You are on page 1of 8

Kandungan

MUQADDIMAH iii

BAB 1: ILMU TAJWID 1

• Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid 2

• Kepentingan dan Kelebihan Mempelajari Ilmu Tajwid 3

• Dua Jenis Kesalahan dalam Bacaan al-Quran 4

• Cara-cara Bacaan al-Quran 6

• Huruf-huruf Hijaiyah 7
• Latihan dan Ujian Minda 9

BAB 2: SIFAT-SIFAT HURUF DAN MAKHRAJ HURUF 10

• Pengertian Makhraj dan Bilangan Tempat Keluar Huruf 15

• Bahagian Bibir Mulut 16

• Bahagian Hidung 18

• Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong 19

• Bahagian Lidah 20
• Bahagian kerongkong 26

BAB 3: BACAAN AL-ISTI’AZAH 29

• Kaedah bacaan al-Isti’azah dengan Basmalah dan Awal Surah 30

• Latihan dan Ujian Minda 32

iv
BAB 4: BACAAN AL-BASMALAH 33

• Cara Membaca Basmalah di antara Dua Surah 34

• Latihan dan Ujian Minda 35

BAB 5: BACAAN NUN DAN MIM YANG BERTASYDID (BERSABDU) 36

• Latihan dan Ujian Minda 36

BAB 6: BACAAN NUN SUKUN DAN TANWIN 37

• Al-Izhar 38

• Al-Idgham 40

• Al-Iqlab 42

• Al-Ikhfa’ 43

• Panduan Rasm ‘Uthmani 45

• Rumusan 46
• Panduan Mudah Mengenal Pasti Hukum Lima 47
• Latihan dan Ujian Minda 48

RUJUKAN 49

v
BAB
ILMU TAJWID
1

Dari segi bahasa

Tajwid bermakna mengelokkan dan membaguskan

sesuatu.

Dari segi istilah

Tajwid ialah suatu ilmu yang membicarakan mengenai

makhraj huruf (tempat keluar huruf), sifat-sifatnya, kadar
panjang pendek bacaan serta perkara-perkara lain yang ada
kaitan dengan cara bacaan ayat al-Quran.

Firman Allah s.w.t:

ً ْ‫َﻭ َﺭﺗﱢ ِﻞ ﺍﻟْ ُﻘ ْﺮ َﺀﺍ َﻥ ﺗَ ْﺮﺗِﻴ‬

(٤:‫ﻼ )ﺳﻮﺭﺓ ﺍﳌَُﺰ ﱢﻣﻞ‬
“Bacalah al-Quran itu dengan tartil.” (al-Muzammil: 4)

Membaca al-Quran dengan tartil bermakna membaca dengan tenang, perlahan

serta dapat mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul serta
menyempurnakan segala syarat-syaratnya.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, al-Quran dibaca dengan penuh penghayatan dan
bertajwid. Justeru, kita digalakkan untuk membaca al-Quran dengan baik agar
dapat memberi kesan kepada diri kita.

1
TAJWID 1
Aisyah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:

‫ َﻭﺍﻟﱠﺬِﻯ ﻳَ ْﻘ َﺮﺃُ ﺍﻟْ ُﻘ ْﺮﺁ َﻥ َﻭﻳُﺘَ ْﻌﺘِ ُﻊ‬،ِ‫ﺍﻟﺴ َﻔ َﺮ ِﺓ ﺍﻟْ ِﻜ َﺮﺍ ِﻡ ﺍﻟْﺒَ َﺮ َﺍﺭﺓ‬ ُ ‫ﺍَﻟْ َﻤﺎﻫ‬
‫ِﺮ ﺑِﺎﻟْ ُﻘ ْﺮﺁ ِﻥ َﻣ َﻊ ﱠ‬
.ِ‫ﺎﻕ ﻟَُﻪ ﺃَ ْﺟ َﺮﺍﻥ‬
ٌ ‫ َﻭ ُﻫ َﻮ َﻋﻠَﻴْ ِﻪ َﺷ‬،ِ‫ﻓِﻴْﻪ‬
“Orang yang mahir dengan al-Quran ( hafalan dan bacaannya yang amat baik dan
lancar) kedudukannya di akhirat adalah bersama para malaikat yang mulia dan taat,
adapun orang yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat dalam bacaannya, sedang
ianya amat payah, baginya adalah dua pahala.” [HR. Bukhari dan Muslim]

HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah. Mengamalkan bacaan

al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ‘ain bagi setiap Muslim yang mukallaf.

Membaca al-Quran dengan bertajwid boleh dihuraikan dalam dua keadaan:

1) Membaca al-Quran dengan bertajwid pada kadar yang paling

minimum iaitu bacaannya tidak mengubah struktur perkataan
atau merosakkan maknanya. Hukumnya adalah fardu ‘ain.

2) Membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memelihara

keseluruhan hukum-hukum tajwid dalam bacaan. Hukumnya
wajib ke atas mereka yang mahir dengan ilmu tajwid.

2

3
TAJWID 1
KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Di antara kepentingan dan kelebihan mempelajari ilmu tajwid ialah:

KEPENTINGAN KELEBIHAN

• Mengelakkan kesalahan • Mendapat kedudukan yang

dalam bacaan ayat al-Quran. mulia di sisi Allah sebagaimana
yang diriwayatkan dalam hadis
• Dapat menyebut huruf dengan Nabi:

‫ﺍِْﻗ َﺮ ُﺀ ْﻭﺍ ﺍﻟ ُﻘ ْﺮﺁ َﻥ ﻓَﺈِﻧﱠ ُﻪ ﻳَْﺄﺗِﻲ ﻳَ ْﻮ َﻡ‬

tepat mengikut sifat dan
makhrajnya.

• Menjamin kesahan dan .ِ‫ﺍﻟْﻘِﻴَﺎ َﻣ ِﺔ َﺷﻔِﻴْ ًﻌﺎ ِﻷَ ْﺻ َﺤﺎﺑِﻪ‬

kebenaran makna sesuatu ayat
yang dibaca berdasarkan
[‫]ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬
hukum-hukum bacaan yang
terdapat di dalam ilmu tajwid. “Bacalah al-Quran, maka
sesungguhnya dia akan datang
pada hari kiamat sebagai syafaat
kepada pembacanya.”
[HR. Muslim]

• Bacaan bertajwid jika disertai

dengan kefahaman makna-
makna ayat dapat menimbulkan
rasa nikmat keindahan bahasa
ayat-ayat al-Quran yang
merupakan salah satu daripada
mukjizat agung kepada umat
manusia.

• Memperolehi kebaikan hidup

di dunia dan di akhirat.

4
TAJWID 1
DUA JENIS KESALAHAN DALAM BACAAN AL-QURAN

Ulama Qurra’ (orang yang ahli dalam ilmu bacaan al-Quran) telah membahagikan
kesalahan dalam bacaan al-Quran kepada dua jenis iaitu:

(1) KESALAHAN YANG JELAS

‫)ﺍَﻟ ﱠﻠ ْﺤ ُﻦ ﺍﻟْ َﺠﻠ ﱡ‬
(‫ِﻲ‬
a) Kesalahan pada tanda bacaan:

‫ِﻦ َﻋ َﻠ ٍﻖ‬
ْ ‫ﺎﻥ ﻣ‬
َ ‫ﻧﺴ‬ ِ ْ ‫َﺧ َﻠ َﻖ‬
َ ‫ﺍﻹ‬
dibaca

‫ِﻦ َﻋ َﻠ ٍﻖ‬
ْ ‫ﺎﻥ ﻣ‬
َ ‫ﻧﺴ‬ ِ ْ ‫َﺧ ْﻠ َﻖ‬
َ ‫ﺍﻹ‬
‫ْﻝ‬
Jika membaca ( ) dengan tanda sukun (mati), maka ayat tersebut boleh bertukar
makna dan hukumnya haram dan berdosa. Begitu juga dengan ayat-ayat yang lain,
perlulah kita berhati-hati membaca terutamanya surah al-Fatihah. Jika bacaan
al-Fatihah kita salah, maka solat akan terbatal.

b) Kesalahan pada sebutan makhraj:

ْ ‫ِﻞ َﻛ ْﻴ َﻒ ُﺧ ِﻠﻘ‬
‫َﺖ‬ َ ‫ﺃََﻓ‬
ِ ْ ‫ﻼ ﻳَْﻨ ُﻈ ُﺮ ْﻭ َﻥ ﺇِﻟَﻰ‬
ِ ‫ﺍﻹﺑ‬
Membaca huruf ta’ ( ‫ )ﺕ‬dengan huruf dal (‫)ﺩ‬.

‫ﺽ َﻛ ْﻴ َﻒ ُﺳ ِﻄ َﺤ ْﺖ‬ َْ ‫َﻭﺇِﻟَﻰ‬
ِ ‫ﺍﻷ ْﺭ‬
Membaca huruf ta’ ( ‫ )ﺕ‬dengan Tha’ (‫)ﻁ‬.
Kesalahan yang berlaku di atas hanya dapat dikesan oleh ahli pembaca al-Quran
bahkan orang awam yang tahu tentang ilmu tajwid. Kita harus sentiasa ingat bahawa
bacaan yang salah pada sebutan huruf atau tanda baca boleh membawa kepada
perubahan makna.
5
TAJWID 1

You might also like