You are on page 1of 2

Teori Noam Chomsky

Teori Transformasi-Generatif

Teori Transformasi-Generatif diperkenalkan oleh Noam Chomsky untuk digunakan dalam


Rancangan Pengajaran Harian.

Noam Chomsky ialah ahli psikolinguistik dari Amerika Syarikat. Chomsky berpendapat bahawa
kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang dikenali sebagai LAD (Language
Acquisition Devise). Menurut beliau, secara semula jadi, sewaktu dalam lingkungan umur tiga
tahun, kanak-kanak sudah boleh bercakap dengan menggunakan tatabahasa transformasi-
generatif. Tatabahasa transformasi-generatif (iaitu kebolehan kanak-kanak membentuk dan
memanipulasi ayat-ayat) tidak dipelajarinya secara formal. Kebolehan itu “dipelajari” kanak-
kanak melalui komunikasi lisan dengan orang dewasa.

Chomsky telah membezakan antara “kebolehan bahasa” dengan “pengetahuan bahasa”.


Menurutnya, kebolehan bahasa bermaksud kebolehan kanak-kanak menggunakan bahasa.
Pengetahuan bahasa bermaksud pengetahuan kanak-kanak tentang bahasa, iaitu tentang bentuk
ayat, sistem makna dan sistem bunyi yang didengar dalam bahasa yang digunakannya.
Pengetahuan tersebut tidak diajar secara formal tetapi ditiru, dipelajari dan difahami iaitu dengan
mendengar dan bertutur. Menurut Chomsky, sungguhpun kanak-kanak memang tidak dapat
menerangkan rumus-rumus tatabahasa yang telah diserapinya, dia bagaimanapun dapat
menggunakannya dengan betul. Dengan kata lain, daripada perlakuan bahasa kanak-kanak, kita
boleh menilai sejauh mana dia telah memahami dan mempunyai pengetahuan tentang bahasa
yang dituturnya. Menurut Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan semulajadi
untuk menyerap pengetahuan tersebut, termasuk pengetahuan tentang tatabahasa bahasa yang
didengar atau dituturnya.

Alat pemerolehan bahasa atau LAD yang dikatakan oleh Chomsky itu dipercayai berada di
dalam otak manusia. Alat dan kebolehan semulajadi untuk mempelajari dan memahami bahasa
itu dinamakan language universals, yang terdapat pda semua manusia dan boleh digunakan untuk
mempelajari semua bahasa di dunia. Misalnya, semua bahasa memerlukan subjek dan predikat
dalam sebaris ayat. Bentuk ayat itu mungkin berbeza. Ada yang berbentuk biasa dan ada yang
berbentuk songsang. Ada kata adjektif yang terletak sebelum kata nama dan ada yang terletak
selepas kata nama. Sungguhpun demikian, manusia boleh mempelajari pelbagai bahasa, dan ini
boleh berlaku pada peringkat awal lagi, iaitu pada peringkat kanak-kanak sebelum mereka masuk
ke alam persekolahan dan belajar secara formal. Maka oleh itu, Chomsky pernah mengatakan
bahawa “Grammar is caught and not taught”. Maksudnya, aspek tatabahasa itu diserap oleh
kanak-kanak dan tidak diajarkan kepada mereka secara formal.

Teori Ciri-ciri

 Penutur jati berupaya menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan.

 Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.


 Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan.

 Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental.

 Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

 Penutur dilahirkan dengan kecekapan semulajadi.

Kesimpulannya, teori Chomsky yang tergolong dalam kumpulan mentalis cuba menerangkan
perkembangan bahasa kanak-kanak. Chomsky telah mengaitkan pemerolehan bahasa itu dengan
alat pemerolehan bahasa semulajadi (LAD). Teori Chomsky juga dinamakan sebagai teori
nativistik kerana teorinya menekankan sifat semulajadi atau keaslian yang terdapat hanya dalam
diri manusia. Sifat asli itu ialah potensi berbahasa yang secara semulajadinya sudah pun wujud
apabila kanak-kanak dilahirkan dan pembelajaran bahasa itu boleh berlaku tanpa pengajaran
formal yang terdapat di sekolah.

You might also like