You are on page 1of 4

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam kehidupan manusia.

Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil. Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan
menabung dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa boleh membuka akaun di bank atas nama anak-anak
untuk menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Jabatan Pelajaran Sarawak telah melancarkan
program menggalakkan pelajar menabung sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Antaranya, Program Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di peringkat sekolah. Kelab
Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan saku tersebut. Oleh itu, amalan menabung boleh
dikatakan membawa faedah yang banyak kepada kita.
   
   Amalan menabung boleh menyemai tabiat berjimat cermat, terutamanya dalam kalangan pelajar.
Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan
dan sebagainya. kita akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna
wang yana ada pada kita. Misanya, seseorang yang berjimat cermat sudah tentu menggunakan separuh
daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk ditabung  sama ada di dalam bekas tabung
atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada simpanan, bak
kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, amalan menabung berupaya memupuk kita lebih
berjimat cermat untuk bila-bila masa.

   Di samping itu, amalan menabung boleh mengatasi masalah yang kita hadapi semasa kecemasan.
Keadaan ini boleh digambarkan seseorang menyediakan payung sebelum hujan. Kita dapat membantu
orang yang berada dalam keadaan susah, seperti mangsa dalam kemalangan atau ditimpa bencana.
Misalnya, kita boleh menggunakan tabungan kita untuk menderma kepada mangsa Gaza. Selain itu, kita
juga boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Hal ini disebabkan kita
tidak mungkin dapat memperoleh sejumlah wang yang banyak dengan segera jika kita tidak ada wang
tabungan. Untuk menyemai amalan yang murni ini dalam kalangan masyarakat, syarikat insurans telah
menggalakkan masyarakat  supaya menabung dengan cara menawarkan skim tabungan yang pelbagai
untuk kecemasan, iaitu kad perubatan.

   Selain itu, amalan menabung penting untuk hari tua. Sikap yang rajin menabung semasa masih muda,
bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua. Dengan adanya wang, kita dapat menikmati
kehidupan yang lebih gembira dan selesa, bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-sengan kemudian. Kita harus bersusah dahulu dan bersenang
kemudian. Bagi umat Islam, wang yang ditabung boelh digunakan untuk menunaikan haji dan umrah
pada masa hadapan.

   Lebih-lebih lagi, amalan menabung dapat memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan yang akan
datang. Kita telah mempunyai wang yang secukupnya untuk membiayai apa-apa sahaja yang diperlukan.
Kita tidak perlu meminjam wang daripada lintah darat dan berhutang selama beberapa tahun. Kini,
kebanyakan harga barang telah  meningkat dan perkhidmatan awam yang semakin meningkat harganya.
Oleh itu, dengan ada tabunga, kita mampu membeli sesuatu yang diperlukan atau dikehendaki. Kita juga
dapat membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau
mana-mana pihak. Selain itu, seseorang tidak mduah terjerat oleh lintah darat.
   Intihanya, amalan menabung amat mulia. Setiap individu perlu mengorak langkah untuk menabung.
Amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan negara.  Dalam keadaan
kemelesetan ekonomi dunia, rakyat juga dapat menghadapi kegawatan ekonomi ini dengan tabah
kerana mempunyai tabungan yang cukup untuk membiayai kos hidup.
Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita?
“Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah,”begitulah lumrah manusia dalam kehidupan.
Menjelang era millieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke
dapen dengan tidak berlengah-lengah. Marcapada, pencapaian kebendaan dan kebendaan telah
menjadi arah tuju ke Wawasan 2020. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung
perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabuing ini diharapkan terbawa sehingga
dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini
dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan
mereka dengan bijaksana “ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak”. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan
amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?
“Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu
bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah
dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Mereka merupakan ‘pencipta’ insan yang baharu ini. Anak-anak
masih bersih daripada apa-apa sahaja unsure jahiliah. Mereka datang ke dunia yang berwarna-warni ini
dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda
anak-anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam batin anak-
anak. Ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis menjadi tokak”.
Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku
prasekolah lagi, bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sewaktu anak-anak masih
kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu
dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah
dipengaruh apabila mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut
segala ajaran mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar dalam
hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang
berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini “bagai mencurahkan air ke daun
keladi”. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya
mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam
hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam batin anak-anak
sejak kecil kerana “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa perlu membarikan ajaran dan didikan agama juga.
Tidak mengira apa-apa agama, sama ada agama Islam, agama Kristian, agama Buddha atau agama
Hindu, semua agama ini menyebarkan matlamat yang sama, iaitu membentuk individu yang berwibawa,
berketrampilan, bersahsiah mulia, dan berkarismatik. Oleh itu, kanak-kanak yang berada di bawah
pengaruh agama ini mestilah mampu mengelakkan diri daripada unsur negatif dan budaya Barat yang
bercanggah dengan norma masyarakat tempatan. Ibu bapa perlu mengajar dan memberitahu tempat
pelabuhan emosi yang terumbang-ambing dalam kepelbagaian masyarakat ini. Kebatian diri yang utuh
merupakan senjata yang paling ampuh untuk melindungi diri daripada sebarang kemungkaran. Ibu bapa
perlu senantiasa menerapkan ajaran agama dari semasa ke semasa dan tidak putus asa, bak kata
peribahasa Melayu, “patah sayap bertongkak paruh, patah paruh bertelekan”. Oleh itu, ajaran agama
perlu diterapkan sebagai usaha sinergi untuk memupuk amalan menabung.
“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan secara
turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus
memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap
menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Kata orang tua, “semua orang memerlukan
pujian”. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu
yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka
akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang
dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak
dan cara ini dapat memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau
hari siang”.
Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh baik sebagai teladan anak-anak. Ibu
bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus menabung wang bersama dengan
anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak
langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan
tabiat menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung
sekiranya ibu bapa mereaka sendirilah yang boros dan tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas
menunjukkan betapa pentingnya imej yang didirikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu
juga mengatakan “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika berkawan dengan
penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, kawan merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh
mempengaruh anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan
mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-
anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut
hati mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur
dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Dengan itu,
amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak
berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam memastikan amalan
ini manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan “Jikalau tiada wang semua kerja tak
terjadi”. Peribahasa Melayu pula menunjukkan “ada hati semua jadi, ada beras semua deras”.
Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman globalisasi yang mengutamakan
kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung dan menjadikan amalan ini sabagai satu
tabiat hidup. Pembentukan generasi muda barakhlak yang merupakan tonggak aspirisi untuk menerajui
Negara pada masa depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. “Air
bersih, ikannya jernih”.

You might also like