Professional Documents
Culture Documents
1.0 PENDAHULUAN
2.0 PROSES PENILAIAN PRESTASI DI SEKOLAH
3.0 ISU-ISU DALAM PELAKSANAAN PENILAIAN PRESTASI
4.0 CABARAN PELAKSANAAN PENILAIAN PRESTASI
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN PENILAIAN PRESTASI
6.0 PENUTUP
“For many years it has been said that capital is the bottleneck for a developing
industry. I don’t think this any longer holds true. I think it’s the work force and the
company’s inability to recruit and maintain a good work force that does constitute
the bottleneck for production. … I think this will hold true even more in the future.”
Teori yang dikemukakan Perdana Menteri itu bertepatan dengan hujah yang
telah dikemukakan oleh Drucker (1998), pakar pengurusan terkenal yang
mengatakan bahawa cabaran bagi pengurus sumber manusia kini adalah
kecenderungan tenaga kerja menidakkan peraturan yang telah diatur oleh
jabatan sumber manusia berbanding dahulu. Beliau menegaskan bahawa titik
berat pekerjaan kini bergerak sangat cepat dari tenaga ‘manual’ dan ‘clerical’ ke
‘knowledge-worker’ yang menolak menerima perintah ala militan; cara yang
diadaptasi oleh dunia perniagaan 100 tahun lalu.
Namun sekiranya pekerja yang diambil adalah yang terbaik, adalah tidak
mustahil pekerja itu mampu mengubah sesuatu organisasi yang gawat menjadi
sebuah organisasi yang cemerlang. Dalam lain perkataan, kepentingan sumber
manusia dalam sesebuah organisasi adalah kritikal kerana ia merupakan kunci
kepada tinggi atau rendahnya produktiviti dan keuntungan sesebuah organisasi.
Disebabkan kesedaran inilah organisasi hari ini begitu teliti memilih pekerja
masing-masing.