You are on page 1of 8

Definisi Frasa

 Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan
beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada
sebagai subjek, prediket, objek atau keterangan.

 Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu, iaitu frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif, dan frasa sendi.

 Frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif ialah frasa endosentrik kerana setiap
frasa ini mengandung satu unsure inti yang dapat menjadi wakil bagi frasa
berkenaan. Maksudnya, frasa nama mempunyai kata nama sebagai unsur
intinya, frasa kerja pula mempunyai unsure inti yang terdiri daripada kata kerja,
manakala frasa adjektif mempunyai inti kata adjektif.

 Sebaliknya, frasa sendi ialah frasa eksosentrik kerana frasa ini tidak mepunyai
satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya.

FRASA NAMA
Frasa nama terdiri daripada satu atau rentetan perkataan yang terdiri daripada satu
unsur dalam ayat. Kata nama merupakan inti manakala yang menerangkan inti disebut
sebagai penerang.

Frasa nama boleh terdiri daripada kata inti yang didahului dengan beberapa unsure lain
seperti kata bilangan, penjodoh bilangan dan gelaran dan juga boleh diikuti oleh kata
penentu dan penerang. Hal ini dapat dilihat berdasarkan contph binaan berikut:
a) Kata bilangan + kata nama inti
semua pelajar
b) Kata bilangan + kata penjodoh bilangan + kata nama inti
dua orang pelajar
c) Kata bilangan + penjodoh bilangan + gelaran
beberapa orang tuan
+ kata nama inti
pengarah

d) Kata nama inti + kata penentu


pelajar itu

e) Kata nama inti + unsur penerang + kata penentu


datuk pelajar itu

f) Kata bilangan + penjodoh bilangan + kata nama inti

beberapa orang pelajar


+ penerang + penentu
sekolah itu

Binaan frasa nama terbahagi kepada dua, iaitu:


a) Inti + inti. Binaan frasa nama inti + inti terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Inti + inti dengan maksud yang sama. Contoh:
 kerusi meja
 ampun maaf
 tubuh badan
ii) Inti + inti dengan maksud yang berlainan. Contoh:
 baik buruk
 siang malam
 abang adik
a) Inti + penerang. Binaan inti + penerang terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
i) Inti + penerang nama. Penerang nama dalam binaan ini ialah:
Jenis Inti Penerang
Inti + penerang nama keturunan kaum Iban
bahasa Jawa
Inti + penerang nama kegunaan minyak pelincir
jentera pembajak
Inti + penerang nama jenis pokok jambu
rantai emas
Inti + penerang kelamin lembu jantan
pelajar lelaki
Inti + penerang nama tempat penduduk bandar
puncak bukit
Inti + penerang nama arah meja hadapan
pantai timur
Inti + penerang nama penyambut pemandu kereta
penoreh getah
Inti + penerang nama milik buatan Malaysia
lantai rumah
Inti + penerang nama anggota badan beg tangan
ubat gigi
Inti + penerang tenaga penggerak dapur gas
lampu elektrik
Inti + penerang nama khas Presiden Indonesia
laut Sulu
Inti + penerang nama gelaran Haji Mahmud
Sang Kancil
Inti + penerang perihal musim bunga
istiadat perasmian

ii) Inti + penerang bukan nama. Penerang bukan nama dalam binaan ini
ialah:

Jenis Inti Penerang


Inti + penerang kata kerja bilik mandi
buku tulis
Inti + penerang kata adjektif rumah usang
bangunan baru
Inti + penerang frasa sendi nama hadiah kepada adik
ketenangan di desa
Inti + penerang bilangan ordinal anak kedua
tempat ketiga
Kedudukan frasa nama dalam ayat terdapat dalam tiga tempat, iaitu:
a) sebagai subjek ayat. Contoh:
i) Alia sedang membasuh baju
ii) Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak

b) sebagai predikat ayat. Contoh:


i) Kamil seorang doktor.
ii) Mereka ialah anak Pak Ali.

c) sebagai unsur dalam frasa sendi nama. Contoh:


i) Keadaan di kawasan itu sungguh aman. (dalam subjek)
ii) Datuk Sulaiman tinggal di rumah besar itu. (dalam predikat)

FRASA KERJA
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau lebih dengan
kata kerja sebagai unsur intinya.
Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja dengan objek dan frasa kerja
tanpa objek.

Frasa Kerja dengan Objek (Frasa Kerja Transitif)

1) Frasa kerja ini terdiri daripada kata kerja transitif sebagai inti dan kata nama sebagai
objeknya.
2) Frasa kerja ini boleh di pasifkan dalam ayat pasif. Frasa ini terbahagi kepada dua,
iaitu:
a) Frasa kerja dengan satu objek. Frasa kerja ini hanya diikuti oleh salah satu
objek, iaitu kata nama. Contoh:
 Kami akan membeli makanan itu. (makanan ialah objek)
b) Frasa kerja dengan dua objek. Frasa kerja ini mengandung dua objek, iaitu
objek tepat dan objek sipi.
i) Objek tepat ialah objek yang menjadipenyambut secara langsung selepas
kata kerja, manakala objek sipi ialah objekk yang tidak menjadi penyambut
secara langsung.
Contoh:

Frasa kerja
Frasa nama Kata kerja Objek Tepat Objek Sipi
Ibu menghadiahi adik rantai
Abang memberi kakak wang

ii) Ayat tersebut boleh berubah susuannya kepada:


 Ibu menghadiahkan rantai kepada adik
 Abang memberikan wang kepada kakak.
iii) Namun begitu, maknanya tidak berubah tetapi binaan ayat telah berubah.
Tidak terdapat dua objek dalam ayat tersebut tetapi hanya tinggal satu objek,
iaitu rantai dan wang. Kata yang mengikutinya telah berubah menjadi frasa
sendi nama.

3) Binaan frasa kerja satu objek atau transitif ialah:


a) Kata bantu + kata kerja transitif + objek + keterangan
telah menghantar surat pagi tadi

b) Kata bantu + kata kerja transitif + objek tepat + objek sipi


sedang menganugerahi Jamal pingat

Frasa Kerja Tanpa Objek (Frasa Kerja Tak Transitif)

1. Frasa kerja ini merupakan frasa kerja yang tidak memerlukan objek atau
penyambut. Frasa kerja tanpa objek tidak boleh dipasifkan dalam ayat pasif.
2. Kata kerja tak transitif yang membina frasa kerja ini terbahagi kepada tiga, iaitu:
a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Contoh: Adik menangis
b) Kata kerja tak transitif dengan pelengkap. Contoh: Dia beransur baik.
c) Kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang.
Contoh: Sakinah belajar bahasa Jerman.
Dalam contoh di atas, kata bahasa Jerman bukan pelengkap tetepi
penerang. Kata tersebut boleh digugurkan tanpa merosakkan ayat.
3. Terdapat tiga unsur yang boleh menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif
dengan pelengkap, iaitu:
a) Kata nama:
i. Pengakap itu berpandukan peta
ii. Ajub hendak menjadi doctor
b) Kata sendi nama:
i. Dia tinggal di Sitiawan, Perak
ii. Ali akan singgah di Johor sebelum ke Kuala Lumpur
c) Kata adjektif:
i. Keadaan nenek beransur pulih
ii. Dia menasihati pelajar itu supaya berbuat baik.
4. Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap, iaitu:
a) Kata bantu + kata kerja + keterangan
b) Kata bantu + kata kerja + penerang + keterangan
5. Binaan frasa kata kerja tak transitif dengan pelengkap iaitu:
a) Kata bantu + kata kerja + pelengkap + keterangan

FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif merupakan binaan satu atau beberapa patah perkataan yang
mengandung kata adjektif. Frasa ini berfungsi sebagai predikat dan sebagai unsur
keterangan dalam predikat.

Binaan frasa adjektif dapat dilihat berdasarkan tiga aspek, iaitu binaan kata, kata
penguat dan kata bantu.

BINAAN KATA

Binaan satu perkataan. Binaan ini terdiri daripada hanya satu perktaan adjektif seperti
buruk, cantik, dan pandai.

Binaan dua perkataan. Kata adjektif jenis ini terdiri daripada dua jenis, iaitu:

Kata Adjektif + Kata Adjektif Kata Adjektif + Kata Nama


Unsur keserasian makna Unsur keserupaan
 kurus kering  kuning telur
 sopan santun  merah hati
Unsur berlawanan makna Unsur kiasan
 kecil besar  kecil hati
 miskin kaya  berat tulang
Unsur keindahan bunyi rima
 lemah gemalai
 kusut masai
KATA PENGUAT

Kata penguat hadir di hadapan, di belakang atau bebas, iaitu di kedua-dua bahagian
kata adjektif. Contoh:

Kata Penguat Hadapan Kata Penguat Belakang Kata Penguat Bebas


paling cantik panas benar sungguh cantik
amat luas luas sekali cantik sungguh
sangat maju cantik nian amat luas/luas amat

KATA BANTU

Dalam binaan frasa adjektif juga disertai oleh kata bantu sama ada sebelum atau
selepas kata penguat. Contoh:

Kata Bantu/Kata Penguat Kata Bantu/Kata Penguat Kata Adjektif


- sudah besar
masih terlalu jauh
tentu telah pandai

Kedudukan Frasa Adjektif dalam Ayat.

Frasa adjektif hadir dalam tiga kedudukan, iaitu:

a) sebagai predikat: berdasarkan pola frasa nama + frasa adjektif (FN + FA).
Contoh:
i. Rumahnya besar
ii. Mawar sungguh cantik
b) Sebagai unsur keterangan: hadir selepas kata kerja dalam predikat ayat.
Contoh:
i. Saleh berjalan lambat sekali
ii. Abang makan sangat banyak
c) Sebagai penerang frasa nama (dalam subjek atau predikat ayat). Contoh:
i. Rumah usang itu akan dirobohkan
ii. Naim telah membeli kereta mewah itu.
Unsur Keterangan dalam Frasa Adjektif

Keterangan Contoh
Cara Tubuhnya lemah dengan tiba-tiba.
Waktu Dia berasa amat sedih pada malam tadi.
Tempat atau arah Bentuknya bujur di bahagian atas.
Tujuan atau harapan Dia berusaha gigih untuk berjaya dalam peperiksaan
Kekerapan Dia selalu lewat ke sekolah
Bagai/perbandingan Pada majlis itu, Alia sangat cantik bagai puteri
Hal/keadaan Aleng selalu sibuk dengan perniagaannya
Musabab Pelajaran Asin lemah kerana kurang berusaha
Terhadap Ayah amat rindu akan anaknya.

FRASA SENDI
Frasa sendi nama terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang
menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.

Binaan frasa sendi nama boleh terdiri daripada:

a) Kata sendi nama + frasa nama, misalnya


 di tempat letak kereta
 ke menara gading
b) kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama, misalnya
 di sisi bangunan itu
 ke dalam bakul sampah
c) kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama + frasa
keterangan, contohnya:
 hingga hujung Tanjung Harapan di Afrika Selatan
 ke selatan Thailand pada cuti persekolahan nanti.

Dalam binaan ayat frasa, frasa sendi nama boleh berfungsi sebagai presikat, penerang
frasa nama, dan keterangan frasa kerja. Contohnya:

 duit itu di dalam laci (sebagai predikat)


 duit di dalam laci itu sudah hilang (sebagai penerang frasa nama)
 mereka bersembang di bawah pokok (sebagai keterangan frasa kerja)

You might also like