You are on page 1of 36

1.

0 PENDAHULUAN

Bahasa Arab (BA) merupakan salah satu bahasa yang penting di dunia dan ia terus

berkembang sebagai bahasa dunia dalam arus pendidikan global masa kini. Tidak dinafikan

bahasa ini mula mendapat penerimaan yang baik samada di peringkat tempatan mahupun di

peringkat antarabangsa.

Ekoran daripada itu, satu demi satu institusi pendidikan wujud dan bersama-samanya

turut memperkenalkan BA sebagai medium perantaraan kedua selain daripada bahasa Inggeris.

Bermula daripada sekolah pondok, sekolah agama rakyat, Sekolah Menengah Agama dan

sehinggalah kepada Institusi Pengajian Tinggi yang turut memperkenalkan BA dalam sistem

pengajian mereka. Sebagai contoh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menjadikan

kursus BA sebagai kursus teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

Namun daripada pemerhatian mendapati bahawa penguasaan dan pencapaian pelajar

dalam bahasa tersebut masih lemah dan sering dipertikaikan samada di peringkat rendah

mahupun tinggi. Persoalan yang timbul ialah adakah ianya akibat daripada kelemahan sistem

pengajian, corak pengajaran pensyarah ataupun sikap dan persepsi pelajar itu sendiri yang tidak

mahu mengambil berat terhadap kursus BA ini. Justeru itu, kajian ini ingin melihat sejauh mana

sikap dan jantina pelajar boleh memberi kesan dalam proses pembelajaran bahasa kedua

khususnya BA.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan utama kajian ini ialah sikap pelajar-pelajar terhadap BA sebagai bahasa

kedua tidak kira lelaki atau perempuan yang dilihat sangat mempengaruhi serta memberi kesan

samada positif ataupun negatif terhadap pembelajaran bahasa tersebut.

3.0 KAJIAN KEPUSTAKAAN


1
Bagi mencapai tujuan kajian, kumpulan kajian telah membuat beberapa pemerhatian

terhadap kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap sikap dan jantina pelajar dalam proses

pembelajaran bahasa kedua amnya dan BA khususnya.

Aspek jantina dalam pembelajaran bahasa sering sahaja diketepikan. Menurut Ellis

(1994), dalam The study of Second Language Acquisition setakat ini terlalu sedikit perhatian

telah diberikan terhadap faktor sosial terutamanya aspek jantina dalam mengkaji strategi

pembelajaran bahasa. Pengabaian aspek jantina ini merugikan para pendidik kerana guru tidak

dapat mengetahui kekuatan atau kelemahan yang dimiliki pelajar lelaki dan perempuan ketika

belajar bahasa samada di dalam atau di luar kelas.

Mok Soon Sang (2001) dalam Psikologi Pendidikan Untuk KPLI pula menyatakan

bahawa minat dan sikap seseorang terhadap pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan

belajar yang mana seseorang yang mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran akan

menumpukan perhatiannya terhadap pengajaran guru. Manakala Atan Long (1976) dalam

bukunya bertajuk Psikologi Pendidikan telah menyatakan hasil penyelidikannya terhadap kanak-

kanak melayu mendapati bahawa kanak- kanak perempuan mempunyai kelebihan di dalam

penguasaan bahasa berbanding kanak- kanak lelaki.

Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Rakyat: Suatu kajian

keberkesanannya di kalangan pelajar di Daerah Yan, Kedah (2003) oleh Sharmiza Bt Ahmad

dalam kajian sarjananya memfokuskan kepada pencapaian dan kemampuan para pelajar lelaki

dan perempuan di sekolah dalam menguasai bahasa Arab.

Azhar Muhammad, Abdul Hafiz Abdullah, Bushrah Basiron, Kamarul Azmi Jasmi dan

Sulaiman Shakib Mohd Noor (2006) telah menjalankan kajian ilmiah yang bertajuk Penguasaan

Pelajar Sekolah Menengah Aliran Agama terhadap Pengajian Ilmu Retorik Arab mendapati

2
bahawa pelajar-pelajar samada lelaki dan perempuan mempunyai persepsi dan minat yang

mendalam terhadap ilmu BA.

Untuk memastikan lelaki atau perempuan yang lebih dominan dalam pembelajaran BA,

kajian ini akan mengkaji sikap kedua-dua jantina ini dan seterusnya membuat kesimpulan.

4.0 ISU DI SEBALIK KAJIAN :

Hipotesis yang biasa timbul ialah pelajar perempuan selalunya bersikap positif dalam

mempelajari BA manakala pelajar lelaki agak negatif dalam mempelajari BA. Kajian ini akan

mengkaji fakta tersebut dan cuba membuktikan samada hipotesis tersebut adalah satu kebenaran

ataupun sebaliknya

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.1- Mengenal pasti persamaan dan perbezaan sikap dan minat pelajar lelaki dan perempuan

dalam pembelajaran BA sebagai bahasa kedua.

5.2- Mengenal pasti cara pembelajaran BA di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

5.3- Meninjau dari perspektif pelajar, cara guru BA mengajar BA dalam membantu membentuk

sikap positif serta meningkatkan minat pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap

pembelajaran BA.

6.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan menjawab beberapa soalan kajian seperti berikut:

6.1- Adakah terdapat perbezaan sikap dalam pembelajaran BA sebagai bahasa kedua di antara

pelajar lelaki dan pelajar perempuan?

3
6.2- Apakah teknik pembelajaran BA yang amat disukai oleh pelajar lelaki dan pelajar

perempuan?

6.3- Adakah guru BA membantu membentuk sikap positif pelajar lelaki dan pelajar perempuan

terhadap pembelajaran BA?

7.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada beberapa kepentingan, antaranya:

7.1- Untuk mengenal pasti sikap pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap pembelajaran

BA bagi tujuan memperbetulkan sikap negatif kebanyakan mereka jika didapati ianya lebih

dominan daripada sikap yang positif.

7.2- Untuk membantu para pensyarah dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran kursus BA.

8.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian tinjauan melalui soal selidik terhadap

pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang mempelajari BA sebagai bahasa kedua. Dalam kajian

ini, kumpulan kajian telah membahagikan soalan kepada tiga bahagian iaitu;

1) Bahagian A: Maklumat Demografik Peribadi & Pengetahuan Umum mengenai BA

2) Bahagian B: Sikap dan Persepsi Pelajar terhadap BA

3) Bahagian C: Kaedah Pengajaran Pensyarah BA

Kemudian data yang diperolehi akan diproses untuk membuat satu kesimpulan terhadap

persoalan yang dikaji.

4
9.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini ditumpukan kepada pelajar yang sedang mengikuti kursus BA di Pusat Asasi,

Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, Selangor. Seramai 10 orang pelajar lelaki dan 10

orang pelajar perempuan tahun satu telah dipilih secara rawak daripada beberapa kursus aliran

sains yang ditawarkan dan pendapat mereka adalah mewakili pendapat pelajar-pelajar yang

sedang mengikuti kursus BA sebagai sebahagian daripada kursus teras di Pusat Asasi.

10.0 DAPATAN KAJIAN

Berikut adalah dapatan yang diperolehi hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan.

10.1- Bahagian A: Maklumat Demografik Peribadi

a) Taburan Responden Mengikut Jabatan dan Jantina.

Jantina
Bil Jabatan Lelaki Perempuan
Bil % Bil %
1 Farmasi 5 50 5 50

2 Sains Biologi 4 40 2 20

3 Kesihatan dan Sains Perubatan 1 10 3 30

Jadual 1 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut jantina dan jenis program

pengajian yang diikuti di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya.

Jadual ini menunjukkan sebanyak tiga jabatan yang mengambil bahagian dengan jumlah

responden sebanyak 20 orang. Jabatan Farmasi mewakili hampir 50% daripada responden,

manakala selebihnya terdiri daripada jabatan- jabatan lain.

b) Latar belakang pendidikan bahasa Arab responden mengikut jantina.


5
Bil Latar Belakang Pendidikan Jantina
bahasa Arab Lelaki Perempuan
Bil % Bil %
1 Sekolah Tadika 1 10 - -
2 Sekolah Rendah 2 20 3 30
3 Sekolah Menengah 4 40 5 50
4 Tidak pernah belajar bahasa Arab 3 30 2 20

Jadual 2 menunjukkan latar belakang pelajar yang sedang mengikuti kursus BA di Pusat

Asasi UIA. Kebanyakan mereka mempunyai asas BA samada di peringkat tadika, sekolah rendah

ataupun sekolah menengah. Sejumlah 80% pelajar perempuan telah mempunyai asas BA di

peringkat sekolah rendah dan juga menengah berbanding dengan pelajar lelaki iaitu mewakili

sebanyak 70% . Daripada keseluruhan responden, hanya 50% daripada mereka tidak pernah

belajar BA.

c) Pengetahuan Umum mengenai BA

Pengetahuan Umum mengenai BA Jantina


Lelaki Perempuan
Bil % Bil %
1. Meminati BA
- Ya 9 90 10 100
- Tidak 1 10 -

2. Pandangan terhadap BA
- Amat susah 1 10 -
- Susah 1 10 -
- Sederhana 8 80 9 90
- Senang - 1 10
- Amat senang - -

3. Jumlah masa yang diperuntukkan


untuk mengulangkaji subjek BA.

- <1 jam 8 80 5 50

6
- 1- 2 jam 2 20 3 30

- >2 jam - 2 20

Jadual 3 menunjukkan sikap dan pandangan pelajar terhadap BA di kalangan responden.

Kajian mendapati peratusan pelajar perempuan dan lelaki yang meminati BA adalah hampir

sama. Cuma 10% daripada pelajar lelaki yang tidak meminati BA. Pandangan responden

terhadap kursus bahasa Arab yang dilaksanakan di Pusat Asasi UIA majoritinya pada tahap

sederhana iaitu mewakili sebanyak 90% pelajar perempuan dan 80% pelajar lelaki.

Dari sudut masa yang yang diperuntukkan, kajian mendapati bahawa 30% pelajar

perempuan menghabiskan masa antara sejam sehingga dua jam seminggu untuk mengulangkaji

subjek BA di asrama. Manakala seramai 40% pula belajar melebihi dua jam seminggu. Perkara

ini berbeza dengan corak pembelajaran pelajar lelaki. 80% belajar tidak melebihi satu jam sahaja

di asrama, selebihnya belajar antara sejam hingga dua jam sahaja.

Hasil kajian ini telah menjelaskan kepada kita bahawa pelajar perempuan telah

menunjukkan kesungguhan yang agak tinggi dalam mempelajari BA, manakala pelajar lelaki

kurang memberi tumpuan dan masa kepada bahasa Arab di asrama.

10.2- Bahagian B: Sikap dan Persepsi Pelajar Terhadap BA

Sikap dan Persepsi Pelajar Terhadap BA Jantina


Lelaki Perempuan
Bil % Bil %

7
1. Saya sering membaca akhbar dan majalah
dalam BA.
- Setuju - -
- Tidak Setuju 10 100 10 100
2. Saya sering bertutur dengan pensyarah dan
rakan-rakan dalam BA.
- Setuju 7 70 3 30
- Tidak Setuju 3 30 7 70
3. Saya sering meminjam buku BA di
perpustakaan.
- Setuju 1 10 1 10
- Tidak Setuju 9 90 9 90
4. BA tidak begitu bermanfaat dalam kerjaya
saya pada masa depan 4 40 3 30
- Setuju 6 60 7 70
- Tidak Setuju
5. Saya sering bertanya kepada pensyarah
tentang pelajaran BA yang tidak difahami
- Setuju 6 60 9 90
- Tidak Setuju 4 40 1 10
6. Saya mengulangkaji pelajaran BA setiap
hari 5 50 8 80
- Setuju 5 50 2 20
- Tidak Setuju
7. Saya suka membaca teks BA di asrama.
4 40 5 50
- Setuju
6 60 5 50
- Tidak Setuju
8. Saya selalu membuat nota dan latihan kerja
rumah BA di asrama. 5 50 8 80
- Setuju 5 50 2 20
- Tidak Setuju
9. Saya mempelajari BA semata-mata untuk
lulus peperiksaan 5 50 2 20
- Setuju 5 50 8 80
- Tidak Setuju
7 70 7 70
10. Saya suka mendengar audio dalam BA
3 30 3 30
- Setuju
- Tidak Setuju
5 50 8 80
11. Saya suka menulis karangan BA
5 50 2 20
8
- Setuju
- Tidak Setuju
12. Pelajaran bahasa Arab adalah pelajaran -
3 30
yang membosankan. 10 100
7 70
- Setuju
- Tidak Setuju

Daripada jadual di atas kita mendapati sikap dan persepsi pelajar lelaki dan perempuan di

rumah juga berbeza. Hanya 20% pelajar lelaki dan 40% pelajar perempuan mengaku sering

membaca akhbar dan majalah dalam BA .70% pelajar lelaki bersetuju menyatakan mereka sering

bertutur dengan rakan-rakan dalam BA, manakala hanya 30% daripada pelajar perempuan yang

bersetuju.

Manakala 80% pelajar perempuan mengulangkaji pelajaran BA setiap hari,dan hanya

50% pelajar lelaki. 60% pelajar lelaki dan 70% pelajar perempuan bersetuju bahawa BA tidak

begitu bermanfaat dalam kerjaya mereka di masa hadapan. Hanya 10% daripada pelajar lelaki

dan perempuan menyatakan mereka selalu meminjam buku BA di perpustakaan. 90% pelajar

perempuan yang sering bertanyakan pensyarah tentang pelajaran BA yang tidak difahami

manakala hanya 60% daripada pelajar lelaki yang berbuat demikian. 50% daripada pelajar lelaki

dan 80% pelajar perempuan yang tidak bersetuju bahawa tujuan mereka belajar BA semata-mata

untuk lulus peperiksaan. 100% pelajar perempuan tidak bersetuju BA pelajaran yang

membosankan,manakala 30% pelajar lelaki bersetuju dengan kenyataan ini.Selain itu kedua-dua

gender menunjukkan peratusan yang sama iaitu sebanyak 70% berminat mendengar audio dalam

BA. Di sini dapat dinyatakan bahawa pelajar lelaki dan perempuan mempunyai minat yang sama

dalam kemahiran mendengar.

Hasil dapatan ini memberi gambaran persamaan dan perbezaan sikap pelajar lelaki dan

perempuan. Iaitu tiada inisiatif daripada diri mereka untuk meningkatan kemahiran membaca BA

9
ketika berada di rumah. Ini melihat kepada peratusan yang agak rendah daripada kedua-dua

gender. Namun begitu pelajar lelaki lebih menunjukkan minat mereka bertutur dalam BA

berbanding pelajar perempuan.Selain itu kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan

peratusan yang agak besar dan hampir sama dalam menyatakan bahawa BA tidak penting dalam

kerjaya mereka. Ini juga antara faktor yang mempengaruhi sikap dan minat mereka terhadap

bahasa tersebut. Selain itu didapati ramai di kalangan mereka amat bergantung kepada latihan

dan kerja rumah yang diberikan oleh guru dalam mendalami bahasa tersebut. Jika guru kurang

memberi latihan dan kerja rumah kepada mereka sudah pasti masa mereka belajar BA di rumah

menjadi lebih minima. Ini juga memberi gambaran kurangnya inisiatif kendiri dalam diri mereka

untuk memantapkan kemahiran bahasa tersebut.Secara kesimpulannya pelajar perempuan lebih

menunjukkan minat mereka dalam pelajaran BA berbanding pelajar lelaki ini kerana ada di

kalangan pelajar lelaki menyatakan pelajaran BA membosankan.

10.3- Bahagian C: Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Pensyarah dalam Kelas

Skala (%)

Kaedah Pengajaran Pensyarah Selalu Kadang-kadang Tidak pernah


1. Pensyarah BA sering membantu saya 90 10 0
untuk memahami bahasa Arab
2. Pengajaran dan pembelajaran Pensyarah 70 20 10
BA saya senang difahami dan diikuti
3. Pensyarah BA saya menggunakan BA 30 60 10
semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. Pensyarah BA saya selalu menggalakkan 50 50 0
saya berkomunikasi dalam BA
5. Pensyarah BA saya selalu membuat latihan 65 35 0
BA untuk meningkatkan prestasi saya
dalam pembelajaran BA
10
6. Pensyarah BA saya menggunakan bahan 30 60 10
bantu mengajar yang pelbagai dalam
pengajarannya.

Berdasarkan dapatan di atas didapati pensyarah BA tidak selalu menggunakan BA ketika

mengajar. Walaupun pelbagai teknik digunakan oleh pensyarah tetapi mereka kurang

menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) sebaga medium untuk meningkatkan minat pelajar

terhadap BA. Namun begitu pensyarah sudah cuba sedaya upaya untuk menyampaikan pelajaran

kepada pelajar dan bersedia membantu pelajar, disamping memberikan mereka latihan.

11.0 RUMUSAN

Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah diperolehi, para pengkaji telah membuat beberapa

rumusan iaitu:

11.1- Persamaan sikap antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari BA.

 Ada cita- cita untuk menjadi penutur BA yang baik.

 Kedua- dua pelajar lelaki dan perempuan berminat dalam kemahiran mendengar.

 Kurang minat meminjam buku BA di perpustakaan.

11.2- Perbezaan sikap antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari BA:

 Pelajar lelaki lebih mahir dalam kemahiran bertutur BA, manakala pelajar perempuan

lebih mahir dalam kemahiran menulis.

 Pelajar perempuan lebih suka mengulangkaji pelajaran BA berbanding pelajar lelaki.

 Pelajar perempuan lebih suka bertanya pensyarah tentang pelajaran BA yang tidak

difahami.

11
 Pelajar perempuan bersetuju bahawa belajar BA mempunyai kepentingan dan

bukanlah semata- mata untuk lulus peperiksaan.

Sebagai rumusannya, hasil dapatan ini memberi gambaran bahawa pelajar perempuan

lebih berminat dan bersikap positif terhadap pembelajaran BA. Jadi hipotesis di awal kajian tadi

ada kebenarannya namun boleh disangkal dalam aspek- aspek tertentu, contohnya pelajar

perempuan lebih bersikap negatif dalam kemahiran bertutur BA.

12.0 IMPLIKASI KAJIAN

Hasil kajian mendapati guru-guru kurang mengambil berat tentang psikologi pelajar.

Mengikut Luke (1998), jantina merupakan aspek penting yang diberi penekanan oleh ahli-ahli

psikologi. Pelajar lelaki dikatakan lebih bersikap berani,mempunyai keyakinan diri dan mudah

bersosial, berbeza dengan sikap pelajar perempuan yang agak pemalu dan tidak berani mencuba,

Oleh itu para guru dituntut untuk mendalami psikologi pelajar mereka supaya proses pengajaran

dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih efektif.

Hasil kajian ini menjelaskan bahawa pelajar lelaki kurang berminat dalam mempelajari

bahasa Arab, mungkin selama ini tenaga pengajar tidak mengambil berat dalam isu ini, jadi

inisiatif yang boleh diambil ialah mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan supaya guru akan

lebih memberikan tumpuan terhadap kelemahan dan kekurangan pelajar lelaki dan perempuan.

Senario ini kita dapat lihat berlaku di beberapa buah sekolah contohnya Sekolah Menengah

Ugama Maahad Muhammadi (Perempuan) dan Maahad Muhammadi (Lelaki) di Kelantan.

Kedua-dua sekolah ini menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan dari dulu hingga

sekarang. Namun begitu dari sudut lain, implikasi yang timbul ialah pelajar-pelajar ini kurang

pendedahan dengan kehidupan sosial yang sebenar. Kesannya apabila mereka ke universiti

12
ataupun bekerja nanti mereka akan berasa kekok dan menerima kejutan budaya kerana terpaksa

bergaul antara lelaki dan perempuan.

Dapatan kajian yang menarik perhatian ialah tahap kebolehan pelajar perempuan dalam

bertutur agak lemah berbanding pelajar lelaki. Ia membuktikan pelajar perempuan juga

mempunyai sikap negatif terhadap pembelajaran bahasa Arab,Sebagai satu tindakan yang

proaktif, disarankan supaya tenaga pengajar bahasa Arab dapat menyediakan satu modul

pertuturan yang sesuai dan menarik bagi mengatasi kelemahan ini.Modul ini perlulah

menekankan aspek motivasi dan mendedahkan kepada pelajar tentang strategi komunikasi yang

berkesan.Strategi komunikasi seharusnya dilihat sebagai unsur positif dalam pengajaran bahasa

Arab. .Menurut Jowdat al-Rekaby (1998), pelajar-pelajar patut didedahkan kepada cara

penggunaan strategi komunikasi yang betul supaya dapat membantu mereka menjayakan

komunikasi dalam bahasa Arab. Implikasinya, mungkin akan menambah beban tugas guru dan

memerlukan sokongan kewangan yang mencukupi. Namun apa yang penting objektif dapat

dicapai, iaitu peningkatan pelajar dalam bertutur.

Rosni Samah (2008) menjelaskan dari aspek guru juga perlu menggunakan bahasa Arab

sepenuhnya ketika mengajar untuk membiasakan pelajar menjiwai dan memahami apa sahaja

pengajaran yang disampaikan dalam bahasa Arab tanpa perlu diterjemahkan ke dalam bahasa

Melayu,

Hasil dapatan kajian menunjukkan kepada pengkaji bahawa, kedua-dua pelajar lelaki

dan perempuan tidak berminat untuk membaca teks dan majalah arab. Jadi tindakan yang perlu

diambil ialah mengadakan kempen-kempen yang berterusan di samping menyediakan bahan

bacaan yang berkesan dan menarik. Semua pihak perlu mengambil bahagian bagi menjayakan

13
usaha ini. Amiruldin Ishak (2008), mencadangkan supaya guru perlu sentiasa menggalakkan

pelajar meminjam buku di perpustakaan bagi memperluaskan perbendaharaan kata Arab dalam

minda mereka. Dengan wujudnya usaha-usaha ke arah memartabatkan bahasa Arab ini kita harap

suatu hari nanti bahasa Arab akan diterima sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan global.

13.0 CADANGAN

Bagi memperbaiki mutu pembelajaran dan pengajaran BA, pengkaji telah mengemukakan

beberapa cadangan iaitu:

13.1- Aspek pelajar

Di dalam aspek pelajar ini, sikap dan minat pelajar samada lelaki atau perempuan terhadap BA

menjadi punca kepada turun dan naiknya prestasi mereka. Sekiranya dorongan dan motivasi

pelajar kuat untuk mempelajari sesuatu, maka dia akan berusaha untuk mendapatkannya.

Zulkifley Hamid (1996) menyatakan bahawa individu itu sendiri yang memilih samada dia

hendak berusaha atau tidak untuk menguasai bahasa kedua. Walaupun dipaksa untuk

mempelajari bahasa kedua tidak semua pelajar akan berjaya.

Cadangan : Pelajar perlu mempunyai kesedaran dan motivasi yang tinggi untuk belajar BA. Di

samping itu, pensyarah BA juga perlu menggiatkan usaha dan kempen untuk menyedarkan

pelajar dan mendorong mereka untuk memahami kepentingan BA di dalam kehidupan mereka

pada masa hadapan.

13.2- Aspek Pensyarah

14
Sikap, minat dan prestasi murid di dalam BA juga banyak dipengaruhi oleh sahsiah pensyarah

dan perwatakannya di dalam kelas. Daripada hasil kajian ini juga, didapati pensyarah BA jarang

memanfaatkan bahan bantu mengajar di dalam pengajaran mereka.

Cadangan : Pensyarah BA perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif semasa

berlangsungnya P&P untuk mempengaruhi emosi dan membangkitkan mood pelajar. Pensyarah

juga perlu kreatif serta mempelbagaikan teknik pengajaran dengan mengoptimumkan

penggunaan BBM. Pensyarah perlu memainkan peranan sebagai fasilitator yang aktif untuk

membimbing para pelajar.

13.3- Aspek Sukatan

Sukatan juga dilihat mempengaruhi proses pembelajaran BA.

Cadangan : Pihak yang terlibat perlu mengambil kira tahap kemampuan para pelajar. Ianya

mestilah menarik dan relevan dengan keadaan semasa, serta praktikal dalam kehidupan pelajar

sehari- hari bagi mengelakkan rasa bosan. Sukatan yang berteraskan pelajar amat digalakkan.

14.0 PENUTUP

Justeru itu, diharapkan agar penemuan kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu

pensyarah dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki

penguasaan BA di kalangan pelajar. Galakan secara bersepadu kepada pelajar perlu agar kaedah

15
pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan kursus lain yang diikuti di samping

untuk menarik minat sesiapa sahaja terutama mereka yang tidak mengkhususkan pengajian

dalam bidang Pengajian Islam dan BA.

BIBLIOGRAFI

1- Amir Awang. 1986. Teori-teori Pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

16
2- Amiruldin Ishak. 2008. Pemerkasaan Pengajaran Bahasa Kesusasteraan dan

Kebudayaan Arab, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

3- Atan Long. c.1,1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4- Azhar Muhammad, Abdul Hafiz Abdullah, Bushrah Basiron, Kamarul Azmi Jasmi dan

Sulaiman Shakib Mohd Noor .2006. Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Aliran

Agama terhadap Pengajian Ilmu Retorik Arab. http://eprints.utm.my/2767/1/75193.pdf

5- Ellis, R. 1994. The study of second language acquisition. London: Oxford University

Press.

6- Jowdat Al-Rekaby. 1990. Turuk Tadris Al-Lughah Al-Arabiyah. Syria: Maktabah Al-

Syarq.

7- Mohd Bakhir Abdullah. 2008. Mekanisme penting dalam Pengajaran Bahasa Arab.Satu

tinjauan psikologi. Universiti Islam Antarabangsa.

8- Mok Soon Sang. c.1. 2001. Psikologi Pendidikan Untuk KPLI. Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

9- Rosni Samah. 2008. Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah

Agama.Universiti Sains Islam Malaysia.

10- Rosydi Ahmad Taimah. 1989. Ta’lim Al-Lughah li ghairin al-Natiqin biha,Manahijuhu

wa Asalibuhu. Makkah al- Mukarramah: Umm Al-Qura University.

11- Sharmiza Bt Ahmad (2003), Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama

Rakyat: Suatu kajian keberkesanannya di kalangan pelajar di Daerah Yan, Kedah,

Disertasi Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

17
12- Zulkifley Hamid. c.1, 1996. Bahasa Konsep, Fungsi dan Penguasaannya Oleh Penutur.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMPIRAN A: SOAL SELIDIK

ARAHAN
Anda diminta menandakan ( √ ) atau menulis pada ruangan yang telah disediakan. Semua
maklumat adalah dirahsiakan. Kerjasama dan kesudian saudara/saudari menjawab soal selidik ini
secara ikhlas amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

18
BAHAGIAN A : MAKLUMAT DEMOGRAFIK PERIBADI & PENGETAHUAN
UMUM MENGENAI BAHASA ARAB

Sila tandakan ( √ ) dalam ruangan yang sesuai.

1. Jantina:
Lelaki 1

Perempuan 2

2. Umur:
18 tahun 1

19 tahun 2

20 tahun 3

21 tahun 4

> 22 tahun 5

3. Jabatan:
Kejuruteraan 1

Farmasi 2

Sains Biologi 3

Sains Fizik 4

Kesihatan dan Sains


5
Perubatan

Teknologi Maklumat dan


6
Komunikasi

Senibina dan Rekabentuk


7
Persekitaran

Sains Biologi 8

4.Adakah anda mempunyai latar belakang pendidikan Bahasa Arab

19
Ya 1

Tidak 2 (Jika Tidak, sila terus ke bahagian B)

Jika Ya, sila tandakan ruangan di bawah:

Sekolah Rendah 1

Sekolah Menengah 2

5.Adakah anda meminati Kursus Bahasa Arab?

a. Ya

b. Tidak

Jika tidak, sebutkan alasannya. ____________________________________________________

_____________________________________________________________________________

6.Apakah pandangan anda terhadap Kursus Bahasa Arab di UIA

a. Amat susah

b. Susah

c. Sederhana

d. Senang

e. Amat senang

7.Berapa jamkah masa yang anda gunakan untuk mengulangkaji subjek bahasa Arab di asrama ?

a. < 1 jam

b.1- 2 jam

c. > 2 jam

20
BAHAGIAN B: SIKAP DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP BAHASA ARAB

Pernyataan-pernyataan berikut adalah menggambarkan sikap dan persepsi anda terhadap


pembelajaran Bahasa Arab. Nyatakan tahap bagi setiap pernyataan yang berhubungkait
dengan anda sekarang.

Bulatkan nombor yang sesuai berpandukan kepada skala berikut:

1 = Sangat tidak bersetuju


2 = Tidak bersetuju
3 = Sederhana setuju
4 = Setuju
5 = Sangat bersetuju

Perkara Skala

8. Saya sering membaca akhbar dan majalah dalam bahasa 1 2 3 4 5


Arab.
9. Saya sering bertutur dengan pensyarah & rakan-rakan dalam 1 2 3 4 5
bahasa Arab.
10. Saya sering meminjam buku bahasa Arab di perpustakaan. 1 2 3 4 5

11. Bahasa Arab tidak begitu bermanfaat dalam kerjaya saya pada 1 2 3 4 5
masa depan.
12. Saya sering bertanya kepada pensyarah tentang pelajaran 1 2 3 4 5
bahasa Arab yang tidak difahami.
13. Saya mengulangkaji pelajaran Bahasa Arab setiap hari 1 2 3 4 5

14. Saya suka membaca teks bahasa Arab di asrama. 1 2 3 4 5

15. Saya selalu membuat nota dan latihan kerja rumah bahasa 1 2 3 4 5
Arab di asrama.
16. Saya suka mendengar audio dalam bahasa Arab. 1 2 3 4 5

17. Saya suka menulis karangan dalam bahasa Arab. 1 2 3 4 5

18. Saya mempelajari bahasa Arab semata- mata untuk lulus 1 2 3 4 5


peperiksaan.
19. Pelajaran bahasa Arab adalah pelajaran yang membosankan. 1 2 3 4 5

BAHAGIAN C: KAEDAH PENGAJARAN PENSYARAH BAHASA ARAB

21
Pernyataan-pernyataan berikut adalah menggambarkan aspek-aspek berkaitan pengajaran
pensyarah Bahasa Arab anda. Sila nyatakan persetujuan anda terhadap item-item berikut di
bawah berdasarkan sejauh manakah ianya tepat seperti yang anda rasakan.

Bulatkan nombor yang sesuai berpandukan kepada skala berikut:

1 = Tidak pernah
2 = Jarang- jarang
3 = Kadang- kadang
4 = Selalu

Perkara Skala

20. Pensyarah bahasa Arab sering membantu saya untuk memahami 1 2 3 4


bahasa Arab.
21. Pengajaran dan pembelajaran Pensyarah bahasa Arab saya senang 1 2 3 4
difahami dan diikuti.
22. Pensyarah bahasa Arab saya menggunakan bahasa Arab semasa 1 2 3 4
proses pengajaran dan pembelajaran.
23. Pensyarah bahasa Arab saya selalu menggalakkan saya 1 2 3 4
berkomunikasi dalam Bahasa Arab
24. Pensyarah bahasa Arab saya selalu membuat latihan bahasa Arab 1 2 3 4
untuk meningkatkan prestasi saya dalam pembelajaran bahasa Arab.
25. Pensyarah bahasa Arab saya menggunakan bahan bantu mengajar 1 2 3 4
yang pelbagai dalam pengajarannya.
26. Apakah cita- cita dan harapan anda terhadap Bahasa Arab ?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

27. Saya rasa pembelajaran Bahasa Arab akan lebih menarik sekiranya ; (Sila kemukakan
cadangan anda)

a)________________________________________________________________________

b)________________________________________________________________________

c)________________________________________________________________________

22
LAMPIRAN B : CARTA

BAHAGIAN A: MAKLUMAT DEMOGRAFIK PERIBADI & PENGETAHUAN UMUM


BAHASA ARAB

1- Perbezaan antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan mengikut jabatan.

23
2- Perbezaan antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai latar belakang
pendidikan bahasa Arab.

3- Perbezaan antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan mengikut tahap pendidikan bahasa
Arab.

24
4- Minat pelajar terhadap bahasa Arab mengikut jantina.

5- Pandangan pelajar terhadap kursus bahasa Arab di Pusat Asasi UIA

6- Jumlah masa digunakan untuk mengulangkaji bahasa Arab.

25
BAHAGIAN B: SIKAP DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KURSUS BAHASA
ARAB

1- Bilangan pelajar yang sering membaca akhbar dan majalah dalam BA mengikut jantina.

2- Bilangan pelajar yang sering bertutur dalam BA

26
3- Bilangan pelajar yang sering meminjam buku BA di perpustakaan.

4- BA tidak begitu bermanfaat dalam kerjaya pelajar mengikut jantina

5- Bilangan pelajar yang sering bertanya kepada pensyarah tentang BA

27
6- Bilangan pelajar yang mengulangkaji BA setiap hari mengikut jantina

7- Bilangan pelajar yang suka membaca teks BA di asrama mengikut jantina.

8- Bilangan pelajar yang sering membuat nota dan latihan kerja rumah BA mengikut jantina.

28
9- Bilangan pelajar yang mempelajari BA semata- mata untuk lulus peperiksaan.

10- Bilangan pelajar yang suka mendengar audio dalam BA.

11- Saya suka menulis karangan BA

29
12- Pelajaran BA adalah membosankan.

BAHAGIAN C: KAEDAH PENGAJARAN PENSYARAH

30
1- Pensyarah BA sering membantu pelajar untuk memahami BA.

2- Pengajaran dana pembelajarn Pensyarah BA senang difahami dan diikuti.

3- Pensyarah menggunakan BA semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

4- Pensyarah selalu menggalakkan pelajar berkomunikasi dalam BA

31
5- Pensyarah selalu membuat latihan BA untuk meningkatkan prestasi pelajar.

6- Pensyarah selalu menggunakan BBM yang pelbagai.

32
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

33
1. Pendahuluan …………………………......................................... 1
2. Permasalahan kajian …………………………………................ 1
3. Kepustakaan .... ............................................................................. 2-3
4. Isu di Sebalik Kajian ....................................................................... 3
5. Objektif Kajian ………………………………………………….. 3
6. Persoalan Kajian ………………………………………………… 3-4
7. Kepentingan Kajian …………...…………………………………. 4
8. Metodologi Kajian ………………………………………………. 4
9. Batasan Kajian ………………………………………………….. 5
10. Dapatan Kajian …………………………………………………... 5-11
11. Rumusan ………………………………………………………… 11-12
12. Implikasi Kajian …………………………………………………. 12-14

13. Cadangan ………………………………………………………... 14-15


14. Penutup ………………………………………………………….. 16
15. Bibliografi………………………………………………………… 17-18
16. Lampiran A : Soalan Soal Selidik ……………………………… 17-21

17. Lampiran B : Carta …………………………………………….. 22-30

34
TAJUK : PERBEZAAN SIKAP ANTARA PELAJAR LELAKI
DAN PEREMPUAN TERHADAP PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA

SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN

TXGB6101
LINGUISTIK TERAPAN

35
PENSYARAH:
DR JAWAKHIR MIOR JAAFAR
PN AINUN ROZANA MOHD ZAID

KUMPULAN KAJIAN:
KUNG SHIAO TAN TGA080001
NOR SYAHIDA AHMAD TGA090006
RAJA HAZIRAH RAJA SULAIMAN TGA090021

FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK,


UNIVERSITI MALAYA
SESI 2009/ 2010

36

You might also like