P. 1
kata -kata hikamh

kata -kata hikamh

4.71

|Views: 8,424|Likes:
Published by anon-466001

More info:

Published by: anon-466001 on Aug 24, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/12/2013

pdf

text

original

Kata-kata hikmah dari khalifah syeri writes "KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR : 1.

Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan. 3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!" SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB : 1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti. 2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada

Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki. 3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia. SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH : 1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai. 2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima? 3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya. 4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya. UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang. 2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal. 3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa. SUFFIAN AS THAURI : 1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat. 2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia. 3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat." Manusia itu umpama musafir yg sedang dlm perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yg rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara2 didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),," Perumpamaan hidup anak Adam hanyalah antara jarak Azan & Iqamah, terlalu singkat; Kita lahir ke dunia diiringi alunan azan, kita kembali ke alam kubur juga bakal diiringi alunan azan...wallahualam

dunia hanyalah sementara, diibaratkan ladang untuk hasilnya diakhirat kelak,, tanamlah tanaman bermacam mcm didunia(berilmu), suburkan tanaman ngan pelbagai cara(beramal), semailah pohon2 yang bleh dimakan hasilnya(beriman), spaya diakhirat nnti,, kita hidup senang lenang di syurga yang abadi,,, "1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah banyak kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. 4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. 6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. 8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. 9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. 12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. 13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. 14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung

sehingga ia mula bercakap kosong 17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. 18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa. 19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. 20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. 21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. 22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. 23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata

terbuka belum bererti ia melihat. 24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. 25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan. 26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah. 27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. 28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. 29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. 31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. 32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati... 33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup" 35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. 36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." 37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" 38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan

perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" 39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan" 40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. 41) Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan 42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain." 44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat" 45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". 46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensiasiakan sahabat yg telah dicari" 47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" 48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" 50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri" 51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan." 52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya." 53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada." 54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya." 55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang

tertinggi." 56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang." 57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi." 58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma." 59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." 60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul." 61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan *********************************************** *********************************************** *****************XXX Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com --------------------------------Brings words and photos together (easily) with PhotoMail - it's free and works with Yahoo! Mail. SPONSORED LINKS Girl friend Friends Friend and lover Girl friend gifts Find a friend SAYIDINA ABU BAKAR : 1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub karena suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu. 2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan. Tell a friend

3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!" SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB : 1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti. 2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT niscaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki. 3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia. SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH : 1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahwa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai. 2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, karena sesungguhnya terlalu sedikit amalan

yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima? Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya. 3. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya. UMAR BIN AZIZ : 1. Orang yang bertakwa itu dikekang. 2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal. 3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa. SUFFIAN AS THAURI : 1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapak pada perkara syubhat. 2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia. 3. Menuntut ilmu lebih utama daripada shalat sunat. IMAM AS SYAFIE : 1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu. 2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.

3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan. Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji). Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia. IMAM MALIK : 1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati. 2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya. 3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan. IMAM ABU HANIFAH : 1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya). 2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidak kudapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa

aman darinya bila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besarbesar. 3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak. IMAM AHMAD : Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya. SUFFIAN BIN UYAINAH : 1. Dua perkara yang susah sekali untuk mengobatinya yaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah. 2. Siapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya. 3. Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggununggu kedatangan mati. 4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu. 5. Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia. Surat dari ibu Aisyah r.a untuk Khalifah Muawiyah berbunyi sebagai berikut : "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang mengusahakan keredhaan Allah sampai manusia kesal kepadanya, ia akan dibantu Allah dalam menghadapi manusia. Dan siapa yang tidak menghiraukan Allah agar

disenangi manusia nasibnya akan diserahkan Allah pada manusia." Oleh itu tetaplah hati tuan dalam takut pada Allah karena bila tuan takut pada Allah, Dia akan membantumu terhadap manusia. Tetapi kalau tuan takut pada manusia mereka tidak akan dapat menolongmu terhadap Allah sedikit pun." Khalifah Umar Ibnu Aziz menasehati gubernurgubernur di daerah pemerintahannya dengan perkataan sebagai berikut : "Kekuasaan yang ada di tangan saudara-saudara telah memungkinkan kalian untuk menzalimi rakyat. Bila terasa di hati kalian untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya kekuasaan Allah atas diri saudarasaudara." "Ketahuilah bahwa satu kejahatan yang anda timpakan pada rakyat lambat laun akan hilang bekasnya dari mereka tetapi bekasnya akan tetap untuk saudara-saudara dalam daftar dosa. Ketahuilah pula bahwa Allah SWT membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya." Luqmanul Hakim menasehati anaknya : "Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jangan engkau banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka." "Ambillah dari dunia sekedar keperluan dan biayakan (belanjakan) kelebihan hasil usahamu untuk Akhirat. Dunia jangan ditolak semua agar engkau tidak menjadi ‘parasit’ (orang yang menumpang hidup pada orang lain

tanpa membalas apa-apa) yang menyusahkan manusia (orang) lain." "Berpuasalah selalu untuk menundukkan nafsumu, tetapi jangan sampai meletihkan badan sehingga merusak shalatmu karena shalat lebih utama dari puasa." "Janganlah engkau duduk berteman dengan orang yang bodoh, sombong dan jangan didekati orang yang bermuka dua." Pernah Allah SWT bertanya kepada Nabi Yaakub a.s. : "Tahukah kamu kenapa Kupisahkan engkau dengan puteramu Yusuf?" "Tidak, ya Tuhanku," jawab Nabi Yaakub a.s. "Yaitu karena kata-katamu yang mengatakan, "Aku takut karena dia akan dimakan serigala waktu kamu (saudarasaudara Yusuf) lalai bermain-main", Kenapa engkau bimbang pada serigala tetapi tidak menyatakan harapan pada-Ku? Engkau hanya memandang kelalaian saudarasaudaranya saja tapi engkau tidak memandang perlindungan-Ku terhadapnya (Yusuf)." Kemudian Allah bertanya lagi pada Nabi Yaakub a.s., "Tahukah kamu kenapa Yusuf Aku kembalikan padamu?" "Tidak, ya Tuhanku," jawab Nabi Yaakub a.s. "Juga karena kata-katamu, "Semoga Allah akan mengembalikan semua padaku". Dan karena kata-katamu, "Pergilah untuk mencari Yusuf dan adiknya dan janganlah kamu berputus asa." Kata Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

"Yang paling awal diseru di hari kiamat adalah orang yang hafal Al Quran dan seorang yang syahid dalam peperangan serta seorang yang kaya." Maka firman Allah kepada yang hafal Al Quran, "Apakah Aku tidak mengajarmu? Mengajar Al Quran yang Aku turunkan kepada Rasul-Ku?" Jawab orang itu, "Tentu saja ya Tuhanku." Dan firman Allah, "Digunakan untuk apa ilmu yang kau miliki itu?" Jawabnya, "Aku amalkan dan aku kaji siang dan malam." Firman Tuhan, "Kamu dusta!" Demikian pula para malaikat berkata, "Kamu dusta." Firman Tuhan, "Sebenarnya Kamu hanya ingin menjadi seorang qari maka cukuplah pujian orang-orang itu sebagai ganjaranmu. Itulah bagianmu." Sekarang giliran orang yang mati di dalam peperangan dihadapkan kepada Tuhan yang Maha Esa dan Tuhan berfirman, "Apakah yang engkau telah lakukan di dunia?" Jawabnya, "Saya diperintahkan ikut perang sabil, kemudian perintah itu saya jalankan sampai saya mati dalam peperangan itu." Firman Allah: "Kamu dusta!" Demikian pula para malaikat berkata, "Kamu dusta." Firman Allah, "Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang berani (pahlawan). Cukuplah pujian itu sebagai bagianmu."

Kemudian tibalah giliran orang kaya dihadapkan ke hadirat Allah SWT. Firman Allah, "Apakah engkau tidak diberi kekayaan oleh-Ku? Sehingga engkau tidak memberikan kepada sesiapapun?" Jawab orang kaya, "Tentu saja ya Tuhan, hamba telah diberi kekayaan olehMu." Firman Tuhan,"Dipergunakan untuk apa kekayaan yang Aku berikan padamu itu?" Jawabnya, "Saya pergunakan untuk bersilaturrahim dan bersedekah." Firman Tuhan, "Kamu berdusta!" Demikian pula para malaikat berkata, "Kamu berdusta." Firman Tuhan, "Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang pemurah. Pujian orang-orang itulah sebagai bagian untukmu." "Kemudian Rasulullah menepuk lututku," kata Abu Hurairah dan Rasulullah bersabda, "Ya Abu Hurairah untuk merekalah Api Neraka pertama kali akan dinyalakan." Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda : "Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!" Jawabku, "Ya, Sayidil Mursalin." Sabda Rasulullah SAW, "Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak."

"Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya." "Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,"Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat". "Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain." "Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, "Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena dia seorang yang sombong." Rasulullah SAW meneruskan sabdanya, "Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub."

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,"Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad." Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,"Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini." Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah shalat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata,"Saya ini penjaga sum’ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riya'. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riya'."

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni shalat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijabhijab dan sampailah ke hadirat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betulbetul ikhlas untuk Allah. Tetapi firman Tuhan,"Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak bisa menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui." "Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagiKu apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi." "Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?" "Laknat-Ku tetap padanya." Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:

"Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka." Dan semua yang di langit turut berkata,"Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat." Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadist ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata, "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan ini?" Sabda Rasulullah SAW, "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan." Muaz bertanya kembali,"Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan bisa lepas dari bahaya tersebut?" Bersabda Rasulullah, "Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain." "Jangan riya' dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, karena kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka jahanam."

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia." Muaz berkata, "Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?" Jawab Rasulullah SAW, "Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka." Nabi SAW bersabda : Allah SWT berfirman,"Sekurang-kurangnya tindakan-Ku terhadap seorang hamba yang lebih mengutamakan nafsunya dari berbuat taat kepada-Ku tidak Kuberi padanya kebahagiaan bermunajat kepada-Ku." Sayidina Ali r.a. berkata : "Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang yaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai." "Buta hati, lupa zikrullah dan lalai akan menjauhkan diri dari ketetapan Allah, dan orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai akhirnya ia ditimpa kecewa dan sesal yang tidak berujung karena diperlihatkan oleh Allah hal-hal yang selama ini tidak difikirkannya."

Nabi SAW bersabda: "Sekurang-kurangnya (hati) mu mesti berisi keyakinan dan keteguhan dalam bersabar. Siapa yang mendapatkan kedua hal itu, tidak mengapa baginya bila kadang-kadang lalai dalam mengerjakan shalat sunat di malam hari dan puasa sunat di siang hari." "Orang-orang sabar dalam keadaan itu lebih disukai. Aku khawatir sepeninggalku dunia akan terbuka luas di depanmu, lalu masing-masing bersifat nafsi-nafsi, engkauengkau, aku-aku dan kamu tidak kenal lagi penduduk langit. Di waktu itu siapa yang sabar dan ikhlas akan memenangkan pahala yang selengkapnya." Firman Allah : Terjemahannya : Apa yang ada pada kamu akan habis dan apa yang di sisi Allah akan kekal dan akan Kami beri tambahan pahala pada orang-orang yang sabar dalam apa yang mereka lakukan. (An Nahl: 96) Dalam atsar dari Ibnu Abbas menceritakan ketika Nabi masuk ke suatu perkumpulan kaum Ansar baginda bertanya : "Apakah saudara-saudara telah betul-betul Mukmin?" Umar lalu menjawab, "Benar ya Rasulullah." Baginda bertanya lagi, "Apakah ciri-ciri iman, saudarasaudara?" Hadirin menjawab, "Kami bersyukur atas kesenangan, bersabar atas cobaan dan redha menerima ketentuan Tuhan." Lalu Nabi bersabda, "Memang anda semua Mukmin sejati, demi Tuhan Kaabah."

Termaktub dalam sepucuk surat Khalifah Umar kepada Abu Musa Al Ashaari, "Hadapilah sifat sabar dan ketahuilah bahwa sifat sabar itu dua macam, di mana yang satu lebih afdol dari yang lain. Sabar dalam musibah adalah sifat baik namun lebih afdal lagi sabar dalam menghindar larangan Allah SWT. Ketahuilah bahwa sabar itu berhubungan dengan iman karena kebajikan yang paling utama adalah takwa dan takwa hanya dapat dicapai dengan sabar." Nabi Sulaiman a.s. pernah dihukum Allah selama 40 hari Semasa baginda dihukum, banyak orang berbuat kasar dengannya. Sebab itu saat Nabi Sulaiman a.s. bebas dan menjadi raja kembali, ada seorang umatnya datang meminta maaf pada Nabi Sulaiman a.s. Nabi Allah itu menjawab,"Aku tidak mengumpat tentang apa yang telah kamu lakukan dan tidak lupa pula memuji sikapmu sekarang. Sesungguhnya semua yang telah terjadi itu adalah perintah dari langit yang mesti terjadi." 13. Seorang ulama salaf berkata "Setiap seorang hamba berbuat dosa, bumi tempat ia berdiri meminta keizinan Tuhan untuk membenamkannya dan langit yang di atas kepalanya memohon izin untuk gugur menimpanya."Tetapi Tuhan berfirman pada langit dan bumi itu,

"Tahanlah bahaya untuk hamba-Ku itu dan beri dia waktu. Mungkin dia bertaubat pada-Ku lalu Aku ampunkan dan mungkin saja dia menggantikan kerja buruknya dengan amalan yang baik lalu Aku gantikan dosanya dengan pahala." Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah : Terjemahannya : Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi dari terjatuh dan kalau keduanya terjatuh tiada seorang pun yang akan bisa menahan selain Dia. (Faathir : 41) Rasulullah SAW bersabda : "Ya Tuhanku, karuniakanlah aku dua mata yang berlinang meneteskan air mata sebelum datang saat di mana mata menetiskan darah dan gigi menjadi bara." Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah bertanya kepada Nabi SAW : Wahai Rasulullah, "Apakah ada umatmu yang nanti dapat masuk syurga tanpa hisab?" Jawab baginda,"Ada, yaitu orang yang mengenang dosanya lalu dia menangis." Yahaya bin Muaz r.a berkata, "Malang sekali nasib keturunan Nabi Adam a.s. Kalau mereka mencemaskan Neraka seperti mencemaskan kemiskinan tentulah dia akan masuk Syurga." Diriwayatkan :

Seorang Nabi mengeluh kepada Allah bahwa dia telah menderita lapar dan kekurangan pakaian selama bertahuntahun dan pakaiannya hanyalah jubah bulu yang kasar. Lalu Allah mewahyukan kepadanya,"Wahai hamba-Ku, tidakkah engkau senang hati karena hatimu telah Aku lindungi dari sikap kafir terhadap-Ku hingga engkau minta pula diberi keduniaan?" Sebahagian ulama’ salaf bermunajat seperti ini : "Ya Allah, generasi mana yang tidak membuat kedurhakaan padaMu namun Engkau tetap memberi rezeki kepada mereka. Sesungguhnya Maha Suci Engkau dan Maha Penyantun. Demi kemuliaanMu, Engkau didurhakai manusia namun Engkau tetap melimpahkan pemberian dan rezeki, bagaikan Engkau tidak pandai marah pada mereka, wahai Tuhan kami Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. ( Aristotle ) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ). Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka). Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ). Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka). Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali). Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka). Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka). Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ). Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka). Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ). Kata hikmat Adat Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka). Habis adat kerana kerelaan. ( Pepatah Melayu). Adat juara berkalah menang. ( Pepatah Melayu). Adat hidup tolong-menolong, dunia balas-membalas dan adat syariat palu-memalu.. (Pepatah Melayu). Kata hikmat Adil Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka). Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ). Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ). Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab). Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ). Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ). Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama). Kata hikmat Agama Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ). Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai

tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka). Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka). Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka). Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur. ( Hamka ). Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka). Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ). Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ). Kata hikmat Akal.

Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib). Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (ulama). Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ). Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ). Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib). Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib). Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib). Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ). Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ). Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilihNYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka). Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ). Kata hikmat anak. Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka). Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ). Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya. ( Maksud hadis ). Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah Melayu). Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. ( Hamka).

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ). kata hikmat bahagia. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ). Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ). Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ). Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ). Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis). Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ). Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya. Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain. Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekalikali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka. Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa. Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang. kata hikmat Bahasa Hati Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu) Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu. ( Peribahasa Arab ). Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)

Mengatur bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa,beerti menumbuhkan fikiran bangsa.Bahasa itu adalah jiwa bangsa.(Sutan takdir) Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa). kata hikmat Baik Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa) Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch). Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. ( maksud hadis). Hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(maksud hadis). Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain. (Francis Becon). Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka). Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya. kata hikmat Bangsa Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.

Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka). Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya. Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ). Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. ( maksud hadis). Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kep uncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas,peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit .Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan bdak-budak. (sejarahwan) "Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami bergolongan dan berbangsabangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain.Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di

sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki. ( Maksud ayat al-Quran 49:13) kata hikmat benar. Benar jadi berani. (pepatah China) Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki. Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka) Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron) Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. (Chamberlain) Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis) Wahai saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak. (Saidina Ali) Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu). Benar akan menang. Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri. Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).

Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka). Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka). Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki (hamka). Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka) Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. ( Hamka) Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.( Hamka) Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka). Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka). kata hikmat kalau Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)

Kalau banyak ilmu manusia,lebih mudah dia menipu dirinya.Jalan yang baik mengelakkan kesilapan ialah membuat tidak tahu.(Jean Jacques Rousseau). Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke). Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China). Kalau banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati. Kalau dua orang menunggang kuda,seorang mesti duduk di belakang.(peribahasa Inggeris). Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab). Kalau bekerja dianggap menyusahkan,mengganggur merosakkan.(peribahasa Arab). Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.(peribahasa Arab). Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya.(imam Al Ghazali). Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini.(pendeta). Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).

Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau taida kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka). Kalau petang dan pagi seseorang itu beroleh aman dan sentosa daripada sebarang gangguan,itulah orang yang bahagia.(zaid) Kalau sekali seorang bijak melakukan kekeliruan,di belakangnya terdapat ramai orang bodoh yang mengulangi kekeliruan itu.(Beng Cu). Kalau engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.kalau engakau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat,pakailah budi pekerti yang baik.Kedua sifat ini ialah kawan bahagia.(saidina Ali). Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka). Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran,hendaklah biasakan hidup melarat,sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.Tetapi kalau engkau hendak mencapai kemerdekaan untuk diri sendiri dan bangsamu,hendaklah

engakau biasakan bersikap tabah menempuh perjuangan.(Voltaire). Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu supaya rakyat taat dan tunduk kepadanya,maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,yakni hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.(Muhammad Abduh). Kalu hendak memperbaiki karangan,adakan peraturan dalam fikiran.(buffon). Kalau hendak mempunyai tampan yang paling baik dan paling kukuh dalam karangan,menulislah dengan sederhana.(Hohenemser). Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran.(Horatius). Kalau tutur kata dan bahasa tidak sesuai dengan keadaan yang sebenar,itu tandanya bahawa sesuatu perkara tidak berhasil. Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di tengah orang ramai,jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan,jaga perangaimu.(lukmanul hakim). Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.(Hamka). Jikalau orang perlu kawan,dia akan mengambil setiap orang yang mahu menolongnya,soal siapa orangnya,itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)

Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary). Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.(Umar Al Khatab). Kalau hendak orang lain menyimpan rahsiamu,lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri. Kalau orang mengasihi anda ,dia kan membuat anda meratap,tetapi jika orang membenci anda,dia akan membuat anda ketawa. Kalau kita membenci orang,orang akan membenci kita. Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi. Kalau orang sakit memikirkan nyawanya,orang sihat akan memikirkan wangnya. Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu. Kata hikmat Keindahan. Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya. Memerhatikan keindahan alam itu menambah harga diri.

Hasad dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa ataupun keindahan akal.Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya. Alangkah indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang. Letak keindahan bukan pada ejekannya,tetapi pada cara dia mengejek. Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah,suara yang merdu ,menunjukkan dalam agama pun ada seni suara. Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya. Perhiasan timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas meja,kerusi yang bagus,semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa. Berhiaslah ketika ke masjid.Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan.Tetapi jangan berlebih-lebihan. Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat. Sesungguhnya Allah itu indah,suka akan keindahan. Perhiasan adalah barang indah.Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk.

Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang ksar,jiwa yang tidak mengenal keindahan. Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah. kata hikmat Islam. Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia. Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya sekali. Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman. Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa adalah tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib. Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya. Kata hikmat kejahatan. Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.

Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat. Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu. Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri. Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk. Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’ Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah. Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat. Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji. Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan. Kata hikmat jangan.

Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputusasa teruslah bekerja dalam keadaan itu. Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita sukai. Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal,nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia benci padamu. Kata hikmat Cita-cita Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita. Orang yang bercita-cita dab berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita. Dalam dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap. Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak. Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya. Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi. Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak

langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil. Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya. Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna. Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah. Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan. Kata hikmat sahabat. Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti. Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka. Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian. Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan

menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat. Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya. Kalau enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat. Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman. Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya. Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya. Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.

Teama-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat. Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu. Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya. Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok. Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal. Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita. Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat. Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat. Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh. Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat. Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang. Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu. Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya. Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab. Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi. Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya. Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar. Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan. kata hikmat saudara. Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi. Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia mencintai dirinya sendiri. Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain. Bersedekah kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada kaum kerabat itu beerti du sedekah,iaitu bersedekah dan mengutakan hubungan persaudaraan. Di sana ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda. Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari. Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya. Hiduplah dengan persaudaraan Saudara yang besar menjdai pemimpin bagi adikadiknya.Saudara ynag lelaki menjadai pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara yang tertua. Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh. Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antar anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan. Kata hikmat sederhana. Sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana. Keindahan dalam dasar kelakuan dan bahasa ialah keserderhaan. Jangan terlalau boros mengelurakan pendapat,sederhana memulai atau menjawab.Susun baik-baik alasan yang diberikan kepada yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan.

Kata hikmat senyum dan tawa. Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Denagn senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi. Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda. Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi. Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang. Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit. Bicaranya ...ialah senyum. Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirsakan hari panas. Jangan engkau tertawa di tempat yang idak menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau

pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan. Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul. Kata hikmat Takut Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai. Si pengecut berpendapat bahawa pengecut itu adalah satu perhitungan yang tepat.Itu adalah perangai nafsu yang hina. Ketakutan adalah penyakit yang sangat melekukan jiwa dalam hidup. Rasa takut adalah naluri manusia yang wujud dari keinginan memelihara hidup.Apbila telah masuk ke dalam naluri ia tidak dihapuskan lagi. Rasa takut timbul kerana menghadapi suatu bahaya.Dukacita timbul kerana mengenangkan seseutu maksud yang tidak tercapai atau kehilangan sesuatu yang paling berharga.Yang palaing ditakuti ialah maut. Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya,menyerah sebelum berjuang. Orang penakut mengatakan bahawa pengecut itu adalah suatu siasat.,demikianlah tabiat dan jiwa yang rendah.

Jubun ialah orang yang sudah yakin bahawa dia berada di pihak yang benar.Tetapi takut menyebut kebenaran itu.Tidak mempunyai keberanian moral,sehingga menderita menerima penghinaan dan kehinaan. Perasaan takut timbul sehingga bertemu dengan hati tenteram,lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya menimbulkan takut. Si penakut akan terbunuh denagn ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang. Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi lima.Pertama,sakit ketika mengembara,miskin ketiak tua,maut pada usia muda,buta setelah melihat,dilupakan orang yang disanjungi. kata hikmat usaha dan kerja. Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat rahmat daripada Allah. Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya. Sesungguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang usahaku. Janganlah kamu hanya berdoa"Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan emas dan perak.

Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi bekas kepada seribu orang lelaki daripada perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki. Perusahaan yang rendah melata,lebih mulia daripada meminta-minta. Penderitaan,kesusahan,kesengsaraan,kegagalan dan kekecewaan ,sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha. Berusahalah di dunia seakan-akan engakau akan hidup selam-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engakau akan mati esoknya. Memperolehi sesuatu dengan usaha sendiri adalah lebih baik dan lebih aku sukai daripada meminta-minta. Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.(Hadis) Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong oleh fikiran dan batin kita.Didalam batin terletak pertimbangan di anrata buruk dan baik,cantik atau jelik. Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh agama. Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.(hadis). Marilah kita bekerja,beramal dan membangun negara dengan besar hati dengan wajah yang gembira dan muka berseri.Kita mulai usaha kita dengan sekadar tenaga yang

kita miliki.Dan jangan bernita supaya beres dan selesai di tangan kita juga atau pada aman kita juga.(Hamka) Selagi kita bernyawa,kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara.Itulah hasan yang sebenar.(Ibu zain) kata hikmat Masa Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok. Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati. Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu. Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamuApbila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,birakanlah,maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan. Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab) Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya. Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu). Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)

Susah payah tidak memperlihatkan apa yang perlu,mengahbiskan masa yang tidak perlu. kata hikmat harta. Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka) Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai. Jauhilah tuuh kebinasaan iaitu syirik,sihir,bunuh diri,makan riba,makan harta anak yatim,berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin. Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia. Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada.(Hamka) Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa.Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa.ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.(Hamka). Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal,bersikap dermawan sanagat dianjurkan,tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan. Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus.Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.

Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur. Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya. Harta benda yang baik untuk orang yang baik. Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi diri,orang yang berlaku curang. Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu. Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman. Tamak haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu.Adakalanya untuk kemegahan atau kekuasaan walaupun dengan menghisap darah dan menindas orang yang lemah. Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta.Pertama tamak dan haloba,kedua bakhil. Harta benda amat perlu.Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji.Sedang zakat dan haji adalah dua daripada lima rukun Islam. Harta yang diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda.Fikiran yang cerdas,akal yang lanjut,ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah.

Kekayaan ialah nikmat Allah.seharusnya kekayaan itu kita kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah. Bertambah tinggi darjat iman,bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi.Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan. Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat. Lebih baik menerima nama baik daripada harta (Pujangga). Kekayaan yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum. Harta benda akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan.harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya. Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah...dendam Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah....lumrahnye Jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah....zalim Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah...yang mulia dan terpuji

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->