P. 1
definisi[1] kurikulum

definisi[1] kurikulum

|Views: 433|Likes:
Published by Zalifah Anum

More info:

Published by: Zalifah Anum on Mar 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/24/2013

pdf

text

original

1.

0

PENGENALAN Sistem penilaian memang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan. Setiap

perancangan kurikulum mesti diikuti dengan penilaian. Kebanyakan penilaian yang diamalkan di negara kita adalah penilaian berbentuk ujian. Mengikut Ebel (1979), sebenarnya pembina ujian menghadapi dua persoalan : pertama, untuk menentukan apa yang ingin diukur, dan kedua, membuat keputusan bagaimana mengukurnya. Sementara dari segi makna ujian pula Cronbach (1970) telah memberikan satu definisi ujian yang agak luas, iaitu satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem berkategori. 2.0 DEFINISI 2.1 Kesahan

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur. Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman & Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996). Alat taksiran yang mengukur apa yang ia ukur adalah sah. Sesuatu alat pengukur tidak memiliki kesahan untuk “semua tujuan”. Sesuatu ujian mungkin sangat sah untuk sesuatu tujuan tertentu tetapi ia tidak mungkin sah dalam situasi lain. Oleh sebab sesuatu ujian yang tidak sah dianggap tidak berguna maka seseorang itu hendaklah membentangkan bukti yang boleh memberi keyakinan bahawa ujian yang digunakan mengukur tepat ciri-ciri ujian yang berkenaan direka bentuk untuk diukur.

memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.2. atau sifat seseorang. Mengikut Campbell dan Fiske (1959). Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996). Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan. dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971). persetujuan antara dua usaha untuk mengukur sifat yang sama secara maksimum melalui kaedah yang sama. ketepatan. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara ’apa yang dihasilkan’ dengan ’apa yang dihasratkan’ dari sesuatu program pendidikan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal. . penilaian adalah proses mengenalpasti. 2. sesuatu ciri. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian.3 Penilaian Menurut Stufflebeam (1971). pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda. Menurut Mokhtar (1995). kebolehpercayaan diertikan sebagai. tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

di antaranya adalah: 1. menjalankan ujian dan menilai hasil yang diperolehi oleh pelajar. ii. Kesahan konstruk Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi ujiannya. Konsep kesahan pengukuran merujuk kepada tafsiran dan hasil daripada pengukuran. susun atur. Menurut Kelly. Penilaian kurikulum memberi maksud sama ada kurikulum yang dibina. organisasi dan kaedah penyampaiannya. Kesahan kandungan 2. direka bentuk dan dilaksana menerbitkan hasil pembelajaran yang diharapkan. Bagi kurikulum itu sendiri penilaian bermaksud menilai isi kandungan.0 KESAHAN Thorndike (1991) konsep kesahan merujuk kepada keseluruhan apa yang hendak kita ukur dan tiada lain selain apa yang kita hendak ukur.4 Penilaian Kurikulum Penilaian kurikulum adalah suatu proses mengumpul data untuk menilai seorang pelajar atau sesuatu kurikulum. Contohnya jika kita hendak mengukur sikap. Contoh jika menggunakan ujian diagnostik maka tidak sah jika diberi gred. 3. Penilaian kurikulum adalah merangkumi proses memberi pengetahuan. Kesahan ramalan 3. Penilaian kurikulum adalah proses dimana kita berusaha atau mencuba untuk mengukur nilai dan keberkesanan daripada sebahagian aktiviti pendidikan sama ada projek di peringkat nasional ataupun hanya aktiviti bersama murid di dalam bilik darjah. Ujian sepatutnya mengukur apa yang patut diukur. Kesahan serentak 4. . i. hendaklah mengukur sikap. A.2.V (2009). Kesahan merujuk kepada tahap sesuatu ujian dapat mengukur apa yang sepatutnya di ukur iaitu tahap dimana sesuatu ujian memenuhi objektif yang dihajati. Ciri-ciri kesahan dalam pengujian/penilaian boleh dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan pengujian/penilaian yang ingin dijalankan.

Kesahan kandungan Merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya. anda juga dijangka akan melakukan kesilapan yang hampir sama di adalam ujian yang lain (yang sama) bermaksud anda akan mengulangi kesilapan yang sama di dalam ujian ulangan untuk matapelajaran yang sama.  Merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur  Merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan pengajaran yang ditentukan atau bidang pengajaran yang khusus  Digunakan dalam ujian pencapaian  Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu dalam mata pelajaran tertentu  Memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili aspek penting pelajaran yang diajar  Bergantung kepada relevensi atau kesesuaian tingkah laku yang ingin diperhatikan atau diketahui  Perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran.merujuk kepada pencapaian seseorang calon didalam sesuatu ujian adalah samada setara dengan pencapaian di dalam ujian yang lain. Contohnya. Jadual Spesifikasi Ujian 2. Contoh jika ujian ejaan hendaklah mengukur kebolehan mengeja atau ujian mendengar hanyalah untuk mengukur kemahiran mendengar. Kesahan semasa/serentak Bertujuan menetukan tahap seseorang murid.iii. Kesahan berkaitan kriteria Perbezaan diantara kesahan semasa dan ramalan bergantung kepada prosedur mentadbir ujian iaitu: Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrebt) atau setelah beberapa bulan berlalu (predictive) a. jika seseorang guru membina dan menjalankan sesuatu ujian yang melibatkan aspek kerja sekolah dan hasil keputusan adalah sama dengan . ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman tentang petikan. 1. Contohnya jika anda melakukan kesilapan di dalam satu ujian matapelajaran.

b. . Untuk mendapatkan kesahan ramalan yang tinggi. item ujian hendaklah benar-benar menguji kebolehan yang relevan dengan kebolehan. maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi. dalam matapelajaran bahasa melayu. Kesahan ramalan Merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya. Sekirannya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel di jalankan.pencapaian di tunjukan maka dikatakan ujian tersebut mempunyai kesahan semasa yang tinggi.  Hubungkait diantara skor ujian dengan kumpulan murid berdasarkan kriteria tertentu  Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek. kemahiran atau kelayakkan yang diperlukan di dalam sesuatu bidang yang akan diterokai kelak. satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik bedasarkan peraturanperaturan tatabahasa. Contohnya.  Maklumat dikumpul melalui ujian/kriteria/tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian  Membuat perbandingan antara maklumat yang dikumpul atau skor yang diperolehi daripada pelajar yang mengambil ujian tersebut  Dapat menetukan kebolehan calon unruk melaksanakan tugasan dalam sesuatu keadaan yang berbeza dengan efektif  Dapat meramal perubahan sikap seseorang calon pada masa akan datang. Contohnya. Murid yang memperolehi markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi. hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. seseorang pelajar matrikulasi yang mempunyai keputusan yang baik di dlam SPM/STPM akan dijangka memperolehi keputusan yang baik diperingkat peperiksaan Matrikulasi kelak.

kebolehan dan kemahiran berfikir. alat yang dibina untuk mengukur konstruk ‘sabar’ sepatutnya mengukur konstruk ini dengan lebih baik. markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan.3. . guru. Contohnya. Kesahan dinyatakan dalam darjah (iaitu.  Meningkatkan motivasi semasa pelajar mengambil ujian  Mengurangkan perasaan kurang puas hati atau tidak adil kepada kumpulan murid yang berskor rendah  Membantu meyakinkan penggunanya berpontensi contohnya. dan sebagainya. sederhana dan tinggi) 4. tahap rendah.toleransi. ‘kurang sabar’. pentadbir sekolah untuk menggunakan ujian tersebut. kebolehan mengulas. (bukan diukur) 2. Pengertian kesahan pentafsiran (validity of interpretation) dan penggunaan hasil pengukuran dapat dijelaskan dengan lebih lanjut dengan beberapa ciri berikut: 1. Kesahan bergantung khusus kepada penggunaan yang spesifik. Contohnya. Kesahan disimpulkan daripada bukti sedia ada.’sabar’ dan juga ciri-ciri orang yang ‘tidak sabar’ dan ‘kurang sabar’. Kesahan gagasan/konstruk Merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Kesahan muka Merujuk kepada ujian dilihat mengukur apa yang hendak diukur. Nampak pada permukaan sahaja dan jika seseorang itu tidak terlatih dalam pembinaan dan perealisasian item. Tujuan ujian adalah untuk mengukur tahap kebolehan ciri mental atau kognitif individu seperti kecerdasan. kebolehan menaakul.keadilan dan sifat. Pembina item inventori perlu terlebih dahulu memahami maksud ‘tidak sabar’. Kesahan bergantung kepada banyak jenis bukti yang berbeza. kreativiti. 3.  Ujian ditadbir kepada pelajar yang julat pencapaiannya luas  Keputusan ujian membezakan antara pelajar yang berpencapaian tinggi dengan yang rendah dan ujian tersebut dianggap mengukur kebolehan konstruk. 4.motivasi.emosi. maka item dikatakan sah.

Bukti berkaitan dengan kriteria 3.5. Ketelitian dalam membina ujian . Bukti berkaitan dengan isi kandungan Bukti yang menunjukkan setakat mana isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel “representif” domain isi kandungan yang sepatutnya diukur. satu dimasa depan dan serentak dengan ujian Bukti yang menunjukan bahawa skor ujian dapat meramalkan prestasi dalam kriteria dimasa depan. Bukti berkaitan dengan konstruk a. Fokus bukti berkaitan dengan isi kandungan untuk kesahan ialah tentang kerelevenan dan cukup tidaknya sampel tugasan yang terkandung dalam ujian. 6. b. Bukti berkaitan dengan isi kandungan amat penting untuk menyokong tafsiran skor ujian percapaian. Bukti berkaitan dengan isi kandungan 2. Bukti yang menunjukkan setakat mana skor ujian berkenaan dapat meramalkan prestasi dalam sesuatu Kriteria. Kesahan adalah satu konsep yang bersepadu. Kesahan merujuk kepada rumusan yang dibuat dan BUKAN kepada alat itu. Bukti yang diperlukan untuk memastikan rumusan yang diperbuat daripada hasil pengukuran itu adalah sah termasuklah: 1. Jadual penentuan ujian yang disediakan untuk sesuatu ujian merupakan satu bukti berkaitan dengan isi kandungan untuk menyokong kesahan rumusan skor ujian. Bukti yang berkaitan dengan kriteria boleh dikumpulakan dengan menentukan koefesien kolerasi antara ujian dan kriteria yang diukur serentak dengan ujian. Faktor-faktor yang mempegaruhi kesahan. 1. Ukuran kriteria boleh dilakukan dengan dua cara . Bukti berkaitan Kriteria.

pengukuran yang dibuat ke atas konsep-konsep tersebut dalam peringkat operational mesti dapat mewakili dengan tepat konsep-konsep yang di definisikan dalam peringkat konseptual. Kesahan Dalam Penyelidikan Kuantitatif Penyelidikan kualitatif menyatakan tingkah laku yang diperhatikan dengan menggunakan angka-angka. Kejelasan soalan 4. Keadaan dimana ujian itu ditakbir 6. Oleh yang demikian. . kesahan dalam penyelidikan kuantitatif bererti definisi konsep-konsep di dalam peringkat konseptual mestilah selaras dengan definisi konsep-konsep tersebut dalam peringkat operational. Ketelitian dalam pemarkahan 7. ciri. kualiti atau konstruk berkenaan. Dalam makna lain. Bilangan soalan 5. Ia menekankan pengukuran yang jitu dan pengujian hipotesis berdasarkan kepada suatu sampel yang dikaji. dengan menggunakan statistik dalam analisis data. Liputan isi kandungan 3. Bukti berkaitan dengan konstruk ialah bukti yang menunjukkan setakat mana skor ujian itu dapat ditafsirkan sebagai ukuran bagi sesuatu trait psikologi. Bukti berkaitan konstruk Glock &Ahmann (1981) mentakrifkan konstruk sebagai sesuatu sifat yang dianggap wujud untuk memberi penjelasan mengapa sesuatu aspek tingkah laku manusia berlaku.1. 3. Tingkah laku calon semasa menjawab soalan c.2.

Sejauh mana pengukuran dapat dibuat mewakili aspek kandungan yang diukur. bilangan subjek kajian yang digunakan biasanya kurang dan data-data kualitatif yang dikumpulkan melalui prosedur kajian seperti temubual. dan pemerhatian haruslah mempunyai semua jenis kesahan di atas. 4. 3.Terdapat beberapa jenis kesahan dalam penyelidikan kuantitatif: Jenis Kesahan Kesahan Muka Kesahan Kriteria Kesahan bina Kesahan Kandungan Kesahan dalaman Definisi Sejauh mana pengukuran dibuat dapat mengukur nilai sebenar yang ingin diukur. Sejauh mana kajian menunjukkan bahawa rawatan yang dibuat dalam kajian benar-benar menyebabkan perubahan tingkah laku subjek kajian dan bukan disebabkan oleh faktorKesahan luaran faktor lain selain daripada rawatan tersebut. Sejauh mana hasil kajian dapat diaplikasikan kepada kumpulan-kumpulan lain dalam dunia sebenar. Sejauh mana hipotesis yang dibuat berdasarkan teori-teori. Masalah yang sering timbul ialah mengenai kesahan luaran.0 KEBOLEHPERCAYAAN Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan atau penilaian merujuk kepada keupayaan suatu kajian atau penilaian untuk memperolehi nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi.2 Kesahan dalam penyelidikan kualitatif Dalam penyelidikan kualitatif. Jika pengukuran pada kali yang kedua ( dan ketiga atau pada kali yang . Sejauh mana pengukuran yang dibuat dapat meramal kriteria yang ingin diukur.

maka kajian atau penilaian yang dibuat itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. menggunakan instrumen serta kaedah yang sesuai dengan jenis penilaian maka kesahan dan kebolehpercayaan dapat dipertingkatkan dalam sesuatu kajian atau penilaian. Kesemua model ini mempunyai alat pengukuran tersendiri. Antaranya adalah seperti Stake’s Congruence – Contigency Model. illuminative Evaluation Model Action-Reaserch Model dan sebagainya. Butir –butir yang digunakan hendaklah sejenis. mempertingkatkan kobolehpercyaan ini. 4. Isner’s Connoisseurship and Criticism Models.seterusnya) dilakukan. Pengumpulan data dalam keadaan yang piawai (standard). Sejauhmanakah kita dapat menjamin kesahan dan kebolehpercyaan dalam penilaian kurikulum ? Sekiranya kita dapat memilih . kebolehpercayaan dalam penilaian kurikulum yang berbentuk kualitatif dapat dipertingkatkan dengan mematuhi beberapa strategi sebagai usaha menjamin kebolehpercayaan dalam penilaian kurikulum itu sendiri. Arahan-arahan yang jelas dan ringkas terhadap responden bagi memudahkan kefahaman mereka apabila soal-selidik atau temubual ditadbir. Perlu mengelakkan gangguan ke atas subjek semasa subjek diukur atau semasa subjek menjawab soalan yang dikemukakan dalam soal selidik. Kebolehpercayaan sesuatu alat ukur kebolehpercayaan • • • • • • sesuatu penilaian boleh dipertingkatkan bagi menjamin Terdapat beberapa cara untuk kurikulum. Selain daripada ini. Stufflebeam’s Model CIPP.1 Mempertingkatkan Kebolehpercayaan dalam Kajian/Penilaian Terdapat pelbagai model penilaian kurikulum untuk meniliai sesuatu kurukulum. serupa dan terkawal. menentukan. Instrumen pengukuran yang betul akan dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu penilaian. Strategi tersebut adalah seperti berikut : . Usaha dilakukan untuk mencegah dan mengelakkan kebimbangan responden dengan memberi jaminan keselamatan dan kerahsiaan ke atas maklumat yang diberi oleh mereka. Antaranya adalah seperti berikut : Pernyataan butir-butir yang jelas dan tepat mengenai perkara yang hendak dinilai. nilai yang diperoleh adalah serupa.

Dengan membandingkan data kajian yang dicatatkan oleh pengkaji dan pendapat rakan sebaya tentang responden. Indeks kebolehpercyaan merupakan pekali yang menunjukkan ketekalan sesuatu alat ukur. menggunakan beberapa pengkaji atau penilai yang berlainan. Jika data-data tersebut sama. b. kita boleh menggunakan kaedah uji dan uji kembali. kaedah bentuk setara dan kaedah berbahagi dua. . Ini akan meningkatkan kebolehpercayaan penilaian atau kajian. Ia digunakan sebagai bukti kebolehpercayaan kajian. • Menggunakan alat pencatat sebagai bukti. • Menggunakan pengkaji-pengkaji peserta. pita video untuk mencatatkan hasil sesi temu bual / pemerhatian. • Menggunakan pemeriksaan rakan sebaya. Melakukan kajian di tempat-tempat yang berlainan. Melakukan kajian pada masa-masa yang berlainan. Indeks kebolehpercayaan boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set markah yang didapati hasil daripada gerak balas responden terhadap butir-butir dalam alat ukur. Kita dapat menjamin bahawa penilaian yang kita lakukan adalah mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.. tempat-tempat yang berlainan. Melalui kaedah tringulasi data-data yang dipungut dengan menggunakan orang-orang yang berlainan. iaitu : a. maka kebolehpercayaan adalah tinggi. Bagi mendapatkan dua set markah tersebut. beberapa orang penemubual digunakan untuk menyoal soalan yang sama pada sela masa yang berlainan. c. 4. perakam kaset. Sebagai contoh dalam sesi temu bual.• Menggunakan kaedah tringulasi.2 Kebolehpercayaan Alat Pengukuran Kebolehpercayaan sesuatu alat pengukuran boleh ditentukan dengan menggunakan indeks kebolehpercayaan. masamasa yang berlainan. pengkaji dapat memeriksa kebolehpercayaan data kajian yang dipungut.. seperti borang temubual. Ini melibatkan pengkaji-pengkaji yang terlatih untuk membuat pemerhatian dan laporan secara yang teliti dan sistematik.

Markah-markah yang didapati daripada pengukuran pertama dan pengukuran kedua dikorelasikan. minat. Pekali korelasi yang terhasil merupakan indeks kebolehpercayaan. Bagaimanapun.a. Untuk menjamin kebolehpercayaan penilaian . serupa dan terkawal bagi mencegah kesan faktor tidak sistematik. Oleh kerana alat ukur yang sama ditadbir sebanyak dua kali ke atas responden yang sama tetapi pada waktu yang berlainan. Kaedah Uji dan Uji Kembali Kaedah uji dan uji kembali merupakan kaedah bagi mendapatkan dua set markah dengan mentadbir alat ukur yang sama ke atas responden yang sama sebanyak dua kali. b. Kaedah bentuk setara menggunakan satu alat ukur yang dibina dan satu alat ukur yang piawai. Kaedah uji dan uji kembali terdedah kepada perubahan disebabkan faktor sistematik dan faktor tidak sistematik. Operasi atau pengurusan alat ukur pada kali pertama dan kali kedua dalam kaedah uji dan uji kembali mungkin menghasilkan faktor tidak sistematik yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan. maka indeks kebolehpercayaan bagi alat ukur tersebut adalah tinggi. Kaedah Bentuk Setara Dua set markah yang boleh digunakan untuk mendapatkan indeks kebolehpercayaan boleh juga didapati dengan menggunakan kaedah bentuk setara. Responden semakin matang pada pengukuran kedua berbanding dengan pada pengukuran pertama. maka perubahan sistematik yang berlaku adalah disebabkan oleh kematangan responden dan alat ukur. Oleh itu. kita perlu menghalang perubahan disebabkan sikap. Kedua-dua . kita perlu mengadakan pengurusan alat ukur yang piawai. kecergasan fizikal dan kestabilan emosi responden. Sekiranya pekali korelasi yang didapati positif teguh. faktor sistematik tidak mempengaruhi paras kebolehpercayaan sesuatu alat ukur.

Markah-markah yang didapati daripada pengukuran dengan menggunakan kedua-dua alat ukur tersebut dikorelasikan. Pekali korelasi yang positif dan teguh menunjukkan indeks kebolehpercayaan yang tinggi bagi alat ukur yang dibina.alat ukur yang ditadbir ke atas responden yang sama dan pada masa yang sama. kaedah berbahagi dua dapat mencegah berlakunya perubahan disebabkan ketiga-tiga sumber variasi iaitu individu. . Kaedah Berbahagi Dua Kaedah ini sering digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan sesuatu alat ukur kerana kaedah ini hanya memerlukan pentadbiran alat ukur sekali sahaja. c. variasai tugasan dari satu pengukuran ke satu pengukuran dan variasai persampelan gagasan yang berbeza antara satu pengukuran dengan pengukuran lain. dari satu pengukuran ke suatu pengukuran. Dengan menggunakan pentadbiran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->