajaran.
Keunggulan Rasulullah s.a.w sebagai guru diperlihatkan kerana dengan kepelbagaian
kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w berjaya menerapkan nilai-nilai keimanan
yang utuh ke dalam jiwa umatnya.

4.5 Didikan Menerusi Menulis dan Membaca

Peranan Rasulullah sebagai guru dapat dilihat menerusi didikan menulis dan
membaca. Umum mengetahui bahawa Rasulullah adalah ummi, namun itu bukannya
alasan baginda tidak mengambil berat tentang didikan ini. Sebaliknya baginda telah

_____________________________________________________________________13
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
FAIZAH BT SALEH

________________________________________________________________________________________________
menggunakan beberapa orang tawanan Perang Badar yang berkebolehan menulis dan
membaca untuk mengajar kanak-kanak islam. Setiap orang tawanan dikehendaki
mengajar 10 orang kanak-kanak islam. Sebagai jaminan kebebasan , mereka dikehendaki
mengajar kanak-kanak tersebut sehingga pandai.

Hasil usaha dan galakan Rasulullah S.A.W terhadap bidang penulisan maka
lahirlah Zaid bin Tsabit, Al Ansari , Uthman bin Affan dan lain-lain lagi. Di antara
mereka dilantik menjadi jurutulis Al Quran , jurutulis nabi untuk menulis utusan-utusan
baginda di samping itu menjadi jurubaca bagi utusan yang diterima dari negara luar
contohnya Rom , Parsi dan sebagainya.

Kesimpulannya

Sememangnya tidak dinafikan Nabi Muhammad S.A.W adalah guru yang


terunggul. Keperibadian baginda dalam usaha menyampaikan pengajaran seharusnya
dicontohi oleh para pendidik masa kini. Kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh
baginda ternyata amat berkesan sekali , bersesuaian dan telah digunapakai oleh golongan
pendidik terhadap para pelajar ketika ini . Ternyata khazanah peninggalan Rasulullah
dalam bidang pendidikan amatlah begitu bernilai dan berharga sekali. Maka kita sebagai
penyambung generasi adalah bertanggungjawab melaksanakan misi pendidikan agar
berterusan sepanjang hayat. Semoga dengan cara pendidikan baginda akan dimanfaatkan
dan menjadi panduan kepada golongan pendidik hari ini. 

_____________________________________________________________________14
HBIS2203 : PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

You might also like