You are on page 1of 5

9.

0 KIMPALAN ARKA

9.1 Mesin Kimpalan Arka

Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia mngubah dari
voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk
menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang
elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja.

9.2 Fungsi Alat Pengubah

Alat pengubah adalah komponen yang terdapat pada sebuah mesin kimpalan arka yang
berfungsi untuk mengurangkan voltan dan meninggikan arus bagi menerbitkan arka
untuk tujuan kerja mengimpal. Alat ubah ini dikenali sebagai alatubah perendah.

9.3 Komponen-komponen asas dalam sesebuah mesin kimpalan arka adalah


terdiri daripada:

- Alatubah
- Kebel bumi
- Kebel elektrod
- Pemegang Elektrod
- Bekalan kuasa

9.4 Jenis-jenis mesin kimpalan arka

Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka. Iaitu:

- Jenis ‘rectifier (DC)


- Jenis alatubah (AC)
- Jenis kombinasi AC/DC
- Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel)
- Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)

9.4.1 Jenis ‘rectifier’(DC)

Mesin kimpalan arka jenis ‘rectifier’ (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua
pilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.

Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik.
Punca negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua
jenis kerja mengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis
ini. Bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang
tepat.

Kelemahan:
- Menghasilkan ‘semburan arka’ (arc blow)
- Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa
- Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.

9.4.2 Jenis arus ulangalik.

Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka
yang lebih stabil dan tiada berlaku ‘semburan arka’ (arc blow) dengan penembusan yang
sederhana dan senyap.

Kelemahan:
- Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad.
- Tidak semua elektrod boleh digunakan.
- Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.

9.4.3 Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.

Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila
mengimpal logam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang
meluas. Boleh digunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal.

Kelemahan:
- Kos yang agak tinggi
- Berlaku ‘semburan arka’ pada sesetengah sambungan.

Contoh 9.1

Apakah alat yang menukarkan arus ulangalik kepada arus terus dalam mesin kimpalan
arus terus?

Penyelesaian:

Alat yang digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus terus ialah ‘rectifier’ atau
alat penerus.

9.4.4 Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik).

Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan elektrik. Boleh membekalkan
sama ada arus ulangalik atau arus terus.

Kelemahan:
- Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi
- Bising
- Modal tinggi
- Kos penyelenggaraan tinggi
- Semburan arka (arc blow)
- Memerlukan bahanapi.

9.4.5 Jenis Pacuan motor.

Mesin kimpal arka jenis ini menghasilkan arus terus. Menghasilkan dua pilihan arus
terus. Iaitu kekutuban terus dan kekutuban berbalik.

Kelemahan:
- Terdapat ‘arc blow’ .
- Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan beberus karbon
dan perlu ditukar pada tempoh tertent

9.5 Kekutuban Mesin Kimpalan Arka

9.5.1 Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka . Iaitu:

- Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada punca positif)
- Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca negatif)

9.5.2 Ciri-ciri Kekutuban:

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban berbalik ialah:

- Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat.


- Ketelusan yang cetek
- Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan.

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban lurus ialah:

- Kadar kecairan letrod yang lambat


- Ketelusan yang dalam
- Kelajuan yang sederhana.
9.6 Kaedah Mengimpal Menggunakan Elektrod Bersalut

Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas pelindung. Iaitu:

Teknik Seret.

Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis ‘hujung cawan’(deep cup)
dimana hujung logam tidak bersentuh dengan bendakerja kerana hujung bahan lakur
membentuk seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada ketinggian yang sama dan
mengahsilkan kumai yang cantik dan kemas.

Teknik Angkat

Menggunakan teknik ini letrod diangkat pada jarak lebih kurang 1/8 inci dari permukaan
bendakerja ketika arka dihidupkan sehingga selesai mengimpal. Teknik ini hendaklah
digunakan apa mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis ‘deep cup’.

9.6.1 Bahagian–Bahagian Kimpalan Arka.

Contoh 9.3

Bilakah teknik seret digunakan dan apakah kelebihan menggunakan teknik ini?

Penyelesaian:

- Teknik seret boleh digunakan apabila mengimpal dengan menggunakan elektrod jenis ‘
hujung dalam’ (deep cup). Kelebihannya jarak arka dapat diseragamkan dan juga rupa
kumai akan lebih seragam dan kemas. Amat baik untuk mengimpal kembi kerana mudah
dikendalikan dan kumai kelihatan lebih halus dan cantik.

9.6.2 Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil kimpalan.

Jarak Arka

Jarak arka adalah jarak diantara hujung teras logam elektrod dengan permukaan
bendakerja. Dimana arka yang diterbitkan akan dapat dikekalkan pada jarak ini. Jarak
arka yang terlalu tinggi akan menyebabkan kumai tidak cantik dan juga ketelusan yang
kurang. Jarak arka ialah antara 5.0mm hingga 6.0mm.
Sudut Arka

Sudut yang terbentuk diantara kecondongan elektrod dengan permukaan bendakerja


pada arah gerakan elektrod. Sudut arka yang tidak betul akan menyebabkan riak kumai
jadi memanjang atau bujur dan menjadikan rupa kumai tidak cantik.

Kelajuan Arka

Kelajuan arka adalah laju gerakan elektrod bergerak ke arah hujung penamat kimpalan.
Kelajuan ini biasanya bergantung kepada kadar kecairan elektrod.
Mengimpal terlalu laju akan menjadikan kumai terlalu halus dan tinggi serta kurang
ketelusan.

Ketika memulakan arka pada tempat permulaan mengimpal pastikan tempat itu bebas
daripada cat dan bahan-bahan yang boleh menghalang pengaliran arus elektrik. Kaedah
letak angkat dilakukan seolah-olah mengetuk sesuatu secara perlahan dan apabila arka
dapat diterbitkan jarak arka itu perlu dikekalkan pada jarak 5.0mm hingga 6.0mm.

Manakala kaedah menggores pula, elektrod di carek-carek ke atas tempat permulaan


kimpal seperti mana anda menggores mancis api. Apabila terbit arka hendaklah jaraknya
dikekalkan seperti mana yang telah diterangkan di atas.

9.5 Semburan arka adalah satu keadaan dimana arka yang terbit diantara hujung
elektrod dan bendakerja tersasar dari laluan yang sepatutnya. Biasanya bunyi yang
terhasil dari semburan ini agak kuat dari biasa dan saiz arka juga
kelihatan agak besar sedikit. Keadan ini berlaku mungkin disebabkan
kedudukan klip bumi yang kurang tepat. Lihat gambarajah di bawah.

9.6 Pemilihan sesebuah mesin kimpalan yang hendak digunakan adalah


bergantung kepada perkara-perkara berikut.

- Kedudukan kimpalan
- Jenis logam yang hendak dikimpal
- Jenis rekabentuk sambungan
- Ketebalan logam

You might also like