You are on page 1of 2

Nama: Abdul Hafiz Bin Abdul Rahim

Ic : 871208-11-5581

Opsyen PISMP BM/PJ/SIVIK SEMESTER 4

Refleksi Program Bina Insan Guru siri 5 2011 di SK KAMIL 1

Program ini bermula pada jan 7.30 pagi dimana kami bertolak daripada institut menuju ke
Pasir Puteh yang merupakan lokasi SK Kamil 1. Sepanjang minggu sebelum program ini
berlangsung pelbagai taklimat telah diberikan oleh jawatankuasa yang terlibat.Konsep program
BIG kali ini ialah Lawatan Benchmark sekolah berprestasi tinggi Kami telah tiba di SK Tebakat
kira-kira jam 8.45 pagi dan terus menuju ke bilik mesyuarat SK Kamil 1 bagi mendengar taklimat
tentang lawatan ini dan tentatifnya. Kami juga diperkenalkan dengan beberapa guru cemerlang
yang mempunyai kepakaran dalam pengajaran bahasa Melayu . Pihak kami yang diwakili oleh
saudara Nazrin Faiz turut memberi penerangan secara terperinci tnentang halatuju lawatan yang
kami adakan ini. Perkara yang dapat kami pelajari disini adalah pengurusan taklimat dan
penerimaan lawatan yang professional yang diamalkan oleh kakitangan SK Kamil .

Program lawatan ini dimulakan dengan segmen lawatan ke kelas bahasa Melayu bagi
melihat sendiri pengajaran bahasa Melayu yang dijalankan di sekolah Ini. Kami dibahagikan
kepada 4 kumpulan bagi melihat perjalanan pengajaran bahasa Melayu dari tahun 1,3 dan 5.
Fokus kepada sesi adalah dari segi pemerhatian,pemantauan,pemahaman dan pengalaman para
guru. Ternyata para guru di sini hebat dalam mengajar dan mempunyai taraf prestasi yang
berbeza. ABM juga digunakan agak ringkas namun membawa makna yang penting dalam sesi
pengajaran.Sesi ini bermula daripada 9 setengah pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.

Selepas kudapan pagi kami meneruskan lawatan kami dengan melawat kelas pra sekolah,
pemulihan dan pendidikan khas . Pelbagai perkongsian pengalaman telah dilakukan oleh guru-
guru disana. Antara pesanan yang utama daripada guru-guru di sini ialah menjadi guru mestilah
amat sabar bagi melayani karenah anak murid yang pelbagai lebih-lebih lagi murid-murid
pemulihan dan pendidikan khas. Kaedah pengajaran juga hendaklah mengunakan modul yang
sesuai dengan kemampuan kognitif mereka.
Tepat jam 12 tengahari sesi bersama pentadbir telah diadakan yang dikendalikan sendiri
oleh guru besar. Pelbagai maklumat telah diberitahu oleh guru besar seperti prestasi
sekolah,sejarah,kakitangan.bilangan murid,latar belakang, anugerah yang diterima dan
perancangan yang akan datang. Ternyata SK Kamil mempunyai ramuan yang cukup untuk
mencapai tahap sekolah berprestasi tinggi dan meningkat tahap daripada tahap SK Perkasa yang
dianugerahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Sesunguhnya banyak yang telah dipelajari sepanjang berlangsung program ini , yang
paling penting adalah pengurusan sekolah serta dedikasi guru amat penting dalam menjadikan
sesebuah sekolah mencapai kecemerlangan dalam mendidik minda dan rohani murid-murid.
Hanya guru-guru yang besrsedia dan sanggup untuk mengorbankan masa dan tenaga semata-
mata untuk memberikan yang terbaik kepada anak didiknya sahaja mampu menjulangkan nama
sekolah ke tahap yang tertinggi

You might also like