You are on page 1of 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual


Tarikh / Hari : 16 Oktober 2008
Masa : 8.30 – 9.30 ( 1 Jam )
Tahun : 3 Cemerlang
Tahap : Tahap Satu
Bil. Pelajar : 30 orang
Bil. Hadir : /30
Bidang Kegiatan : Membuat corak dan rekaan
Tajuk : Kertas pembalut hadiah
Teknik : Lipatan dan guntingan
Konsep Utama : Corak terancang
Isi Kandungan : Melipat dan menggunting kertas dapat menghasilkan corak terancang.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Mengetahui motif yang sesuai untuk menghasilkan lipatan dan guntingan.
2. Memilih warna yang sesuai untuk motif yang akan dihasilkan.
3. Mengubah motif untuk menghasilkan corak yang menarik.
4. Mempamerkan hasil yang menarik.
5. Menceritakan tentang hasil kerja.
Pengetahuan Sedia ada : 1. Murid boleh melipat dan menggunting kertas.
2. Murid faham dan pernah melihat corak pada kertas pembalut hadiah.

Strategi : Demonstrasi kaedah kelas, kumpulan dan individu.

Penggabungjalinan : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Muzik.

Penerapan Nilai : Memupuk sifat bekerjasama, bertolak ansur dan meningkatkan daya kreativiti.

KBKK : Membanding bezakan hasil corak terancang dan tidak terancang.

Persediaan Murid : 1. Gam


2. Gunting
3. Kertas warna

Persediaan Guru : 1. Contoh bahan


2. Gam
3. Gunting
4. Kertas warna
5. Radio
Alat Bantu Mengajar : Contoh yang telah siap ( jika perlu )
Langkah / Masa Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi - Membuat senaman 1. Guru membuat senaman ringan dengan - Kaedah kelas
ringan untuk murid dalam kelas dengan iringan muzik. - Mencungkil
( 6 minit ) melonggarkan otot-otot 2. Guru berbincang dengan murid tentang pengetahuan dan
serta menceriakan corak yang terdapat pada kertas pembalut pengalaman sedia ada
suasana. hadiah murid terhadap tajuk.
- Berbincang dan bercerita. 3. Murid bercerita tentang corak yang terdapat - Mencungkil maklumat
pada kertas pembalut hadiah. dan idea daripada murid.

Perkembangan - Demonstrasi guru 1. Guru meminta semua murid duduk di - Kaedah kelas
tempat masing-masing dan mengadap guru.
Langkah 1 2. Guru memberi penerangan serta membuat
( 8 minit ) demo tentang cara melipat dan menggunting
kertas warna mengikut motif yang ingin
dihasilkan.
3. Guru merangsang murid untuk
mendapatkan idea motif dengan membuat
percubaan dan menghasilkan motif yang
terancang di hadapan murid.
Langkah 2 - Pembahagian kumpulan 1. Guru membahagikan murid-murid dalam 5 - Kaedah kumpulan
( 12 Minit ) - Demonstrasi guru dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6
kumpulan orang.
- Membuat lukisan motif 2. Guru menunjukkan demo dan tunjuk ajar
pada kertas warna yang cara melukis motif pada kertas warna yang
telah dilipat dua. telah dilipat dua.
3. Murid melukis pada kertas warna yang telah
dilipat dua untuk mendapatkan motif. Lukisan
motif adalah bebas berdasarkan motif-motif
seperti :
a. Bunga-bungaan
b. Daun-daun
c. Corak bebas

Langkah 3 - Demonstrasi cara 1. Guru meminta semua murid duduk di - Kaedah kelas
( 8 minit ) menggunting dan tempat masing-masing sekali lagi dan
menampal motif yang telah mengadap guru untuk menunjukkan cara
dilukis pada kertas. menggunting dan menampal kertas warna
yang telah dilipat dan dilukis motif padanya.
2. Guru memberi rangsangan kepada murid
dengan melukis pelbagai jenis motif yang
serupa atau tidak pada kertas warna yang
dilipat, mengguntingkannya dan
menampalkannya pada kertas mengikut
kreativiti masing-masing.

- Melukis, menggunting 1. Murid memulakan aktiviti menggunting dan


Langkah 4 - Kaedah individu dan
dan menampal motif. menampal motif pada kertas.
( 20 minit ) kumpulan
- Guru memantau dan 2. Murid mempelajari teknik menggunting
membimbing murid dengan lebih sistematik.
3. Murid menampalkan motif pada kertas
mengikut kreativiti masing-masing.
4. Murid menambah motif dengan melukis
motif, menggunting dan menampalkannya
pada kertas untuk mendapatkan ulangan.
5. Guru menyertai murid dan memberi tunjuk
ajar untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

- Refleksi 1. Guru meminta murid memberi pandangan


Penutup - Murid memanfaatkan
- Apresiasi seni tentang aktiviti-aktiviti yang telah mereka
( 6 minit ) hasil kerja mereka.
lakukan dalam membuat kertas pembalut
- Murid berbangga
hadiah. dengan hasil kerja yang
2. Guru meminta semua murid menunjukkan diperolehi.
hasil kerja masing-masing kepada guru.
3. Guru membuat penilaian dan membuat
apresiasi tentang hasil kerja murid.
4. Guru mencadangkan murid-murid agar
membalut hadiah dengan menggunakan
kertas pembalut hadiah yang dibuat sendiri
oleh mereka.

You might also like