You are on page 1of 2

Contoh Teks Ceramah

Selamat petang dan selamat sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi


Majlis, yang berusaha pengerusi jawatankuasa penduduk Taman Mutiara,
Tuan Haji Masro Bin Hamdan, tuan-tuan dan puan-puan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli


jawatankuasa penduduk taman ini kerana sudi mengundang saya ke maills
lnl. Saya yakin bahawa majlis ini diadakan kerana tuan-tuan sedar akan
bahaya arak dalam kehidupan kita. Kementerian Kesihatan mengalu-alukan
usaha seperti ini serta sentiasa bersedia untuk menghulurkan apa-apa juga
bantuan yang diperlukan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Semua orang mengetahui arak ialah sejenis minuman yang


memabukkan. Arak dibuat daripada jus buah-buahan, terutamanya buah
anggur. Arak berbeza daripada jus yang selalu kita minum. Jus buah-buahn
yang selalu kita minum masih asli dan tidak berubah, kerana itulah kita tidak
akan mabuk walaupun minum banyak jus buah. Tak tahulah saya kalau
ada yang mabuk kerana minum jus tembikai.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa arak membahayakan kesihatan


tubuh badan manusia. Beberapa kajian perubatan yang telah dijalankan
membuktikan bahawa arak menjadi punca berbagai penyakit, terutamanya
berhubung dengan jantung manusia. Banyak kematian berlaku kerana
pesakit telah parah kesan daripada amalan meminum arak.

Arak akan merosakkan kehidupan manusia. Banyak perbalahan yang


ber1aku antara anggota masyarakat berpunca daripada fikiran yang se1a1u
berkhaya1 dan mabuk. Kejadian jenayah pun banyak yang berlaku kerana
arak. Banyak rumah tangga kucar-kacir kerana anggota keluarga kaki arak.
Terdapat isteri dan anak yang hidup menderita kerana suami atau bapa
yang sentiasa ketagih arak. Tidak kurang juga kemalangan yang berlaku di
jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu yang mabuk.

Arak menyebabkan ketagihan yang bukan sahaja dapat merosakkan


badan, malah yang lebih utama ialah arak merosakkan fikiran manusia.
Selalunya orang yang menjadi kaki arak tidak berperikemanusiaan.
Masyarakat akan menjadi susah jika terdapat penagih arak di kalangan
mereka. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa semua agama melarang
penganutnya minum arak.

Hadirin sekalian,

Jelaslah bahawa arak memang tidak mendatangkan sebarang kebaikan,


sebaliknya menyebabkan kemudaratan. Oleh itu, jauhilah arak dan kepada
mereka yang telah menjadi kaki arak, saya menasihatkan mereka supaya
bertaubat dan menghentikan perbuatan buruk itu. Mereka boleh
mendapatkan bantuan daripada doktor untuk menghentikan tabiat itu.
Bertindaklah segera sebelum terlambat.

Sekian, terima kasih.

You might also like