You are on page 1of 5

Panitia Sains SK Bandar Raub 2010

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


SEK.KEB.BANDAR RAUB.

KALI 2/2010

Tarikh : 7 APRIL 2010


Masa : 1.35 petang (Selepas KMK)
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran : En. Mohd Azizi b. Mohamed Sa’ari
Pn. Maznah bt. Abd Latif
Pn. Saadiah bt. Hussin
Pn. Norsyuhada bt. Hazma

Hadir Bersama : Puan Juliaros Bt. Kamarudin


Guru Penolong Kanan 1, SK Bandar , Raub.

Tidak Hadir Bersebab: Pn. Fadzilah bt. Hamzah - Cuti Rehat


Pn. Norrafidah bt. Abd Rahman - Menghadiri
Peperiksaan
PJJ

1.0 Ucapan Pengerusi mesyuarat

1.1 Setiausaha mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Juliaros


selaku wakil pentadbir kerana sudi meluangkan sedikit masa bersama
Panitia sains pada mesyuarat kali kedua ini.

1.2 Setiausaha mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua


guru sains ke mesyuarat kali pertama ini. Setiausaha memaklumkan
bahawa Ketua Panitia sedang cuti berehat sementara menunggu hari
bersalin.

1.3 Setiausaha memaklumkan kepada panita bahawa Pn. Hana’ Nura, Cik
Zuridah dan Cik Rozaini tidak lagi menjadi guru panitia sains kerana
telah berlaku perubahan jadual waktu di kelas pendidikan Khas.

Tindakan: Untuk makluman


Panitia Sains SK Bandar Raub 2010

2.0 Ucapan Pentadbir

2.1 GPK 1 mengucapkan tahniah kepada semua ahli panitia kerana dapat
bermesyuarat pada tarikh yang telah ditetapkan.

2.2 GPK 1 memaklumkan bahawa bagi Kertas Peperiksaan Sains UPSR,


pelajar dibenarkan menjawab dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa
Melayu ataupun pelajar juga boleh menjawab secara dwibahasa iaitu
di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Hal ini kerana bagi
memastikan bahawa pelajar yang lemah di dalam Bahasa Inggeris
atau sebagainya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik
tanpa ada kekangan ataupun masalah dari segi bahasa.

2.3 GPK 1 menyatakan bahawa jadual Pn. Fadzilah akan diambil alih oleh
En. Azizi dan jadual En. Azizi akan diambil alih oleh Pn. Saadiah
manakala jadual Pn. Saadiah akan dipulangkan kepada guru subjek
yang asal. Semua jadual ini merangkumi aktiviti kelas tambahan.

2.4 GPK 1 menggalakkan panitia sains mengadakan bengkel teknik


menjawab periksa bagi kertas Sains dalam jangkamasa yang terdekat
ini.

Tindakan: Untuk makluman & semua guru sains

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama

3.1 Encik Azizi mencadangkan Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Pertama
disahkan tanpa pindaan dan ia disokong oleh Puan Saadiah .

Tindakan: Untuk makluman

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Setiausaha memaklumkan mana-mana guru yang ingin memesan


barang untuk peralatan sains, bolehlah memaklumkan terus kepada
setiausaha.

Tindakan: Setiausaha

4.2 Pn. Saadiah meminta setiausaha mengedarkan jadual pencerapan


rakan sebaya kepadanya kerana beliau tidak hadir pada mesyuarat
kali pertama.

4.3 Setiausaha memaklumkan berlaku perubahan jadual di Kelas


Pendidikan Khas dan Kelas Aliran Perdana maka jadual pencerapan
rakan sebaya yang diedarkan dalam mesyuarat kali pertama terpaksa
diabaikan dan setiausaha akan mengedarkan jadual yang baru.

Tindakan: Setiausaha
Panitia Sains SK Bandar Raub 2010

5.0 Laporan Penilaian 1 bagi Matapelajaran Sains

5.1 Tahun 1, 2 dan 3 (sila rujuk lampiran)

- Menurut En. Azizi tiada masalah bagi pelajar tahap 1 dan En. Azizi
menyatakan sebab hampir semua pelajarnya lulus dan mencapai
tahap menguasai sepenuhnya topik kerana di dalam P1 ia hanya
merangkumi topik-topik pengenalan yang senang dan mudah.

- Bagi seorang pelajar dari 1 Wibawa yang tidak dapat menguasai topik guru
mengandaikan bahawa pelajar tidak mengulangkaji kerana pelajar yang lain
dapat menjawab dengan baik.

- Walaubagaimanapun GPK 1 mengingatkan bahawa JSU mestilah dibuat


untuk setiap penilaian

Tindakan Guru : En. Mohd Azizi b. Mohamed Sa’ari

5.2 Tahun 4: (Sila rujuk lampiran).

- Bagi pelajar tahun 4 menurut Pn. Maznah, hanya 10 orang sahaja


yang tidak dapat menguasai topik dan masing-masing dari 4 Wibawa
dan 4 Dedikasi.

- Masalah utama yang menyebabkan pelajar-pelajar ini tidak dapat markah


yang tinggi kerana mereka tidak menjawab Bahagian B dan banyak soalan
yang ditinggalkan tidak berjawapan.

- Bagi mengatasi masalah ini, Pn. Maznah akan lebih menumpukan perhatian
kepada mereka yang lemah dan akan berusaha menyediakan latih tubi
setiap kali selesai sesi pembelajaran.

Tindakan Guru : Pn. Maznah bt. Abd Latif

Tahun 5 dan Tahun 6 (Sila rujuk lampiran)

- Pn. Maznah menyatakan melalui perbincangan lisannya dengan Pn.


Fadzilah mengenai keputusan P1 pelajar tahun 5 dan 6 kebanyakkannya
pelajar tidak dapat menguasai Bahagian B dengan baik dan pelajar banyak
meninggalkan ruang kosong pada jawapan. Masalah utama pelajar tidak
membuat ulangkaji dan tidak dapat menguasai topik dengan baik.

Tindakan Guru : Pn. Maznah bt. Abd Latif


Panitia Sains SK Bandar Raub 2010

5.3 Pendidikan Khas (Sila rujuk lampiran)

- Pn. NorSyuhada memaklumkan bagi pelajar tahap 1 dan tahap 2 (tahun 4 &
5) mereka tidak mempunyai masalah yang besar cuma kaedah pengajaran
tidak dapat sepenuhnya berpandukan Rancangan Pengajaran Harian kerana
guru terpaksa akur pada tahap kemampuan penerimaan pelajar.

- Bagi pelajar tahun 6 Jing dan Atikah masing –masing mendapat gred
D di dalam matapelajaran Sains.

Tindakan Guru : Pn. Norsyuhada bt. Hazma

6.0 Hal-hal lain

6.1 Semua guru sains akan menyerahkan Program Utama PKKP Folio B
kepada setiausaha pada hari Isnin 12 April 2010.

Tindakan: Semua Guru Sains

6.2 Teknik Menjawab bagi Kertas Sains Tahun 6 akan diadakan pada bulan
Jun iaitu selepas cuti sekolah. Rasionalnya guru ingin pelajar menguasai
semua topik dan menghabiskan sukatan pelajaran terlebih dahulu.

Tindakan: Guru Sains Tahun 6

6.3 Semasa ketiadaan Pn. Fadzilah yang akan bercuti bersalin selama 2
bulan, apa-apa yang berkaitan pelajar tahun 6 selepas ini akan diambil
alih oleh Pn. Maznah.

Tindakan: Pn. Maznah bt. Abd Latif

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

........................................ ....................................
(NORSYUHADA BT. HAZMA) (NORHASIMAH BT. MOHAMED)
Setiausaha Panitia Sains Guru BesarSek. Keb. Bandar
Raub. Sek.Keb. Bandar Raub.
Panitia Sains SK Bandar Raub 2010

You might also like