You are on page 1of 4

EKadaster di Malaysia: Konsep dan Perlaksanaan

Oleh

Nik ‘Azim Hazman Bin Nik Ab Hadi

Jabatan Kejuruteraan Geomatik

E mail: nickazim@yahoo.co.uk, Hp: 0137914591

Pihak kerajaan Malaysia melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
telah memperkenalkan amalan eKadaster bagi menggantikan amalan kadaster secara
konvensional dan telah beroperasi sepenuhnya di seluruh Semenanjung Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 1 Mei 2010. Ia merupakan salah satu projek
e-kerajaan yang berjaya dilaksanakan Jabatan ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
dengan kos keseluruhan sebanyak RM287 juta. Sistem eKadaster ini menggunakan
teknologi jalur lebar tanpa wayar, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), sistem
maklumat geografi (GIS), sistem navigasi satelit global dan sistem ukur yang terkini.

Sistem eKadaster yang dibangunkan oleh JUPEM ini merupakan antara sistem
ukur tercanggih di dunia dan kini menjadi rujukan negara serantau lain. Pelaksanaan
eKadaster itu dapat mewujudkan sistem Pengurusan Data Kadaster, membangunkan
Pangkalan Data Ukur Strata /Stratum/Marin, menyediakan infrastruktur dan maklumat
serta memanfaatkan penggunaan Teknologi Satelit (GPS) dalam pengukuran kadaster.

Diantara objektif projek eKadaster ini adalah untuk mengurangkan tempoh untuk


penyelesaian Permohonan Ukur (PU) dari 2 tahun kepada 2 bulan, untuk
menyatupadukan kesemua projek ICT yang telah berjaya dilaksanakan oleh JUPEM
negeri sebagai contoh projek Sistem Ukur Total Station (STS), Sistem Automasi Pejabat
Ukur Daerah (SAPD), Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK) and Sistem Kadaster
Berkoordinat (CCS). Selain itu, ia juga membangunkan Pangkalan Data Ukur Kadaster
Nasional yang homogeneous serta berorientasikan koordinat di seluruh Semenanjung
Malaysia bagi aplikasi GIS serta menyokong projek eTANAH dan MaCGDI dalam
penyediaan peta asas berdigit.
Projek eKadaster ini dibahagikan kepada tiga komponen asal iaitu Sistem Ukur
Maya (SUM), Sistem Keutuhan Data Kadaster (SKDK) dan Sistem Kadaster Berkoordinat
(CCS). Pertamanya, Sistem Ukur Maya (SUM), yang merangkumi JUPEM2U Processing
Server, SUM Processing Server, SUM Communication and File Server, JUD Servers,
Geographical Survey Record System (GSRS) Server, Peralatan-peralatan Total Station,
Field Communicator dan GPS.Melalui pengenalan sistem SUM ini,ia dapat mengubah
metodologi kerja ukur melalui penggunaan peralatan bantuan satelit, menerima pakai
kaedah Real-Time Kinematic(RTK Net) dan penawanan dan prosesan data secara online,
penggunaan perkakasan yang berkeupayaan tinggi serta menyokong komponen SKDK
dan CCS.

Seterusnya ialah komponen kedua iaitu Sistem Keutuhan Data Kadaster (SKDK)
yang bakal menggantikan perkakasan SPDK dengan perkakasan berkemampuan tinggi,
menggantikan rangkaian LAN ke Jalur Lebar, penambahan perisian aplikasi,
pemuliharaan kesahihan dan integriti data PDUK, meningkatkan keupayaan SPEK dan
pengurusan data berdigit, membina pangkalan data 3D bagi ukur strata, stratum dan
marin, memantapkan integrasi serta handshaking dengan system semasa yang lain dan
akhirnya untuk mewujudkan PDUK-GIS Ready.

Ketiganya, ialah Sistem Kadaster Berkoordinat (CCS) yang akan dapat


membolehkan pemantapan komponen Hardware dan Software iaitu menyediakan
Server disetiap JUPEM Negeri dan Bahagian Kadaster Ibu Pejabat, 10 workstation di
setiap Jupem Negeri serta 1 unit di Ibu Pejabat, 1 unit notebook disetiap JUPEM Negeri
dan Ibu Pejabat, set ukuran GPS, Perisian Total Station Measurement System (TSMS),
perisian Automated Database Conversion System juga disetiap JUPEM Negeri dan
Bahagian Kadaster di Ibu Pejabat dan akhirnya penyediaan tanda kawal CCI yang
terutuh.

Aplikasi Konsep eKadaster dibangunkan secara Web Base (melalui liputan


internet). Selain itu, pengguna boleh mengakses aplikasi pada bila-bila masa dan di
seluruh tempat di seluruh semenanjung Malaysia dan Labuan . Pemprosesan hasil kerja
di lapangan boleh dibuat secara ‘talian’ dan ‘realtime‘. Ia dapat mengurangkan penipuan
dan meningkatkan kualiti serta kejituan sesuatu pengukuran yang dijalankan dilapangan
oleh jurukur. Dari segi amalan pengukuran permulaan Kerja (Datum) dengan CRM
(Cadastral Reference Mark) kepada ‘Survey Accurate Coordinate’. Perhitungan Ukur
digantikan dengan Pelarasan Ganda Dua Terkecil yang sebelum ini menggunakan Kaedah
Bowditch yang tidak lagi digunakan tetapi masih boleh digunapakai.

Ekadaster menggunakan sistem unjuran koordinat Cassini Soldner Geosentrik


melalui GDM2000 dan ia memanfaatkan kaedah pengukuran Real Time Kinematik dan
MyRTKNet yang dibangunkan JUPEM. Selain itu, ia membolehkan pelbagai teknik
pengukuran Kadaster dijalankan yang selama ini adalah terbatas dengan kaedah yang
lama. Dengan adanya ekadaster, jurukur tanah berlesen dan jurutera geomatik boleh
melakukan pengutipan data bagi ukuran kadaster dengan menggunakan kaedah-kaedah
Global Navigation Sattelite Sistem (GNSS), terabas, radiasi, persilangan, silangalikan atau
gabungan kaedah yang dibenarkan oleh JUPEM.

Berdasarkan Peraturan Ukur Kadaster 2009 yang terbaharu, elemen koordinat


diutamakan dahulu, diikuti Bearing dan Jarak dimana sistem koordinat hendaklah di
dalam sistem koordinat NDCDB ( Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan ) .
Ia mengandungi maklumat lot, bering,jarak, nombor lot, keluasan, koordinat, tanda
sempadan, kod pentadbiran dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh JUPEM.

Kesimpulannya, eKadaster merupakan suatu sistem yang memanfaatkan


teknologi ICT,GIS dan ukur masa kini bertujuan untuk mempercepat dan memantapkan
lagi sistem penyampaian ukur kadaster negara melalui pengintergrasian sistem yang
berkesan. Secara tidak langsung peranan JUPEM sebagai pusat yang memberikan
sumber maklumat dan ia boleh membantu jurutera geomatik/ jurukur tanah di Malaysia
untuk memantapkan amalan profesion supaya ia dapat berdaya saing, efektif dan
kompeten.
Rujukan

 Amalan Ikhtisas SGU4342, Mohamad Saupi Bin Che Awang, Julai 2010, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru ,Johor Darul Takzim, Malaysia.

 Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Bilangan 6 Tahun 2009


- Garis panduan amalan kerja ukur kadaster dalam persekitaran ekadaster
 Peraturan Ukur Kadaster 2009
 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
dt=1015&pg=dn_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&y=2010
 http://www.juwpkl.gov.my

You might also like