You are on page 1of 1

10 MUTIARA WASIAT AL-IMAM AL-SYAHID HASAN AL-

BANNA
Posted by Muhamad Alihanafiah b. Norasid on Tuesday, February 16, 2010

1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang


serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar
perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah
sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam perkara
yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab
yang betul (fusha) kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-
satunya syiar Islam. 

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun


kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apapun jua
kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang
dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring
begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa
yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang
saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara
berkenalan; kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang
dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
pada kita; Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara
bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika
saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

You might also like