You are on page 1of 14

PENGENALAN

Undang-undang atau piagam merupakan satu sistem peraturan atau norma yang
dirangka untuk cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturansesuatu
negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut
mungkin dihukum atau didenda. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara
tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain.

Jika dilihat pada zaman Rasulullah (S.A.W), terdapat juga satu sistem atau undang-
undang yang telah digubal iaitu Piagam Madinah. Ia merupakan piagam pertama yang ditulis
secara rasmi dalam sejarah dunia. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah
dalam membentuk piagam Madinah. Langkah pertama, Rasulullah s.a.w. mendirikan sebuah
masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran
Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah. Langkah kedua, Mengikat tali persaudaraan
antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu
kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar. Dan langkah ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan
Madinah dari ancaman luar. Ia digubal bertujuan menghadapi masyarakat majmuk Madinah
dan membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk selain ingin menyatukan
masyarakat pelbagai kaum. Ia juga bertujuan mewujudkan perdamaian dan melenyapkan
permusuhan seterusnya mewujudkan keamanan di madinah. Di samping itu Piagam
Madinah dibentuk untuk persefahaman dan kesatuan antara penduduk setempat walaupun
berlainan agama dan budaya” [1].

Di Malaysia juga mempunyai undang-undangnya tersendiri. Ia merupakan Perlembagaan


Malaysia. Dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara,
adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Sejarah Perlembagaan bermula sejak Tanah
Melayu berlindung di bawah naungan Kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19. Sejarah
perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10
September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini
berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu
1948, kemudiannya telah ditubuhkan selepas Malayan Union dimansuhkan. Perlembagaan
yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu
hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melay mencapai kemerdekaan. Akta
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa
Inggeris di Tanah Melayu.Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga
sekarang dengan beberapa pindaan penting iaitu memasukkan Sabah, Sarawak dan
Singapura serta menukar nama Persekutuan Malaysia. Tujuannya adalah untuk
mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan saksama dan memperuntukan kuasa
kerajaan dan rakyat selain menjadi sumber rujukan untuk penggubalan undang-undang[2 ].
PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M
bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal yang mana 23 fasal piagam tersebut
membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar
dan Muhajirin manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam
dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi [1].

Prinsip Piagam Madinah

 Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.


 Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
 Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
 Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
 Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
 Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
 Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah
dicatatkan
 Kebebasan beragama
 Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
 Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

Kandungan Piagam Madinah (sebahagian sahaja)

 Fasal 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis)
dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang
memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama
mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.

 Fasal 2

Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

 Fasal 12

Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara
mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan,
dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.
 Fasal 12-b

Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang
yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat
persetujuan terlebih dahulu.

 Fasal 13

Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat
kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau
kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama
menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.

 Fasal 14

Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang
kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.

 Fasal 15

Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari
perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama
sendiri terhadap (gangguan) orang lain.

 Fasal 16

Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan
pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.

 Fasal 17

Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh
dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang
lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan
keadilan di kalangan mereka.

 Fasal 18

Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu
hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.
 Fasal 19

Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang
tumpah pada jalan Allah.

 Fasal 20

Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk
dan seteguh-teguhnya.

 Fasal 21

Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak


ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang
kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara
mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.

 Fasal 22

Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam
ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul
ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah
dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang
tebusan dan tidak juga sebarang taubat.

 Fasal 23

Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara
itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.

 Fasal 24

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-
orang mukmin selama mana mereka itu berperang.

 Fasal 25

Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin,
mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama
mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka
sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa
melainkan dirinya dan keluarganya sendiri.
 Fasal 34

Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama
dengan mereka itu.

 Fasal 36

Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka
melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.

 Fasal 36-b

Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas
dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya
kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati
piagam ini.

 Fasal 37

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang


mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-
menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam
ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan
terhadap perbuatan dosa.

 Fasal 37-b

Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh
sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

 Fasal 40

Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan
terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.

 Fasal 42

Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama
peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan
kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah
menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya.
 Fasal 44

Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana


pihak yang mencerobohnya.

 Fasal 45

Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu
perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam
perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin
hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).

 Fasal 46

Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu
dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain
yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-
anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa
kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan
Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.

 Fasal 47

Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang
bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau
menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau
bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa
dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang


telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah
dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian
dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan
pada 31 Ogos, 1957. Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di
London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi
daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua
Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga
Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Perlembagaan Malaysia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu undang-


undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Undang-undang bertulis adalah bentuk
perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam sayu dokumen. Manakala perlembagaan
tidak bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu
dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen an keputusan-keputusan
mahkamah. Kerajaan Malaysia mengamalkan konsep ‘raja berperlembagaan’ dan
‘demokrasi berparlimen’. Raja berpembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di
bawah system berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua Negara. Raja
berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep politik tiga serangkai. Ini
bermaksud Raja adalah hanya merupakan ketua simbolik di dalam rangkai esekutif dan
kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara (www.wikipedia.com, 2011) [2].

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian


mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.

Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan

Bahagian 2 - Kebebasan asasi

Bahagian 3 - Kewarganegaraan

Bahagian 4 - Persekutuan

Bahagian 5 - Negeri-negeri

Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri

Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan

Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 9 - Kehakiman

Bahagian 10 - Perkhidmatan awam

Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat

Bahagian 12 - Am dan pelbagai

Bahagian 13 - Peruntukan sementara

Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya

Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

JADUAL

Jadual Pertama [Perkara 18(1),19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau


Penaturalisasian

Jadual Kedua [Perkara 39]

Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi


Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia

Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang


bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia

Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan Kewarganegaraan

Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang
di-Pertuan Agong

Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja

Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah
dan Ikrar

Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara

Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam


Perlembagaan Negeri
Bahagian I - Peruntukan Tetap

Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam Bahagian I

Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak


kerajaan Persekutuan dan Negeri)

Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang
Diserahhakkan kepada Negeri

Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala

Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri

Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri

Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak

Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan
Sarawak

Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am


1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan
Perlembagaan.

Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)

Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan
Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya

Catatan - Teks asal perkara 1 hingga 15 sebelum pengubahsuaian.


RELEVENSI PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perdebatan mengenai persamaan antara konsep pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w iaitu
Piagam Madinah dengan perlembagaan Malaysia telah lama menjadi persoalan oleh para
penkaji sejarah di Malaysia ini. Terdapat beberapa persamaan konsep Piagam Madinah
yang dapat dilihat di dalam perlembagaan Malaysia kini.

1. Kebebasan beragama dan hak asasi manusia

Pada masa sekarang, rakyat Malaysia mempunyai kebebasan beragama dan hak asasi
manusia. Kenyataan ini tertulis dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 3 (1). Kebebasan
beragama dijamin di dalam Perlembagaan dimana setiap orang mempunyai hak untuk
menganuti dan mengamalkan agamanya[3 ]. Manakala dalam Piagam Madinah ada menyebut
tentang kebebasan umat bukan Islam untuk menganuti agama mereka masing-masing dan
tidak boleh menganggu agama lain walaupun majoriti penduduk Madinah adalah beragama
Islam[1 ].

2. Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara

Rakyat Malaysia juga mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan negara apabila


diserang oleh pihak musuh. Contohnya apabila Negara menghadapi peperangan, rakyat
mempunyai tanggungjawab untuk membantu mempertahankan Negara daripada jatuh di
pihak musuh. Semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, rakyat Madinah iaitu Ansar dan
Muhijirin bersama-sama mempertahankan Madinah daripada menghadapi serangan musuh.
Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi dia tidak dibuktikan bersalah. Dalam
Piagam Madinah Fasal 37-b, “mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana
kesalahan yang dilakukanoleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang
[1]
yang dizalimi (www.wikipedia.com, 2011) . Sementara dalam perlembagaan Malaysia,
perlembagaan mempunyai undang-undang yang memperuntukan rakyat Malaysia untuk
membela diri dan mempunyai hak untuk membela diri dan tidak boleh dianggap bersalah jika
tidak mempunyai bukti yang cukup untuk membuktikan dia bersalah seperti mana disebut
dalam Perkara 5[3 ].
3. Dasar hubungan baik dan saling bantu membantu antara semua warganegara

Sesungguhnya dasar hubungan baik dan saling bantu membantu antara semua
warganegara adalah penting bagi menjamin keamanan sesuatu negara terutama negara
yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Dalam Piagam
Madinah Fasal 45 dan 17 membicarakan mengenai perdamaian, apabila diajak berdamai
haruslah mereka bersedia berdamai[1 ] . Begitu juga dalam Perlembagaan Malaysia Perkara
8 yang membicarakan tentang kesamarataan. Antara isi kandungannya menyatakan semua
orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan, selain
Perkara 11(1) yang menyatakan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian persekutuan [3 ].

4. Cara menyelesaikan masalah

Di dalam menguruskan sesuatu undang-undang atau perlembagaan, sudah tentu terdapat


perkara berbangkit mengenainya dan harus diselesaikan dengan segera. Semasa
pembentukan Piagam Madinah, segala pemasaalahan dibawa ke majlis syura untuk mencari
penyelesaian. Begitu juga yang berlaku untuk meminda atau membincangkan mengenai
Perlembagaan Malaysia. Pertama sekali, perkara tersebut perlu dibahas di Dewan Rakyat
seterusnya ke Dewan Negara sebelum diluluskan [5 ]

5. Sesiapa tidak boleh dianggap bersalah sebelum beliau dibuktikan bersalah.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah. Allah S.W.T pernah berfirman bahawa manusia
adalah sebaik-baik kejadian. Walaubagaimanapun manusia tidak dapat lari dari melakukan
kesilapan. Oleh itu, perlunya undang-undang untuk mengadili mereka supaya mereka yang
benar-benar bersalah sahaja dihukum. Dalam piagam Madinah Fasal 21 menyebutkan
barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya dengan tiada bukti, hendaklah
dibunuh balas[1 ]. Selain itu Perlembagaan Malaysia Perkara 5 yang menyentuh mengenai
kebebasan diri. Perkara 5 menyebut tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau
dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang[3 ].
6. Setiap warganegara berhak mendapat perlindungan dan merpertahan hak masing-
masing

Setiap warganegara berhak mendapat perlindungan dan mempertahankan hak masing-


masing kerana sudah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memberikan perlindungan
kepada rakyat. Fasal 37-b Piagam Madinah menyebut mana-mana orang tidaklah boleh
dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya: dan pertolongan
hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi[1 ]. Manakala dalam Perlembagaan Malaysia
Perkara 10 mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpesatuan menyatakan tiap-
tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara, berhimpun secara
aman dan membentuk peratuan[3 ].

7. Memperakui kewujudan dan kepentingan kaum lain

Kepelbagain bangsa dalam sesebuah negara boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti
perselisihan pendapat mengenai agama dan kebudayaan. Setiap kaum mengakui agama
san kebudayaan mereka adalah yang terbaik, namun begitu pemimpin haruslah bijak
mengatasi masalah sensitif ini. Ini dapat dilihat dalam Piagam Madiah Fasal 25 yang
mengatakan bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang
mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan
agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri
mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan
menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri[1 ]. Begitu juga dengan Perlembagaan
Malaysia Perkara 12(1) yang mengatakan tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana
warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir[3 ].

8. Rakyat yang berbilang agama, bangsa dan budaya, berada di bawah satu
pemerintahan atau undang-undang.

Terdapatnya ramai Rakyat yang berbilang agama, bangsa dan budaya, membawa kepada
perlunya kepada satu pemerintahan bagi memastikan tiada ksejahteraan dan keamanan
Negara terjamin. Dalam Piagam Madinah menyebut Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua
negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk
kepada baginda dan di malaysia, semua warganegara adalah tertakluk kepada
Perlembagaan Malaysia.
KESIMPULAN

Sesuatu undang-undang atau piagam digubal oleh pemimpin mempunyai sebab dan
tujuan tersendiri. Ia juga merupakan dasar yang menentukan corak dan kusa sesebuah
kerajaan. Oleh itu kita sebagai rakyat sebuah negara haruslah patuh terhadap undang-
undang tersebut sebagaimana dalam surah An-Nisaa [59] Wahai orang-orang yang beriman,
taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri"
(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada
(Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan
hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya
[ 4]
.
RUJUKAN

[1] http://ms.wikipedia.org/wiki/Piagam_Madinah

[2] http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia#Artikel.2FPerkara_160

[3] http://ipm.upsi.edu.my/web/images/stories/perlembagaan.pdf

[4] http://nasbunnurain.multiply.com/journal/

[5] Shamsul Amri Baharuddin.2007.MODUL HUBUNGAN ETNIK.Kuala Lumpur:Pusat


Penerbitan Universiti (UPENA)

You might also like