You are on page 1of 9

BBM 5401

PEMEROLEHAN DAN PENGAJARAN BAHASA

PENSYARAH : DR VIJAYALETCHUMY A/P


SUBRAMANIAM
FAKULTI : FAKULTI BAHASA MODEN DAN
KOMUNIKASI
NAMA PELAJAR : ABD GHANI BIN HJ. MOHD
M.A (BAHASA MELAYU)

NOMBOR MATRIK : GS 15249


TAJUK : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUH
PEMEROLEHAN BAHASA
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
2.1 FAKTOR VARIASI INDIVIDU
2.2 FAKTOR BAKAT BAHASA
2.3 FAKTOR BIMBINGAN DAN MOTIVASI
2.4 FAKTOR-FAKTOR PERSEORANGAN
2.4.1 FAKTOR JANTINA
2.4.2 FAKTOR KESIHATAN
2.4.3 FAKTOR KECERDASAN
2.5 FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN
2.5.1 KEHIDUPAN DALAM RUMAH TANGGA
2.5.2 RAKAN SEBAYA
2.5.3 PERHUBUNGAN DALAM KELUARGA
2.5.4 KEDUDUKAN SOSIO EKONOMI
2.5.5 KAWASAN TEMPAT TINGGAL
2.5.6 MEDIA MASSA
2.5.7 PENDEDAHAN
3.0 KESIMPULAN
4.0 BIBILIOGRAFI
1.0 PENGENALAN

Bahasa intipati aktiviti manusia.`


Bahasa merupakan ciri-ciri minda yang unik dapt membezakan haiwan
dengan manusia (Chomsky,1968)
Mengikut Chomsky lagi, alat pemerolehan bahasa (LAD) wujud dalam
minda manusia sejak dia dilahirkan.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA

2.1 FAKTOR VARIASI INDIVIDU


Jakobovits (1980) menyatakan beliau menerima perkembangan semulajadi
membantu pemerolehan bahasa seseorang
Setiap individu mempunyai kelainan dalam mempelajari bahasa.
Kita hanya boleh mempengaruhi faktor luaran sahaja.
Perubahan yang berlaku dalam pemikiran individu di luar jangkaan kita.

2.2 FAKTOR BAKAT BAHASA


Setiap individu memiliki kebolehan bahasa yang tersendiri.
Manusia tidak mempunyai kebolehan yang sama dalammempelajari bahasa.
Ia diperolehi melalui hubungan dalam keluarga, pengalaman di sekolah,
berinteraksi dengan masyarakat, hubungan dengan rakan sebaya dan
sebagainya.
2.3 FAKTOR BIMBINGAN DAN MOTIVASI

Apabila menghadapi masalah atau ada sesuatu keperluan, kanak-kanak


memerlukan bimbingan dan motivasi daripada keluarganya atau guru.
Contohnya guru di sekolah tadikanya.
Bahasa akan digunakan untuk keperluan ini.
Oleh itu akan muncul satu tahap di mana kanak-kanak menggunakan
masa yang banyak bercakap pada diri sendiri atau kepada siapa sahaja
yang sedia mendengar masalahnya dalam usaha pertama mencari
penyelesaian dalam menghadapi masalahnya.
Justeru itu, pemerolehan bahasanya akan bertambah dari masa ke
semasa.
2.4 FAKTOR PERSEORANGAN

2.4.1 FAKTOR JANTINA


Menurut kajian,kanak-kanak perempuan mempunyai kelebihan dalam
penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki.
Disokong Atan Long,iaitu kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap
daripada kanak-kanak lelaki kerana pergerakan jasmani (alat saraf) kanak-kanak
perempuan lebih cepat.

2.4.2 FAKTOR KESIHATAN


Mengikut hipotesis LAD
Pada waktu ini (umur 2-6 tahun) kanak2 mempelajari bahasa secara tidak sedar.
Bebelan (vokalisasi),holotrasa, telegratik, ayat kompleks
Jika dijangkiti penyakit peringkat ini, ia akan mengganggu alat artikulasi
(mengganggu kesihatan)

2.4.3 FAKTOR KECERDASAN


Konsepnya sangat rapat dengan ujian mengukur kecerdasan seseorang
Hasilnya : Kecerdasan berhubung rapat dengan kebolehan berbahasa.
2.5 FAKTOR PERSEKITARAN

2.5.1 KEHIDUPAN DALAM RUMAH TANGGA


Tidak jauh bezanya dengan kehidupan keluarga.
Ibubapa orang paling akrab nak-anak, pengaruhnya tentu mendalam.
Berlakunya komunikasi atau perhubungan bahasa.
Selalunya orang dewasa yang hadir akan memberi contoh membetulkan sebutan
kanak-kanak. Sebutan yang didengar oleh kanak-kanak ini akan menjadi tiruan
(Atan Long 1978:295)

2.5.2 RAKAN SEBAYA


Berlaku secara formal seperti di tadika atau semasa bermain sesama mereka.
Komunikasi yang berlaku sewaktu bermain itulah yang menyebabkan berlakunya
proses pengambilan perkataan, sesama rakan sebaya.

2.5.3 PERHUBUNGAN DALAM KELUARGA


Ia bermaksud perhubungan di antara individu di dalam sesuatu keluarga.
Apakah mereka mempunyai hubungan yang mesra, kurang mesra atau tidak ada
kemesraan langsung.
Menurut Prof. Atan Long kanak-kanak daripada kelas atas dan menengah
mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada orang dewasa. Ini
penting bagi kanak-kanak. Berlaku contohnya pada waktu makan bersama.
Anak tunggal selalunya mempunyai penguasaan bahasa yang lebih baik.
2.5.4 KEDUDUKAN SOSIO EKONOMI
Ia berkait rapat dengan taraf pendidikan dan kelas masyarakat sesebuah
keluarga.
Menurut Prof.Atan Long, kanak-kanak di dalam keluarga atasan dan
pertengahan didapati bercakap lebih awal.Mereka lebih cepat berkebolehan
untuk membentuk ayat dan mempunyai struktur ayat yang lebih matang,
berbanding kanak sebaya mereka daripada kelas rendah.
Berpunca daripada pendapatan keluarga. Keluarga berpendapatan tinggi
lebih berupaya menyediakan berbagai jenis kelengkapan dan alat-alat
permainan untuk kanak-kanak.
Alat permainan boleh berfungsi sebagai agen pemerolehan bahasa. Mereka
mengaitkan objek dengan makna. Dapat menambahkan perbendaharaan
kata.

2.5.5 KAWASAN TEMPAT TINGGAL


Yang ditekankan ialah dari segi geografinya,iaitu kaw. pinggir bandar,
bandar, kampung, desa atau pedalaman.
Kanak-kanak tinggal di kaw. bandar mengetahui lebih banyak kata nama
contohnya berkaitan dengan alat-alat elektrik, jenis-jenis kenderaan, pakaian
dan peralatan moden.
Kanak-kanak yang tinggal di kampung berpengetahuan terhadap jenis-jenis
binatang, nama pokok, nama serangga dan sebagainya.
2.5.6 MEDIA MASSA
Yang banyak televisyen. Digemari oleh kanak-kanak kerana ia merangsang
dua indera,iaitu pendengaran dan penglihatan,yang berlaku serentak.
Kanak-kanak meminati siaran kartun dan iklan. Ia ringkas dan bersesuian
dengan kebolehan bahasa kanak-kanak.

2.5.7 PENDEDAHAN DAN RANSANGAN


Kanak-kanak yang aktif pemerolehan bahasanya, biasanya banyak
menerima ransangan dan pendedahan melalui pergaulannya.
Maksudnya kanak-kanak banyak memperoleh dorongan untuk berbahasa
dan bersedia pula bekerjasama untuk menjayakan komunikasi tersebut.
Sekiranya tiada pendedahan, sukarlah bagi seseorang kanak-kanak itu
menguasai bahasa. Kalau tiada pendedahan, maka penguasaan bahasa juga
tidak akan berlaku. (Abdullah Hassan, 1980:261)
3.0 KESIMPULAN
Untuk memperoleh bahasa, kanak-kanak memerlukan
hubungan terus dengan objek dan memerlukan
kehadiran orang dewasa untuk memandunya
(mengulang-ulang sebutan) supaya ia dapat menarik erti
daripadanya.
Proses pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak akan
berlaku tanpa kehadiran faktor-faktor persekitaran di
dalam kehidupan kanak-kanak itu.
Menurut Asmah Hj.Omar pengetahuan bahasa tidak
akan tercapai oleh seseorang kanak-kanak jika dia tidak
pernah mendengar orang lain bertutur. (Asmah Hj.
Omar, 1981,273)

You might also like